Jul 21, 2017

Bagaimana nak Jawab Soalan Kubur?

(Bocorkan pula cara menjawab sealan yang dah sedi bocor-Bacaaan wajib sebelum mati)

Pada suatu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera besok pagi, pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan. Majikan itu membenarkan pekerja itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari al maklumlah nak keluar Negara selama setahun persiapan mental dan fizikal kena ada.

Alkisahnya, Allah suruh manusia ke Negara Akhirat untuk selama-lamanya, maka persiapan diberi mengikut had umur, ada yang diberi tempoh 20 tahun, ada yang 60 tahun, dan ada yang sampai 100 tahun!

Sampai masa Malaikat maut datang, baru korang perasan belum bersedia, dan korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari lagi sebab baru terfikir nak buat persiapan tapi malaikat maut tak layan rayuan surat menyurat, kerana itu ada mayat yang ditemui dalam berbagai-bagai keadaan.

Ada mayat yang nasi penuh nasi dalam mulut, ada mayat tengah mandi wajib, ada mayat yang sedang hadas besar, ada mayat yang sedang buat maksiat dan macam-macam lagi, untuk detail sila rujuk bilik mayat.

Apa-apapun aku nak cerita:

Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, bertarawih, bertahajjud, bersedekah, berzakat termasuk hias rumah, buat kuih, tempah baju dan lain-lain. Best kan?

Korang akan rasa best giler menjadi raja sehari bila korang buat persedian berbulan-bulan dengan tempah baju, hias rumah, sewa dewan, tempah makanan, jemput penyanyi, edar kad, upah video itu ini begitu begini. Best giler kan?

Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan gembira seperti enjin yang baru di servis apabila korang dah buat persedian sejak hari pertama pembelajaran lagi. Best gila babi kan?
Dan Akhir sekali, Korang akan rasa best giler menjadi mayat bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yang layak ditempatkan di kalangan orang yang soleh lalu dijemput masuk syurga. Amin.

Jadi, Adakah korang sudah bersedia menjadi mayat besok pagi?

Dah buat persiapan? Solat tiada yang ditangguh, tak buat salah pada orang hari ini, hutang semua dah bayar, jadual menganji dah tercapai, zikir harian dah habis, (Alhamdulillah…)

Bercerita mengenai persedian, biasa kita tengok orang buat persediaan yang hebat-hebat just nak sambut hari raya, kahwin, bertunang, bla bla bla…tapi ada korang tengok orang buat persedian besar-besaran untuk menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde? Sebab semua orang fikir lambat lagi jadi mayat.

Cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview mayat, apa yang mayat akan jawab?

Oh..saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru kahwin, tak sempat buat berjimak lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi mayat…

Oh..loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh lagi dah jadi mayat...

Baru? Baru? Orang tanya lain, lain yang dia jawab, adohai…

Wahai bakal mayat sekalian, Tahukah korang?

Tempat pertama yang korang akan pergi lepas jadi mayat adalah KUBUR., selamat di sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!

Untuk itu, aku nak bocorkan tiga perkara untuk memudahkan korang semua dalam kubur.
Aku nak bocorkan Soalan Kubur, bocorkan jawapan, dan bocorkan cara nak menjawab.

kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah..nauzubillah!

SOALAN SATU: SIAPA TUHAN KAMU?

Semua orang islam boleh jawab: Allah Tuhanku!

Tapi bolehkan menjawab yang benar bila di tanya oleh malaikat Mungkar nanti? Sebab dalam kubur jawapan di jawab bukan ikut hafalan, tapi ikut amal ibadat kita.

Maka untuk itu, Aku nak tanya: Sebelum korang terlena, waktu baring nak tidur, apa yang paling akhir korang fikir?: Allah?kekasih? kereta? Rumah?, Adiwira? Projek?

Sekiranya korang fikir selain Allah, maka itulah hakikat sebenar apa yang utama di hati korang, dan bimbang-bimbang itulah yang terkeluar dibibir sewaktu disergah Malaikat Kubur.

Tanya lagi: apakah perkara pertama yang korang ingat bila bangkit dari tidur? Allah?, kekasih? makanan? Tak payah jawab depan aku, jawab lah pada diri sendiri.

Satu cerita: seorang ustaz ada seekor burung yang pandai menyebut kalimah Allah dari paruhnya.
Ditakdirkan Tuhan, burung ini mati di makan seekor kucing, ustaz ini lantas menangis, si anak murid beramai ramai memujuk supaya tak payah menangis lah ustaz, kita orang boleh belikan burung lain yang lebih hebat berkata-kata.

Tapi jawab si ustaz: “Saya menangis bukan kerana meratapi kematiannya, tadi ketika si kucing menerkam burung, saya dapati dia menjerit, “kuakkkk!, Kuakkk!” bukan lafaz: Allah! Allah,
Saya takut nanti, kalimah Allah yang saya lafazkan hari-hari ini hanya meniti dibibir sahaja, dan bila malaikat maut datang kelak, saya takut lafaz lain yang terpancul di mulutku, ..oh..
uhuk!..uhuk…(hinguspun berleluasa di hidung ustaz itu)

Begitulah cerita tentang apa yang ada dalam dada kita, kebesaran Allahkah? Atau kebesaran makhluk, rujuk hadis siapa yang hujung nyawanya dapat sebut nama Allah, maka wajib syurga baginya. Lalu kita di mana hati saat hujung nyawa?, waktu nak tidur pun kita lalai dari allah sehingga terlajak subuh. Akulah ni, isk isk.

Jadi bagaimana cara nak jawab soalan pertama di kubur ini?

Kena usaha atas kalimah Taiyobbah, kena banyak sebut nama Allah, puji Allah, fikir kehebatan Allah, lihat kebesaran Allah dan Dakwah keagungan Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam setiap gerak darah dan urat saraf termasuk dalam naik turun nafas, kena juga nafikan kebesaran makhluk dan isbab hanya kepada Allah, mudah-mudahan di akhir kalam sewaktu disergah Malaikat Maut, dapatlah kita ucap: LA ILA HAIL L-ALLAH!

Dan sewaktu disergah Malaikat Kubur, kita jawab: ALLAH!

Amin.

SOALAN KEDUA: SIAPA NABI KAMU?

Apa-apa pun korang semua dah tahu jawapanya adalah: NABI MUHAMMAD S.A.W.
Ada riwayat cerita, Nanti dalam kubur, malaikat akan gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya:“siapakah lelaki ini yang di utuskan kepadamu?”

Kata Buznama: Kepada orang yang tak suka kepada Sunnah Nabi, jangan bermimpi dapat kenal Nabi dalam kubur dan jawab soalan kubur, sebab orang yang tak amal sunnah Nabi , bukan sajer tak dapat kenal Nabi tapi Nabipun tak kenal ummat dia yang tak nak amal sunnah Nabi.

Satu peristiwa di padang masyar, mengikut satu riwayat, Nabi akan bagi minum air yang mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat selama-lamanya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kausar, tiba-tiba satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna, bila nabi tanya malaikat kenapa tahan,? malaikat jawab mereka menolak sunnahmu, maka Nabi pun berpaling dari ummat, waktu inilah wujudnya istilah: “Nabi tak mengaku ummat”

Jadi duhai tuan tuan puan puan hadirin hadirat sekalian, ingat pesanan ini baik baik!

Sunnah Nabi, buat dapat pahala banyak, tak buat bimbang-bimbang Nabi tak mengaku ummat!
Sekarang cuba kita fikir-fikirkan, Berapa ramai yang membisu tentang solat berjemaah di masjid sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar? Berapa ramai perlekehkan orang berjubah dan berserban? Berapa ramai perlekehkan orang berjanggut dan wanita yang berpurdah macam isteri Nabi? Berapa ramai yang tinggalkan Sunnah kerana malu?

Bolehkah dengan amal agama yang tak beberapa nak Sunnah dalam diri kita akan mampu menjawab soalan malaikat Mungkar berkenaan ‘siapa Nabi kamu’? Oh…

(lagu latar)

“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”
La la la..

Jangan pandai menyanyi sahaja, Tolong belajar fikir risau Nabi Muhammad SAW. Contoh fikir risau Nabi: Baginda rasa sedih tengok masjid kosong sampai rasa nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah. Kita hari ni pulak, sedih tengok drama TV sampai sanggup mengosongkan saf masjid.
Menjawablah dalam kubur esok esok, huhuhuhuhu

SOALAN KETIGA: DIMANA KIBLAT KAMU?

Selamba korang jawab, kaabah kiblatku!

Baik, Aku nak tanya korang, sewaktu orang sedang melaungkan Azan di masjid, mana dada korang menghadap?

Kaabah? TV? Telefon?Internet? FB? Instagram?

Okey, itu tak apa, dah habis Azan korang tentu akan hadap kaabah pulak, eh? Tak, masa iqamatpun korang masih mengadap TV? Telefon?Internet? FB? Instagram?

Hah! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!

Walaupun TV itu menghadap kiblat, tapi korang dah besarkan TV daripada Allah, lalu bila Malaikat Kubur tanya, jangan harap remote TV dapat tolong korang tukar Soalan Malaikat Kubur, adohai..
Ingatlah! salah jawab, kena azab oleh malaikat Nakir, satu jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta , Lepas tu tumbuh balik anggota korang yang rosak tu, Cuba korang tengok orang main futsal dan patah kaki kanannya..(prak!) sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim betulkan balik, (prakkkkk!) sakit jugakkan?

Begitulah kat dalam kubur, Kena pukul : sakit, Sembuh balik: pun sakit! Lepas tu ulang ulang sampai hari kiamat! Tak nak!

Sementara korang sakit di azab malaikat kubur, aku hiburkan korang dengan lagu latar ini:

Sepohon kayu daunya rimbun
Lebat buahnya serta bunganya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Tinggal sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi
bestkan lagu ni- Woha!

SOALAN KE EMPAT: APAKAH PETUNJUK KAMU?

Korang semua tahu jawapannya adalah Al quran.

Sebelum tu aku nak tanya korang, Jika ada mualaf baru masuk islam petang semalam dan datang jumpa korang lalu bertanya :

“Apakah itu Al quran?.”

Agak, agak.., Apa korang nak jawab?

Lantaklah korang nak jawab apa-apapun, aku rasa semua jawapan adalah betul berdasarkan ilmu dan pengalaman masing-masing, namun, bagi yang tak tahu, biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;

Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk ‘qalam’ sehingga terbentuk kitab yang di panggil Al quran, dari ayat pertama hingga akhir, semuanya adalah keinginan Allah yang telah dizahirkan dalam bentuk perkataan yang mana jika kita beramal dengan setiap kehendak Allah itu, maka tidak sesatlah kita

Dalam Al quran ada bercerita, dan ada perintah yang semuanya adalah kehendak Allah, telah terzahirnya ia dalam bentuk qalam dalam bahasa arab sebagai rujukan kepada semua manusia tentang maksud hidup serta kaitanya dengan alam ghaib.

Sementara itu dalam melengkapkan Al quran, kita perlu merujuk kepada sunnah atau hadis Nabi kerana al quran hanya terzahir hanya dalam bentuk perkataan, sedangkan sunnah Nabi pula merupakan praktikal kepada Al quran, sebab tu nabi bersabda, “tidak sesat mereka yang berpegang kepada Al quran dan sunnah..”

Jadi, jika mualaf yang baru masuk islam petang semalam itu datang balik :

jumpa korang lalu bertanya:

Apakah itu Al sunnah?

Agak-agak, apa korang nak jawab?

Takpe, Biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;

Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia, yang mana manusia ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala perbuatannya, perjalanannya, dan pemikirannya, semua nya adalah kehendak Allah, yang mana sebagai contoh, perintah solat dalam Alquran dalam bentuk qalam, telah dizahirkan dalam bentuk praktikal oleh Nabi, disinilah Aisyah R.a, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W juga ditakrifkan sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Maka disini, dalam kita menterjemahkan Al quran, ianya akan merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Perlu di fahamkan, maksud “al-Quran yang bergerak” ni dengan jelas, yang mana jika korang terer matematik, jumpa sape sapepun lalu ditanya, “berapa punca kuasa 12? “, Terus korang jawab sambil berkebil kebil bijik mata akan punca kuasa 12 adalah tiga perpuluhan empat enam, maka korang mungkin boleh di pangil “kalkulator bergerak”

Atau jika aku tanya, apa itu ‘Inception’? Lalu korang jawab, oh,, itu maksudnya sebagai, “permulaan” maka korang mungkin boleh di pangil “Dictionary bergerak”..

Tapi jika korang terer ugama, Tanya hukum fekah, usuluddin, tasauf lalu boleh jawab selamba, itu dah ada ciri ciri sebagai “al-Quran yang bergerak”. Mudah cerita, Dalam menterjemahkan “al-Quran yang bergerak”, ianya adalah orang yang merujuk kepada mereka yang berjaya menterjemahkan 100 peratus kehendak Allah dalam bentuk qalam tadi, kepada kehidupan seharian yang mencakupi semua asek, daripada penampilan, perjalanan dan pemikiran serta tindakan.., termasuk akhlak, munakahat, muasyarat dan lain lain.., itulah maksud “al-Quran yang bergerak”.

Dan Nabi, sebagai “al-Quran yang bergerak” telah mengajar para sahabat tentang bagaimana menterjemahkan Al quran dalam amalan seharian sehingga para sahabat Nabi yang mengikuti sunnah Nabi juga dikenali sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Mereka dizaman itu, walaupun belum ada kitab agama dicetak, kitab hikam belum ada,kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, halaman web Islamic takde jugak, sekolah pondokpun takde, gema gegar vaganza takde, channel oasis takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, tapi hari hari orang kapir masuk islam,

Kenapa?

Kerana orang kapir akan terkesan apabila melihat ‘Al quran bergerak’. Iaitu orang yang beramal 100% seperti kehendak Allah dalam Al quran lalu terpancarlah nur sunnah dalam diri mereka..
Maka kerana itulah, dalam masa 23 tahun sahaja, agama islam telah tersebar dengan pantas, dan seterusnya di zaman saidina Umar, 2/3 dunia telah tunduk di bawah kuasa ummat islam kerana ummat islam di waktu itu faham hakikat “Al quran yang bergerak”..

Korang tahu apa ciri mereka yang ada sifat “Al quran yang bergerak”?..

Ok, ada banyak, tapi aku ringkas pada tiga sahaja supaya mudah faham insyAllah,

Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai 3 ciri seperti berikut:

  1. Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
  2. Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, atau terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
  3. Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..

Itulah kesan dari mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak”, malahan dikatan, syaitan akan menghidarkan diri dari bertembung dengan mereka di jalanan.., subhanllah..

Hari ni mana duduknya kita? walaupun dah ada banyak kitab ugama dicetak, akhbar harakah selalu baca, risalah lepas jummaat tak miss, blog dakwah selalu update, dalam kereta ada keset nasyid.. ada universiti islam, serta setiap minggu tak miss usrah, tapi, hari hari orang kapir tak masuk islam berbondong bonding macam zaman Nabi, yang murtad lagi ramai. Kenapa?

kerana orang kapir tak terkesan langsung tengok orang islam hari ni.., solat jemaah selamba tinggal, dakwah cara Nabi tak buat, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran Allah, langsung takde nur hidayat!

Aku tengok ada anak dara dan mak dara yang berkemban jemur baju, bila nampak ustad akhir zaman, boleh pulak bagi salam dalam keadaan berkemban.., dan ustad jugak jawab salam sambil tersenyum macam takde apa-apa yang berlaku.., amboi,.. manisnya hidup..

jika ustaz tu tergolong dalam “al-Quran yang bergerak” tentu anak dara dan mak dara bertempiran lari sebab melihat sahaja “al-Quran yang bergerak” terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat, terus rasa malu.

Sama jugak mat rempit yang sedang lepak, jika benar korang ada ciri “al-Quran yang bergerak” , tentu mat rempit tu bertempiran lari sebab takut nanti kena dengar cerita tentang kebesaran Allah, atau teringat belum solat asar lagi, nanti kena ceramah pula, tapi mat rempit selamba jer tengok korang macam tikus tengok besi, aura takde

Orang kapir lagilah, tengok orang islam macam sampah, ada peluang, dibunuhnya orang islam, dirogol isterinya dan harta benda di rampas.., dan tanah air di jajah

Kenapa jadi macam tu?

Jawapannnya mudah sahaja, Kerana ummat islam tidak menjadi “al-Quran yang bergerak”…, maka Allah cabut kehebatan orang islam dari hati orang kafir..

Tidak hairan dizaman islam sedang memuncak, di kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah ketika Islam menakluki 2/3 dunia. tiba tiba ummat islam lupa menjadi “al-Quran yang bergerak”, sunnah Nabi iaitu dakwah telah di tinggalkan dan hanya ulamak sahaja yang layak berdakwah, dan ulamakpun hanya sibuk dengan majlis ilmu sahaja, kitab agama bersusun susun, macam-macam ilmu ada, hebat sungguh!

Lalu, pada tahun itu, tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) telah menyerang kota Baghdad dan membunuh berjuta-juta umat islam sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan buku-buku karangan sarjana islam di perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah telah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana larutan dakwat.

Habis begitu sahaja ummat islam diserang oleh tentera Monggol, info agama yang tinggi tidak dapat menolong apa-apa, dan juga tiada bantuan dari langit, (Jangan salah faham, belajar ilmu juga penting, tapi jangan lupa juga belajar ilmu menjadi “al-Quran yang bergerak”)

Sekarang, marilah kita check diri masing masing, sejauh mana sifat “al-Quran yang bergerak” itu, ada dalam diri kita.

Kita semua tahu, sebagai rujukan asas, Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai ciri seperti:

  1. Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
  2. Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
  3. Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..

tapi sekarang, kita check diri masing masing, ada tak sifat “al-Quran yang bergerak” itu dalam diri kita..?

  1. Apabila orang bercakap dengan kita, ada iman mereka akan meningkat?, lagi syirik dibuatnya sebab pengetahuan tentang perkara yang sia-sia bertambah, kisah sport rim, carta lagu, keputusan bola, ulasan filem, politik sampah dan keburukan orang.., itu yang kita bincangkan..oh..
  2. Apabila orang terlihat kita, maka terus teringat tentang bola, filem, fesyen, resepi, dan juga kisah baru seperti parti seteru kita ada buat silap yang baru… mari kita bincangkan.., sedang dua ekorpun belum solat lagi.., hampeh!
  3. Dan apabila orang terkenang akan kita, ada mereka ingat akhirat?.., mungkin yang sedang ingat akhirat lalu teringat tentang kita terus tukar igiminasi kepada dunia..oh.., teringat hutang kita yang belum dibayar berangkali? Oh..

Jadi, janganlah mendabik dada penuh riak yang korang ni pejuang islam menjerit takbir di pesta demotrasi, sedangkan sifat “al-Quran yang bergerak” sudah lama membeku dalam diri.., solat jemaah selamba tinggal, dakwah cara Nabi tak buat, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran Allah.., langsung takde nur iman hidayat.
Jadisebelum rasa diri dah boleh jawab SOALAN KUBUR, semua kena islah diri masing masing.., sejauh mana “al-Quran yang bergerak” ada dalam diri kita..?, kenapa kawan kawan keliling kita lebih suka bercakap tentang dunia daripada akhirat bila berjumpa dengan kita?, kenapa kawan kawan kapir kita takde keinginan masuk islam bila tengok kita?, fikir..fikir..

Ok habis bab SOLAN KE EMPAT DALAM KUBUR.

Sebelum tu nak bagitahu, Allah telah berjanji untuk menjaga Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun lebih.

Namun, Tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.
Nikmat mana lagi yang kitaorang dustakan?

Hidupkanlah sunnah, dengan menjadi “al-Quran yang bergerak”…, InsyAllah..

SOALAN KE LIMA: SIAPA SAUDARA KAMU?

Untuk jawab soalan ini, kita kena buat usaha ke atas IKRAM MUSLIMIN.

Apa itu Ikram muslimim?
Tunaikan Hak tanpa menuntut hak, contohnya seperti  menolong sesama ummat islam, dengan niat semata mata kerana Allah. Seperti pokok yang rendang serta lebat daunnya lalu memberi rehat kepada orang yang berteduh,  pokok itu juga berbuah dan memberi kenyang kepada orang yang berehat.., langsung tidak menuntut hak..,lalu  BUAH itulah IKRAM, dan MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang membantu sehingga mana orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam

Jadi, adakah korang selama hidup ada tunaikan hak orang islam?

Apa hak orang islam?

  1. Selalu bagi salam bila jumpa, saling doa kebaikkan. Bukan doa bala sini sana.
  2. Jika orang islam menjemput dalam majlis halal, kena pergi jika taka da keuzuran.
  3. Jika orang islam bersin kena jawab  Yarhamkallah, maknanya kena selalu bantu dari segi kesihatan, selalu doa sihat, dan jika orang islam sakit kena ziarah.
  4. Jika orang islam mati, kena uruskan jenazah dengan baik.
  5. Jika lapar kena bagi makan, jika tak solat, kena ajak kepada solat.
  6. Jika orang islam jahil, kena ajar agama, jika mereka meminta nasihat, jangan kedekut ilmu
  7. Ziarah sesama orang Islam bukan hanya pada hari raya, ziarah kerana agama, dan berdakwah, sungguh pesan memesan memberi manfaat kepada orang islam.
Ada banyak lagi hak orang islam, tujuh di atas tu korang ada buat tak? Jika ada buat IsyaAllah sewaktu Malaikat KUbur tanya seoalan “siapa saudara kamu?”, maka korang boleh jawab dengan tenang.

“Semua orang islam saudaraku” sebab aku sewaktu didunia, selalu mendahului salam, selalu memenuhi undangan, selalu ziarah orang sakit, selalu hantar mayat ke kubur, selalu bersedekah, selalu cerita bab agama, dan selalu berdakwah.

Alhamdulillah, korang dah dapat jawab semua soalan kubur, maka firman Allah:

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.” (QS. Al-Fajr: 27-30)

Tahniah!

Secara kesimpulannya:

Soalan pertama, Siapa Tuhan Kamu?, maka jawablah dengan hakikat usaha atas kalimah Iman, Allah Tuhanku.

Soalan kedua, Siapa Nabimu?, maka jawablah dengan hakikat usaha atas kalimah Amal, Nabi Muhammad Nabiku.

Soalan ketiga, Mana Kiblatmu?, maka jawablah dengan hakikat Solat Khysuk dan Khuduk, Kaabah Kiblatku.

Soalan keempat, Apa Petunjukmu?, maka jawablah dengan hakikat Ilmu dan Zikir, Al quran petunjukku.

Soalan kelima, Siapa Saudaramu?, maka jawablah dengan hakikat Ikram Muslim, hakikat IKhlas dan Niat, serta hakikat Dakwah dan Tabligh, Semua orang Islam saudaraku!

Selesai menjawab, nanti satu pintu syurga akan di buka untukmu, lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman syurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!  Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi.

Semoga kita semua berjumpa di Syurga.

Amin Ya Rabbil Alamin.  


Ps: Hendaklah kita belajar bab agama banyak banyak supaya banyak modal dalam diri yang mana bila dah jadi MAYAT kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘Berborak Bab Agama’ tapi jika kita diam tak reti nak borak bab agama, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah! Take note!

59 comments:

amy said...

Sila beri tahu saya dimana surah/ayat dalam alquran yang mengatakan adanya seksa kubur......

fikri azizan said...

Soalan kedua, Siapa Nabimu?, maka jawablah dengan hakikat usaha atas kalimah Amal, Nabi Muhammad Tuhanku.

tolong betulkan ayat terakhir.. sepatutnya Nabi Muhammad Nabiku..
thanks :)

rumasyo said...

dalil siksa kubur

Nanti mereka akan Kami siksa dua kali kemudian mereka akan dikembalikan kepada azab yang besar.” (Q.S At-Taubah: 101)

“Dan sesungguhnya untuk orang-orang yang zalim ada azab selain daripada itu. Tetapi kebanyakan mereka tidak mengetahui”( Q.S Ath-Thuur : 47)

“Dan Fir’aun beserta kaumnya dikepung oleh azab yang amat buruk. Kepada mereka dinampakkan neraka pada pagi dan petang , dan pada hari terjadinya Kiamat. (Dikatakan kepada malaikat): “Masukkanlah Fir’aun dan kaumnya ke dalam azab yang sangat keras“.” (QS. Al Mu’min: 45-46)

“Jika salah seorang di antara kalian selesai tasyahud akhir (sebelum salam), mintalah perlindungan pada Allah dari empat hal: [1] siksa neraka jahannam, [2] siksa kubur, [3] penyimpangan ketika hidup dan mati, [4] kejelekan Al Masih Ad Dajjal.” (HR. Muslim). Do’a yang diajarkan oleh Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam adalah,
اللَّهُمَّ إِنِّى أَعُوذُ بِكَ مِنْ عَذَابِ الْقَبْرِ وَعَذَابِ النَّارِ وَفِتْنَةِ الْمَحْيَا وَالْمَمَاتِ وَشَرِّ الْمَسِيحِ الدَّجَّالِ
“Allahumma inni a’udzu bika min ‘adzabil qobri, wa ‘adzabin naar, wa fitnatil mahyaa wal mamaat, wa syarri fitnatil masihid dajjal [Ya Allah, aku meminta perlindungan kepada-Mu dari siksa kubur, siksa neraka, penyimpangan ketika hidup dan mati, dan kejelekan Al Masih Ad Dajjal].” (HR. Muslim)


Sumber : https://rumaysho.com/290-pembicaraan-siksa-kubur-dalam-al-quran.html



amy said...

Ayat pertama ditujukan pd kaum arap
Ayat kedua ketiga tak menjelaskan tentang seksa kubur

Hamka Kereta Mayat said...

amy: Sila beri tahu saya dimana surah/ayat dalam alquran yang mengatakan tidak ada seksa kubur......

fikri: dah edit! terima kasih.

rumasyo: terima kasih.

Anonymous said...

TOK MUDIN betulkan kaki yang patah...? Sejak bila...?

Mudin, bukan Mudim.

Hamdan Ahmad said...

Tabligh Pros
1.Ajak orang ke masjid. Solat. Perkara positif.
2.Dakwah pintu ke pintu.
3.Mengajak orang cinta sunnah dan beramal dengannya.
4.Mengajak orang zuhud, hidup sederhana dan tidak gila dunia.
5.Tidak fanatik politik dan tidak asobiyyah.

Tabligh Kontras
1.Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat.
2.Tidak punya ulama mainstream yang boleh dijadikan rujukan.
3.Hanya Fadilat Amal. Kitab lain tak minat.
4.Tiada aliran akademik atau pengajian yang khusus.
5.Dakwah hanya kepada orang islam. Orang bukan islam tidak didakwahi.
6.Tidak mahu dakwah tauhid kerana dakwah tauhid memecahbelah masyarakat dan takut dituduh wahabi. Padahal dakwah tauhidlah dakwah para rasul.
7.Hanya tumpu sunnah individu dan mikro. Sunnah makro dibiarkan. Tidak punya manhaj siasah dan muamalat.
8.Tidak berminat jadi pemimpin. Hanya jadi rakyat biasa. Jadi pak turut.
9.Ada kes anak isteri terbiar kerana khuruj.
10.Selekeh. Indian minded. Berlawanan dengan imej sunnah.

Anonymous said...

Dengarkan kuliah Arwah TGNA tentang Peristiwa Alam Kubur. Minta maaf Hamka, kamu orang tabligh mungkin tak berapa suka dengar kuliah beliau, tapi kali ni kitab fadhilat amal tu cuba letak kat tepi dulu dan dengar kuliah beliau, apa salahnya. Ini linknya. Amy pun boleh dengar.

https://www.youtube.com/watch?v=yJe_pCSZ0bQ

Anonymous said...

Amy,

Soal azab kubur ni ada ke takde itu soal furu' akidah. Namun terdapat dua dalil kuat yang menyatakan wujudnya azab kubur.

1. Adanya Malaikat Munkar dan Nakir yang tugasnya menyiksa ahli kubur. Ini bukti adanya seksa kubur.
2. Doa yang diajarkan oleh Nabi SAW di tasyahud akhir sebelum salam supaya dihindari daripada seksa kubur. Kalau seksa kubur tidak wujud, masakan Nabi ajarkan kita doa ini?

hamkadan original said...

Tabligh Kontras

1.Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat.

(betul, pernah ajak seorang Ucle cina masuk Islam, lepas tu terus ajak keluar tabligh, tukar namanya kepada Daud, bila jumpa dengan orang macam Hamdan, maka betulah Daud tu kurang ilmu. Sama juga dengan Mat rempit, belia dadah yang baru ikut Tabligh, Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat.jadi dakwaan anda betul, malahan jika saudara Hamdan saya ajak keluar berdakwah, maka saudarapun akan masuk list golongan Sangat kurang ilmu walau semangat beribadat)

2.Tidak punya ulama mainstream yang boleh dijadikan rujukan.

(betul jugak, bukak TV ustaz Tabligh ni takde, dalam Radio jika adapun Maulana Johari, tapi tadi rujuk rekod 500 Most Influential in the world yang di keluarkan oleh Royal Islamic Jordan. Ulamak Tabligh ada dalam top ten, entahlah Hamdan tahu tak bagaimana carta ini di nilai?

3. Hanya Fadilat Amal. Kitab lain tak minat.

(Tujuan baca kitab tu untuk satukan hati, orang tabligh buat ijtimak paling ramai manusia di dunia, takde gaduh gaduh sebab baca kitab satukan hati, orang lain baru sembang kedai kopi dua tiga orang, bukak kitab macam macam dah gaduh, itu yang PAN keluar dari PAS, adohai..)

4.Tiada aliran akademik atau pengajian yang khusus.

(agaknya budak madrasah Sri petaling, Kubang Bujuk dan seluruh dunia belajar tu tak ada exam kot, Arwah Nik Aziz katanya pergi belajar sampai India dengan Maulana Tabligh, Dr Maza pun ada pergi ambik sanad dengan ulamak tabligh hari tu, Hamdan belum keluar dari Malaysia mungkin tak Nampak.)

5.Dakwah hanya kepada orang islam. Orang bukan islam tidak didakwahi.

(Hamdan tak pernah dengar laporan Jemaah balik kelaur 4 bulan Negara jauh, kisah orang bukan islam masuk islam beramai ramai, atau contoh kisah Cina Daud tu Hamdan tak pernah dengar, sebab mungkin jenis terperad dalam kampung)

6.Tidak mahu dakwah tauhid kerana dakwah tauhid memecahbelah masyarakat dan takut dituduh wahabi. Padahal dakwah tauhidlah dakwah para rasul.
(Hamdan tak pernah dengar Bayan enam perkara, sifat pertama Tauhidkan Allah, jika di markas, boleh cerita sampai dua tiga jam, tapi tu lah Hamdan mungkin dengar ceramah magrib isyak sahaja, belum pernah dengar bayan dari subuh sampai zohor memang begitulah)

Cukuplah sampai sini, nanti Hamdan sakit hati, Semoga Hamdan di beri Hidayat dan dapat keluar Tabligh ke Negara jauh jauh dan rasailah perbezaannya.

amy said...

Saya tak pertikaikan ujud atau tidak...saya hanya nak tau kat alquran lat surah/ayat mana yang mention/jelas doal seksa lubur ini

amy said...

Tak jumpa lagi

amy said...

Tuan...saya bukannya pertikaikan ujud atau tidak nya seksa kubur..saya hanya nak tau kat mana dalam alquran yang mention/jelas akan seksa kubur ini

amy said...

Ceramah yang sangat menarik namun semuanya berasaskan andain dan persangkaan, tiada ada rujukkan pada Alquran
"Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" AQ 10:36

amy said...

Ceramah yang sangat menarik namun semuanya berasaskan andain dan persangkaan, tiada ada rujukkan pada Alquran
"Dan kebanyakkan mereka tidak mengikuti kecuali persangkaan sahaja. Sesungguhnya persangkaan itu tidak sedikitpun berguna untuk mencapai kebenaran. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui apa yang mereka kerjakan" AQ 10:36

amy said...

Tapi ada jumpa dua ayat dibawah ni

Surah Yasin: (36:51)
Dan ditiuplah sangkalala, maka tiba-tiba mereka keluar dengan segera dari kuburnya (menuju) kepada Tuhan mereka. -

Surah Yasin (36:52)
Mereka berkata: "Aduhai celakalah kami! Siapakah yang membangkitkan kami dari tempat-tidur kami (kubur)?". Inilah yang dijanjikan (Tuhan) Yang Maha Pemurah dan benarlah Rasul-rasul(Nya).

amy said...

Bukankah dua ayat ini mengesahkan bahawa yang telah meninggal dunia hanya akan tidur sehingga di bangkit kan di hari perhitungan.

Anonymous said...

Dear Amy,

Amy percaya tak kepada dalil daripada hadis sahih? Jika sesuatu perkara tidak ada dalil secara langsung daripada Al-Qur'an maksudnya hanya ada secara umum, tapi ada di dalam hadis sahih, ini bermakna perkara tersebut menjadi dalil juga. Saya kena tanya yang ini dulu sebab nak tahu cara Amy faham dalil tu dari mana sumbernya.

Kuliah TGNA itu bukan prasangka semata-mata tetapi datang daripada dalil juga. Ayat Al-Qur'an yang Amy guna tu bukan jawapan kepada isu ini kerana ayat itu pun umum juga. Amy pun dua kali lima.

amy said...

Setuju ...ayat itu bukan jawapan pada issue yang sedang dibincangkan
.saya hanya letak ayat itu untuk ingatkan kita yang allah tidak mau kita ikut sesuatu hanya pada prasangka mesti ada bukti yang jelas yang boleh dirujuk dari tuhan

Anonymous said...

So, macam mana Amy. Soalan saya tu Amy tinggal tak jawab. Amy percaya tak kepada dalil daripada hadis sahih?

amy said...

hadis boleh dirujuk selagi ianya selari dan tak bercanggah dari alquran

Anonymous said...

Amy,

Maknanya dalil daripada hadis boleh diterima. Adakah hadith-hadith sahih yang berkaitan dengan seksa kubur tidak selari dan bercanggah dengan Al-Qur'an?

amy said...

Tuan Anonymous - Saya tak pertikaikan ada atau tidak adanya seksa kubur...saya hanya minta diberitahu dimana dalam alquran yang mention/ jelas berkernaan seksa kubur, itu aje

amy said...

Tuan Anonymous - Saya tak pertikaikan ada atau tidak adanya seksa kubur...saya hanya minta diberitahu dimana dalam alquran yang mention/ jelas berkernaan seksa kubur, itu aje

amy said...

Sebab saya bertanya ni kerna saya belum jumpa lagi apa apa surah atau ayat dalam alquran yang mention atau jelas kan berkenaan seksa kubur...since admin boleh bercerita/tulis berkenaan topic ini jdi saya ingat mungkin dia boleh beritahu saya...tp jawapan nya menghampakan

Anonymous said...

Dear Amy,

Al-Qur'an ada 114 surah dan ayat 6000 lebih. Hukum-hakam dalam Al-Qur'an ada berbentuk umum dan khusus. Jika ianya berbentuk umum, maka rujukan seterusnya ialah hadith. Sudah rujuk hadith namun memerlukan pendetailan lanjut, maka rujuk ijmak dan seterusnya qias.

Dalil azab kubur berbentuk umum dalam Al-Qur'an. Bila rujuk hadith maka jelas sekali wujudnya azab atau nikmat kubur yang juga dikenali sebagai alam barzakh.

Inilah jawapannya. Selepas ni jangan pula Amy tanya lagi

"Saya tak pertikaikan ada atau tidak adanya seksa kubur...saya hanya minta diberitahu dimana dalam alquran yang mention/ jelas berkernaan seksa kubur, itu aje"

Dalil azab kubur sememangnya selari dan tidak bercanggah dengan dalil keumuman di dalam Al-Qur'anul Karim.

Allahu a'lam.

Melainkan Amy anti hadith.

amy said...

Tuan anonymous
Tuan tulis panjang tapi tak jawap saolan saya...mana surah atau ayat walau pun secara umun yang menerangkan bab seksa kubur ni....

Anonymous said...

Dear Amy,

Saya nak tahu apa hukum hisap heroin, tapi saya tak jumpa perkataan heroin dalam Al-Qur'an. Boleh Amy tunjuk dalam Al-Qur'an ayat mana yang menerangkan atau mention dengan jelas hukum hisap heroin? Saya tak menafikan heroin tu memudaratkan tapi saya nak hukum langsung dari tuhan.

Anonymous said...

Dear Amy,

Saya nak tahu wujud tak watak sahabat Nabi Muhammad SAW yakni Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali kerana saya tak jumpa nama-nama mereka dalam Al-Qur'an. Boleh Amy tunjuk dalam Al-Qur'an ayat mana yang menerangkan kewujudan mereka? Saya tak menafikan mereka wujud tapi saya nak tahu nama dan kisah mereka dengan jelas dalam Al-Qur'an. Boleh Amy tunjukkan.

amy said...

Tuan tak rasa pelik ke..bila dalam quran tuhan jelaskan bab..makan...bab khawin..bab harta...bab sedekah tpi bab seksa kubur ni..satu bab yang amat penting danq wajib dipercayai oleh semua umat islam tp tak ada satu ayat pun yang menyentuh bab seksa kubur ini tp kalau tuan baca surah yasin ayat 51&52...manusia berada dlm keadaan tidur sebelum dibangkitkan berjimpa tuhan

Anonymous said...

Adakah ayat itu ayat muhkamat atau ayat mutasyabihat? Bagaimana tafsiran para ulama tafsir? Adakah ayat tersebut menafikan secara langsung seksa atau nikmat kubur?

Anonymous said...

Tidak ada perkara yang tidak penting dalam Al-Qur'an, semuanya adalah perkara penting. Bab akidah sangat penting, namun bab seksa atau nikmat kubur ni adalah bab furu' akidah.

Anonymous said...

Adakah perkataan "marqodina" itu literally maknanya tidur?

Anonymous said...

Amy tak jawab soalan saya. Dalam Al-Qur'an tiada disebut hukum hisap heroin dan kewujudan para sahabat nabi seperti Abu Bakar, Umar, Uthman dan Ali. Adakah Allah lupa menjelaskan hukum hisap heroin? Mustahil Allah lupa kerana lupa buka sifat Allah. Betul ke wujud para sahabat nabi tersebut? Tiada dalam Al-Qur'an pun?

Anonymous said...

Amy jawab soalan-soalan tu Amy. Kami nak kenal siapa Amy ni. Pada fikiran Amy, selain azab kubur, ada apa-apa lagi tak yang tak disebut dalam Al-Qur'an tapi sebut dalam Hadith yang Amy rasa patut dipersoalkan. Ada tak?

amy said...

Tuan ni hanya bermain dgn kata hakikatnya tak jawap saolan saya kalau tak ada kata ajelah tak ada

amy said...

Beri saya satu ayat yang selari dgn hadis seksa kubur kerna yang saya jumpa kebanyakannya tak selari

amy said...

Tuan Anonymous
Dibawah ini saya sertakan beberapa ayat lgi dari alquran yang menguatkan lagi pendapat saya yang seksa kubur adalah prasangka semata mata yang dibawa oleh bangsa arap


"Allah mematikan jiwa ketika kematian mereka, dan yang belum mati, dalam tidurnya; Dia menahan yang kepadanya Dia telah tentukan kematian, tetapi Dia utuskan yang lain hingga satu tempoh yang dinyatakan. Sesungguhnya pada yang demikian itu adalah tanda-tanda bagi kaum yang memikirkan" AQ 39:42 

"Dia yang matikan kamu pada malam hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu apa kamu buat" AQ 6:60

"Dia yang matikan kamu pada malam hari, dan Dia tahu apa yang kamu kerjakan pada siang hari, kemudian Dia bangkitkan kamu padanya supaya satu tempoh yang telah dinyatakan disempurna; kemudian kepada-Nya kamu kembali, lalu Dia beritahu kamu apa kamu buat" AQ 6:60

"Atau, seperti orang yang melalui sebuah bandaraya yang telah roboh di atas junjung-junjungnya. Dia berkata, "Bagaimanakah Allah hidupkan ini setelah ia mati?" Maka Allah matikannya seratus tahun, kemudian Dia bangkitkannya kembali, dengan berkata, "Berapa lamakah kamu tinggal?" Dia berkata, "Saya tinggal sehari, atau sebahagian hari." Berkatalah Dia, "Tidak, kamu telah tinggal seratus tahun. Lihatlah pada makanan dan minuman kamu - ia tidak basi, dan lihatlah pada keledai kamu. Begitulah Kami buat kamu satu ayat bagi manusia. Dan lihatlah pada tulang-tulang, bagaimana Kami akan susunkannya, dan kemudian kelubunginya dengan daging." Maka, apabila telah jelas kepadanya, dia berkata, "Saya tahu bahawa Allah berkuasa atas segala sesuatu." AQ 2:259


"Dan pada hari Dia kumpulkan mereka, seakan-akan mereka tidak tinggal melainkan sesaat daripada siang hari;mereka saling berkenalan antara mereka; rugilah orang-orang yang dustakan pertemuan dengan Allah, dan mereka bukanlah orang-orang yang dapat petunjuk" AQ 10:45





Anonymous said...

Azab kubur ada dalam hadis, hadis dari Nabi, dan ada ayat Al quran suruh ikut Nabi, sahabat dan ulamak.

Menolak hadis Nabi s.a.w bererti menolak penegasan al-Quran:

فَلَا وَرَبِّكَ لَا يُؤْمِنُونَ حَتَّى يُحَكِّمُوكَ فِيمَا شَجَرَ بَيْنَهُمْ ثُمَّ لَا يَجِدُوا فِي أَنفُسِهِمْ حَرَجًا مِمَّا قَضَيْتَ وَيُسَلِّمُوا تَسْلِيمًا
(maksudnya): Maka demi Tuhanmu (wahai Muhammad)! Mereka tidak disifatkan beriman sehingga mereka menjadikan engkau hakim dalam apa-apa perselisihan yang timbul di antara mereka, kemudian mereka pula tidak merasa di hati mereka sesuatu keberatan dari apa yang telah engkau hukumkan, dan mereka menerima keputusan itu dengan sepenuhnya. (Surah al-Nisa': 65)

Banyak lagi ayat yang menegaskan rasul sebagai sumber rujukan.

Tidak dinafikan terdapat hadis yang tidak sahih iaitu perkataan ataupun perbuatan ataupun pengakuan ataupun sifat yang disandarkan kepada Nabi s.a.w secara tidak sahih. Namun untuk memutuskan hal itu hendaklah atas penghujahan ilmiah seperti yang digariskan oleh para sarjana hadis dalam klasifikasi hadis. Ia bukan dibuat secara semberono, nafsu yang dangkal dan tidak ilmiah. Menolak hadis yang tidak sahih memang sewajarnya, namun menolak yang sahih tanpa asas ilmiah adalah satu kesesatan.

Menolak hadis yang sahih sebagai sumber hukum Islam jika dilakukan dalam keadaan waras dan sedar membawa individu berkenaan terkeluar dari Islam. Inilah yang disebut oleh as-Sayuti r.h (w 911H): “Ketahuilah –semoga Allah merahmati kamu- bahawa sesiapa yang membantah bahawa hadis Nabi s.a.w , -samada perkataan atau perbuatan baginda dengan syarat-syaratnya yang diketahui dalam ilmu Usul (iaitu yang digariskan dalam Ulum al-Hadith dan Usul al-Fiqh) sebagai hujah maka dia menjadi kafir. Dia terkeluar dari daerah Islam dan dihimpunkan bersama Yahudi dan Kristian, atau bersama sesiapa yang Allah mahu daripada puak-puak kafir” (Al-Sayuti Miftah al-Jannah fi Ihtijaj bi al-Sunnah, m.s 140. Mesir: Dar as-Salam)
Mereka yang bersekongkol dengan menzahirkan sokongan ataupun tidak membantah padahal dia perlu membantah dan boleh membantah, maka dia boleh jatuh ke dalam golongan yang sama-sama sesat. Allah dalam al-Quran menyebut kepada Yahudi di zaman Nabi s.a.w dan selepasnya tentang pembunuhan dan pendustaan terhadap para rasul: (maksudnya) "Sebahagian para rasul itu kamu dustakan dan sebahagian pula kamu bunuh" (Surah al-Baqarah: 87).
Walaupun pembunuhan dan pendustaan itu berlaku pada masa yang lampau oleh datuk nenek mereka, namun Allah menyandarkan juga dosa itu kepada mereka dengan menyebut 'kamu' disebabkan mereka bersetuju ataupun tidak merasa itu satu kesalahan!!
Kita sedia untuk berdialog dengan golongan anti-hadis ini.

-Dr Maza.

Anonymous said...

Dear Amy,

Apa itu bangsa arap? Jika bangsa arab saya tahu lah.

Anonymous said...

Dear Amy,

Sila nyatakan kitab tafsir mana yang Amy rujuk untuk manafikan kewujudan azab kubur daripada ayat-ayat Al-Qur'an berikut (39:42, 6:60, 2:259, 10:45).

amy said...

Salam dr.maza

Terima kasih sudi memberi pendapat tuan (cepat tuan lebel saya anti hadis)

Saya amat setuju dengan pendapat tuan yang tiap umat wajib taat pada segala ajaran dari nabi dan asas ajaran nabi terakhir adalah wahyu yang diturun dalam bentuk alquran.

balik ke bab seksa kubur, tiada satu ayat pun menyokong kebenaran ada nya seksa kubur yang dapat saya ketengahkan ayat yang dapat saya jumpa adalah ayat QS39.42, QS6.60, QS 2.259, QS 10.45 QS 2.28 QS 22.66 dan QS 40.11 (dpt sekira Dr. menghuraikan makna ayat tersebut) yg lebih menjurus tak ada nya seksa kubur.

Apa sebenarnya yang di siksa di dalam kubur
Jika
JASAD(tubuh)
kita tau kalau jasad sudah tidak dapat merasakan apa2
Jika
ROH, (keberadaan roh goib hanya Alloh yg tau)

Dan pada sisi Allah-lah kunci-kunci semua yang ghaib; tidak ada yang mengetahuinya kecuali Dia sendiri, QS 6:59

sedangkan nabi muhammad di perintah oleh allah :

Dan mereka bertanya kepadamu tentang roh.
Katakanlah: “Roh itu termasuk urusan Tuhan-ku, dan tidaklah kamu diberi pengetahuan (ilmu apa saja selain tentang roh) melainkan sedikit”. QS Al-Israa: 85

apakah nabi akan keluar dari rel QS Al-Israa: 85 ini?
ataukah umat nya yang melampoi batas.

"Ia adalah wahyu yang diturunkan dari Tuhan semesta alam. Seandainya Dia (Muhammad) mengadakan sebahagian perkataan atas (nama) Kami, nescaya benar-benar Kami pegang dia pada tangan kanannya. Kemudian benar-benar kami potong urat tali jantungnya" AQ 69:43-46

"Katakanlah:'Apakah di antara sekutu-sekutumu ada yang menunjuki kebenaran? Katakanlah 'Allah-lah yang menunjuki kepada kebenaran". Maka apakah orang-orang yang menunjuki kepada kebenaran itu lebih berhak diikuti ataukah orang yang tidak dapat memberi petunjuk kecuali (bila) diberi petunjuk? Bagaimanakah kamu mengambil keputusan?" AQ  10:35




AMYSSB said...

Amat tinggi permerhatian tuan..Arab

AMYSSB said...

Apakah ayat itu tak cukup jelas untuk dicapai oleh akal

AMYSSB said...

Tiada kitab yang saya tujuk

Anonymous said...

Amy,

Baiklah, ianya bangsa arab. Soalan.

1) Bagaimana Amy tahu ianya prasangka bangsa arab? Ada sumber rujukan?
2) Amy tulis kata tiada kitab yang dirujuk untuk mentafsir ayat-ayat Al-Qur'an (39:42, 6:60, 2:259, 10:45). Adakah Amy mengatakan Amy tidak rujuk kepada kitab-kitab tafsir sebagai contoh Tafsir Ibnu Kathir atau Tafsir Al-Qurtubi?
3) Boleh tak Amy kongsi kepada kita semua siapa guru rujukan Amy atau penulisan siapa yang Amy baca dalam hal ini.

AMYSSB said...

1. Kerana tak ada rujukkan dlm alquran lgi pun bangsa arab ni bukan boleh percaya sangat seperti firman tuhan
"Orang-orang arab itu, lebih sangat kekafiran dan kemunafikkannya, dan lebih wajar mereka tidak mengetahui batas-batas (hudud) hukum-hukum yang diturunkan Allah kepada Rasul-Nya. Dan Allah maha mengetahui lagi maha bijaksana" AQ 9:97

2. Bagi saya alquran tu jelas, terang dan mudah dipelajari

3. Guru saya atau rujukkan saya tak ada kena mengena dgn topic yg diperbincangkan......

Anonymous said...


Amy,

1. Adakah kesemua bangsa arab tidak boleh dipercayai? Adakah ayat Al-Qur'an (Surah At-Taubah: Ayat 97) mengatakan yang kesemua bangsa arab begitu? Adakah dalam ayat ini, Allah menjelaskan bahawa azab kubur adalah dari prasangka mereka semata-mata?
2. Adakah kitab-kitab tafsir tidak perlu dirujuk sebagai huraian kepada Al-Qur'an yang jelas, terang dan mudah dipelajari?
3. Kalau Amy sudi beritahu, boleh kita belajar sama. Kalau tak sudi nak buat macam mana.

AMYSSB said...

Tuan Anonymous
Perbincangan kita ni dah jauh lari dari tajuk...saya hanya nak penjelasan dimana dalam alquran yang merujuk adanya seksa kubur kerana saya hanya jumpa ayat ayat yang menjeruskan tiadanya seksa kubur...saya hanya pencari kebenaran...

Anonymous said...

Dear Amy,

Al-Qur'an ada 114 surah dan ayat 6000 lebih. Hukum-hakam dalam Al-Qur'an ada berbentuk umum dan khusus. Jika ianya berbentuk umum, maka rujukan seterusnya ialah hadith. Sudah rujuk hadith namun memerlukan pendetailan lanjut, maka rujuk ijmak dan seterusnya qias.

Dalil azab kubur berbentuk umum dalam Al-Qur'an. Bila rujuk hadith maka jelas sekali wujudnya azab atau nikmat kubur yang juga dikenali sebagai alam barzakh.

Inilah jawapannya. Selepas ni jangan pula Amy tanya lagi

"saya hanya nak penjelasan dimana dalam alquran yang merujuk adanya seksa kubur kerana saya hanya jumpa ayat ayat yang menjeruskan tiadanya seksa kubur...saya hanya pencari kebenaran..."

Dalil azab kubur sememangnya selari dan tidak bercanggah dengan dalil keumuman di dalam Al-Qur'anul Karim.

Allahu a'lam.

Melainkan Amy anti hadith.

Anonymous said...

Dear Amy,

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya kepada kita semua. Semoga Allah memberi petunjuk kepada Amy agar berjalan di atas Al-Qur'an dan Sunnah sebagaimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad SAW kepada para sahabatnya. Insya Allah.

Wallahu a'lam.

I rest my case.

Hamka Kereta Mayat said...

terima kasih kepada pihak yang jelaskan pada Amy tentang azab kubur, ya, rujuklah hadis, sebab ada ayat Al quran yang suruh ikut Nabi.

Lain kali saya cerita kisah AZAB menjelang maut, atau azab sakaratul Maut pulak.

:)

AMYSSB said...

Salam buat semua
Terima kasih ada kesudian tuan melayan pertanyaan saya dlm siri mencari kebenaran

Pendirian saya beralasan bahwa riwayat mengenai siksa kubur hanya berasal dari hadits Ahad, sedangkan hadits Ahad hanya bersifat zhon (sangkaan semata). Padahal aqidah harus dibangun di atas dalil qoth’i dan harus berasal dari riwayat mutawatir.

Perbincangan dengan tuan tuan amat saya hargai namud tiada bukti bukti yang tuan tuan ketengahkan yang (ayat quran) membuktikan sebaliknya sedangkan kajian/penyelidikkan saya berjumpa bukan satu tapi berberapa ayat menyakinkan saya seksa kubur ni hanya pransangka semata mata.

Semoga Allah memberikan taufik dan hidayah-Nya dan memberi petunjuk kepada saya dalam misi saya mencari kebenaran hakiki


Sekian terima kasih

AMYSSB said...

Seksa kubur pun tuan tak dapat nak perjelaskan ujudnya tak payah lah nak tambah prangsanka kat orang melayu

Hamdan Ahmad said...

prasangka lah bukan prangsanka

AMYSSB said...

Terima kasih...atas permerhatian tuan

lisa wu said...
This comment has been removed by a blog administrator.
AMYSSB said...

Menurut Al Quran apabila kita berhujah kita mesti menyokong hujah itu dengan keterangan.Ini berdasarkan AQ 2:111 “haatu burhannakum in kuntum sodikin” – Tunjukkanlah bukti kebenaranmu jika kamu adalah orang yang benar.

Hamka Kereta Mayat said...

Rujuk hadis sahih.

:)