Sep 17, 2015

Bila Alien Mencari Tuhan?

(Blogger Detective nie berkata: Anyway hamka, Semoga syiar islam kita dapat tegakkan semula suatu hari nanti., Agak-agak rajin, sila buat ulasan movie PK lakonan amirkhan.. Agak deep. Kata aku dua minggu kemudian, baiklah!)
ULASAN FILEM PK oleh Hamka Keretamayat

Sekonyong-konyongnya, lantas terlihatlah sebuah pesawat berbentuk aneh yang telah tersesat ke dalam awan di sebuah kawasan lapang di benua India, dan dari pesawat tadi, turunlah seorang (atau seekor?) makhluk asing yang mempunyai raut wajah seperti Aamir Khan, berjalan dalam keadaan berbogel macam bayi yang baru dilahirkan.

Sebagai ‘bayi yang baru lahir’, maka surrounding authortylah yang akan mencoraknya sama ada menjadi Yahudi, Nasrani, Majusi atau islam.

Akarian, selepas alat kawalan kapal angkasanya  hilang kena curi, maka seekor alien berwajah Aamir Khan ni mencuri pakaian dari dua ekor penzina yang sedang buat projek dalam kereta. 

Untuk kembali pulang ke angkasa, seekor Alien ni perlu belajar bahasa orang bumi, caranya dengan pegang tangan orang lama-lama. Tapi siapa larat nak tangan di pegang lama lama tak buat apa-apa macam transfer USB gaya Yoga. Tapi akhirnya ada seekor perempuan pelacur yang sanggup menerima layanan pelik, iaitu tak perlu berzina, cukup tangan di pegang oleh seekor alien ini selama berjam-jam untuk transfer bahasa tempatan.

Ok, masalah bahasa dah selesai, walaupun bercakap macam gampang sebab guna dialek pelacur tempatan tapi misi mesti di teruskan untuk mencari alat kawalan kapal angkasa yang di curi orang.
Pendek cerita, bila dia mengadu masalah hilang barang pada semua orang di jalanan, respon yang diterima: 

"hanya tuhan sahaja yang mampu tolong kamu"

Ok, misi berubah. Kena cari Tuhan dahulu, dah jumpa Tuhan, baru minta tolong kepada Tuhan carikan alat kawalan kapal angkasa.

Tapi di mana nak cari Tuhan?

Tanya pada orang di jalanan. Yang membuatkan semua orang kata dia ni dah “PK” yang bermaksud “Mabok”.

Oleh sebab semua orang panggil dia PK, maka PK faham namanya di bumi adalah PK.

“My name is PK, where is God?”

Pendekkan cerita lagi, PK akhirnya jumpa kedai  menjual Tuhan (berhala) area situ. Rupanya tuhan ada dijual secara runcit, banyak jenis dan pelbagai saiz pulak tu. Adohai..

Dengan menggunakan duit curi, PK beli sebuah ‘tuhan’ (patung) kecil, itu yang paling murah tapi rasa kena tipu sebab tuhan tu tak bergerak, di sangkanya tuhan kecil tu sudah habis habis bateri.  Maka berdialoglah PK dengan penjual patung itu. Selepas ini PP.

PK : kenapa tuhan ni tak function? , habis bateri ke? Tolong masukkan bateri lagi.

PP:  Kamu gila ke apa?, tuhan ni mana pakai bateri.

PK : habis tu kenapa tidak function?

PP:  Malas layan orang mabuk!

PK: Siapa cipta tuhan kecil ini?"

PP:  tentulah saya!

PK: Siapa tuhan sebenarnya? Jika kamu yang cipta tuhan ni, siapa pula cipta kamu?"

PP:  Tuhan cipta saya.

PK: jika tuhan cipta kamu, kenapa kamu mahu cipta tuhan pula?

PP:  kamu mahu rosakkan bisnes saya ke? Berambus!

Nasib baik Raja Namrud tak ada waktu itu, kalau tak, dah tentu PK ni kena bakar api macam Nabi Ibrahim a.s.

Imbas kembali:

Raja Namrud: Siapa pecahkan semua tuhan (berhala) yang kecil?

Nabi Ibrahim: Patung yang besar tu, tengok kat tangan ada kapak.

Raja Namrud: Berhala itu mana boleh bergerak!

Nabi Ibrahim: Habis tu, kenapa kamu sembah tuhan yang tak bergerak!

Raja Namrud: Bakar!

Tamat Imbas kembali.

PK yang keliru kerana terlalu banyak Tuhan di dunia ini, akhirnya membuat keputusan mencari Tuhan dengan mencuba semua agama, masuk kuil, masuk gereja, bersembahyang di masjid lantas membuatkan aku teringat kepada mualaf seperti Malcolm X, Yusuf Islam, Yusof Estet, Hamza Yusuf, Dr Brow, Ruben Abu Bakr, dan lain-lain, yang mana mereka dalam perjalanan mencari Tuhan, mengkaji pelbagai agama dan akhirnya berjumpa dengan agama Islam.

Di sini suka aku berpesan kepada orang bukan islam, dalam bab dunia, dalam menilai fakta, kita akan kaji dan siasat, kita rujuk semua dokumentasi, baca journal dan research paper, tengok jumlah data, perbandingan analisis, dan kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita faham beza antara teori dan hokum. Fakta tetap fakta.

Tapi dalam bab agama, kita tidak kaji dan siasat, kita tidak  rujuk semua dokumentasi,  kita abaikan data, tiada perbadingan analisis, dan tolak kajian keisanambungan, sehingga akhirnya kita menolak fakta dan menerima auta, kekal sembah berhala atau hidup dengan kepercayaan nenek moyang, atau tolak kewujudan Tuhan dan mati bunuh diri, adohai..

Sambung balik, akhirnya PK jumpa dengan orang yang mendakwa boleh berhubung dengan Tuhan.
Tapi bila tengok orang datang mengadu masalah di suruh selesaikan masalah dengan cara yang salah, PK gelar orang ni ada masalah "wrong number".

Sebab jika betul dari Tuhan, maka cara penyelesaian akan menyelesaikan masalah, bukan menambahkan lagi masalah.

Rupanya di hujung cerita, orang tu ada memiliki alat kawalan kapal angkasa PK dan tipu itu konon hadiah dari tuhan.

Akhirnya PK berjaya bongkar kesalahan mamat ni kerana rupanya seorang conman, manusia biasa, yang guna sentiment agama sebagai modal untuk tipu orang yang jahil lalu mendapat duit dan pengaruh.  Adohai, bab duit ni, tuhan pun orang main-mainkan.

Rujuk Al quran, Nabi tak kenakan cas dalam berdakwah bang,

" wahai kaumku! Aku tidak meminta kepada kamu sebarang harta benda sebagai upah dalam menyampaikan ugama, tiadalah aku harapkan upahku melainkan dari Allah semata-mata" (Hud:29)

Last, PK dapat balik alat kawalan kapal angkasa dan kembali ke langit, dari langit PK datang, kepada langit PK pulang setelah ‘berjumpa’ Tuhan, namun sebelum PK pulang, sempat PK berpesan:

"Dalam dunia ini, ada dua jenis tuhan. Tuhan yang menciptakan kita. Dan Tuhan yang kita cipta. Berhentilah menyambah Tuhan yang kita cipta. Kembalilah kepada Tuhan yang menciptakan kita."

PK Aamir Khan Movie part 2

PK sewaktu entry ini ditulis, belum ada part 2, tapi jika ada mungkin kisahnya begini.
Sebaik beliau naik ke angkasa, maka akan berjumpa dengan ketua beliau yang akan mintak laporan sepanjang mengembara di bumi, kenapa lama sangat turun baru balik?

Jadi PK akan bercerita tentang pengalamanya mencari Tuhan.

Maka berkatalah PK.

Tuan, sewaktu di bumi, saya dapati ada banyak agama, namun yang terbesar ada 4 iaitu:

Christian              2.0 billion           
Islam                     1.2 billion           
Hindu                    811 million         
Budda                   360 million

Dalam hidup manusia yang beragama, mereka adalah makhluk yang logic, mereka bersetuju bahawa mereka ini adalah sebahagian dari alam semesta. Mereka bersetuju bahawa ’something doesn’t come from nothing’. 

Dan mereka bersetuju bahawa ‘order doesn’t spontaneously arise from chaos’? Jadi mereka percaya dunia dan mereka di cipta oleh Tuhan.

Untuk pengtahuan tuan, Dunia manusia ini menjadi semakin hari semakin stabil dalam kehidupan manusia apabila manusia memperkenalkan standard, seperti ISO yang menyeragamkan semua pengukuran kejuruteraan lalu kehidupan genarasi zaman moden menjadi lebih berkesan, sebagai contoh, skru yang manusia beli di kedai, ada saiz yang standard, pemutar skru juga ada standard, lubang yang nak diputar ada arah yang standard, dari mana standard ini datang?, ianya bukan datang secara semula jadi, tapi  dari kesepakatan perwakilan dunia, lalu mencullah ISO, Internasional Standard of Organitation.

Contoh lain yang orang agama percaya, Jika kita kumpulkan bahan-bahan yang boleh menyiapkan sebuah Smart Phone seperti plastik, besi, kaca, polimer,getah dan lain-lain material, lalu di letakkan di padang pasir, berapa tahun masa yang perlu di ambil oleh semua bahan tadi untuk bercantum dan menjadi Smart phone? 

Jawapannya, mustahil! Kecuali ada yang mengaturkannya.

Jadi bahan-bahan untuk menjadikan manusia, iatu air, api, angin dan tanah, yang terbentuk selepas Big Bang akhirnya bercantum dan berevolusi menjadi tumbuhan dan binatang lalu di tengahnya, datang kausa “kun fayakun” yang  menjadikan manusia sebaik baik kejadian yang mana tiada mana mana binatang mampu mengatasi manusia di dunia.

Jadi, orang agama percaya pada Tuhan yang mengaturkan evolusi dan Kun Fayakun, macam telefon juga berevolution dalam ciptaan manusia, dulu telefon besar gajah dan berat nak mampos, tapi sekarang kecil dan ringan, dulu hanya satu fungsi, sekarang semua fungsi ada, telefon bukan berevolution sendiri, ada orang yang mengevolusikannya, jadi, jika dunia ini berevolusi, maka sudah pasti ada kuasa yang menguruskannya iaitu Tuhan.

Saya pernah berborak dengan manusia, bertanya kenapa kamu percaya adanya Tuhan?

Jawab mereka:

“ Bagaimana setiap tahun, bumi Berjaya mengelilingi matahari selama 365 hari tanpa lewat? Tanpa berlanggar dengan planet lain? Oh mungkin tak berlanggar sebab ada orbit? Siapa cipta orbit? Matahari atau bumi? Dan setiap bulan, selama 30 hari, bulan mengelilingi bumi dengan sudut permukaan yang sama, tapi bumi mengelilingi matahari dengan putaran 360, maka berlakulah siang dan malam, bagi garisan khatulistiwa, maka putaran bumi adalah 12 jam siang dan 12 jam malam, maka di garisan ini, cuaca panas sepanjang tahun kecuali di bulan Disember, iaitu lokasi bumi di salah satu sudut alam semesta yang buatkan berlakunya taburan hujan yang tinggi setiap tahun, manakala di garisan lain, berlaku empat musim yang konsisten setiap tahun, musim panas, musim gugur, musim luruh dan musim salji, oh tidak lupa pasang surut air laur yang di kawal oleh gravity bulan. Jadi siapa yang kawal semua ini? Semula jadi?

Jadi logic tak dalam dunia atheist yang percaya sebelum big bang dunia ini kosong, tiba tiba berlaku letupan, dan berjuta tahun kemduan, kita semua ada smart phone?

Gunakan akal, dunia ini terjadi sendiri? Atau ada Pencipta yang Maha Kuasa?

Guna Common sense, adakah smart phone itu tiba tiba sahaja ada?

Maka, pasti dan pasti, dunia dan seluruh alam semesta ini di cipta oleh yang Maha Kuasa.

Kemudian timbul soalan paradox, jika Tuhan cipta dunia, siapa yang cipta Tuhan?,
Untuk masalah ini, manusia tu suruh saya bayangkan kes aduan rakyat yang sudah bersedia nak selesaikan masalah rakyat, tapi perlu tunggu arahan dari pihak atasan, tapi pihak atasan cakap, kena tunggu pihak atasan lagi satu, kemudian, pihak atasan lagi satu cakap, tunggu pihak atasan yang atas lagi, so, bila dia boleh bekerja?

Jadi, secara logik, pilihan yang kita ada selain paradox, adalah dengan yakin bahawa hanya ada satu pihak yang paling atas, tiada yang atas melainkan dia, maka dunia ini telah di cipta oleh pihak yang paling atas, dan satu sahaja, jika ada banyak pihak atasan, maka dunia ini tak dapat di cipta sebab tuhan akan bergaduh dan pengurusan alam semesta akan menjadi konflik, kerana itu kita tak boleh terima dari segi akal tuhan itu ada lebih dari satu, maka hint untuk mereka yang mencari Tuhan, pastikan Tuhan itu hanya SATU, dan Dia paling atas, itulah logiknya tempat bagi Tuhan, satu dan paling tinggi!

Jika jawapan ini sudah di terima, maka terbongkarlah sifat Tuhan yang anti paradox, Tuhan mestilah berlawanan dengan semua makhluk dan kejadian, yang mana apabila semua mahkuk di cipta, maka Tuhan adalah pencipta, Dia satu dan paling atas.

Kemudian, jika semua mahkluk akan binasa, maka Tuhan bersifat abadi dan kekal selamanya.

Kemudian, jika semua makhluk mempunyai kelemahan dan saling memerlukan, maka Tuhan bersifat paling berkuasa dan tidak memerlukan sesiapa.

Kemudian, jika semua mahkuk terikat dengan masa dan Fizik, maka Tuhan bebas dari masalah Fizik dan masa.

Kemudian, apa sahaja yang ada pada makhluk, maka Tuhan adalah langsung tidak bersamaaan dengan makhluk.

Jadi, kepada semua alien sekalian, jika nak cari Tuhan, pastikan Tuhan itu anti paradox, iaitu Tuhan itu satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa

Sebagai makhluk yang di cipta, maka sifat kita adalah saling berhajat, Tuhan jadikan kita dahaga, dan Tuhan ciptakan air, Tuhan jadikan kita lapar, dan ada makanan, Tuhan jadikan sejuk, dan ada api serta pakaian, Tuhan jadikan kita perlukan cinta dan perhatian, maka Tuhan juga jadikan pasangan, keluarga, anak, dan kasih sayang. Jadi, jika masalah hati dan cinta pun Tuhan berikan penyelesaian, maka sudah tentu persoalan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini. Juga disediakan Tuhan akan penyelesaiannya, Cuma terpulang kepada kita untuk meraihnya atau mengabaikannya.

Di dunia, saya ada jumpa manusia lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Cinta tidak wujud. Dia sering dikhiati wanita dan hidup berputus asa untuk mencari cinta, akhirnya dia hidup tanpa cinta dan ingin bunuh diri dalam keadaan sedih.

Persoalannya, Adakah benar cinta tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Cinta? Sehingga cinta tiada dalam dunianya.

Dan saya juga pernah jumpa lelaki yang nak bunuh diri kerana katanya, Tuhan tidak wujud. Dia pernah berdoa, tapi katanya Tuhan tidak ada sebab doa tidak makbul, dan hidup berputus asa untuk mencari Tuhan, akhirnya dia hidup tanpa Tuhan dan mati dalam keadaaan sedih.

Jadi, adakah benar Tuhan tidak wujud? Atau dia yang berputus asa dalam mencari Tuhan? Sehingga Tuhan tiada dalam dunianya.

Begitulah manusia di dunia ini, ada yang mati kerana tidak jumpa air, ada yang mati kesejukkan kerana tidak bertemu api, dan ada yang mati kesedihan kerana tidak bertemu cinta, dan ada yang mati lagi sedih sebab tidak bertemu Tuhan.

Jadi, mencari Tuhan perlu pada usaha, bukan setakat tunggu datang depan mata, air pun perlu di ambil dalam perigi, api perlu di cari bahan bakar, cinta perlu di cari pasangan, anak perlu kepada perkahwinan, maka untuk mencari Tuhan, maka perlu pada usaha kerana Tuhan cipta dunia ini dengan logic sains. Siapa yang berusaha akan dapat, siapa yang berputus asa akan kecewa.

Maka untuk itu, sudah pasti Tuhan akan hantar wakilnya untuk bagitahu jawapan berkenaan dari mana saya datang, apa tujuan saya di dunia ini, dan kemana saya selapas ini.

Maka di sarankan untuk mencari Tuhan carilah seorang wakil tuhan atau Nabi yang paling common sense, iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, carilah Nabi yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup, jaga kambing misalnya.

Carilah seorang Nabi yang jika dunia ini ada orang paling berpengaruh, maka dialah orangnya kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.

Jika Nabi ini membawa kitab, pastikan kitab yang kita baca itu sama macam asal, dengan bilangan ayatnya, dengan sebutannya, dengan keasliannya. Jika kitab yang kita baca di tulis dengan pelbagai versi, makan mana pergi logic sains kita nak terima beritanya?

Kitab itu pulak, isinya bukan cerita yang bertentangan dengan logic sains, pastikan kitab tu penuh dengan common sense, penuh dengan arahan yang sepatutnya, seperti taat ibu bapa, jangan berzina, tolong orang miskin dan sebagainya, mungkin dalam kitab itu ada cerita yang di zaman itu manusia tak tahu pun seperti, rahsia cap jari, teori big bang, proses kelahiran, kegelapan laut, green teknologi, lapisan tanah dan lain lain yang sangat membantu bagi mereka yang mahu menggunakan akal.

“sudah PK, panjang sangat laporan kamu, macam nak berdakwah pulak saya rasa, jadi apa agama paling make sense untuk hidupan manusia?”

Lepas di tanya oleh kutua alien, jawab PK:

“agama yang paling ‘make sense’ adalah islam sebab mereka hanya merujuk satu kitab, tidak macam kristian yang ada terlalu banyak versi dan tiada rujukan kitab asal, tapi orang islam ada kitab asal dan seluruh dunia hanya merujuk satu kitab.

Lagipun tuhan orang Islam adalah satu, paling berkuasa, tidak berawal, tidak berahir, tidak di cipta dan tidak perlukan apa apa, tidak akan sama dengan dengan mana mana yang dicipta kerana Tuhan bukan sebahagian dari ciptaan-NYa.

Nabi yang di utus Tuhan orang Islam juga paling common sense. iaitu ajarannya untuk semua manusia, bukan hanya untuk bangsa, Nabi ini juga yang hidup macam manusia, berkahwin, beranak pinak, berkerja dan berusaha untuk hidup

Malahan Nabi orang islam termasuk dalam senarai nombor satu orang paling berpengaruh, kerana bukan sahaja pandai berkata-kata, tapi pandai mengarahkan tentera, pandai mendamaikan pihak yang bergaduh, pandai mengambil hati, dan pandai serba serbi.

Selain itu, dalam Kitab Nabi orang Islam juga banyak ayat yang sesuai dengan sains moden walhal telah wujud 1400 tahun yang dulu..

Lebih menakjubkan, kumpulkan pengikut ajaran agama lain disebelah kiri, dan pengikut ajaran agama islam di sebelah kanan, lepas tu cuba tanya apakah huruf pertama kitab mereka, maka pengikut ajaran agama lain akan memberi jawapan berbeza beza, tapi semua orang islam tahu dengan serentak dan mereka semua akan jawab huruf “ba” yakni Huruf asal Al quran dalam bahasa arab. Orang kristian pun belum tentu tahu apa bahasa asal kitab injil, sudah tentu bukan English!

Lepas tu cuba buka kitab mereka secara random, baca dan suruh sambung, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak menyambung, tapi hampir semua orang islam akan boleh sambung, buka muka surat belakang, baca: Kul hu wallah hu ahad.., akan ada yang boleh sambung, bukak muka surat tengah, Yassin,.., lepas tu akan ada yang boleh sambung. Malahan bila di tanya pada pengikut ajaran agama lain yang bertaraf otai dalam agama mereka, baca ayat kitab mereka suruh sambung, pun belum tentu mereka boleh jawab.

Tanya lagi, siapa yang kenal sebanyak DUA orang kawan yang hafal seluruh kitab agama mereka, maka pengikut ajaran agama lain terkial kial nak sebut nama, tapi hampir semua orang islam boleh sebut dua orang nama yang mereka kenal telah menghafal semua ayat Al quran, malahan yang mengaku sudah hafalpun ada di situ.

Jadi ini adalah keajaiban, mereka orang Islam ada sistem yang boleh menjaga keaslian kitab agama mereka walaupun sudah 1400 tahun, malahan setiap panjang pendek ayat mereka juga di hafal.
Carilah sebuah kitab yang ada 6000 ayat yang mampu di hafal dengan dengan mudah sebagaimana Hafiz Al quran menghafal dalam Islam.

Ternyata, hafalan Kitab al quran oleh ramai orang Islam, adalah Mukjizat dari langit.

“tapi kenapa mereka saling bergaduh dan membunuh antara satu sama lain?”

Tanya Ketua PK kepada PK.

Ini yang jadi masalah, there are nothing wrong with islam, but something wrong with (some) muslims "

Hasil kajian saya, ada dua punca kenapa sesama islam pun bergaduh:

Pertama, bila kita tanya pada orang islam ramai mengaku dah habis baca Al quran dalam bahasa arab, tapi cuba tanya dah habis ke belum baca Al quran dalam bahasa yang mereka faham, contohnya orang melayu, cuba tanya, dah habis belum baca makna Al quran dalam bahasa melayu?:

Maka kita akan dapati hampir semua orang yang ditanya secara spontan mengaku tidak habis lagi baca makna Al quran, malahan yang lebih teruk, tak pernah berniat untuk baca semua makna Al Quran,

Apa!? Tak pernah berniat baca semua makna Al quran! Habis apa kejadahnya kamu berjuang selama ini?

“kena baca semua makna ke PK?”

Ni soalan yang paling hampeh dari seorang yang dah khatam Al quran setelah mendapat nikmat nasi pulut kuning bergulaikan ikan tongkol, Bro, Al quran itu ada ‘bahasa’ atau senang cakap, ada makna yang hendak disampaikan, ada perintah Allah, ada larangan Allah, ada ramalan dalam sejarah, ada sejarah dalam ramalan, ada sajak dalam cerita, ada cerita dalam sajak, ada harapan, dan ada kemanisan.. faham?

Dan hari ni korang dah mengaku bahawa selama ni korang hidup dalam ugama islam, korang tak habis lagi baca MAKNA Al quran? Walaupun untuk satu juzuk?

Korang ingat Al quran tu macam lagu Hindustan ke? Sedap di telinga tapi tak tahu makna walau sepatah haram?

Lepas tu pulak, korang baca sambil menangis-nangis sebab tajwid berlagu yang mendayu dayu, bukan sebab makna yang Allah nak sampaikan.., sama macam korang menangis menyanyi lagu ‘kuch kuch hotai hai, dil to pagal hei atau dilwana dulhaniya la ja ya jangge atau K pop?”

Lepas tu lagi korang perasan bagus sebab sudah khatam Al quran, tapi maknanya korang tak nak ambik tahu, maka jadilah korang seorang islam yang hanya pandai baca lafaz Al quran, penuh tajwid dah makraj tapi bila azan berkumandang, korang selamba solat lengah lengah macam takde apa apa yang berlaku.. (cukup satu contoh)

Ketahuilah, Kerana orang islam tidak baca makna Al quran betul betul, dan hanya serahkan diri pada pendapat ustaz masing masing yang di ambil luar dari Al quran dan hadis, lalu wujudlah perbezaan fahaman sehingga PAS dan UMNO berperang mulut saling kafir mengkafir! Syiah dan Sunni pun berbunuhan, Penyokong Mursi dan penyokong Tentera saling bunuh membunuh, Hamas dan fatah, Wahabi dan  salafi and counting, terbaru PAS dan GHB, adohai..

Dan ketahuilah, Yusof islam masuk islam dan beribu lagi kisah orang kafir masuk islam adalah asbab dari keinginan mereka ‘membaca makna’ Al quran dalam bahasa masing masing, dan aku percaya juga bahawa kisah bekas orang islam yang murtad pula adalah asbab dari tidak ‘membaca makna’  Al–quran…
Jika orang kapir baca makna Al quran sudah boleh dapat hidayat, apatah lagi kita yang dah lama berjuang dalam parti so call islamik.., tapi itulah, rata rata yang aku jumpa, khatam lafaz arab sahaja,  belum pernah khatam baca makna Al quran, apa kes?

Itu aku tanya yang dah khatam Al quran, cuba aku tanya yang tak khatam pulak tak tahulah aku apa nak jadi, entah-entah makna surah Al fatihah pun tak tahu, Adohai..

“Okey, tidak hayati makna Al quran punca orang islam saling bergaduh, satu lagi?”

Tanya ketua PK kepada PK, Laju PK jawab:

Hadis!

Kedua, Hadis!, ini banyak mendatangkan masalah sebab hadis ni keaslian dia tidak macam al quran, lalu muncul golongan anti semua hadis, golongan anti hadis daif, golongan hadis palsu, golongan ambik hadis separuh, golongan hadis pakai otak, golongan tokok tambah hadis, dan macam-macam lagi, lantas dari pelbagai perbezaan ini, di tambah dengan kejahilan memahami ayat al quran, maka orang islam pun berpecah kepada sunni, syiah, wahabi, salafi, pengganas, ajaran sesat, ajaran songsang dan macam macam fahaman lagi.

“habis tu yang mana paling betul?”

Di sinilah kena guna akal, kerana dalam kejadian penciptaan langit dan bumi, terdapat tanda bagi orang yang berakal, so carilah golongan yang berpegang pada Sunnah Wal Jemaah.

“Apa itu sunnah wal jamaah?”

Carilah golongan yang aman damai dan paling ramai dalam islam, dan paling mirip kepada kehidupan Nabi Muhammad SAW dan sababat baginda.

“Jadi..”

Ahli Sunah ialah mereka yang sentiasa tegak di atas Islam berdasarkan Al-Quran dan hadis yang sahih dengan pemahaman para sahabat, tabi'in, dan tabi’ tabi'in. Sekitar 90% umat Islam sedunia berfahaman Sunni, manakala 8% pula menganut aliran Syiah, lagi 2% lain lain fahaman.

Ahli sunnah menolak keganasan, mereka hidup aman damai walaupun berbeza mazhab, saling hormat menghormati, tidak mengkafirkan golongan lain dengan membabi buta. Jika saya kembali ke bumi lagi, InsyaAllah saya akan memilih Sunni dalam Islam.

Woha!

Akhirnya PK kembali ke bumi dan hidup sebagai seorang Islam yang aman damai.

Sekian ulasan filem PK lakonan Aamir Khan oleh Hamka keretamayat, Semoga Allah terima kita sebagai ahli Sunnah wal Jamaah, amin.

Ps: Ini adalah sebuah kitab yang Kami turunkan kepadamu dengan penuh barakah supaya mereka memperhatikan ayat-ayatnya dan supaya mendapat pelajaran bagi orang-orang yang mempunyai fikiran. (Surah Sad: 29)


Sep 7, 2015

Manusia berasal dari Berok?

(“Apa pendapat anda tentang teori evolusi yang mengatakan manusia berasal dari berok, kerana dalam islam mengatakan manusia berasal dari Nabi adam.”-masa untuk Teori darvin vs Teori Hamka Kereta Mayat )

Son Goku-Mahkluk yang boleh berubah menjadi berok di waktu Bulan Purnama- Woha!


Dalam dunia islam, ada dua perkara yang di patuhi oleh pengikut islam, satu adalah berkenaan ‘hokum hakam’ yang arahannya jelas dari Al quran dan hadis, satu lagi ‘pendapat ulamak’ juga dari ayat Al quran dan hadis tapi lebih kepada ayat yang tersirat,

Lalu muncullah pelbagai mazhab kerana perbezaan pendapat ulamak, tapi perbezaan pendapat ini, tidaklah sampai perlu bergaduh, contohnya dalam semua mazhab Sunnah wal jamaah, setuju, HUKUM solat adalah wajib lima kali setiap hari, tapi PENDAPAT ULAMAK berbeza cara ambil wudhu dan solat. No problem. Tak perlu gaduh gaduh.

Dalam dunia sains pula, sebelum ada bukti mutlak, ia akan kekal sebagai TEORI yang mana jika ianya telah mendapatkan cukup bukti dan telah teruji oleh para peneliti lain, TEORI akan bertukar kepada HUKUM karena tingkat kemutlakannya yang pasti. Contohnya seperti hukum graviti, Hukum Ohm, Hukum Kircoff dan lain lain hokum, sama macam Hukum Hakam yang jelas dalam kesepakatan ulamak, namun dalam bab cabang Islam, maka disandarkan pada pendapat ulamak.

So, Teori Big Bang, Teori Darwin, Teori domino, Teori konspirasi dan lain-lain teori, semua tu Teori.
Orang bodoh sahaja yang mahu bergaduh bab teori, sebab teori masih lagi pada status “hold”.
Jadi alasan mengenai teori evolusi ini tetap bertahan dalam subjek sains adalah  karena memang belum ada orang yang mahu membuktikan secara ilmiah dengan penuh dokumetasi  akan asal usul manusia.

Walaupun mungkin sudah ada percobaan-percobaan untuk menentang teori evolusi ini, namun percobaan itu hanyalah bantahan bawah tanah. Tidak akedemik, atau hujah tak kuat. Jadi belum ada teori penguat yang dapat mengalahkan teori evolusi Darwin. Maka dari itu teori evolusi Darwin masih digunakan dalam rujukan sains.

Teori Darwin mudah, korek bumi, cari tulang orang zaman dulu, yang mana bila gali, mereka jumpa tulang berok besar, DNA pun lebih kurang sama, so secara teorinya, oleh sebab tulang manusia macam sekarang ni tak jumpa berjuta tahun dahulu dalam bentuk fosil, yang ada hanya tulang dinasor dan beruk bersaiz manusia, maka hmmm, mungkin, secara TEORInya, nenek moyang manusia adalah berok. Simple.

Jadi, sebagai sebuah teori, maka akan ada banyak lah kelemahannya, sebab itu di panggil teori, antara  kelahaman yang tercatat dalam bukunya, The Origin of Species, Darwin menulis:
"Jika setiap spesies berasal dari spesies lain secara bertahap, mengapa dimana-mana kita tidak menemukan jenis yang kemungkinan besar merupakan perantara? Kesulitan ini cukup membingungkan saya dalam waktu lama."

Nampak?, dari tulang besar berok, tiba tiba terus pada tulang manusia, mana tulang yang agak match, so itu salah satu kelemahan yang boleh diterima sebab “belum jumpa”.

Macam orang tua yang berevolusi dari bayi, tapi di jalanan kita jumpa kanak-kanak, remaja, orang dewasa, tapi dari berok, kepada manusia, makhluk apa yang kat tengah tengah? Jika berok ada? kenapa makhlok yang kat tengah pengantara evolusi takde?

Jadi sebagai orang Islam, yang nyawa kita dah tak lama hidup, naik kapal terbang boleh terhempas, dan mati, maka senang ikut Al quran. Manusia berasal dari Nabi adam, simple.
So dalam Islam, manusia berasal daripada Nabi adam, adalah jelas dan terang, HUKUMnya wajib percaya, dan tiada pendapat ulamak yang boleh batalkan hujah ini. Simple.
Allah berfirman:
“Sesungguhnya Aku hendak menjadikan seorang khalifah di bumi”. Malaikat bertanya “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah padahal Kami senantiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?” Tuhan berfirman: “Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya."

Jadi, dari ayat ini: (Surah Al-Baqarah Ayat 33-39)

Malaikat bantah dengan sebut: “Adakah Engkau hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah?”

Jadi soalan malaikat ni merujuk kepada makhluk sebelum manusia pertama tapi suka buat bencana dan menumpahkan darah.

Jadi kat sini, ehem, ehem, akupun nak buat teori jugaklah, sebab bila nak padukan dengan teori Darwin, aku tak boleh nak guna term ‘wajib percaya’ pada orang kapir, tak adil dalam membahas fakta, maka aku akan lawan teori Darwin dengan teori atas kertas dulu, pembuktian melalui data berdokumentasi, kita buat lain kali bila ada penaja atau derma untuk dana research “The Origin of Species”.

Okey, sambung balik.

Teori aku, oleh sebab Allah cipta Jin sebelum manusia, maka aku agak, makluk yang menumpah darah yang disebut oleh malaikat adalah sejenis jin, Jin berok! Yang Darwin jumpa tulang berok macam orang itu, Jin berok yang punya-Woha!

Jin ni walaupun di cipta dari api, tapi boleh juga duduk atas dunia menjadi makluk berdaging, macam binatang atau gergasi, itu yang ada kisah sahabat bunuh ular, lepas mati ular itu menjadi api, so makluk berdaging yang menumpahkan darah adalah jin berok, ini teori aku guna untuk tolak teori Darwin.

Jadi manusia pertama adalah Nabi Adam a.s yang di cipta oleh Allah dengan sebaik baik kejadian, Jin berok ni jika rujuk sejarah bentuk dia teruk benor, nama pun tak best, seperti australophithecines, Homo habilis dan Homo erectus.

Nak menyedapkan lagi teori aku, sebelum Allah turunkan Nabi adam a.s, semua jin berok ni telah pupus di makan Diego, sejenis Harimau taring panjang (Smilodon), sebab dagingnya sangat sedap jika di makan mentah-mentah.

Ok tak? Jika aku tolak Teori Darwin dan guna teori Hamka keretamayat sebagai hujah, sebab Teori Darwin bertentangan dengan Firman Allah, sedangkan teori Hamka kereta mayat selari dengan Al quran. Kan?!

Akhir kata, tak perlu bergaduh dalam perbezaan pendapat, kerana ada Rahmat di sebaliknya, sama jugak, tak perlu bergaduh dalam perbezaan teori, kerana:

Aku petik ayat Al quran surah Ali Imran190-191:

 “Sesungguhnya dalam penciptaan langit dan bumi, dan silih bergantinya malam dan siang terdapat tanda-tanda bagi orang-orang yang berakal, yaitu orang-orang yang mengingat Allah sambil berdiri dan duduk serta dalam keadaan berbaring dan mereka memikirkan tentang penciptaan langit dan bumi lalu berkata: Ya Tuhan kami, tiadalah Engkau menciptakan ini dengan sia-sia. Maha Suci Engkau, maka peliharalah kami dari siksa api neraka.”

Sekian.

Ps: Ada yang bantah teori aku kerana katanya, DNA dalam tulang berok yang dijumpai, sama macam DNA manusia, aku kata, dalam Al quran juga ada cerita kisah segolongan kaum yahudi yang buat dosa dan di sumpah menjadi berok. Agaknya tulang berok itu kot yang korang jumpa, patutlah DNA sama-Woha!

*****

Update: Ada kesilapan dalam explain term Teori dan Hukum, Untuk dunia biasa, betul aku cakap, tapi untuk sains, lain fahamannya, baca penerangan di bawah, aku akan betulkan balik nanti, terima kasih kepada Doktor!

Mohd Syamirulah Rahim 

The Theory of Evolution is a theory, but guess what? When scientists use the word theory, it has a different meaning to normal everyday use. That's right, it all comes down to the multiple meanings of the word theory. If you said to a scientist that you didn't believe in evolution because it was "just a theory", they'd probably be a bit puzzled.

In everyday use, theory means a guess or a hunch, something that maybe needs proof. In science, a theory is not a guess, not a hunch. It's a well-substantiated, well-supported, well-documented explanation for our observations. It ties together all the facts about something, providing an explanation that fits all the observations and can be used to make predictions. In science, theory is the ultimate goal, the explanation. It's as close to proven as anything in science can be.

Some people think that in science, you have a theory, and once it's proven, it becomes a law. That's not how it works. In science, we collect facts, or observations, we use laws to describe them, and a theory to explain them. You don't promote a theory to a law by proving it. A theory never becomes a law.

This bears repeating. A theory never becomes a law. In fact, if there was a hierarchy of science, theories would be higher than laws. There is nothing higher, or better, than a theory. Laws describe things, theories explain them. An example will help you to understand this. There's a law of gravity, which is the description of gravity. It basically says that if you let go of something it'll fall. It doesn't say why. Then there's the theory of gravity, which is an attempt to explain why. Actually, Newton's Theory of Gravity did a pretty good job, but Einstein's Theory of Relativity does a better job of explaining it. These explanations are called theories, and will always be theories. They can't be changed into laws, because laws are different things. Laws describe, and theories explain.

Just because it's called a theory of gravity, doesn't mean that it's just a guess. It's been tested. All our observations are supported by it, as well as its predictions that we've tested. Also, gravity is real! You can observe it for yourself. Just because it's real doesn't mean that the explanation is a law. The explanation, in scientific terms, is called a theory.

Evolution is the same. There's the fact of evolution. Evolution (genetic change over generations) happens, just like gravity does. Don't take my word for it. Ask your science teacher, or google it. But that's not the issu we are addressing here. The Theory of Evolution by Natural Selection is our best explanation for the fact of evolution. It has been tested and scrutinised for over 150 years, and is supported by all the relevant observations.

Next time someone tries to tell you that evolution is just a theory, as a way of dismissing it, as if it's just something someone guessed at, remember that they're using the non-scientific meaning of the word. If that person is a teacher, or minister, or some other figure of authority, they should know better. In fact, they probably do, and are trying to mislead you.


Hamka (Kereta Mayat) 

Good explanation, i accept was wrong in term to discribe 'theori' and 'law, I need to correct some mislead here, both are based on tested hypotheses, also empirical data; Furthermore, both scientific laws and scientific theories could be shown to be wrong at some time if there are data to suggest so. But, law lebih kepada matematik yang mana tiada ruang untuk pembetulan, sebab jelas formulanya di situ, manakala teori lebih kepada explain, sebab tu aku "boleh" masukkan secara 'pendapat peribadi' asal usul manusia, tapi sepatutnya, kena ada bukti sokongan, jadi dalam kes aku, untuk jawab soalan umat islam yang keliru, dalam tempoh setengah jam, itu yang mampu aku terangkan base tiga ayat Al quran, lain kali, insyaAllah, dengan pencerahan dari pembaca, aku mungkin boleh memberi "pendapat peribadi" dengan lebih make sense, Amin.


Mohd Syamirulah Rahim 

Yeap btul bro hamka, cumanya bidang evolution ni sgt luas merangkumi pelbagai aspek, dari mendelian sampai epigenetic. Hipotesis "manusia berasal dari monyet" hanyalah satu fragment kecil dalam aspek evolusi yang in fact, still open for intepretation seperti teks ibnu khaldun yang saya lampirkan. I agree with you, adalah mustahil nak explain mengenai evolusi yang sangat luas ini dalam tempoh setengah jam, namun tidak bolehlah terlalu simplistik mengatakan "manusia dari beruk" itulah segalanya mengenai evolusi. 

Orang malaysia kita sahaja yang bila sebut "evolusi" benda pertama muncul di kepala adalah "manusia dari beruk". Padahal di barat, pendidikan evolusi bermula dari sekolah rendah lagi diajar mengenai mendelian law. 

Justeru adalah sangat tidak adil, untuk reject evolution secara keseluruhan, apatah lagi mengatakan ianya "just a teori", padahal dengan teori inilah para saintis dari seluruh dunia dapat mengkaji dan membawa banyak manfaat, contohnya seperti memahami dan melawan penyakit virus (h1n1 etc), menghasilkan ubat-ubatan khususnya antibiotik melawat evolving superbugs, memahami penyakit2 genetik dalam aspek biological evolutionary, dsb. Sikap reject secara keseluruhan ini menjadikan umat Islam ketinggalan apabila kita hanya menjadi consumer, menikmati kecanggihan teknologi Barat dek kerana takut mengkaji bab evolusi sebab ianya "sesat".


Hamka (Kereta Mayat) 

Terima kasih atas pencerahan dari doktor, dulu waktu saya kena 'serang' kes vaksin, (sebab saya sokong vaksin), jelas sikap sesetangah orang islam yang tidak adil dalam menilai fact, nampaknya saya pun kena banyak membaca dan mengakaji jika mahu 'menolak' atau 'menerima' sesuatu. pesan pada diri sendiri, terima kasih doktor Mohd Syamirulah Rahim

Mohd Syamirulah Rahim 

No probs bro hamka. Bab evolusi ni actually saya x kisah sgt kalau org salah faham sbb misunderstanding mengenainya dah terlalu menular susah nk ubah, plus mudarat dia tidaklah terlalu besar. Cumanya kalau awal2 lagi budak sekolah dimomokkan (even oleh cikgu) bahawa evolusi ni teori sesat, maka lambat lah malaysia kita nak lahirkan pakar2 dalam bidang genetik dsb buat kajian mengenai virus, hasilkan ubat-ubatan sendiri n halal. 

Berlainan dengan vaksin, geng antivaksin ni secara direct merupakan sebuah humanity threat, apabila diorg jeopardize herd immunity dgn dakyah diorg, so sbb tu yg ni mmg kena tentang habis-habisan. Salute kat bro hamka sbb geng antivaksin ni byk guna hujah dan alasan agama, tp dlm masa yg sama tak ramai golongan agama nk speak up utk kepentingan vaksin ni. Kipidap dongibap!