Oct 30, 2017

Bagaimana mintak Hutang?

(Bagaimana berhutang cara Islam dalam dunia moden)

Korang ada masalah kawan hutang tak bayar? Buat bodoh? Bergaduh bila tuntut hutang dan sebagainya?

Lepas tu ada lagi kawan, adik beradik, sedara mara datang nak pinjam duit?

Tak nak bagi takut putus kawan, dah bagi takut pulak nak mintak hutang?

Nak buat macam mana?

InsyaAllah, Keretamayat ada penyelesaianya.

Mula mula korang Buat Whatsapp group, Add empat orang yang boleh dipercayai, atau best friend, atau adik beradik, atau ibu bapak, atau suami atau isteri, tak kesah, janji ada empat orang.

Tajuk Group tu: HUTANG CARA ISLAM

Lepas tu jika kawan ada nak pinjam, paste ayat ini.

(((“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan urusan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar)… dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. … dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi ldari kalangan kamu … Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah” (ringkasan ayat 202 surah Al Baqarah)”)))


Lepas tu Paste ayat ni pulak:

(((Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi. Maka kerana Allah peminjaman ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang. Maka dengan ini saya (Nama Pemberi Hutang:________) telah memberi kepada (Nama Penghutang:___________) dan telah di saksikan oleh semua ahli group ini.)))

InsyaAllah, jika korang bagi hutang dengan cara Islam, maka mudahlah dia bayar sebab bukti semua dah ada, sampai masa bayar up status dalam Whatsapp. Jika ada orang dia segan dalam group tu lagilah cepat dua bayar.

So malasah selesai, moralnya: Jangan lagi korang bagi hutang secara rahsia, cara begitu tak islamik. Tulis hutang dan bawak saksi itu ajaran Al quran dan Sunnah.

Ikut Islam, kita selamat.

Jangan kata abang keretamayat tak payung! Woha!


ps: Untuk detail boleh rujuk buku Kamar Sutera karangan Hamka Kereta mayat.

Borang Hutang jika korang tiada Whatsapp


Oct 25, 2017

Hutang Along? apa nak buat?

(cara selesai masalah hutang Along)

Ada ahli surau nampak warak, alim, bila kita borak dari hati ke hati, tajuknya ke arah nak pinjam duit, kitapun bagi, siap buat surat saksi sebab pinjam jumlah agak besar, lepas tu bila sampai tarikh janji nak bayar, katanya tak ada duit.

Siasat punya siasat, rupanya ada masalah dengan ALONG.

Ada lima Along dia pinjam, jumlah pinjaman tak sampai RM10 ribu, tapi dah bayar RM20 Ribu dan ada lagi baki hutang bunga Riba RM 20 ribu.

Lebih tragis, kad ATM nya Along pegang, setiap minggu bunga RM1500 kena bayar, dan dia selalu pinjam duit jiran jiran untuk makan.

Jadi dia buntu nak selesai masalah hutang yang menjerit leher, sungguh orang beriman sepatutnya tak akan buat dosa sama berulang kali, dan dia nampak kurus, muka susah hati, dan katanya nikmat tidur dah takde.

Waktu aku borak dengan dia, ada kereta pusing pusing depan rumah dia siap bunyi Hon, lepas kereta tu pergi dia bagitahu itulah Along, sekarang Along tu call tapi dia tak jawab phone. Aku suruh report Polis dia takut sebab Along ada ugut dia katanya.

Jadi hari ni aku call PPIM. Dan aku share info ini supaya korang yang ada masalah ALONG boleh selesaikan masalah dengan tenang dan berhikmah. Bunuh diri bukan jalan penyelesaian sebab nyawa kita milik Allah, bila kita 'rampas' milik Allah dengan bunuh diri berkumungkinan besar kena azab dengan  api neraka selamanya- Nauzubillah!

CARA BERTINDAK

  1. Buat report Polis dan bagitahu jumlah hutang Along dalam report, jika ada ancaman bunuh dan sebagainya, tulis dalam report, jangan takut ugutan Along, takutlah Allah, jika mati ketika bertaubat dan berusaha menyelesaikan masalah, boleh dikira mati dalam keadan jihad, jadi beranikan diri report polis.
  2. Waktu Along Call, cuba rakam sebagai bukti, jika ugut ikut whatsapp, simpan ugutan itu, tapi biasanya melalui rakaman, rakam dan rakam, jika takde takpe, boleh cerita dulu dalam report polis.
  3. Dah siap report, call No ini: 013-3071 999  atau ini,  019-3458 44403 atau ini, 4257 7222  dan ini 03-4256 6618
  4. Pejabat mereka dekat KL, berhampiran Pusat Tahfir terbakar itu hari, alamat detail:

Unit Banteras Ceti Haram
Persatuan Pengguna Islam Malaysia
70X, Jalan Keramat Hujung
Bukit Keramat. 54000 Kuala Lumpur
  1. Bila call, mereka akan bagi tarikh untuk jumpa dan bincang, bawak RM50 untuk daftar ahli, dan setiap Along akan di cas RM30, dalam kes kawan aku ni, beliau akan dikenakan cas RM150- jangan cakap cas ini mahal sebab Riba Along ribu ribu korang sanggup bayar, cas perkhidmatan nak komplen pulak, adohai..
  2. Bawak segala butiran berkaitan Along tu, bawak report polis dan paling penting No telefon Along.
  3. Lepas tiga hari mereka akan bertindak dengan cara hubungi Along untuk bincang dikurangkan Riba dengan jumlah yang lebih logic dan masuk akal. Bila dah setuju korang akan bayar duit pada PPIM dan PPIM akan bayar pada Along, hujung sekali baru korang bayar cas perkhidmatan mereka 10 peratus, boleh bayar ansur ansur dan penting, cas perkhidmatan PPIM takde Riba!!

Kesimpulan:

Jadi bertindaklah, menangis tak selesai masalah, hutang adik beradik nak tutup lubang riba pun tak selesai masalah! Bertindaklah, report dan oergi kerja cari duit, harta yang sedia ada jual dan gadai, jangan susahkan orang. Bunuh diri tak menyelesaikan masalah dan akan menyusahkan anak bini, cukuplah susah masa hidup sebab jika bunuh diri, matipun lagi susah, Allah cerita dalam Al-Quran, ramai orang yang dah mati nak hidup semula kalau diberi peluang untuk beramal soleh. Jadi ketika kita masih hidup ni, kena hargai waktu hidup dengan tambah peluang buat amal dan pahala. Tambah peluang untuk taubat dari semua dosa.

Ujian hidup ni banyak, ada yang cacat, gila, pesangan gila, anak cacat, anak gila dan sebagainya, jadi ujian korang sekarang ni ada hutang keliling pinggang, just akui kesilapan yang lalu. Bertaubat dan go on! Siapa berusaha keras untuk bebas dari hutang, hidupnya lebih mulia dari putus asa dan bunuh diri. Andai korang mati dalam jihad bebas hutang ini, mati begini jauh lebih mulia dari mati menangis berputus asa.

Aku ulang, menangis tak menyelesaikan masalah sebenar. Dah habis menangis karang, pergi keluar rumah dan carilah rezeki untuk membayar hutang-hutang tersebut. Ada rezeki untuk orang yang berusaha dan bertawakal.

Susah dalam hidup ini adalah normal, ujian tanda Allah sayang, sebab tu Nabi-nabi yang Allah sayang, semuanya diberi susah lebih daripada kita. Itu ujian dari Allah untuk tingkatkan darjat kita supaya kita jadi orang yang lebih baik di dunia dan akhirat. Setiap Ujian yang datang akan menjadikan kita lebih layak masuk syurga  kalau kita hadapinya dengan betul dan sabar, insyaAllah.

Susah-susah kita pun, masih lagi ada tempat berteduh, masih ada makanan untuk hidup, masih sihat tubuh badan dan yang paling penting, ada anak bini yang sanggup sehidup semati, jadi susah hanyalah apa yang bermain dalam fikiran dan perasaan sahaja.

Ingat pesan kereta mayat: 

Sekiranya beginilah caranya Allah nak ampunkan dosa kita, alangkah ringan-nya penderitaan ini.

Atau, 

Apabila beginilah caranya Allah nak selamatkan kita dari azab api nereka dan masukkan kita ke dalam shurga yang kekal abadi, alangkah 'indah-nya' penderitaan ini.!

Sekian. Takde Woha untuk entry ini. Bertindaklah!

Ps: rujuk hadis Nabi: “Jika semua manusia berkumpul nak bagi kesusahan pada kita, mereka tak boleh buat apa apa pun kecuali apa yang Allah telah tetapkan, dan jika semua manusia berkumpul untuk bagi kesenangan pada kita mereka juga langsung tidak boleh berbuat apa-apa kecuali apa yang Allah telah tetapkan, inilah tauhid!"

Oct 12, 2017

Solat lima atau tiga?

(Soalan dari Anti hadis-solat lima atau tiga?)

Anti Hadis juga akan bertaubat- InsyaAllah

Tuan Hamka, Solat telah diperintahkan sejak zaman Nabi Ibrahim lagi sebanyak 3 kali setiap hari dan bukan 5 kali seperti ajaran ulama’ mazhab.


Merujuk ayat al-Quran, ayat 114 dari Surah Hud jelas solat hanya 3 waktu sahaja:

"Dan lakukanlah solat pada dua tepi siang (subuh dan maghrib), dan awal malam(isyak); sesungguhnya perbuatan baik menghilangkan kejahatan. Itu adalah satu peringatan bagi orang-orang yang mahu ingat."

Tapi kenapa Imam dan ulama’ 4 mazhab mengajar solat 5 waktu sehari semalam? Katanya dalil 5 waktu di ambil dari hadis, kenapa mesti mengambil dalil dari hadis? Bukankah al Quran sudah lengkap?

Saya mohon tuan jawab soalan saya tanpa menggunakan hujah dari hadis. Cukup Al quran sebagai rujukan dan akal sebagai hujah.

Terima kasih.

JAWAPAN DARI HAMKA KERETAMAYAT.

Salam,

Baiklah saudara, saya cuba jawab soalan saudara tanpa guna Hadis kali ini dan guna Al quran serta logic akal sahaja.

Cuba fikir, mana lagi malas?, solat lima waktu atau tiga waktu? So, bagi aku geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat, tapi sebab iman lemah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas.

Ok, kita guna logic akal, jika betul solat asalnya hanya 3 kali sehari semalam, kenapa ustaz yang korang cakap jahat sebab palsukan hadis tiba tiba nak buat 5 kali sehari semalam? Patut orang jahat buat lagi kurang, macam Ayah pin ke, Guru Yah Yah ke, yang solat cukup pakai niat, itu baru betul berniat jahat dengan mempermainkan solat, ini semua ahli sunnah wal jamaah, semua mazhab yang empat, Syafee, Hambali, Maliki, dan lain lain, solat lima waktu sehari semalam. Siapa yang pemalas?

So, aku ulang balik, dari segi logic, geng anti hadis yang pilih 3 kali sehari bukan sebab iman kuat dan betul, tapi sebab iman lemah dan salah, lalu pilih solat yang kurang dengan guna alasan agama, padahal malas. Adohai.

Ini hujah guna akal ni, logic tak jika aku cakap orang yang solat 3 waktu adalah malas berbanding orang yang solat 5 waktu kerana merasa solat ni satu beban yang berat, rujuk Al quran:

“Dan mintalah pertolongan dengan sabar dan solat. Dan sesungguhnya yang demikian itu sungguh berat, kecuali bagi orang-orang yang khusyuk,” (QS.al Baqarah(2):45)

Ok itu satu hujah simple, kita pergi hujah lain pulak: sekarang aku nak korang rujuk Al quran bab solat juma’at.

"Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah dan tinggalkanlah berjual beli yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui (Surah Al-Jumu'ah: 9)

Dari ayat ni, jelas solat jumaat berlaku disiang hari waktu orang jual beli, dan solat jumaat ni ganti solat zohor, korang geng anti hadis cakap, solat zohor tak ada dalam suruhan tuhan, habis tu solat jumaat ni ganti solat apa? Subuh? Magrib? Isyak?

 “tapi cik Hamka, dalam Al quran, suruh solat jumaat, bermakna seminggu sekali sahaja, mana ada ayat Al quran suruh solat zohor setiap hari?”

Baik! Mari kita rujuk lagi ayat Al quran:

“Peliharalah kamu segala sembahyang fardu, khasnya sembahyang Wusta dan berdirilah kerana Allah dengan taat dan khusyuk (Al Baqarah -238)”

Tahu tak solat Wusta tu bila? Rujuk ayat lain:

“Dirikanlah olehmu sembahyang ketika gelincir matahari hingga waktu gelap malam, dan sembahyang Subuh sesungguhnya sembahyang Subuh itu adalah disaksikan (Al-Israa’ -78)

Gelincir matahari ni bila? Waktu wusta ni bila? Kalau hadis tak bagitahu, boleh ke korang main agak agak?,

Nasihat aku kepada mereka yang tolak hadis diluar sana, sebenarnya, nak selesaikan masalah ummat islam memang tak boleh guna cara tolak hadis bang, lagipun dalam al Quran pun ada ayat suruh ikut Nabi Muhammad SAW, dan al quran itu memang guna gaya Bahasa yang lebih tinggi dari syair arab, maka tak bolehlah korang nak tafsir tanpa rujuk pada sejarah dan hadis.

Contohnya, dalam Al quran tak ada cerita detail macam mana nak tanam mayat, karang jika pihak keretamayat tanam mayat korang kaki terjulur keluar nak tak?

Hah! Tau tak nak!

Second Last aku nak tanya, Macam mana kau tahu Al Quran tu sempurna? Siapa bagitahu? Nabi yang bagitahu kan?

Habis tu kenapa kau percaya pulak? bukan ke kau cakap semua tu rekaan manusia?

Aku tanya lagi, Siapa kumpul al quran? Sahabat Nabi, siapa bukukan Al quran?, sahabat nabi dan ulamak, siapa yang buat salinan dan edarkan Al quran, ulamak seepas zaman nabi, eh? patut jika korang yakin sahabat dan ulamak boleh palsukan hadis, mereka juga dah tentu boleh palsukan Al quran, ikut logic otak korang lah.

Padahal Al Quran itu dari Allah. Memang sempurna dan tiada cacat celanya. Namun manusia ni banyak bodoh dan bangang!, tak boleh paham kalau Al Quran tu turun sebijik terus. So Allah utuskan manusia jugak suruh terangkan kepada manusia lain akan isi-isi Al Quran. Dalilnya:

“Hai orang-orang yang beriman, taatlah kepada Allah dan taatlah kepada rasul dan janganlah kamu merusakkan amal-amalmu” (Qs. Muhammad: 33).

“Dan taatlah kepada Allah dan taatlah kepada Rasul, jika kamu berpaling maka sesungguhnya kewajiban Rasul Kami hanyalah menyampaikandengan terang” (Qs. At Taghabun: 12).

“Jika kamu berlainan pendapat tentang sesuatu, maka kembalikanlah ia kepada Allah (Al Qur’an) dan Rasul (hadis), jika kamu benar-benar beriman kepada Allah dan hari kemudian. Yang demikian itu lebih utama dan lebih baik akibatnya.” (QS. An Nisa: 59).

Jadi sudah terang lagi bersuluh dalil ayat demi ayat Allah suruh ikut ajaran Nabi, maka bila Nabi Muhammad SAW nak terangkan, mesti secara terperinci supaya manusia-manusia lain yang payah nak paham ni mudah paham. Sampai dalam Nabi berkata, di ulang tiga kali supaya sahabat tak salah dengar. Siap dengan praktikal sekali, 

contoh Al Quran suruh kita kahwin dan Nabi detailkan macamana nak kahwin, macam mana nak akad, saksi bagaimana, mas kahwin tu apa? apa syarat sah kahwin? bila kahwin jadi tak sah?cerai macam mana, rujuk macam mana dan lain lain. kalau nak harapkan otak manusia yang bangang ni memang takleh paham punya apa yang Allah suruh.

Nabi pula sewaktu nak ajar sahabat sampaikan hadis, bukan calang-calang training bang, siap berlapar, kena pulau, anak bini lari, orang letak batu atas dada! Kena siksa dan sebagainya.

Kemudian sahabat training pulak orang-orang di bawah mereka lepas Rasulullah wafat iaitu Tabieen,
Bukan calang-calang jugak. Nak terima hadis-hadis tu bukan main dengar dan sebar macam korang klik butang share di facebook. Mereka solat dulu, minta petunjuk.

Yang korang ni ntah sapa training?, perasan bagus terus cop manusia yang Allah training direct tu dan juga manusia-manusia lain yang telah di training oleh manusia yang Allah training tu penipu?

Korang tak tahu ke zaman 4 imam mazhab tu ialah zaman tabi'in dan zaman tabi' tabi'in yang disebut nabi sebagai ''kurun yang terbaik.'' bermakna ketika itu islam masih berada dalam bentuk yang paling asli, sebab itu imam-imam yang datang selepas itu walaupun sangat hebat seperti imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi dan banyak lagi imam, mereka tak ada pulak nak buat Mazhab baru walaupun mereka layak, sebab?

Kerana Mazhab yang 4 itu dah sempurna, imam Tirmizi, Imam Abu Daud, Imam Nawawi, Imam Ghazali, Imam Ibn Hajar, Imam Suyuthi semua pakat ikut Mazhab sedia ada, maka apakah hak kita yang bodoh dan jahil lagi hina ini untuk tidak mengikuti mazhab?

Last aku nak berhujah bab solat lima waktu guna akal dan Al quran untuk korang anti hadis adalah dengan merujuk surah 10 terakhir, surah Al fil, kisah tentara bergajah yang menjadi seperti daun di makan ulat akibat serangan burung abibil sewaktu raja Abrahah nak pergi runtuhkan kaabah.

Dari ayat surah Al Fill ini, jelas bahawa Allah akan menjadi penjaga kaabah sampai bila bila kerana kisah dalam al quran cerita bagaimana rancangan Raja Abrahah gagal kerana Allah jaga Kaabah. Ni kisah dalam Al quran, bukan hadis!

Kitapun tahu rupanya di zaman Nabi masih kecil, sekeliling kaabah dipenuhi berhala, dan dikelilingi dengan amalan yang salah, (tawaf sambil berbogel) sedangkan zaman nabi Ibrahim tak ada semua tu, tapi akhirnya dari surah Surah al-Fath yang menceritakan kemenangan islam, habis semua berhala dimusnahkan oleh Nabi dan sahabat sewaktu peristiwa fatal Mekah, dan tanah mekah telah diharamkan oleh orang kafir sampai sekarang, dan jika korang pergi sekeliling kaabah sekarang, satu berhalapun tak ada.

Jadi dari dua surah ni, surah Al fil dan Al Fath, kamu geng anti hadis sudah tentu yakin bahawa Allah jaga kaabah yang mana jika ada maksiat (berhala dan amalan sembahan yang salah), maka Allah akan hantar pembela untuk musnahkannya, tentera Abrahah di musnahkan oleh burung, berhala dan amalan jahiliyah dimusnahkan oleh Nabi Muhammad SAW bersama sahabat baginda dengan izin Allah.

Jadi, jika amalan solat 5 waktu ini salah, maka Allah pasti akan hapuskan amalan ini seperti kisah dalam Al quran, jika imam 4 mazhab berniat jahat nak rosakkan islam, sudah tentu mereka akan berlubang seperti mayat di makan ulat sebagaimana kisah dalam al quran.

Jika amalan solat 5 waktu ini salah, sudah tentu imam Mahdi akan datang dalam tempoh tak sampai 500 tahun, (note: zaman Nabi Muhammad dan Nabi Isa berbeza 500 tahun) untuk hapuskan ulamak yang berniat jahat tambah solat 5 waktu.

Tapi dari pembukaan kota mekah, dah nak dekat 1500 tahun, ummat islam solat 5 waktu sehari semalam depan kaabah, dan tiada bencana seperti dalam Al quran diturunkan jika benar perbuatan ini salah, jadi guna otak, amalan yang di turnkan secara turun temurun juga adalah dalil yang terbaik dalam membenarkan hadis, inilah di panggil SANAD.

Jadi cerita bab sanad, boleh korang cerita tahun berapa Nabi solat tiga waktu dan bila orang mula start solat depan kaabah lima waktu? Apa? Tak tahu sanad tu apa?

Korang tahu tak sanad ni ada dalam SIRIM, ISO untuk pastikan nilai dan unit adalah tepat, supaya quality prodek ikut standard, jadi dalam bab hadis, ada sanad untuk menjaga quality Al quran supaya mengikut standard., panjang lagi nak cerita tapi cukup sampai sini.

Mudah cerita, jika kita tolak hadis, maka manusia akan baca Al quran ikut kepala otak, dan wjudlah perbezaan pendapat tanpa sempadan! akan wujud beribu ribu mazhab ikut kepala otak dan nafsu! solat pun akan ikut kepala otak.

Bayangkan Mazhab sedia ada yang rujuk hadis soheh pun boleh ada empat, tapi jika tak rujuk hadis akan jadi berapa? 

Fikirlah baik baik guna otak, secara logiknya, kita  memang kena rujuk hadis sedia ada, Namun tak dinafikan, hadis yang ada hari ini  ada yang palsu, lemah dan lain lain tokok tambah almaklumlah hadis ini sudah berjalan dari mulut ke mulut beribu tahun.

Tapi sesuai dengan ayat Al quran, ALLAH berfirman “Dan Mereka Merancang, Allah juga merancang, Dan ALLAH sebaik-baik Perancang”

Maka tak logik jugak jika semua hadis adalah palsu sedangkan telah lahir dikalangan ulamak silam yang dengan ikhlas membuat kajian hadis sehingga beribu ribu hadis telah dimusnahkan dalam menjaga keaslian, macam duit palsu bila masuk pasaran, akan ada pakar wang untuk check, tak kan sebab ada duit palsu kita nak bakar semua duit, jadi hadis pun sama, ada pakar hadis yang check dan telah bakar hadis palsu.

Kesimpulannya, Umur dah makin pendek bro, Kassim Ahmad pun dan meninggal dunia, nak tolak semua hadis tak sempat bro, padahal imam 4 mazhab pakar hadis sudah kaji siang malam, kenapa kita yang terpisah jauh dari zaman Nabi dan sahabat nak tolak kajian dari orang yang dekat dengan zaman Nabi dan sahabat?

Tak logic langsung dalam kaedah mengumpul fakta dan sumber berita, kita tolak saksi terdekat, adohai.

Akhir kata, Rasul Melayu  hari tu ada declare sempat bertaubat, anti hadis tu tak tahu dah declare ke belum, hanya Allah yang tahu, semoga kita sempat bertaubat sebelum mati.

Cukup sampai sini coretan aku, I love you kerana Allah. Hidup di dunia sungguh tak lama.

Sekian.

Ps: Yang nipis itu Kapan, yang keras itu keranda, yang berat itu mayat, yang masuk neraka itu anti lima waktu Solat.


Oct 3, 2017

Apa paling penting dalam hidup?

(Kereta mayat pulak tanya sama korang)

Dalam hidup ini, apa yang paling penting?

Mungkin kita telah sedar bahawa benda penting yang pernah kita sangka ianya penting, tiba tiba menjadi kurang penting dan lama lama tidak penting pun.

Tengok korang kita kecik, bawak mainan kesayangan waktu tidur, bawak ke hulu dan ke hilir, sebab mainan sangat penting bagi kita di zaman kanak-kanak, tapi bila remaja, kita dah malu dengan mainan tu, siap campak atau bagi pada anak jiran.

Masa remaja, mungkin ada yang rasa popular di sekolah itu penting, baju berjenama itu penting, seluar fesyen terkini tu penting, potongan rambut  gaya terkini itu penting, drama episod di TV kena follow sampai habis episod, komik kena baca semuanya, muzik terkini kena update, dan sebagainya sebab semua itu penting bagi seorang remaja,

Tapi masuk umur 20-an, baru fikir balik, ada kereta yang mahal tu penting nak cari awek atau jalan sini sana, kerja lompat sini sana tak kisah, janji dapat duit, belajar sampai habis tu penting kalau tak susah dapat kerja, dapat cari pasangan hidup tu penting kalau tak matilah sorang sorang sampai tua tak ada tempat kongsi suka duka, dan korang waktu tu mungkin ada cita cita nak takluk dunia, nak kembara seluruh alam, nak berkarya dengan mahakarya gempak, nak ubah dunia menjadi lebih baik.

Masuk umur lepas kahwin, fikiran manusia mula jadi rasional, kerja yang stabil dengan pendapatan tinggi pulak yang penting, atau buat bisnes paling untung sehingga jadi kaya itu penting, kemudian focus pada ada anak, maka perbelanjaan pada anak menjadi sangat penting, manusia akan sibuk cari duit, untuk kereta besar dan rumah yang selesa, anak anak pun membesar, impian besar nak ubah dunia masa remaja dah jadi kepada rutin kecil dalam mencari duit untuk pastikan anak berjaya, pastikan anak masuk U dan kahwin dan bekerja, lalu kita semua akhirnya jadi orang tua. Anak anak bekerja dan berkahwin, di waktu tua, apa yang penting?

Bila dah tua, umur pencen, zaman bersara, kesihatan semakin menurun, tengok TV dah tak bernafsu, baca surat khabarpun dah tak faham dengan dunia yang semakin melupakan kita. Kawan kawanpun sibuk dengan urusan dunia tua mereka.

Waktu tua, yang penting adalah keluarga, pasangan kita, anak anak kita, kesihatan, kawan yang baik, dan hidup beragama.

Kawan yang baik pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, anak anak pun akan sibuk dengan dunianya yang lebih penting dari kita, maka yang tinggal hanyalah baki kesihatan, pasangan hidup, dan kehidupan Bergama.

Tambah umur sikit lagi, gigi dah mula luruh pakai gigi palsu, mata dah kabur sampai cermin mata dah habis power, telingat dah tuli pakai alat elketronok pun tak berapa nak dengar, kencing berak pun tak boleh nak tahan, lalu siapa yang sanggup basuh kencing berak kita, suap makan kita? Mandi bersih kita? Salin baju dan lampin kita? Siapa?

Pasangan kita lah yang sanggup sehidup semati yang turut sama bergelut dengan baki kesihatan macam kita, tinggal sama ada dia atau kita pergi dulu, yang mana akhirnya, jika pasangan pergi dulu, maka tinggalkan kita bersama kehidupan beragama, atau anak yang soleh dan solehah yang masih boleh diharapkan untuk tutup aib kita sebelum kita tutup mata.

Semoga senyuman anak sewaktu tukar lampin kita bukan senyuman palsu, tapi itulah, anakpun sibuk dengan urusan mereka.

Lalu selepas atau sebelum musim haji, atau sebelum bulan puasa, atau antara dua waktu solat, kita akan pergi jumpa Allah,

Allah yang tak pernah tinggalkan kita, dan menunggu jiwa yang tenang datang kepadaNYA untuk digembirakan dengan Rahmat seluas Syurga!

“Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai; lalu masuklah ke dalam jemaah hamba-hamba-Ku, dan masuklah ke dalam syurga-Ku” (Al-Fajr 27-30)

Tapi waktu tu nak tenang apa kebendanya jika hidup selalu lupa Tuhan, lupa Allah!

Jadi apa yang paling penting dalam hidup ini adalah: TUHAN!

Itu jer aku nak kabor.


Ps: Tuhan tak pernah lupakan kita, sebab tu orang lupa tuhan, semuanya masuk neraka sebab tuhan ingat pada mereka, Cuma kita jer yang lupa Tuhan dan mencariNya bila nak mati sahaja, adohai..