Feb 6, 2016

Apa lagi Cina mahu??

(Petikan buku SEMUSIM DI NERAKA karangan Hamka Kereta Mayat, peristiwa ini berlaku di Tahun Baru Cina sebab dalam kereta mayat ada kotak limau hadiah dari Uncle See Ah)

Buku SDN


 Uncle See Ah, penjual barang basah di kawasan perumahan orang islam bertanya satu soalan yang susah aku nak jawab:

 “Saudala Hamka, Sejak kecik saya tinggal di perumahan Muar, Johor, ada ramai orang kristian datang ketuk pintu rumah orang cina untuk sebarkan kristian, Tapi bila saya pandah sini pantai timur di kawasan yang paling ramai orang islam, kenapa tidak ada satu orang islam pun yang datang ketuk pintu rumah saya untuk sebarkan islam? Dekat Johor pun talak datang, saya bunya bini asal Ipoh, pun tak ada orang islam datang dakwah agama islam, kenapa kah sebegitu?”

Aku sambil masukkan ulas buah limau yang manis hadiah dari Uncle See Ah ke dalam mulut tak mampu nak jawab terus, kena habis hisapan air limau yang manis terlebih dahulu. Lantas Lim Tat sendiri yang memberi jawapan yang sungguh makan dalam.

“Saudala Hamka, saya rasa, mungkin orang islam tak faham islam, sebab itu tak ada orang islam yang berdakwah ke rumah bukan islam macam orang kristien yang faham agama kristian”

Tiba tiba, aku rasa limau tu sangat pahit.


Ps: Rupanya, di dunia lagi mereka sudah ‘tuntut’. Ini sangat deep, Di harap semua pejuang islam yang baca buku ini, dapat take note.

12 comments:

Anonymous said...

kat Malaysia ni melayu nya lebih kuat dari islam nak buat cam mana

cinta said...

Gulp..

Anonymous said...

Betul la kata apek tu, org Islam ni pun bnyk yg konpius ttg Islam. Tu yg susah sgt nak ajak org masuk Islam tu. Nak ajak org masuk Islam, Islam yg mana, Islam PAS ke Islam UMNO ? Islam Sunni ke Wahabi ke Syiah ? Masuk Islam UMNO, org PAS kata takder maknanyer Islam UMNO tu, masuk Islam PAS org UMNO kata PAS parti ajaran sesat, masuk Islam Sunni, wahabi kata sesat, masuk wahabi, Sunni kata sesat. Syiah lagilah sesat. Mana mana ust boleh bg pencerahan. Dan lg nak ajak org masuk Islam, Islam sendiri pun kucar kacir.

hamka said...

gulp jugak. isk

wawa zulkefli said...

deep

Anonymous said...

Buat apa yg termampu,
mampu ketuk rumah ke rumah, buatlah,
mampu dakwah di jalanan, buatlah,
mampu dakwahkan rakan sekerja dan kawan kawan, buatlah,
kurang kurangnya ada niat dlm hati,
doakan jugak rakan rakan kita, jiran jiran kita, mudah mudahan Tuhan buka pintu hidayah, hidayah milik Allah swt.
Ajak masuk Islam dulu, lain lain tu pelan pelan belajar.

Anonymous said...

Tuan Hamka, nak tanya, biasanya aktivis dakwah & tarbiah, fokus diberikan kepada islah masyrakat muslim supaya kembali buat kerja dakwah dan tarbiah. Tapi tak nafikan kepentingan melaksanakan dakwah pada non-muslim. Pada tuan Hamka, nak fokus pada mana? Islah muslim yang ada asas akidah lalu memberi kesan serampang dua mata atau fokus pada non-muslim, dengan sumber yg terhad?

hamka said...

hari tu kat sri petaling ada jemaah jepun tuntut hak kalimah bagi ibu bapa mereka yang mati kafir, aku hanya memberitahu akan cina yang tuntut hak kalimah, namun diakui, oleh kerana orang islam masih belum ramai buat dakwah, maka hidayat tersekat, by step, dakwah ijtimae pada orang islam untuk buat dakwah, dan dakwah orang bukan islam secara infradi

Anonymous said...

salah satu tugas orang islam ialah beritahu tragedi 911 dan isis bukan datang dari islam

Anonymous said...

(( dakwah ijtimae pada orang islam untuk buat dakwah, dan dakwah orang bukan islam secara infradi))

Dakwah Ijtimae (berkumpulan/ramai)
Dakwah Infradi (bersendirian/sorang-sorang)

Moga Allah swt ampunkan ummat Muhhamad saw
Moga Allah swt kasihankan ummat Muhammad saw
Moga Allah swt rahmati ummat Muhammad saw

Aku bersalah 100% Ya Rabb!!!

CF
Crying Fella

Anonymous said...

tragedi 911 dan isis bukan datang dari islam, itu adalah kerja yahudi yang menyamar menjadi orang islam.

orang islam adalah baik belaka, rujuk al quran.

MUQARRABINZ said...

Lemahnya imanku...nak dakwah kepada rakan sekerja pun tak mampu.