Jun 16, 2015

Suamiku Encik Gay?

(Tanya sama abang Kereta Mayat)

Kredit gambar asal: Suamiku Encik Sotong

Surat pembaca:

Assalamualaikum abang hamka.

Abang mesti dah jumpa dan kenal pelbagai orang dari pelbagai ragam.
Bolehkah abang memberi sedikit pandangan dan nasihat untuk seorg isteri kepada seorang suami gay. (mempunyai anak2).

Macam-macam nasihat orang dah bagi dari ustazah, doktor psikiatri dan kawan baik(keluarga tak tahu). Akhirnya, semuanya berbalik kepada apa yang saya mahu dan sanggup tempuh. Kalau nak bertahan, bertahan lah. Kalau tak mamou,sila mintak cerai. Tapi jawapan tak semudah tu ;(

Bertahan itu sakit(bila tak diendahkan suami), bercerai itu lagi sakit(sebab saya sayang dia dan anak2). Untuk seorg isteri dan ibu.

Apa nak bagi tahu mak ayah. Apa nak bgtahu anak-anak bila diorang besar nanti. Apa pandangan masyarakat.

Hm.. orang perempuan ni, kalau cintakan seorang.. orang tu lah sampai mati. Sebab tu banyak isteri sanggup setia walaupun dengan suami yang mendera.
terima kasih.

Hamka said:

Salam kepada Puan XXX.

Simpati dari jauh, berat mata memandang, berat lagi bahu memikul,mungkin suami puan terkena penyakit HIV atau lain lain penyakit kelamin buat dia dingin terhadap Puan. Arghh, nampaknya komen aku langsung tak membantu.

Ok, kebetulan aku sedang tulis buku tentang masalah Gay, dan untuk itu aku ada berhubung dengan rakan FB yang mengalami masalah LGBT untuk buat kajian, lantas aku tanya admin group tu, ada tak pengakuan dari Gay yang sudah bertubat, Admin cakap ada dalam group wassap beliau, dan sudi untuk bagi pada aku dan share for next project sebagai tambahan info dalam buku aku kelak.

So, buku masih dalam proses untuk disiapkan, sementara itu masalah gay ini sememangnya adalah di luar pengalaman keretamayat, maka biarlah pengakuan dari pengakuan dari seorang gay bottom tegar (gay selalunya ada 2 atau 3 orientasi, iaitu top, bottom dan flex), boleh dijadikan rujukan oleh suami Puan dan lelaki gay yang lain. Tulisan beliau dalam whastapp banyak guna short word, aku cuba murnikan balik, maaf sangat jika maksud tak sampai.

Copy Paste:

Kisah hitam bermula tahun 2005, sekarang dah masuk tahun 2015, maknanya 10 tahun dah hidup dengan naluri songsang, dan aku categorizekan diri aku sebagai "gay bottom tegar"
Aku bole consider diri aku expert dalam dunia songsang ni, mungkin dah boleh graduate dan dapat anugerah diraja kot.

korang sebut jer term-term dalam dunia songsang ni, semua aku tau, cuma aku tak pernah terjebak dalam recreational drug & dirty/slaves jer, yang lain-lain tu mmg selalu sangat lah.

Aku pengguna tegar moneyboy, masseur dan jadi "service provider" pada abang-abangdan adik adik top. Tapi kekadang tu ade jugak "terpaksa" jadi top sebab partner ONS pun bottom jugek
Sauna-sauna pun jadi port favorite bila weekend, OTOT2, Sentral etc..

Tak lupa Sauna-sauna di Bangkok, Singapore, Jakarta juga di London, nak test international market katanya.

2007 aku diagnosed HIV. Tapi aktiviti aku tak stop setakat kat situ. nafsu sebelum dan selepas diagnosed lebih kurang sama jer, especially biler makin success dalam carrier, gaji naik, unspent money banyak, makanya makin liar.

Masuk tahun 2013, umur pun dah 36.

Hidup mula rasa bosan dengan lifestyle songsang, terdetik dalam hati bila nak insaf nih?

Dalam masa yang sama aku kenal la sorang awek ni, perkenalan yang tak disengajakan, .rumah kami pun dekat jer, so bila free time tu kekadang kitorg dating, dari segi nafsu, memang takde, maklumlah, "Bottom Tegar" lah katakan.

Parents pun sibuk dok tanya bila nak kawin?, kawan-kawan, sedara mara semuanya busy body tanya soalan yang sama.

Alih-alih, bulan 7 tahun 2014 aku melamar awek tadi tu, guna SMS jer,.hahaha

Dalam hati aku nekad, walaupun nafsu aku songsang, aku yakin aku boleh jadi suami, aku boleh jadi bapa, aku boleh jadi ketua keluarga, aku ambik risiko, walau apapun yang jadi nanti, aku yakin aku boleh drive isteri dan family, aku nak lari dari dunia songsang, aku dah bosan dengan PLU, aku tak dapat happiness, cuma aku dapat kepuasan nafsu jer dari mereka, aku tak nak nafsu semata, aku nak happiness dlm hidup.

Oh ya lupa nak bagitau, walaupun aku ni HIV +ve,, tapi aku dah lama start makan ubat antiviral. Maknanya, tahap kesihatan aku dah normal macam org lain, dan risiko untuk menjangkitkan virus ni pada bakal wife pun dah kurang. Sebab faktor ini jugak la menjadi punca yang menambahkan keyakinan aku untuk berkahwin, dan untuk pengetahuan korang, awek tadi tu tahu status HIV aku, dan alhamdulillah dia bole terima aku seadanya selepas aku approach dan explain pada dia, cuma pada awal nya dia push aku dan tanya aku mcm mana aku dapat virus ni, nak tak nak terpaksa la aku kelentong sama dia, tipu sunat takpe kan ? ;0

Enam bulan ikatan pertunangan, hubungan dengan tunang pun takde la semesra macam pasangan lain bercinta, mungkin disebabkan faktor nafsu aku yang lebih pada kaum sejenis, tapi aku takde la kejam sangat pada tunang aku, bila ada masa free kitorang kuar dating, bagi present, bunga etc....kena la jadi hipokrit sket kan, sebab tak nak tunang aku terasa hati.

Akhirnya bulan 10, kami diijabkabulkan, sebelum hari bahagia tu memang aku excited giler babi, bukan excited sebab dapat bini, tapi excited sebab jadi raja sehari..hahaha..maklumlah, hari glamour kita kan.

Tapi kalau korang nak tau, aku ade jugak contact dengan geng-geng  yang sekapal untuk dapatkan lesson learnt dari diorang macam mana nak go-thru malam pertama, alhamdulillah, diorg bagi +ve feedback.

Hari akad nikah, aku tengok muka wife aku, comey, hati berdebar-debar ni...sebab aku mula pikir yang malam nya nanti aku dah kena kembali kepada fitrah azali, menjadi pasangan kepada seorang wanita

Malam pun menjelma, dag dig dug dada berdegup kencang,eh, wife masih lagi tgh period, so malam ni aku selamat! Hahahaha (macam kisah hamka kereta mayat dalam buku Kamar suteralah pulak)
Tiga hari selepas tu,

"Awak, period saya dah habis",

“opssss-ok”


(Note, aku terpaksa delete bab ini sebab agak lucah)

.., walaupun tanpa membayangkan Aaron Aziz mahupun Zizan Razak, akhirnya aku klimaks jugak!
MEMANG BEST SEBENARNYA JADI TOP ESPECIALLY BILA GUNA CHANNEL YANG HALAL!

p/s: Dalam minggu tu 4 kali jugak lah kitorang ON sebab kami memang teringin nak anak cepat
Alhamdulillah, sekarang dah 2 bulan selepas ijabkabul, wife pun dah +ve pregnant

Moral of the story:-

1. Aku rasa, naluri gay ni sebenarnya more into mainan psychology jer, ianya cuma bayangan perasaan, once dah rasa sekali, bayangan nikmat tu akan kekal dalam minda...KENA DIVERT KAN PERASAAN NI, BILA DAH KAWIN, LAGI SENANG NAK DIVERT SEBAB FOCUS HANYA PADA ISTERI, TAK BOLEH LARI ke tempat lain.

2. Naluri gay tak boleh hilang dlm diri, korang kena slowly divert object dalam minda korang, kalau sebelum ni korang dambakan pelukan Fahrin Ahmad, tapi korang cuba lupakan semua tu sewaktu mengadakan hubungan intim dengan wife, secara automatik, korang lebih focus pada wife dan "device" yang ada pada diri dia.

3. Yang penting, DOA dan tawakal pada Allah SWT, itu kata kunci yang membuatkan aku rasa diri aku slowly buang jauh-jauh perasaan diva & kecelaruan identiti aku.

Alhamdulillah, makin lama aku makin sayang pada wife aku, tapi kena maintain fokus pada diri dia, jangan cuba divert minda pada pasangan sejenis, aku tak nak bersikap dingin pada wife, kesian kat dia.

Fokus, fokus dan fokus pada perkahwinan yang dibina, buang jauh-jauh perasaan diva, cerewet dan geli geleman terhadap wanita, fikirkan masa depan family, insyaAllah, kalau korang sentiasa maintain dgn perasaan +ve macam ni, pastinya hubungan korang dengan wife akan berkekalan selamanya, dan yang penting, jangan sesekali terpikir pasai jantan, dan jangan memandai-mandai mulakan conversation dengan skandal lama yang boleh menenggelamkan naluri normal anda.

KESIMPULANNYA: BOTTOM TEGAR SEBENARNYA MEMANG BOLEH JADI SUAMI DAN BAPA YANG HEBAT!

Apa yang penting, fikir masa depan diri sendiri dan set kan objektif dalam minda bahawa walaupun kita start hidup kita dengan dosa, tak semestinya neraka yang menunggu, ubah semua tu, jadikan destinasi terakhir kita adalah SYURGA! Amin.

p/s: sekarang ni, kalau aku tengok lelaki hensem, cuma terdetik dalam hati "alangkah indah ciptaan Allah".aku takkan sesekali pikir benda yang bukan-bukan.

End Copy Paste:

Klik sini untuk masalah Gay

Klik sini untuk pendapat peribadi Kereta Mayat

Update: BUKU AKU, ALMOND LONDON dan GAY telah siap. Alhamdulillah. Aku percaya Gay boleh berubah kerana dalam Al quran ada perintah Allah kepada Nabi Nuh menyuruh kaum gay bertaubat, yang mana bila Allah suruh, sudah tentu Dia yang Maha Mengetahui, TAHU bahawa dengan azam dan niat yang ikhlas, Allah akan membantu mengubah segalanya kerana Dia Maha Berkuasa.

24 comments:

Tornado Assassin said...

huhuuuuuu

Anonymous said...

huuuuu haru...touchy jap...������ smg lebih ramai mengambil jejak spt mamat ni...smg mereka diberikan kekuatan mencari hidayahNya..ameenn

-MG DA Admin page Jalan Pulang LGBT said...

Untuk pengetahuan, jiwa seorang gay yang tidak bertaubat ataupun gagal untuk istiqamah, dan tidak redha melakukan perubahan,sangat derita.

Mereka juga boleh menjadi sangat kejam apabila mula jatuh cinta dengan pasangan sejantina mereka, iaitu kejam kepada pasangan halal mereka. Mereka mengganggap pasangan halal itu sebagai tembok penghalang, juga perasaa benci meluap2 terhadap pasngan halal itu. Mereka mungkin tidak melakukan kekasaran tetapi bahasa yang dituturkan akan semakin kesat dan sangat menghina. Kerana mereka merasakan apa yg mereka dan pasangan haram mereka lakukan adalah lebih hebat lagi. Mereka akan boleh menipu sehingga seluruh dunia menyaka mereka sangat sempurna, dan akan melakukan apa sahaja untuk menutup perbuatan songsang mereka, waima dengan menganiayai isteri mereka sekalipun.

Jika seorang lesbian, mereka akan memandang rendah pada suami dan merasakan suami mereka lembik tak pandai memenangi mereka, mereka juga akan jijik dengan apa sahaja suami mereka lakukan, dan menganggap lelaki hanyalah monyet yang melompat2 di bumi.

Semua ini akan mengundang penderaan emosi kepada pasangan yang halal itu. Ada kes isteri yang mengandung, keguguran akibat tertekan dengan sikap suami gay yang hanya mahu anak sebagai bukti dia mampu berfungsi.

Kebanyakan gay yang berkahwin apabila telah berkahwin dan mempunyai anak, mereka akan bangga dengan apa yang mereka telah berjaya lakukan, menjadi kebanggaan hingga mereka lupa perkahwinan bukan setakat mahu anak, tetapi sebenarnya ialah tanggungjawab kepada pasangan. Lelaki gay tidak bernafsu pada isteri, lalu tidak tahu bahwa isteri perlu dilindungi, mereka boleh sahaja membawa rakan lelaki mereka beramai kerumah dan meninggalkan isteri seorang melayan makan minum kawan-kawan sisuami tadi.

Penderaan paling buruk adalah penderaan mental. Ia boleh memberi kesan kepada anak-anak. Wanita akan jadi benci pada lelaki,keliru,dan rasa terlalu rendah diri. Institusi rumahtangga itu sendiri jadi hilang makna.

Kadangkala ada isteri merelakan perlakuan suami, tahu suami ada pasangan gelap, hanya kerana takut untuk menuntut cerai, takut pada masyarakat. Sedangkan, ini boleh dikatakan subahat, jika suami..boleh dikatakan dayus.

Pada saudari yang bertanya, selagi anda boleh bersabar, moga anda mendekatkan diri denga tuhan, moga hidayah sampai kepada suami anda. Namun jika perkara ini telah memberi kesan yang buruk pada kehidupan, usahalah untuk keluar. Taklik boleh dituntut setelah 4 bulan tidak diberi nafkah batin. Mungkin jalannya sukar, tapi sekurang-kurangnya, anda berusaha


Anonymous said...

Tq abg togel

Anonymous said...

assalam...ketika menulis ini...saya menitiskan air mata...menangis..tiada siapa tahu naluri hati saya sebenar benarnya...sepanjang perkahwinan kami pada 2006..saya tak tahu apa itu erti bahagia sebagai seorang isteri...sedih...sebab tak tahu mana boleh saya mengadu...huhuhukkk....air mata selalu menjadi teman setia saya apabila sedih...ketika mula berkahwin..saya tak tahu suami saya ini gay!!!!...awal perkahwinan..saya merasakan pelik sebab dia tidak pernah memeluk saya...mencium saya..saya rindukan pelukan seorang suami...itula apa yg kita inginkan ketika berkahwin...sampai sekarang...saya tak pernah mendapat itu semua...untuk pwngetahuan tuan...sambil menulis ini..saya sangat sangat sebak....

sepanjang awal kawin...saya mmg mahukan penceraiaan...sebab saya rasakan dia lelaki pelik...apabila saya teringin....saya yang mula memeluk dia..dan 'bsama' dengan sy yang memulakan semua....huhuhukk sayu...saya rasa seperti tunggul kayu...saya rasa seperti tidak bermakna....huhuhukk...saya tak tahan...menangiss....dia lepas saja klimaks...akan berpaling mbelakangkan saya seperti tidak ada apa apa....tuan...saya sediiiiiiihhh...

Sehinggala....saya mengandung...selepas bersalin...saya berpantang dikg...habis saja.berpantang..saya terus balik semula...spanjang saya balik..saya rasa ada sesuatu yang pelik...dalam waktu lewat mlm..ada org ketuk2 rumah kami...dia pun turun...dia kata ada penjahat mintak itu ini...abis tu?..saya bertanya...tak apa abg dah bagi duit....malam tu juga dia bergegas ajak saya keluar dari rumah itu....sejak dari itu kami sudah tidak tinggal dirumah kami itu dan hanya tinggal dikedai.....dia ni bijak...aaaaabis dia canang dengan kawan dia yg ada perompak nak masuk umah kami...dan modes operandi orang tu bawa isteri n anak2 sekali...yang kelakarnya...semua kwn2 dia percaya dan diperbodohkannya....

masa ini...saya belum tau lagi dia gay...cuma...saya terjumpa hp dia video lucah gay....juga dari laptop...dia kata adik dia ni yg menumpang buat....sy masa ni sudah ada syak wasangka...tapi...memandangkan tak mahu menuduh suami sendiri...saya cuba tenangkan hati sendiri....sampai la kami berpindah semula ke rumah lama iaitu apartment..sebelum ini teres.....tahun berikutnya..tahun kedua...kami mendapat anak kedua pula...saya nekad..mahu bpantang sendiri...saya tak mahu sesuatu yang pelik terjadi lagi...dan tak.mahu dia sendirian...ketika dlm pantang..kesusahan sy bersama anak2 kecil tuhan saja yang tahu...dia ibarat tiada dirumah...huhukk..sayyuu sangat hati saya.ketika itu .....bayangkan...saya diurut hanya sekali...dengan anak sulong menghenyak badan sy..tarik2 rambut saya sehingga byk tercabut ketika pantang itu....

Dia..xmenghiraukan sangat saya...sehinggalah..anak kami dah besar skit...apabila dia tidur..saya cek hp dia...ada msg ragu2...saya ambik no phone itu....dan pada satu hari...saya ternampak ada satu kertas atas meja berlipat...asalnya..saya mahu buangkan...tapi..Allah itu maha kaya...mahu saya tahu..dan Ya Allah..mmg saya terduduk...resit hotel yg masuknya ada lah pukul 2.45 pagi..bayangkan??..dia kerja malam..shift...dia boleh semata2 nk puaskan nafsu pergi langgan entah siapa2 di TA hotel jalan Pudu??..esoknya..bergegas saya mintak tolong adik drive ke sana..saya soal siasat pada pkerja..dia kata xtau...saya balik...tapi mmg saya tak bercakap sudah dengan suami...saya diaaaaam.saja...sambil mennagis...saya call mak n ayah dia....terus hari itu juga mereka bgegas sampai ke kl ni....saya ceritakan seeeeeeeemua pada mak...mak kata..sabar...sabar...makkkk...sy dah xtahan mak...saya xtahan punya suami mcm ni lagi...berbulan bulan bertahun saya pendam sorang2..sy telan layanan dia selama ini...sampai hati dia buat saya begini...saya mmg NAK BERCERAI...tapi...kami dah punya anak...apa la ..mcm mana nasib mrk nanti.....suami buat kputusan kami buat umrah..terus daftar..terus pergi...untuk mendapat petunjuk...tapi kan.....masa kat sana pun..dia memang tak akan melayan sayadengan berada di atas...semuanya..saya yg kena lakukan...seperti sylah lelaki..

Anonymous said...

SAMBUNGAN..

tak tahula nak.ckp macamana...dari hari itu...kami masih kekal lagi sebagai pasangan suami isteri...tapi..saya masih bersedih...sebab dia tak pernah berubah menjadi seorang suami tulin yang memeluk...mencium isterinya seperti lelaki2 normal yang lain...saya sedih..sebab saya teringinkan pelukan seorang lelaki bergelar suami...anak kami dah 4..tapi...semuanya..kalau saya teringin...saya yg terpaksa memulakan..dan beralah...naluri kita pepermpuan...tetap mahukan belaiiaan seorang suami...tapi saya tak tahu sampai bila lagi kami akan begini...dia tak pernah berubah menjadi lelaki SEJATI n NORMAL... seperti suami suami orang lain...adakah memang ini Takdir untuk Saya?????

Anonymous said...

saya juga ada seorang suami 'gay' . baru kawin 1bln dah kantoi dya tu gay . . ok nak d buat crita dya blom pnah sentuh saya, pertama2 sedih gak lhaa sbb bnyk alasannya . . sakit lha . tak da feel lha . . sya sngat kecewa . saya tak pernah d peluk d cium ketika ingin tidur . . hmmm sngat sedih spaikan syaa nak mintak cerai . sikit2 gaduh syaa minta cerai . . . suami kata nak brubah . . ea bgi pluang pada suami utk brubah . . tngok lha dua bulan ni . nnti syaa update

Anonymous said...

sy plak xtau nak ckp mcm mn tntang suami sy tu. bukan nak buka aib sndri, tp slama stahun perkahwinan kami, sy susah nak dpt layanan dri dia. dia jg susah nak peluk, cium sy, kdng2 kna minta, da bising bru nak peluk. tu pun dua tiga hari je, pastu mcm biasa blik. kdng2 sy hilang keyakinan diri bila berhadapan dgn dia, buruk Sgt ke sy ni? x manarik sgt k? sb klau lelaki normal, xkan mcm dia. bla sy berfikiran negetif, ccpat2 sy istighfar, tkut jatuh fitnah pd dia. sy xtau nak ckp mcm mn lg dgn dia.

Anonymous said...

salam..nak tanya saya ni gay jugak more to top...dah lama tak main dengan laki (nak berubah)...tapi teringin nak kawin...masalah utama sekarang...saya check baru baru ni ada hiv positif..so nak tanya pendapat pembaca semua..perlu ke saya ni kawin jugak...tengah risau bakal bini (still single tengah mencari) dapat penyakit....teringin jugak nak ada anak..sebab memang suka budak budak...makin hari makin tua...sampai bila nak sesorang...nak kenal pompuan pun fobia sebab teringat ringat ada hiv...boleh bagi pendapat? t.kasih...

Anonymous said...

Assalamualaikum...
melihat sahabat2 berkahwin..
saya tumpang bahagia..
saya juga baru berkahwin..
melihat mereka tersenyum semoga mereka bahagia..
saya juga tersenyum.. tapi dalam senyum ada luka yang sangat dalam..

Bismillah..
bukan saya buka pekung didada..
ini kenyataan yang saya tidak pernah terfikir akan terjadi semasa saya dialam remaja dan bujang.

semoga ianya tidak terjadi pada yang akan berkahwin di kemudian hari..

saya berkahwin dengan dia B pada tahun 201_
..kami bertemu secara family macthing..
kami tak kenal.. tak bercinta.. bukan suka sama suka..

lamaran pertama, saya tolak.. sebab tak bersedia.. dan akhirnya saya terima..
atas nasihat kawan2..melihat keadaan sendiri dan keluarga..

maka saya terpaksa terima.. bukan atas kehendak sendiri... bila saya kata terima saya ikhlas terima dia..ikhlas untuk belajar cintakan dia.

dalam sebulan selepas terima lamaran kami bertunang..
dan 2 bulan seterusnya kami nikah.. tambah tolak perkenalan kami hanya 3 bulan.
dalam tempoh bertunang kami langsung tak berhubung..
sehinggalah saya suarakan pada ayahnya..
dan akhirnya dia hubungi saya mungkin kerana ayahnya..
kami berhubung hanya kerana urusan kahwin.
saya cuba menjaga batas apa yang patut dijaga.

selain itu, dalam banyak2 lamaran yang datang sebelum dia.. saya terbuka hati untuk pilih B kerana saya rapat dengan family dia.. dan kerana family dia sangat baik dalam soal agama.
family yang sangat saya kagumi selama ini.
saya sangat berharap dia juga begitu dan membimbing saya.
sangat berharap perhubungan yang terjaga dari maksiat dan di redhai tuhan.

setelah berkahwin Allah uji saya dengan ujian yang sangat berat.
kami dah berkahwin tidak smpai setahun..
saya dapat tahu dia mempunyai naluri songsang setelah 7 bulan kahwin..
dari mula kahwin dia tidak mempedulikan saya.. biarkan saya seorang2 di kamar.

saya mula curiga adakah dia gay?
tapi tak mungkin dia nampak sempurna seperti lelaki normal. malah bertubuh sasa(sado)..
saya cuba berbaik sangka.. mungkin dia malu atau tidak biasa..

lama kelamaan.. saya semakin curiga.. dia sangat rapat dengan abang angkat dia. handphone dia tidak benarkan saya lihat..

bercakap telefon jauh dari saya.
banyak tindakan dia seperti menyorokkan sesuatu dari saya.
tapi saya masih cuba untuk besangka baik.

akhirnya sampai satu detik saya terbaca sesuatu catatan peribadi simpanannya.. tertulis luahan hatinya..

dia boleh teransang apabila melihat tubuh badan lelaki.. dalam ceritanya itu dia sedang memerhati tubuh badan yang sasa dan tegap yang diminatinya. menggairahkan dia.

dan dia sangat cintakan lelaki itu... katanya dia sangat rindu sayang.. dan suatu hari nanti akan katakan 'i love you' pada lelaki tersebut..

dalam catatannya itu ada beberapa lelaki yang dia sangat suka bukan seorang.
dan dia sangat berharapkan hubungan yang lebih dari itu..

setelah baca hati nie sangat2 kecewa..
dia tidak pernah kata rindu cinta dan sayang pada saya.. walhal saya tanya pun dia tidak jawab. sanggup bergaduh hanya kerana saya bertanya "awak rindu saya tak?".

tidak layakkah seorang isteri bertanya soalan seperti itu? tidak layakkah saya?..Allah...

saya tidak.berhenti menangis selama seminggu.. betapa terlukanya hati nie..

saya tanya "kenapa awak kahwin dengan saya?"
dia jawab. "sebab saya mahukan anak dan saya tidak berkahwin untuk sebuah penceraian".

Anonymous said...

sambungan...

adakah benar?
orang berkata gay berkahwin untuk mempergunakan wanita sebagai cara untuk menutup perbuatan mereka..?
adakah untuk menunjukkan pada masyarakat bahawa mereka adalah lelaki straight?
adakah saya nie hanya mangsa yang diperalatkan..

selepas kantoi.. dia mengaku..dia pernah oral sex dengan beberapa lelaki gay.. pernah tengok porn.. dan pernah berdating bersama lelaki2 gay. hancur luluh hati saya..

sekarang didepan saya dia menangis..
katanya dia tidak minta semua tu terjadi pada dirinya..
naluri pelik tu datang sendiri sejak dari sekolah rendah..
sudah beberapa kali dia usaha untuk buang naluri pelik tu..
dan sekarang dia sedang usaha untuk buang naluri tu..

hari nie dia menangis katanya susah..
dia tak boleh buang naluri tu tapi dia kata dia boleh cuba untuk bertahan..

saya telah terluka sewaktu awal kahwin, sewaktu dia tinggal jauh dari saya dia tidak mesej or kol saya. tapi dia boleh pulak mesej kawan dia.. sebelum kantoi hampir selalu cakap dalam talian bersama abang angkatnya sangat mesra.. tidak pernah dia layan saya semesra itu..

saya apabila sekali sudah hilang kepercayaan.. ianya tak akan kembali seperti biasa.. saya sentiasa ragui dia..
sentiasa selidik dan perhati gerak geri dia..
benarkah dia akan bertahan?..
dan sampai bila dia boleh tahan..?

Anonymous said...


sambungan 2..

layanan dia pada saya dingin.. tak macam pasangan bercinta..
sayang kami, hubungan kami seperti adik abang..

dia hanya 'layan' saya penuhi hasrat saya kerana nak penuhi tanggungjawab nafkah batin sahaja..
itu pun macam tak ikhlas.. nampak dari air wajah dia..mimik wajah.
tanpa kasih dan cinta.. emosi yang tidak dipenuhi.. adakah cukup nafkah batin?..

bak kata orang dia sangat pasif terhadap saya..
saya pulak yang terpaksa aktif..
dalam hati rasa sangat malu..
macam kita pulak lelaki..
rasa seperti kita ja terhegeh kat dia..

dulu kaum adam yang datang mendekati..
selalunya saya didekati bukan saya yang mendekati.. sesuai dengan fitrah lelaki..
tahap tertarik pada perempuan dari segi fizikal or seksual lebih dari wanita..
tapi bila ada suami dia tak peduli.. saya tidak selesa.

saya beri penuh perhatian tapi dia tak hargai..
dia layan saya tanpa sentuhan cinta dan kasih sayang..
dalam bermesra, dalam bercinta selalunya saya yang mulakan dulu..saya malu..
selalu saya ja..
dalam hubungan yang saling mencintai.. mereka selalu saling melengkapi.. bukan sorang ja kan.

dari segi nafkah zahir.. rumah saya sediakan.. makan pakai saya semua saya sendiri yang usahakan.. bukan untuk diri saya tapi dia juga..
saya tahu dia ada usaha.. cuma saya harap dia sedar dia seorang lelaki dan seorang suami dan bakal seorang ayah. saya berharap dia bemar2 bertanggungjawab.

memang dia ada usaha untuk berubah tapi tak nampak bersungguh.. saya bimbang dia curang di belakang..

bila saya tengok dia sembang dgn lelaki sangat mesra.. kadang tengok dia tergedik2 pun ada..macam nak menggoda gayanya..

di tempat awam mata dia selalu tengok lelaki.. dan saya tau gay mereka boleh detect sesama sendiri.. mereka saling renung depan saya.. saya perhati dan sakit hati. kecewa teramat..

hubungan kami baik.. tapi secara dalaman hati saya terseksa..saya tak tahu sejauh mana dia akan betul2 berubah. perubahan itu yg saya harapkan..

dia kata dia mampu bertahan sebab berkahwin dan ada saya.. adakah benar?
ramai lelaki gay diluar sana yang ada isteri dan anak ramai..

saya tak nafi.. dia baik. solat tak tinggal. kadangkala berjemaah di masjid. datang dari keluarga yang sangat jaga soal agama.

saya tak faham. kenapa dia jadi mcam tu.? saya sedih saya dah mula sayang dia..

tapi dia? sebab sayang saya susah nak tinggal dia.. dan harap dia berubah..
adakah usaha saya nie satu yang sia2?..

ada yang nasihat saya untuk bercerai..
kalau bercerai..
adakah saya akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia..?adakah lelaki straight (normal) juga mengecewakan..??

doakan saya..

>>>>>>>>>> harap perkara nie tidak berulang lagi pada orang lain..amiin..

kepada golongan gay or plu di luar sana
saya mohon dan merayu sangat..
jika anda sudah berkahwin dan masih aktif sebagai gay lesbian atau plu tidak mahu berubah.. saya mohon tinggalkan pasangan anda dengn cara baik..
saya yakin anda bukan seorang yang zalim..
dan..
jika anda seorang yang baik..
janganlah berkahwin..
anda akan menyeksa jiwa pasangan anda..
kecuali anda benar2 mahu berubah...


in shaa Allah usaha baik untuk berubah Allah akan buka jalan...

Anonymous said...

sambungan(2)...

layanan dia pada saya dingin.. tak macam pasangan bercinta..
sayang kami, hubungan kami seperti adik abang..

dia hanya 'layan' saya penuhi hasrat saya kerana nak penuhi tanggungjawab nafkah batin sahaja..
itu pun macam tak ikhlas.. nampak dari air wajah dia..mimik wajah.
tanpa kasih dan cinta.. emosi yang tidak dipenuhi.. adakah cukup nafkah batin?..

bak kata orang dia sangat pasif terhadap saya..
saya pulak yang terpaksa aktif..
dalam hati rasa sangat malu..
macam kita pulak lelaki..
rasa seperti kita ja terhegeh kat dia..

dulu kaum adam yang datang mendekati..
selalunya saya didekati bukan saya yang mendekati.. sesuai dengan fitrah lelaki..
tahap tertarik pada perempuan dari segi fizikal or seksual lebih dari wanita..
tapi bila ada suami dia tak peduli.. saya tidak selesa.

saya beri penuh perhatian tapi dia tak hargai..
dia layan saya tanpa sentuhan cinta dan kasih sayang..
dalam bermesra, dalam bercinta selalunya saya yang mulakan dulu..saya malu..
selalu saya ja..
dalam hubungan yang saling mencintai.. mereka selalu saling melengkapi.. bukan sorang ja kan.

dari segi nafkah zahir.. rumah saya sediakan.. makan pakai saya semua saya sendiri yang usahakan.. bukan untuk diri saya tapi dia juga..
saya tahu dia ada usaha.. cuma saya harap dia sedar dia seorang lelaki dan seorang suami dan bakal seorang ayah. saya berharap dia bemar2 bertanggungjawab.

memang dia ada usaha untuk berubah tapi tak nampak bersungguh.. saya bimbang dia curang di belakang..

bila saya tengok dia sembang dgn lelaki sangat mesra.. kadang tengok dia tergedik2 pun ada..macam nak menggoda gayanya..

di tempat awam mata dia selalu tengok lelaki.. dan saya tau gay mereka boleh detect sesama sendiri.. mereka saling renung depan saya.. saya perhati dan sakit hati. kecewa teramat..

hubungan kami baik.. tapi secara dalaman hati saya terseksa..saya tak tahu sejauh mana dia akan betul2 berubah. perubahan itu yg saya harapkan..

dia kata dia mampu bertahan sebab berkahwin dan ada saya.. adakah benar?
ramai lelaki gay diluar sana yang ada isteri dan anak ramai..

saya tak nafi.. dia baik. solat tak tinggal. kadangkala berjemaah di masjid. datang dari keluarga yang sangat jaga soal agama.

saya tak faham. kenapa dia jadi mcam tu.? saya sedih saya dah mula sayang dia..

tapi dia? sebab sayang saya susah nak tinggal dia.. dan harap dia berubah..
adakah usaha saya nie satu yang sia2?..

ada yang nasihat saya untuk bercerai..
kalau bercerai..
adakah saya akan jumpa lelaki yang lebih baik dari dia..?adakah lelaki straight (normal) juga mengecewakan..??

doakan saya..

>>>>>>>>>> harap perkara nie tidak berulang lagi pada orang lain..amiin..

kepada golongan gay or plu di luar sana
saya mohon dan merayu sangat..
jika anda sudah berkahwin dan masih aktif sebagai gay lesbian atau plu tidak mahu berubah.. saya mohon tinggalkan pasangan anda dengn cara baik..
saya yakin anda bukan seorang yang zalim..
dan..
jika anda seorang yang baik..
janganlah berkahwin..
anda akan menyeksa jiwa pasangan anda..
kecuali anda benar2 mahu berubah...


in shaa Allah usaha baik untuk berubah Allah akan buka jalan...

Anonymous said...

Salam.

Rupanya ramai juga senasib dengan saya.

Saya tahu siapa suami saya dan keadaan dirinya sebelum berkahwin.. tapi rupanya hidup bersama tidak semudah yang disangka.

Mereka rasa mereka derita, tapi tidak tahu kita lagi derita. Aib suami perlu dijaga. Tanggunjawab sebagai seorang isteri perlu dilaksana, rumahtangga kena uruskan jua, tapi soal hati dan perasaan isteri .. pandai-pandailah jaga diri sendiri.

Hanya mampu memendam rasa. Berdoa siang malam tanpa putus. Cuba sedaya upaya bantu agar dia berubah menjadi insan yg istiqmah dalam perubahan. Bila isteri redha suami keluar ke jalan agama... lagi lah haru bila yang berkumpul hanya lelaki.

Hancur nya hati.. hanya Allah yang tahu bila suami berkata :
I'm gay
Remeber it
It's never change, just control.

-andai aku dapat mengundurkan masa ...

hamka said...

hidup adalah medan ujian.

namun saya percaya gay boleh berubah sebab dalam a quran Allah suruh Nabi luth dakwah kaumnya untuk berubah. yang mana bila Allah suruh berubah, maka ianya boleh berubah-insyaAllah.

tiada daya upaya menlainkan dengan kehendak-NYa

Anonymous said...

Salam. Sy br berkahwin thn lps. Belum ulagthn pertama pun lg. Sy x diberitahu. Pelik bila dia ckp xde nafsu pd sy. Hingga saat ini hanya prnh sekali hub suami isteri dan dia sendiri akui rasa terpaksa. Awalnya kami berubat dgn darul syifa. Mungkin mistik. Xde perubahan. Hingga satu ketika Allah gerakkan hati utk sy selidik. Mengucap panjang sy..sungguh sy x sangka apa yg sy lihat. Vdeo porno dan gmbr2...kelamin lelaki...termasuk suami sendiri sedang wechat dgn lelaki lain. Sy tny dia, adakah dia suka lelakj dan dia menafikan. Dia rimas jika sy peluk. Dia xde respon bila sy berpakaian seksi mahupun tidak berpakaian langsung. Alasan yg kerap diberi bl sy minta hub seks ialah penat atau x ready. Tp smpi bila... Sy percaya keluarga dia x tahu. Mungkin dia pusing cerita. Pd bulan puasa ini, sy masih berdoa Allah berikan hidayah, balikkan hatinya. Sy masih berharap. Namun keluarga sy hny memberi tempoh sehingga selepas raya. Allah menguji...sy mohon petunjuk krn sy benar2 buntu.

Pemimpin tanpa nama said...

Pasal gay ini semua mainan nafsu dan syaitan je. Benda tu pasti datang kpd sesiapa sahaja. Bahkan dilarang ustaz berduaan dgn budak muda yg tidak ada janggut sekalipon kerana nak elak fitnah.

Unknown said...

Jika boleh bertahan pendam perasaan terusknlh perkahwinan tp kalau dah tak mampu apa boleh buat...golongan mcm ni mmg pandai berlakon dpn orangramai utk menutup kelemahan diri sendiri

Unknown said...

Sy juga mangsa bersuamikan gay...mybe mahkamah dunia ia terlepas tp perhitungan di mahkamah Allah lebih adil ....

Ariff Danial said...

MasyaAllah... ramai rupenya isteri yg menderita bila dpt tahu suami gay.. rasa sebak pulak.. kesian bila baca semua komen2 kat atas ni.. mohon kpd isteri2 yg terlibat agar sentiasa bersabar, jgn putus berdoa.. ingat, ini semua ujian Allah.. klu kita bersabar tempuh semua ujian ini, insyaAllah, syurga yang kita dapat.. kepada yg bakal melangsungkan perkahwinan, selidik dulu pasangan tu, kena kenal semua kawan2 dia, selidik latar belakang dia.. masa tempoh bertunang tu, gunakan sebaik mungkin.. supaya tak menyesal di kemudian hari.. zaman skrang mcm2 dugaan dtg, dugaan yg menggugat iman.. hatta org yg berpendidikan agama pun boleh terjebak..

kpd lelaki yg songsang, bukak Quran, tgklah mcm mana Allah seksa kaum2 yg ingkar.. kaum nabi luth, Allah seksa mereka dgn sehina2nya.. tgklah laut mati, bekas kediaman kaum nabi luth.. sampaikan tiada hidupan yg mampu hidup dlm air yg tinggi kandungan garamnya.. ini semua tanda, pengajaran Allah kpd kita supaya tidak megikut amalan kaum yg ingkar.. bukak Quran.. jgn jadikan Quran hiasan dlm rumah aja.. blum terlambat lagi utk berubah.. InsyaAllah..

Unknown said...
This comment has been removed by the author.
hamka said...

gay ni boleh berjangkit, mudah di ajar, banyak pengakuan lelaki normal menjadi gay bila bergaul dengan gay.lagi lagi jika cenderung pada kecantikkan lelaki. jadi orang agamapun boleh jadi gay jika bergaul. macam nabi pesan, berkawwn dengan penjual minyak wangi, dapat bau, asal kaum luth pun normal, tapi lepas sorang jadi gay,k di ajar dan merebak. sebab tu hukuman bunuh untuk gay.

sama macam murtad, boleh merebak, jika bergaul, orang tak kuat imam bab akidah akan murtad, sama macm gay, orang tak kuat imam bab seks, akan terjebak.

tengok kawan kawan, ada yang terpengaruh merokok, terpengaruh dadah, terpengaruh gay, terpengaruh murtad, dan macam macam, sebab tu akal perlu diguna. imam perlu dikuatkan.

nabi cakap, iman akan luntur, kena perbahrui iman dengan menyibukan buat benda yang betul, kahwin, poligami adalah benda betul untuk atasi masalah gay, dakwah, taklim, ibadat, khidmat adalah benda betul untuk sibukkan diri,

sebab tulah ummat akhir zaman umur pendek, supaya mujahdah ini tak lama, sampai mati sahaja, bila mati? mungkin besok, jadi sabarlah..... sabarlah

Anonymous said...

Bila kita makin tua dan berkahwin semakin lama, mmg lg susah nak ubah suami. Suami saya orng yg dihormati, tp dia flex..huhu..mcm mana nak alertkan dia bahawa saya tau dia mcm tu..dia ingat saya x tau. Saya Sgt kecewa bila tahu dia pnh buat di rumah saya, dlm kereta saya,..please

Unknown said...

Dear friends, This is my Marital-Breakthrough Testimony...
i want you all to join me to thank this man heaven-Send to restoring my marriage. My husband dump me last 3years to meet another woman, we had two kids together. but yet my husband always find fault in me, my husband don't trust me anymore, I told a colleague at work about my marriage issues, my friend introduced me to email dr.oduduwa for help. I send a message to the email address my friend gave to me..
i work and follow DR ODUDUWA instruction and it surprise me that after 3 Days of casting the magic love spell, so surprisingly my husband Anderson called me on phone, asking me to forgive and accept him back as husband, i was happy and i accepted him with all my heart. now myself and my husband are fully back together as husband and wife, we are very happy family today because one man use Power and Talent to restore my marriage. thanks to this god sent man Oduduwa for the great work.. i promise to share this awesome testimony of his good work to people all over the world, so someone's marriage will be restored today if you contact his man for help.
dear friends, if you are passing through any relationship crisis and mistrust, urgently contact dr.oduduwaspellcaster@gmail.com
ODUDUWA ALSO SPECIALIZE IN FINDING PERMANENT SOLUTIONS To the PROBLEMS here...
- If you want your ex back.
- Stop Divorce and Reunite your marriage
- Win back Trust from your lover
- if you always have Nightmares or bad dreams at night.
- You want to be promoted in your office.
- You want women/men to be attracted to you.
- If you want a child of your own.
- Spell to Powers, Wealth and Fame.
- Spell to Win LOTTO winning magic numbers.
- Herbal care and healing of any blood disease.
This man is sincere and down to earth, i confirmed the truth myself and it work for me.