Aug 15, 2006

Kenapa mereka Murtad?

(Siapa Patut di salahkan dalam gejala Murtad?)

Nota: mengandungi unsur berlagak bagus yang melampau dan mungkin akan menyinggung perasaan pembaca, namun amat sesuai untuk mereka yang mengenali Lina Joy atau pun tak kenal langsung Lina Joy..

Enjoy!
--------------------------------
Pada suatu hari di sebuah opis… Kelihatan, ada beberapa orang sedang berdebat, berbincang, bermuzakarah, berkenaan isu-isu semasa.. kelihatan juga ada seorang lelaki sedang membelakangi mereka sambil mengadap computer, (baca blog lah tu!!!)

Perbincangan menjadi hangat, dari isu artis nak kahwin kepada isu politik dan ugama, aku rasa tentu batuk batuk (kononnya) nama orang yang begitu kerap mereka lafazkan seperti Siti Nurhaliza, datok K, Pak Lah, Dr M, dan Lina JOY!!!

Setelah puas berdebat isu syarikat tak nak bagi bonus, (nak bagi camne, asyik berdebat je kat opis..) tajuk tak rasmi mereka yang seterusnya adalah isu murtad, tentang siapa yang bersalah?, ada yang salahkan kerajaan, ada yang salahkan ibu bapa, ada yang salahkan sekolah, ada yang salahkan Menteri kerja raya, ada yang salahkan Polis, ada yang salahkan kebebasan internet, ada yang salahkan Parti tu, ada yang salahkan Parti ni, ada yang salahkan ibu mengandung, bla bla bla bla..(lantak korangler)

Walaubagaimanapun, akhirnya, mereka masih tidak dapat menjawab secara tepat akan siapakah yang patut di salahkan dalam isu permutadan ini.. lalu mereka menganggu aku yang sedang mengadap computer..

Oi, Hamka! Kau tau tak? Sekarang ni dah ada borang untuk murtad di jabatan ugama setinggi ni!!! (sambil membuat isyarat dengan mengangkat tangan setinggi paras lutut…),

Sambung nya lagi,: Siapakah yang patut di salahkan dalam isu murtad ini?

Rujukan: Soalan ini di tanya oleh Mr. S(S-adalah nama sebenarnya di permulaan huruf)

Aku berhenti menaip, (membalas komen korang dalam blog sebenarnya..oh)…
Darahku mula berkejolah.. aku mula nak marah!!!
Aku bangkit dari kerusiku lalu berdiri di hadapan mereka..(sambil bercekak pinggang)

Aku berkata sambil marah-marah: “Siapa cakap borang Murtad setinggi ni ?, siapa ?
(sambil mebuat isyarat dengan mengangkat tangan setinggi paras lutut…),

Mereka semua senyap…

Engkau dah tengok ke borang murtad setinggi tu?, ni aku nak marah ni.!!!, bercakap tanpa fakta yang tepat!!! Ikut sedap mulut sajer..!!! sebenarnya borang murtad tu setinggi INI!!!
(sambil mebuat isyarat dengan mengangkat tangan setinggi paras DADA!!!…),

Wah!!!…mereka mula kagum dengan info ria aku..he he he..

Aku menyambung lagi…
“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN KERANA RAMAINYA ORANG ISLAM YANG MURTAD ADALAH…..”

Mereka saspen

Aku kata:
“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN KERANA RAMAINYA ORANG ISLAM YANG MURTAD ADALAH…..”

Aku diam sejenak..menelan air liurku..

Mereka kesaspenan…

Lalu ujarku…
“ORANG PERTAMA YANG PATUT DISALAHKAN KERANA RAMAINYA ORANG ISLAM YANG MURTAD ADALAH…..”
.......
….

AKU!!!!..(di ucapkan dengan nada sedih, tapi jelas)

Mereka semua senyap! Kelu mulut, kuku, dan kaki…!
Diam seribu bahasa.
Mereka diam tak terkata apa-apa, nafsu berhujjah di matikan oleh aku yang bersalah, mereka mencari siapa yang bersalah, sedangkan hakikatnya orang yang bersalah sudah ada di depan mata.., akulah yang bersalah..
Mungkin patut aku tulis tajuk post ini “Aku yang bersalah..”

Aku menyambung lagi:
“Salah aku orang islam kerana tidak melapangkan masa untuk berjumpa dengan orang yang jauh dari Allah, sebaliknya aku sibuk dengan kerja dunia (tulis blog, baca blog), dan buat macam macam hal lagi sehingga orang yang jauh dari Allah semakin jauh dan jauh… akhirnya mereka murtad…

Dan aku mengaku, aku tak pernah pujuk orang yang murtad masuk islam balik, mungkin sebab bukan orang yang aku kenal, (aku tak kenal Lina joy) , tapi adakah ini cukup untuk aku bagi alasan pada Allah di hari pengadilan kelak, atau sebab mereka bukan dari kalangan keluarga aku atau sahabat aku, maka aku dah ‘cuci tangan’ lalu menyalahkan kerajaan atau undang undang yang benarkan mereka murtad.. sudah selamatkah aku dari Azab Allah?

Adakah aku menangis mengenangkan nasib mereka yang murtad ?

Adakah aku ada buat solat hajat supaya mereka kembali kepada Islam ?

Adakah aku ambil tahu akan apakah sebab musababnya mereka murtad?

Adakah mereka murtad kerana masalah jodoh? Akidah? Inginkan kebebasan, Atau tekanan perasaan ?

Apabila seseorang itu tak nak buat sesuatu perkara, pasti ada alasannya

Sebagai contoh, dalam bab solat, aku ‘pecah-kecil’kan ummat islam dewasa ini kepada 5 golongan.

1.Golongan solat berjemaah

2.Golongan Solat awal waktu kat rumah

3.Golongan Solat lengah-lengah

4.Golongan Solat jarang jarang

5.Golongan tak Solat

Dan aku nak tanya kepada 5 golongan ini:

1. Korang yang dah biasa solat jemaah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat berjemaah? Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu kat masjid…

2. Kemudian, korang yang dah biasa solat beberapa waktu kat masjid, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang solat lengah-lengah, …Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka yang solat lengah-lengah supaya kembali solat di awal waktu macam korang, walaupun tidak di masjid..

3. Ok, korang pulak yang dah biasa solat 5 waktu lengah-lengah, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat 5 waktu, just solat jummat…Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka kembali solat jemaah 5 waktu ..walaupun lengah-lengah..oh..

4. Dan.. korang yang dah biasa solat jumaat sajer, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang tak nak solat walaupun solat jumaat? Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka sekurang2nya kembali solat jummat sajer macam korang?

5. Last, korang yang tak solat langsung, pernah tak berfikir kenapa ada orang islam yang nak keluar islam(murtad)? Dan apakah usaha korang untuk membuatkan mereka kembali kepada islam walaupun menjadi sekurang-kurangnya orang islam yang tak solat langsungpun macam korang ..pernah tak?

Aku pernah buat dan berikut adalah hasil keputusan rambang apabila aku jumpa 5 golongan di atas... (baik kan aku ni?-huh!! pergi mampos)

Antara jawapan mereka:

“Wajib ke solat jemaah?”

“Aku solat awal waktu ok, apa,! Lebih baik dari orang yang solat lengah lengah..!”

“Walaupun aku solat lengah lengah, yang penting aku dah solat…”

“Nasib baik aku solat jummat(sahaja), kalau aku tak solat langsung? Huh!”

“Walaupun aku tak solat, tapi aku tak de lah nak murtad macam Lina Joy”…

Aku menangis.. mereka beramai-ramai memelukku-ops!! ok, aku mengaku adegan menangis berpelukkan itu aku tambah supaya nampak lebih drama dan tragis

Sambung balik,
Sekarang, betapa bahayanya ummat ini dan betapa pentingnya satu usaha perlu di buat untuk jumpa mereka dan pujuk mereka kepada mengamalkan islam yang benar… …sebab mereka mereka ini, jika di biarkan takut takut mereka juga akan murtad..Oh, … dan seperti biasa bila mereka murtad korang mulalah nak salahkan kerajaan, ibu bapa, sekolah, Menteri kerja raya, Polis, kebebasan internet, Parti tu, Parti ni, salahkan ibu mengandung, bla bla blab blahh!!

SEDANGKAN!!!
ORANG YANG PATUT DI SALAHKAN DALAM SEMUA ISU DI ATAS ADALAH SAYA!!! SAYA, SAYA DAN SAYA!!
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT JEMAAH,
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA TAK SOLAT AWAL WAKTU,
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG LENGAH LENGAHKAN SOLAT,
SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG TAK SOLAT DAN SAYA YANG TIDAK JUMPA MEREKA YANG MURTAD!!!!

(Saya yang sibuk menulis blog dan membaca blog ini yang tidak melapangkan masa lapang saya untuk jumpa mereka dan pujuk rayu mereka kepada mengamalkan islam yang sebenar..)

Ketahuilah…sebuah info duka…

1. Golongan yang tak Solat akan menerima azab seperti orang kapir…

2. Golongan yang Solat jarang jarang akan diseksa dalam neraka selama 60 tahun bagi setiap solat yang di tinggalkan

3. Golongan yang Solat lengah-lengah pula, akan di azab dalam Neraka khas untuknya…

4. Dan golongan yang tak pergi solat jemaah menurut seorang sahabat Nabi SAW, wajar dituang timah yg mendidih ke telinga org yg dengar azan tapi tak nak datang solat jemaah.!!! Dan Nabi SAW sendiri nak bakar rumah mereka..oh..

5. Dan Golongan yg paling rugi adalah golongan MURTAD! Kerana mereka telah terlepas satu-satunya peluang untuk selamat dari azab api neraka dan peluang untuk pulang kembali ke shurga!..oh!

..........

Baru baru ni ada berlaku rebut kecil kat terengganu, bila aku balik kampong aku tengok ada yang atap rumah tercabut dan kereta kemik kerana di timpa kayu/kelapa, dan orang kampong sibuk repair kereta dan rumah masing-masing…
Aku tanya:
tak kerja ke hari ni?

Jawab orang kampong:
kerja, tapi ambik cuti sebab nak kena baiki atap dan kereta, siapa lagi nak baiki kalau bukan aku, sebab rumah aku yang tercabut atap, dan kereta aku yang kemik di timpa kelapa..

Aku berfikir.. Hari ini amalan ugama pada diri ummat islam dah banyak yang rosak di timpa ‘ribut’ besar! Kenapa takde orang yang nak ambik cuti untuk baiki diri supaya dapat amal ugama yang sempurna? Kalau kereta aku rosak,dah tentu aku yang baiki, tapi kenapa amalan ugama aku rosak, just buat tak tahu!!! Oh!!!, atau kerana aku tak rasa ugama ni aku yang punya, adakah islam ini ugama ustaz dan ulamak sahaja? ..oh! Kerana itu ramai yang murtad agaknya..isk..isk..

Sebenarnya jika korang faham tentang hakikat taubat, (macam lah aku faham..) Allah HANYA akan ampunkan segala dosa korang dan tolong korang HANYA apabila korang mengaku akan segala kesalahan korang…
Masalah ummat hari ini dan juga masaalah aku (sebenarnya)adalah tak mengaku salah, atau munkin tak tahu akan diri ini bersalah atau tidak, tak tahu bahawa diri berada dalam keadaan berdosa kerana hanya nampak salah orang lain, rasa diri betul, orang lain semua salah!!
Rasa dapat masuk shurga, dapat layanan first class dalam kubur, dapat minum air dari tapak tangan NAbi di padang mahsyar kelak…padalah, inilah sifat ajub sebenarnya..sifat ajub yang boleh membawa ke neraka..oh..

Perkara ini terjadi kerana tidak belajar ugama dengan betul, tidak rujuk ustaz yang betul, dan otak pulak tak nak berfikir dengan betul!!! berfikir ikut nafsu…!! (aku ler nie..isk), jika kita rujuk sejarah akan cerita para Nabi Nabi alaihisalam, apabila berlaku satu satu peristiwa, dirinya lah yang pertama sekali akan di salahkan…

Di padang mahsyar kelak, semua Nabi takut jumpa Allah, kerana masing masing mengaku berdosa dengan Allah SWT. (rujuk ustaz)

-Nabi Adam a.s takut dengan dosanya makan buah khuldi..

-Nabi Nuh a.s takut dengan dosanya kerana gagal dakwah anak dan isteri

-Nabi Musa a.s takut dengan dosanya bercakap besar -Nabi Yunus a.s takut dengan dosanya yang lari dari azab Allah -Nabi Ibrahim a.s takut dengan dosanya menipu kaumnya..

-Nabi Isa a.s takut dengan dosanya lantaran ummatnya menentang Nabi Muhammad saw..

Dan, Nabi Muhammad SAW sendiri, dalam riwayat menyatakan baginda bertaubat/beristigfar kurang lebih 70 kali setiap hari walaupun baginda tiada dosa…

Maka aku yang jika di andaikanlah atau di ibaratkanlah malaikat ada sifat boring, maka dah tentu malaikat yang menulis kebaikan aku akan rasa boring sebab takde kerja..oh..isk..isk..

Cerita popular Nabi SAW ke Taif. Tapi kat sini cerita sedihlah..Nabi kena baling batu sampai berdarah2. Darah mengalir masuk ke dalam kasut Nabi hingga bila Nabi berjalan bunyi macam org berjalan kat tempat basah…isk..isk…lalu Malaikat datang offer untuk datangkan bala kat sana, tak kiralah taufan ke, gempa ke, tsunami ke, tapi Nabi tolak..Nabi SAW rasa itu adalah salah dia yang tak pandai berdakwah..oh.., dan Nabi doa agar cucu cicit org taif dapat hidayat pulak..

Maka aku hari ini, ada mintak supaya orang yang murtad kembali islam? Sebaliknya aku benci mereka, aku hina mereka, aku pulaukan mereka…

Kepada Allah aku meminta ampun dan kasih saying, ajarlah aku berkasih sayang..isk..isk..

So, jom kita jumpa mereka ini,

Tapi Hamka… kat sini mana ada orang murtad?

Ok, apa kata kita jumpa orang islam yang tak solat atau solat jarang jarang atau yang solat lengah lengah atau yang tak pergi solat kat masjid, aku rasa banyak kat opis kita ni.. yang dah murtad tu nak buat macam mana, yang ada depan mata takut pulak murtad.. jom!

Tambahan:
Walaupun begitu dalam mendakwah golongan di atas perlu ada hikmah, sebab, jika tak kena gaya(tak ikut sunnah) boleh murtad, korang nak ke borang murtad setinggi ni? (sambil membuat isyarat dengan tangan di angkat lebih tinggi dari kepala)

Satu cerita benar, di ceritakan oleh ustaz M, seorang alim telah menegur seorang remaja yg berseluar pendek dalam keretapi.. dengan berkata tegas bahawa haram berseluar pendek dalam islam…pemuda itu berkata, oh.! islam begitu payah dan cerewet sekali..dan pemuda itu terus murtad di situ juga!org alim ini sangat menyesal, dan bertaubat bahawa mulai hari tak akan menegur hal yg remeh sebegitu dan akan menggunakan pendekatan secara hikmah..

apa itu hikmah?
Hikmah adalah seperti memukul ular dengan tongkat, yg mana…ular mampus, tongkat tak patah..so bolehlah korang guna tongkat tu lagi untuk ketuk ular lain pulak.. Apa guna jika ular mampos dan tongkat pulak dah patah sebab pukul terlalu kuat, mamposlah korang di gigit ular lain pulak!!!

Kalau org tak solat kita marah2, pukul mereka…mereka rasa tertekan, silap silap menjadi murtad, Boss mana yang tak marah kat pekerjanya yang menyebabkan pelanggan tetap lari?..oh..

Nota untuk mua’alaf: pukul anak yang berumur 10 tahun tapi tak nak solat adalah di galakkan dalam islam, namun anak yang umur 20 tahun korang baru nak pukul.. jadilah begini: “kalaulah 10 tahun dulu bapak pukul sazali, (kerena tak solat)…sazali tak jadi begini bapak..arghh aku dah melalut.(rujuk filem anakku sazali)

Sambung balik,
Cerita lain pulak, kisah aku dan Mamat..
Mamat tak nak pergi solat jemaah kat masjid kerana katanya: bahawa dia telah melihat banyak keburukkan “ahli surau”Jarang bersama anak bini…Cakap benda sama.Abaikan dunia…Pakaian macam org arabRasa diri bagus…Suka bersembang…Tak ada masa depan…Membazir harta org ramai(masjid)…Buat bising…

Aku kata:Aku dah 29 tahun memeluk ugama islam dan dalam ugama ini aku jumpa banyak keburukkan orang islam…Merompak…Berzina…Rasuah…Membunuh…Sumbang Mahram…Mengedar dadah…Mengfitnah…Jerangkong dalam almari, Haruan makan anak, Anjing tersepit yang dilepaskan…Rogol-bunuh-bakar!
Tapi aku tak tinggalkan ugama islam…
Aku harap kau tidak murtad Mamat…
Kerana ramai yg murtad bila tengok keburukkanJuga ramai yang tinggalkan surau bila lihat keburukkan ‘ahli surau’…
Bukankan Allah bagi dua mata?
Satu lihat baik orang
Satu lihat buruk sendiri..
Barulah mata hati akan faham kebenaran….

Alhamdulillah, Mamat sampai sekarang tak delah murtad, aku jer yang merepek bukan bukan..oh!

Cerita lain pulak

“kenapa kau masih kapir?”

Tanya aku kepada seorang sahabat non muslim sebab dulu dia ada azam nak masuk islam, pandai baca bismillah, alhamdulillah, selalu mengucap kalimah tauhid , bagi salam, membaca buku-buku islam dan lain-lain.kemudian, si engineer itu,(non muslim).. telah bagi hujah dan alasan kenapa dia masih kapir (sepatutnya aku tulis: dia masih tidak memeluk ugama islam-lebih harmony dan rasional rasanya-oh)..

Aku ingat nak tulis alasannya dengan penuh ilmiah kat sini..tapi panjang sangat, antara sebab dia tak masuk islam walaupun dari segi teori islam itu indah adalah kerana dari segi amali(practical) org islam mempunyai rekod yg buruk seperti pengganas, penzalim, perompak, pembunuh, perogol, penagih dan lain-lain…

Aku kata: memang tak di nafikan bahawa akhlak kebanyakkan (ramai-termasuk aku) orang islam ini buruk ! menyebabkan orang kafir benci islam dan ada yang murtad kerana malu.. akan tetapi mereka orang islam yang buruk-burghok ini walaupun di azab oleh Allah kerana melakukan banyak dosa (semoga aku tidak di azab Allah-amin!!) namun akhirnya mereka tetap masuk shurga kerana ada iman hatta sebesar zarahpun, akan tetapi orang kapir yang hanya melakukan satu dosa yakni tak nak masuk islam, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya…

Hamka, buat apa kau bagi peringatan kepada mereka yang tak percaya kepada tuhan dan hari kemudian?

Baiklah, betul jugak kata korang… ok, aku tujukan nasihat ini kepada orang islam pulak..

Wahai orang islam yang tak solat atau solat jarang jarang atau yang solat lengah lengah atau yang tak pergi solat kat masjid, memang tak di nafikan bahawa akhlak kebanyakkan (ramai-termasuk aku) ahli surau ini buruk ! menyebabkan orang yang tak pergi surau benci dan malu serta malas nak solat kat surau.. akan tetapi mereka ahli surau yang buruk-burghok ini walaupun di azab oleh Allah kerana melakukan banyak perkara yang korang anggap dosa dan memang berdosa (semoga aku tidak di azab Allah-amin!!) namun akhirnya mereka tetap masuk shurga kerana Allah berfirman dalam al –Quran (aku tak suka quote al quran, tapi aku terpaksa, namun aku sedia di tegur jika salah),
Firman Allah: Sesungguhnya yang memakmurkan masjid Allah ialah orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat (at taubah:18) Bermakna Allah iktiraf iman mereka, akan tetapi orang yang tak nak solat kat surau atau masjid… maafkan aku kerana tak jumpa dan pujuk korang isk..isk… salah aku pasal sibuk tulis blog..oh..!!! hingga korang benci pada aku dan murtad kerana amal buruk ku..oh…!

Nota: aku pun banyak gak tinggal solat jemaah,..oh.., aku berdosa kepada Allah dan ummat manusia, dah jadi mayat kelak baru pergi masjid, duduk depan sekali, kaki imam dekat kepala.. baru aku tahu SIAPA SALAH dan SIAPA AKU dan SIAPA ALLAH!!!!

NEXT
Dan satu perkara yang paling menakutkan bila bercakap tentang murtad adalah bila terkenangkan hasrat setan yang akan memurtadkan kita masa nak jadi mayat kelak.. Kalau korang tahu, la ni setan baru buat usaha 10% dan korang dah percaya dengan semua berita yang karut marut 100%..masa nak mati kelak, setan akan buat usaha 90% untuk murtadkan korang, setan akan menjelma jadi arwah nenek korang atau mak bapak korang atau siapa sajer yg korang akan percaya..dan cakap..matilah dalam ugama yahudi, itulah ugama yg membawa kau masuk shurga!!!
Atau setan bagitahu mayat Nabi reput dalam kubur yang menyebabakan korang was was dengan islam sedangakan itu hanya ilusi.. huh, time tu, kalau iman korang kuat jer yg boleh menafikan tipu daya setan tu!!! So, kita yang tak murtad lagi ni jangan rasa selamat sebab hidayat di tangan Allah, Allah boleh bolak balikkan hati manusia.. ini yang taaakuutt nie..isk..isk..

Berbalik kepada yang murtad..
Adakah korang ingat Allah cipta org kapir dan orang murtad tu hanya untuk menjadi BAHAN BAKAR Api Neraka? Ingatlah wahai kawan-kawan, satu org kapir yang mati tanpa di dakwah oleh orang islam, dan satu orang murtad mati tanpa dipujuk masuk islam kembali,.. maka semua org islam berdosa tau!
Nabi bila ada mayat yahudi ‘lalu’ depan baginda, Nabi menangis…sahabat hairan..Nabi Muhammad SAW jawab, tahukah kamu? bahawa mereka akan kekal selama lamanya dalam neraka... dan kalaulah aku jumpa dia sekali lagi, mungkin dia akan dapt hidayat Allah (lebih kurang)

Kepada Lina Joy…
Aku adalah salah seorang orang islam yang bersalah terhadap anda, maafkan aku, jika di takdirkan tuhan, kita berjumpa, boleh cerita panjang, sambil minum teh’tarik.. insyaAllah..

Maafkan aku seorang islam yang beraklak buruk ini… jika aku pernah jumpa kau sekali dulu, mungkin kau akan dapat hidayat Allah (atau aku yang turut murtad-naduzubillah)

Keputusan Allah adalah yang terbaik!!!! Ya Allah jangan lah Kau ambil nikmat iman dan islam pada diri yang hina ini…Janganlah Ya Allah..Oh! Aku tahu aku bersalah Ya Allah, janganlah azab aku!!! Jangan matikan aku dalam ugama yang lain selain islam!! Isk..isk..

(hingus mulai berleluasa di hidungku, sedang air liur meleleh-aku memang burghok)

Penutup
Jadi marilah kita jumpa mereka dan penting supaya jangan mengkritik mereka kerana mereka mungkin jahil dan tidak berpeluang untuk belajar ugama yang betul, maka di sini penting aku dan korang jumpa mereka dan pujuk rayu mereka…Jangan mendesak mereka …

Ps: Tiada paksaan dalam ugama yang korang telah tinggalkan ini… Selamat tinggal saudara seugama, kita sudah tidak bersaudara lagi, tapi aku dan engkau tetap bersaudara dengan mayat…

(Dari aku yang bersalah…)

91 comments:

Amanitium Cho said...

sekali lagi hati aku terbuka untuk membaca penulisan kau hamka. semoga Allah merahmati kau. sesungguhnya kau berdakwah dengan penuh hikmah.

dan semoga hati aku kembali terbuka untuk kembali ke pangkal jalan suatu hari nanti. semoga aku mati dalam iman.

Anonymous said...

oh begitu ye ,hamka..
banyak betul dosa kita ye.. ; (

Hana Zozolina said...

bro hamka, bila aku slalu masuk weblog ko, ko tak update2... bila aku masuk kali ke x, dah ramai yg bagi komen... wuarghhhhhhhhh.. aku nak jadi tukang komen pertama!!!

Anonymous said...

huhuhu...aku berdosa, tak sempat nak sampaikan fahada pada yang bingung...

tiada alasan lain, aku yang lemah dan bersalah..

hamka said...

amanitium

aku takut tak mampu pikul tanggungjawab bila kau cakap teruskan ‘berdakwah’..
cakaplah kepada aku:
teruskan menulis…
dan kepada engkau, teruskan mengomen he he he

-----
Anonymous

Banyak.. jika malaikat tahu erti penat, dah penat malaikat tulis dosa aku..oh…

-------
linanilza

he he he, lain kali kalau aku update blog, aku email engkau, insyallah..

ps: kaulah anak muridku yang paling cemerlang!!!

--------
Fahada

Dah mengaku bersalah, pandai pandailah menyerah diri..akupun!

Anonymous said...

Salaam,

Satu entry yg dinantikan. Sya pun bersalah.

sob..sob..sob..

Anonymous said...

Dulu saya ada seorang kenalan perempuan islam yang menuntut di kelas yang sama. Kami tidak begitu rapat.

Selepas beberapa tahun tamat sekolah mendapat khabar yang beliau telah berkahwin dengan boyfren beliau yang bukan islam yang sejak zaman sekolah menengah lagi mereka telah berkenalan. Tapi ssyang seribu kali sayang boyfrennya tidak memeluk agama islam. Mereka cuma mendaftar sahaja perkahwinan mereka. Sekarang sudah mempunyai tiga orang anak.

Saya dan rakan2 yang lain berasa sungguh sedih dengan tindakan beliau. Tidak tahu bagaimana penerimaan keluarga beliau. Sedih teramat sedih sekali. Rasa sungguh bersalah!

13may said...

Assalamualaikum...
First time sampai sini nih...
Entry yang menarik...Tahniah...
Nanti aku datang lagi...dan aku pun rasa bersalah gak.....

Anonymous said...

alhamdulillah.. satu lagi penulisan yang baik..

semalam member aku cerita kat aku semalam-apa-kau-buat.. dia kata ada ulama dari bangla dtg bg ceramah.. cerita mcm2 tp member aku highlight kan kisah Nabi di Taif..

lagi terperinci, cerita Nabi lumur darah baginda ke seluruh badan, tak nak ada yg jatuh ke bumi.. takut bala Allah SWT jatuh ke penduduk Taif, macam mana malaikat Jibril AS hamparkan sayapnya di kaki baginda.. nak elak darah jatuh.. lepas tu member aku ni tiup fuh fuh fuh.. sambil mencium jarinya sambil meniru iklan minyak masak neptune.. tanda best betul gamaknya..

sekonyong2nya aku teringatkan kat kau.. manalah tau dalam penulisan akan datang kau buleh cerita kisah2 lain.. aku tunggu insya Allah..

nota : cerita tadi aku dengar dari mulut ke telinga.. jika silap aku tarik balik.. sekian..

Anonymous said...

sob sob sob..byknya dosa..
inilah akibat kalau kita tidak dalami ilmu agama kita sendiri..
hanya tempelkan nama islam di ic..

musti ada keinginan dan pemgorbanan ..seiring..untuk mngubah status diri..dr islam hnya pada nama kepada ISLAM ..my WAY of LIFE..

hamka said...

iabdulr

aku hanya seorang ‘posmen’..

---------
lilyputih

Aku belum pernah ada kawan yang murtad, tak pergi solat kat surau ramai..

Saya dan rakan2 yang lain berasa sungguh sedih dengan tindakan beliau. Tidak tahu bagaimana penerimaan keluarga beliau. Sedih teramat sedih sekali. Rasa sungguh bersalah!

----------
13may
Waalaikumusallam

Wellcome to the ‘real’ world…
Tapi kena tahan sikit bau busuk sebab banyak mayat kat sini..

----------
ali

alhamdulillah.. satu lagi penulisan yang baik..

Aku dah banyak kali cerita kisah Nabi kat Taif tu, tapi tak delah detail sangat…
insyaAllah, dengan izin allah, aku tulis lain kali, tapi aku tak berjanji…oh.

Kirim salam kat kawan kao..

--------
maniss

..my WAY of LIFE.. to be a CORPSE…

Najwa Aiman said...

dan member kafir yang aku kenal selama lebih sepuluh tahun, masih terus kafir malah terus berazam nak kekal kafir walaupun aku berbicara dengannya hampir setiap hari di pejabat, pasar, kedai dan restoran...

kompem dia akan jadi salah sorang yang akan dakwa aku di mahkamah Allah nanti! peguam bertaraf menteri mcm Dr. Rais Yatim pun takkan boleh bela aku punya!

Anonymous said...

ermm menarik gila aku baca karangan ko ni.. mula2 kwn aku rekemen suh baca aku tgk panjang menjela aku dah maleh tp bila dh start baca aku rs nak marah pon ada kat ko.. apsal dah stop?? sambung la lagiiii!!
huhu.. btw, ini 1st time aku sampai sini dan yg pasti bkn kali terakhir.. aku akan datang lagi membaca karangan2 menjela ko nih.. gaya tulisan ko mmg best.. huhu.. truskn menulis!! gud luck!! assalamualaikum..

hamka said...

Najwa Aiman

Memang best kau punya komen, nak tergelak tapi lebih baik menangis!!!

-----------
Wan
Waalaikumusallam

Aku bila tulis baru aku sedar oh..dah lepas 10 muka surat…
Dan aku fikir jugak, ada ke orang yang nak baca panjang berjela ni?
Alhamdulillah, jawapannya ada…
Selamat naik keretamayat…

---------
me (,")

Apa yang kau mohon..aku aminkan..
Semoga allah terima…

hamka said...

PENGUMUMAN!!!

AKU MINTA MAAF KEPADA MEREKA YANG EMAIL TAPI AKU MASIH TAK REPLY

OLEH YANG DEMIKIAN,
AKU TELAH BERTUKAR ALAMAT EMAIL:
ALAMAT BARU:

kereta.mayat@hotmail.com

Kerana email terdahulu ada masalah reply…
HARAP MAKLUM

Kayzem said...
This comment has been removed by a blog administrator.
Kayzem said...

ari tu dapat mail pasal 'petua lekat tulang', dan terpikat pada cara penulisannya. ari ni tetiba je landing kat blog nie, rasanya dr penulis yg sama. teruskan menulis..semoga diiringi kebaikan dah rahmat. senyum sokmo!

Anonymous said...

:)

hamka.. 1st epilog dh tergelak dah.. thanks.. anyway, nape x suka qouted ayat2 Al-Quran yg agung? takut tersalah guna ?.. :)

Doa ditetapkan keimanan dihati:

" (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."[Ali- Imran 3:8]

+ akhie +

Anonymous said...

salam...
akhi,kali ni aan rasa mmg wlaupun kita telah kecapi nikmat iman n islam tp kita mmg masih bersalah besar krn x ajak mereka yg jauh dr Allah rasa jugak nikmat2 yg kita dapat ni..isk..isk..isk..
baru perasan yg mmg Allah kasi kita melihat dgn 2 pandangan..lihat kebaikan org dan lihat keburukan diri kita..mmg kita (especially aan)selalu silap tengok kat cni..tgk terbalik..tgk org buat mungkar sikit..kita selalu terasa diorang tu jahat kalau nak dibandingkan ngan kita ni..(cakap mcm bagus!!mmg ujub...nauzubILLAH)..mmg post kali ni byk terkena kat diri aan..k..syukran..

hamka said...

Kayzem

senyum sokmo dan sengeh khising!

--------
akhie

Ya, aku takut tersalah tafsir.., sebab aku bukan ulamak!
takut nanti jadi, ALAMAK!!!

Aku berDoa ditetapkan keimanan dihati:

" (Mereka berdoa dengan berkata): Wahai Tuhan kami! Janganlah Engkau memesongkan hati kami sesudah Engkau beri petunjuk kepada kami dan kurniakanlah kepada kami limpah rahmat dari sisiMu; sesungguhnya Engkau jualah Tuhan Yang melimpah-limpah pemberianNya."[Ali- Imran 3:8]

-------
aan

salam...
Post ini ditujukan untuk aku sebanyak 10 % dan 90 % lagi untuk aku jugak..oh!

hamka said...

AKU NAK KONGSI EMAIL, dapat sikit info..

EMAIL Satu

assalamualaikum,
``Nabi Adam a.s takut dengan dosanya makan buah khuldi"

tu aku ada dengar cerita drp bbrp orang ustaz. satu pasal dosa, satu pasal nama buah itu.

1. adam a.s. hanya tersilap bukan berdosa
2. adam a.s buat kesilapan itu (jika itu adalah dosa) semasa dia belum dilantik jadi nabi.
3. semua nabi adalah maksum (bebas drp dosa)
4. buah khuldi adalah nama yg syaitan sebut bukan Allah sebut. aku tak ingat ayat bunyi camne. tapi maksud lebih kurang bila Allah perintah nabi adam: hendaklah kamu menjauhi pokok ini (aku rasa `itu'.... mmm tak ingat).
5. syaitan pula bila pujuk adam a.s dan bininya (hawa a.s) utk makan: Tuhan hanya melarang kamu memakan buah yg dapat mengekalkan kamu duduk dlm syurga dan kamu akan bertukar jadi malaikat. (pon tak ingat maksud tepat dia)

semua point itu adalah apa yg aku dengar drp ustaz2. detail pada point tu, aku dah lupa... tu yg aku cakap lebih kurang maksud.


EMAIL DUA

:) alhamdulillah, im impressed again..

Bicara Adam dan Hawa, Allah kata:

" Dan kami berfirman: Wahai Adam! Tinggallah engkau dan isterimu dalam Syurga dan makanlah dari makanannya sepuas-puasnya apa sahaja kamu berdua sukai dan janganlah kamu hampiri pokok ini; (jika kamu menghampirinya) maka akan menjadilah kamu dari golongan orang-orang yang zalim. "[Al-Baqarah 2:35]

Tafsiran:

Dalam Al-Quran dan hadith, pohon yg dilarang itu tidak dpt dipastikan namanya. Cuma syaitan aje yg mengelarkan pohon tue sbg pohon khuldi(pohon kekalan) kerana menurut bisikan syaitan, org yg memakannya akan kekal dan tidak akan mati.

Jom tengok ayat yang berikut:

" Setelah itu maka Syaitan membisikkan (hasutan) kepadanya, dengan berkata: Wahai Adam, mahukah, aku tunjukkan kepadamu pohon khuldi ( pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya), dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap?" [Thohaa 20:120]

haa.. itulah asal-usul perkataan pohon khuldi.. dari bisikan syaitan.. :)

wallahu'alam

luzrafikr said...

Aku turut bersalah sebab tak buat kerja yang diwariskan untuk umat akhir zaman, tak jumpa n pujuk-rayu utk mereka dan diri sendiri untuk agama,

Satu lagi keberkatan dah hilang dari tanah tumpah Malaysia nih, sebab tuh banyak perkara dunia kelam-kabut berpunca dari tangan-tangan manusia jugak, bila keberkatan ada dalam kehidupan maka semuanya rasa tenang, gaji sedikit mencukupi, gaji terlebih Alhamdulillah.

Aku kena banyak muhasabah diri, takde tali cabuk, tali pinggang pun jadi la... :<

Anonymous said...

syukran akh hamka..

jom kita lihat kat sini..

http://ukhwah.com/viewtopic.php?forum=2&topic=25063&start=0

ana btol2 kagum pd mereka2 yg berusaha utk menjalankan dakwah..terutama golongan remaja..
ana ni pon masih x mampu..cpat sgt give up (rase sedih sgt)..

semoga mereka yg melakukan keje2 dakwah ni dipermudahkan olehNya..

blog akhi ni pon salah satu alternatif dakwah..alhamdulillah.. masih ade yg peka..semoga Allah merahmati kita semua..

Anonymous said...

http://www.youtube.com/watch?v=7IILr6YhBLo&NR

shahril aley said...

A'kum saudar Hamka,

Terima kasih kerana menampilkan nukilan yang amat berharga bagi umat Islam. Ini adalah kali pertama aku membaca dengan fokusnya. Kire ko sudah menyedarkan serba sedikit diri hina ini tentang tompok2 hitam dalam hati. Sebelum ni ofismate bagitau, aku buat dek je pasal tengok panjang sangat blog(aku ni jenis malas skit)so aku baca skit je. Tapi hari ini aku cube baca dengan sepenuh hati malah hasilnye aku berasa bersalah akan kesalahan yang telah aku buat selama 24 tahun(moga2 diri ini sentiasa sedar & berdiri di bumi yang nyata).

Well done saudara, diharap anda sentiasa menyedarkan kami yang lalai & alpa walau dalam sedar @ tidak....

Salam....

Anonymous said...

salam bro hamka...
aku baru je pas tingok2 forum pasal lina joy kt myislamnetwork, pehtu aku terbace satu komen berbunyik begini...

"If people want to 'leave' Islam, let them leave. One leaves, and 10 will embrace.

You cannot force people into a religion or force them to remain, if their conviction isn't there. It's better for them to leave.

It's better than seeing Muslim girls in tudung, but in tight shortleaved t-shirts and tight jeans 'berasmara' in Tmn Tasek Titiwangsa...they might as well not wear the tudung...memalukan -- not so much their behaviour but their behaviour in what they are wearing.

If they pakai sleaveless t-shirt, mini skirt and berasmara in Lake Titiwangsa, I don't care...just don't do it in a tudung....memalukan umat islam...

So better people leave Islam if they have no conviction to uphold its image...go for quality not quantity...

lena joy ka or whoever else nak blah..blah lah...

what are we afraid off? are you who are against apostasy afraid of your own convictions to Islam? Ask yourself lah first."


aku hanya mampu telan air dan aser sangat sedih kerana penulis ni memperlekehkan pegangan dan amalan orang2 Islam yang tak brape alim nih (termasuk aku la jugek tu)... so aku pon komen kt situ dgn mengkopi paste ayat2 blog ko, yang berbunyik begini...

"Aku kata: memang tak di nafikan bahawa akhlak kebanyakkan (ramai-termasuk aku) orang islam ini buruk ! menyebabkan orang kafir benci islam dan ada yang murtad kerana malu.. akan tetapi mereka orang islam yang buruk-burghok ini walaupun di azab oleh Allah kerana melakukan banyak dosa (semoga aku tidak di azab Allah-amin!!) namun akhirnya mereka tetap masuk shurga kerana ada iman hatta sebesar zarahpun, akan tetapi orang kapir yang hanya melakukan satu dosa yakni tak nak masuk islam, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya…"

dlm hati aku, bia la sejahat mane pon aku, dn org2 Islam yg lain, biar la kite mati dalam Islam...

Anonymous said...

(sorry ya hamka, tumpang lalu..)

lini,
saudari ada komen;
"mereka orang islam yang buruk-burghok ini walaupun di azab oleh Allah kerana melakukan banyak dosa (semoga aku tidak di azab Allah-amin!!) namun akhirnya mereka tetap masuk shurga kerana ada iman hatta sebesar zarahpun, akan tetapi orang kapir yang hanya melakukan satu dosa yakni tak nak masuk islam, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya…"

yakin ker kalau dah diazab oleh Allah, akhirnya akan masuk syurga sebab iman sebesar zarah?
layak ker sebaris ngan fatimah, abu bakar dan lain2, masuk syurga dgn sekecik2 iman hanya kerana telah disiksa?

belajar dulu saudari, faham dulu baru kuarkan kenyataan..syg skali klu ckp@buat sesuatu tanpa ilmu..syg sekali..

shahril aley said...

Lini,
Amat menakutkan mendengar ape yang ko cakap tentang pendapat orang tu. Aku rase org tu amek jalan mudah dari berusaha membantu umat Islam yang leka. May be die lupe ade pepatah mengatakan lebih baik mencegah dari mengubat sesuatu perkara.....ishish mnyedihkan je keadaan sekarang ni

Hafizbar said...

(sorry ya hamka, tumpang lalu..)

furqan,
saudara ada komen pasal orang lain nye komen;
"mereka orang islam yang buruk-burghok ini walaupun di azab oleh Allah kerana melakukan banyak dosa (semoga aku tidak di azab Allah-amin!!) namun akhirnya mereka tetap masuk shurga kerana ada iman hatta sebesar zarahpun, akan tetapi orang kapir yang hanya melakukan satu dosa yakni tak nak masuk islam, mereka akan kekal dalam neraka selama-lamanya…"

engkau yakin ker yg ko punya kuasa utk nilai orang lain dan cakap kat orang lain bahawa orang lain TAK BOLEH BERHARAP RAHMAT ALLAH.... engkau sorang JE LAH yg ada kuasa utk tarik rahmat Allah. orang lain tidak boleh harap rahmat Allah. kalau orang lain buat salah. tak kira dah taubat ke belum semua akan masuk NERAKA (perkataan anda lebih kurang bermaksud begini).

salah ke kalau cakap kualiti/ sifat pemaaf Allah terhadap hamba2nya??

salah ke kalau kita berharap rahmat Allah??

salah ke ayat ni? kalau dah diazab oleh Allah, akhirnya akan masuk syurga sebab iman sebesar zarah?

bukan ke Allah dah berjanji utk ampun sekalian dosa selain syirik (bagi sesiapa yg dikehendaki-Nya)

layak ker sebaris ngan adam, idris, nuh, hud, solih, ibrahim, lut, ismail, ishaq, ya'qub, yusuf, ayub, syuib, musa, harun, zulkifli, daud, sulaiman, ilyas, ilyasa', yunus, zakaria, yahya, isa wakhirun khatimul anbiya' muhammad al mustofa.... masuk syurga dgn sekecik2 iman hanya kerana telah disiksa?

BELAJAR DULU SEDARA, faham dulu baru kuarkan kenyataan..syg skali klu ckp@buat sesuatu tanpa ilmu..syg sekali.. 1000 KALI SAYANG

dan sebagai pedoman utk semua orang, sifat pengampun adalah sifat Allah. tapi bila kita doa mintak ampun, buat cara seolah2 kita betul2 tak layak utk dapat pengampunan disebabkan dosa yg menggunung-ganang.

dan ingat juga, jangan `peralat' kan sifat pemaaf Allah utk buat lebih banyak dosa.

``ooh takpe, Allah pengampun"
(2 saat lepas tu, buat zina)

tapi, kalau kita buat dosa atas kelalaian, kelemahan, terlupa, etc etc.... sememangnya itu sifat manusia. tak boleh lari. dan tiap2 kali buat dosa, lepas kita sedar, terus minta ampun pada Allah. jgn malu2 dengan cakap tah apa2:

``ehhh aku malu la, aku banyak buat dosa. aku malu ngan Tuhan utk mintak ampun"
(hihi buduh, dah malu la kene mintak ampun)

atau yg teruk lagi

``ish aku rasa Tuhan tak kan ampunkan dosa aku la, dah banyak sangat dosa aku kumpul"
(orang putus harap drp rahmat Allah. ni mmg mengundang kemarahan Allah, bila hambaNya putus harap drp rahmatNya)

atau lagi teruk gilebab*

``ko ni teruk la, dah la buat dosa hari2. nama je orang islam. tapi perangai cam orang bukan islam. Tuhan pon payah nak ampun kan dosa ko"
(mmg ayat ni gile. takde sapa yg boleh nilai amalan, dosa dan pahala orang lain. itu urusan Allah, BUKAN ENGKAU bongok!)

*`engkau' adalah merujuk pada umum.

*hehe nama2 nabi saya hafal sebab saya hafal lirik lagu 25 rasul (raihan)... alhamdulillah. terima kasih pada raihan.

terima kasih sekali lagi
---
hafizbar

Hana Zozolina said...

belajar bersama-sama.. mungkin bro hamka bley tambah lagi ilmu kita2 yg kurang ni.. (aku jahil lagi hina dina)
marilah kita belajar dan faham dulu baru kuarkan kenyataan..syg skali klu ckp@buat sesuatu tanpa ilmu..syg sekali..sayang 1000 kali sayang.. "sayang, sayang...aduh sayang... ditelan pahit, dibuang sayang..."

Hana Zozolina said...

dear mr hafizbar..

aku copypaste ko punye komen.. hehe.. minta halal ye!!

aku makin berahi menjadi minah copypaste

;P

Rush Murad said...

Assalamualaikum..... semua yang berlaku di atas muka bumi Allah ini, pasti ada HIKMAHnya.... percayalah, tiada yang sia-sia bagi setiap apa yang berlaku. Teruskan usaha saudara menulis, semoga sentiasa mendapat hidayah dariNya...

Anonymous said...

assalamualaikum...
ape yg sy nk tulis ni mungkin lari topic sikit...

bole ke sekiranya sy nak request supaya saudara hamka memberi pandangan berkenaan islam hadhari..

isu ini byk mengelirukan umat islam kini..sy pon masih blom jumpe penyelesaianya..
kalau muslim sendiri ramai yg dah terkeliru, inikan pula non-muslim..

isu ini bkn utk menyentuh hal politik..ianya berkenaan akidah kita..

"Kita rakyat di Malaysia (Islam) semuanya mejoriti Ahli Sunnah Wajamaah, tetapi mengapa kita perlu lagi kepada Islam Hadhari sebagai pendekatan baru untuk rakyat Malaysia untuk lebih mudah mengenali Islam. tidak cukupkah dengan Alquran dan Sunnah sebagai Ahli Sunnah Wajamaah, ditambah lagi dengan Ijmak Ulamak dan Kias. Mengapa perlunya Islam Hadhari? Patutkah Islam Hadhari diwujudkan?" - quoted by someone..

ape yg sy lihat, pendekatan islam hadhari ni kurang dr segi perlaksanaan nya.

mintak maaf terhadap isu yg dibangkitkan..
-sy yg kurang ilmu-
semoga apa sahaja yg kita buat, adalah mendapat keredhaanNya..

hamka said...

Deb

hye,
boleh… aku suka kalau kau ambik kuntungan akhirat, tapi aku tak suka kalau kau ambik keuntungan dunia.. he he he, tamak juga aku ni..oh
Terima kasih.

-----------
luzrafikr

Dah tahu bersalah satu hal..
Nak kena menyerah diri pulak, banyak hal..

Aku pun kena banyak muhasabah diri, takde tali cabuk, tali buaian pun boleh gak isk..isk..(cakap sahaja)

-----------
*_*

”semoga mereka yg melakukan keje2 dakwah ni dipermudahkan olehNya..”

blog aku satu alternatif dakwah.?.
blog aku adalah satu pilihan blog…
ada banyak blog, dan ini adalah satu pilihan…
terima kasih…

---------
Anonymous

Terima kasih, ..

--------
shahril aley

Waalaikumusallam

Semuanya dari Allah, im not somebody, I am nobody....

Salam....
SEDIH. JANGAN TAK SDIH..ISK..

-----------
lini

dlm hati aku juga, bia la sejahat mane pon aku, dn org2 Islam yg lain, biar la kite mati dalam Islam...

---------
furqan

(tumpang lalu nak pergi kubur ke?..)

bukan lini yang tulis tu, aku!!!!
Kau pertikaikan apa yang aku tulis, memang patut sebab aku bukan ustaz
He he he, tapi dua orang wakil tak rasmi aku dah jawab komen engkau
HA HA HA!,

DENGAN INI PENULIS BLOG KERETA MAYAT MENGUCAPKAN RIBUAN TERIMAKASIH KEPADA ENCIK HAFIZBAR DAN LINANILZA…

OH..TERHARUNYA!!!

------------
Rush Murad

Waalaikumusallam.....
semua yang berlaku di atas muka bumi Allah ini, pasti ada HIKMAHnya
terima kasih kerana berkata:
“. Teruskan usaha saudara menulis, semoga sentiasa mendapat hidayah dariNya... “

Teruskan komen aku yang hina ini…

hamka said...

Eh, ada pulak komen baru... err pasal islam hadari, dulu dah ada orag tanya aku,dan aku malas nak jawab sebab masalh politik.. aku(kita) nak menyatukan ummat..

satu fikir positif:

dulu kerajaan kita suruh kita kuat bersukan, kuat harumkan nama negara, majulah batik, marilah lawat malaysia dll,

sekarang kerana senario pembakang juga, kerajan kita pun berkempen dengan menggalakan rakyat amal ugama di bawah lebel islam hadari...

ummat hari ini termasuk aku yang tak dapat amal ugama adalah kerana kelemahan iman, aku rasa stop tunding jari pada mana mana pihak pun..
dalam isu murtad ini adalah salah aku..
dan dalam isu islam ala pas atau islam ala hadari, yang buat org tak amal ugama adalah salah aku tak jumpa mereka kerana sekarang sedang sibuk tulis blog dan jawab komen...oh..

SIAPA YANG MENYANGKA ADA MUSUH YANG JAUH LEBIH HEBAT DARI SENDIRI, DIA BELUM KENAL DIRI NYA SENDIRI DAN ORANG YANG TAK KENAL DIRI SENDIRI MAKA DIA BELUM KENAL ALLAH!!!

kerana tu sibuk nampak salh orang lain!!!sebab tak kenal Allah

ps: aku pun tak kenal Allah..oh..

blackpurple @ jowopinter said...

Isu murtad ini bukan isu yang baru. Isu lapuk. Kalau di Malaya ini dah ada sejak zaman pra-merdeka lagi. Dulu lagi dah ada. Cuma tak pasti seramai mana Muslim yang dah menjadi kafir (samada sengaja melalui dokumentasi ataupun tanpa disedari...!) berbanding kafir yang dah menjadi muslim (mualaf)....

Gejala & penyakit yang minta kita sama-sama atasi...'Penyakit' ini tak mengenal siapa, mungkin adik-beradik kita, mungkin kawan karib kita, mungkin jiran kita,mungkin ahli parti keris, mungkin ahli parti bulan...sesiapa saja..
Nauzubillah..

Betullah kata kau, KITA, saudara seagama ini yang patut rasa bersalah. Satu jari menunjuk ke arah orang, empat jari lagi menunjuk ke diri sendiri...

Jangan menuding jari mencari salah mereka (mereka dah tentu2 bersalah...!), cari puncanya....

Walluallam...

blackpurple @ jowopinter said...

Maaf..typo error..

sepatutnya ditulis '
Wallahuallam..'

Anonymous said...

sy yg request komen pasal islam hadhari tu..
terima kasih sedara hamka..
i got the point there..'PENYATUAN UMMAT'...

terima kasih kerana menjawab..
sedara ni btul2, seorang yg berjiwa daie, berotak faqih..alhamdulillah...

semoga Allah mengurniakan Nur hidayahNya pada semua ummat islam..

Anonymous said...

Hamka dan Hafiz berkawan baik!Saya nak jadi kawan awak berdua boleh tak?

Anonymous said...

sedang membaca lagi..

Rahmah ALlah, tidak pernah putus malah melimpah ruah besarnya,.

Allah sentiasa menunggug kita kembali pdNYa, tempat pengabadian..

actually, solat memang best sekali, tp tk semua dapat rasa kelaztanya, mcm juga stawberi cicah coklat, sedap tapi yg tak rasa tak tahu..

cinta Allah, can make us do anything, everthing, siapa tak rasa tak tahu..mcm cinta manusia juga, namun tak terbanding, because cinta Allah terlalu agung, mulai, cinta manusia, entah!

" Sesungguhnya katakanlah semakin hambaKu mendekatiKu semakin Aku rpt kepadanya" al-ayah

Anonymous said...

terima kasih krn sedarkn sy..marila kte reramai bantu org murtad.. ni website org murtad. http://www.apostatesofislam.com/index.htm

Anonymous said...

k.long jerry.

jgn putus asa, sometimes kalau cakap memang tak kena jer,

apa kata bagi something like hand iut pasal takut dan cinta Allah..pendekatan melalui hati dengan lembut atau berhikmah atau kasar juga berhikmah..

Moga2 Allah buka pintu hatinya..

" Sesiapa yang mencari Redha Allah dengan marahnya manusia, Allah akan menjaganya, namun siapa yang mencari Redha manusia dengan marahnya Allah, maka Allah tidak akan mempedulikannya lagi..."

How can we live without Allah, tak dapat bayangkan..

dlm masa yang sama kita yang menegur juga perlu tingkatkan keruhanian dan dalaman dan dekat dengan Allah, baru kata2 kita akan sampai ke hati..inshAllah..Imam Hasan Ali-AnNadwi.

kalau dah cuba, tp tak jalan juga, doa moga2 Allah beri jalan bahawa hidup dengan apa yang Allah suruh adalah nikmat terindah dalam dunia.

Bila kita mengenal Allah, kita takkan nak benda lain dah..hanya Redha dan Cinta Allah..

zaytuna.com

deenport.com

Anonymous said...

oh ya saudara hamka,

anda telah berjaya mebuat diri ini menangis, bukan drama, tp realiti.

benar,

kitalah yg berdosa, sibuk buat itu-ini..

takutnya ya Allah, mcm mana kita nak jawab di hadapan ALlah nanti,,

terima kasih pd saudara/i anony yg bagi url, sebenarnya ana dah pernah masuk lama dulu dan forum freefaith tu, tp lupa url dia selepas menarik diri..kerana
ujiannya forum tu memang besar sangat.

bg siapa yang nak masuk kena sedia spiritual,mental dll

Moga2 tak lari kita dr Rahmah ALlah, sentiasa mendoakan, moga2 jua sentiasa kita berada di dalam pengampunan Allah

p/s: oh ya saudara hamka, ada seorang shaykh ni, namanya syakh khalid yasin, memang bagus pendekatannya terhadap golongan muda. anak murid malcom-x, juga pernah belajar di madinah..

memang tegas, straight to the point, tp lembut dengan hikmah..

siapa yang dengar sure menangis.

ada lagi

syakh habib ali jofri, shaikh hamza yusuf, ya'qubi dan ramai lagi. Boleh buka di deenport,com atau zaytuna.

terima kasih

HazuraHamzah said...

citer pasal murtad ni aku ader true story nak citer kat korang semua....
lebih kurang 1 tahun yg lepas aku ader ngajar satu calun bdk pompuan...
nak kater cun bolehla gak..
bdk ni dia ader citer kat aku dia nak kawin.
aku kata ok la... baguih la tu...

satu ari tu masa aku nak pi ambik dia utk masuk ujian mak dia ckp kat aku anak dia dah lari.... aku pun cuba la korek rahsia kat mak dia, dia lari pi mana? ngan sapa?

Dgn esak tangis mak dia pun citer kat aku anak dia dah lari ngan KELING!!! tekejut beruk aku!


lepas tu aku mula rasa bersalah...
klu aku tau dia nak lari ngan keling dah tentu aku cuba nasihatkan dia...apa kan daya....oh tuhan aku memang bersalah!!..

skng ni mak dia tgh blajar ngan aku, bila aku tgk mak dia kesian betul aku.... smpai skang anak dia blom blk....penah skali aku tanya pasal anak dia, terus meleleh air mata...pastu aku dah tak penah tanya lagi dah.


agak2 korang dah murtad ker bdk tu? nauzubillah....mintak simpang malaikat 44

hamka said...

ZulGTZ

Satu penjelasan yang jelas dan tegas! Terima kasih kerana berkongsi
.
-----------
blackpurple

dan Satu lagi penjelasan yang jelas dan tegas! Terima kasih kepada black, kerana sudi berkongsi

A---------
nonymous

Ha ha ha, aku di puji lagi, lepas ni (bermakna lain kali dan tak tahu bila) jika di izinkan Allah aku tulis “apa itu riak”..he he

----------
Anonymous

Ha! Nak berkawan kenalah bagi nama..

-----------
nai

stawberi cicah coklat?, aku dah rasa dan tak sedap..
maaf siti, kita takde jodoh..

Nai, aku hanya seorang yang mungkin munafik, doalah aku, semua dari Allah.. semoga aku dan engkau dan seluruh ummat serta ustaz yang kau sebut tu selamat dari Azab Allah!!!

-------------
Anonymous

ini pula laman web sahih sensasi..!!
www.hafizbar.blogspot.com

---------------
kak long Jerry

ajak mereka solat, biar solat yang mencgah mungkar mereka. betul jugak apa yang NAI cakap (terima kasih nai)
aku pernah tulis detail dalm 'bagaimana mencegah mungkar'
jika berkesempatan, boleh rujuk.. terima kasih kak tom, eh silap.kak jerry!

----------
HazuraHamzah

Sama samalah kita doa, terima kasih berkongsi cerita, macam macam yang aku rasa la ni..isk..isk..

ps: malaikat 44 tu yang mana satu? aku tak kenal, serius!

hamka said...

aku sajer nak cukupkan 50:

satu fakta...

apabila org islam yakin selain dari Allah ada kuasa, menyekutukanya..

mereka yang yakin ada senjata berjaya, Allah akan hancurkannya dengan senjata musuh yang lebih hebat lagi,

mereka yang yakin ada negara berjaya, Allah akan hancurkannya dengan negara musuh yang lebih hebat lagi,

mereka yang yakin ada parti berjaya, Allah akan hancurkannya dengan parti musuh yang lebih hebat lagi,

ingat tak akan mereka yang sembah berhala akan di azab oleh berhala juga?

Anonymous said...

saje nk tambah lagi 1 jadik 51...

aku dapat emel forwed lagi hr nih.. dn aku pun dah jadik minah fowed or minah kopi pes... emel ni menarik dan ingin aku share dgn yg lain..
emel nye berbunyik cenggini


"Tak faham..
apa lah yg nak di takut kan dgn kristian nih..
tepuk dada tanya selera..
kenapa perlu takut..
kalau dah tahu cam tu.. penuh kan lah MASJID yg
tersergam indah yg kadang2 berharga lebih dr 3 juta ringgit..
sekali lagi.. tepuk dada..
kalau dah tahu situasi cam ni.. ajak lah kawan2 ke surau
jgn sampai org lain ajak ke gereja..

kalau ke surau tu jgn lah bawa satu ringgit...biar lah sekurang2nye
warna hijau..tak der lah umat ISLAM sentiasa kesempitan wang..

HOLY water ni tak der kehebatan nya..
kita ni jer umat bodoh yg membesar2 kan cerita sam pai taksub dgn
air ciptaan manusia ini.. kita cuma pernah dengar cerita pasal air nih..
pernah tak kawan terdekat terminum air ini..
kalau betul lah holy water ni berkesan.. dah tentu Dato' Razali
Ismail( Pengerusi SYABAS) yg jadi target dia org.. tuang jer holy water
ke dlm tangki air yg di salur kan ke rumah2.. kan senang..
tak kan lah klorin boleh neutral kan holy water kalau hebat sgt holy water ni

Sebenar nya ILMU LAH YG MENJAGA KITA.. BANYAK MEMBACA DAN
MENGKAJI PASAL
ISLAM SUPAYA BILA ORG KAFIR BERTANYAKAN TENTANG ISLAM KITA DPT
BERI PENJELASAN DGN JELAS DAN TEPAT"

*walopon aku cume alim-alim kucen, tp aku tetap sayangkan agamaku..

*asernye dah kurang orang bace entry ni pasal ramai tgh bekampung kat entry sensasi ko, 'kenapa masih bujang'.. ihiks!

Anonymous said...

ha ha ha, best

Anonymous said...

aku selamba bila di puji..harap maklum..

he he
(oh..)

hamka said...

oh, terima kasih..

i love u too..oh!

ps: camne boleh jumpa blog ni?

hamka said...

sungguh kecik.. sungguh kecik, sekecik kamu..

Anonymous said...

Saudara hamka,

Saya terpanggil untuk memperkatakan sesuatu kepada saudara mengenai pengalaman saya sendiri sebagai seorang islam yang telah menjalankan lunas2 islam dan kini mempersoalkan apa yang diperkatakan oleh islam.

Semasa saya menetap di luar negara, saya hiudp keseorangan hanya bertemankan kuasa Allah SWT dan berbekalkan sejadah yang menjadi tempat menangis dan bermunakahat. Semasa kejauhan dari keluarga dan orang2 yg tersayang, dan semasa saya merasakan yang islam itu bukan agama rasmi di negara tersebut dan amat susah untuk saya mencari ilmu agama, saya terasa amat dahagakan kasih sayang Allah dan agam islam sendiri. Saya cari dan saya amat dekat denganNya semasa saya diluar negeri.

Tapi kini saya sudah pulang. Saya pulang untuk menyambung nasib dibumi snediri. Tatkala pulang saya merasakan keperitan kehidupan yang seringkali membawa kenangna keperitan dalam rumahtangga (ditinggalkan suami gay),percintaan saya dengan lelaki bukan islam yang telah berkawin dan amat menyayangi saya hingga kini, keadaan diri yang tak berapa cantik dan sellau ditipu lelaki islam dan keadaan diri yang agak tidak normal berbanding wanita lain dll.

kembali ketanah air dan mengenangkan segala tragedi yang menimpa membuatkan saya setiap malam menangis dan mempersoalkan Allah SWT apakah kataNya di dalam Al-quran itu yang di MAHA PENGASIH, MAHA PENYAYANG, MAHA PEMBERI, MAHA PENERIMA dan pelbagai MAHA lagi. Saya memikirkan keadaan saya yang kurang dipedulikan oleh ibu bapa yang menganggap saya cacat dan tak sempurna (kecacatan saya adalah inheritage.. apakah patut saya dipandang hina kerana mereka sendiri yang membawakan kecacatan itu), adik2 saya yang telah berkawin yang mereka bangga-banggakan sedangkan rumahtangga saya handcur ditengah jalan kerana mengahwini lelaki gay yang menipu saya kononnya mahu berubah dan sayangkan saya, adik saya seorg lagi yg diagung-agungkan kerana mempunyai teman lelaki yang kaya dan mempunyai latarbelakang keluarga yang kaya..

segala yang tuhan timpakan pada saya buat saya mempersoalkan keadaan ynag diperkatakan di dalam Alquran itu sendiri, setiap manusia dijadikan berpasang2 dan sebagainya... dimana pasang saya, saya telah berdoa seingat say auntuk berkaiwn bahagia dari usia saya di bangku sekolah menengah dan kini saya awal 30an.. mana kebenaran kata2 ini?

saya tidka rasakan yg saya murtad, murtadkah saya kerana saya terasa ditipu dgn tuhan sendiri, murtadkah saya kerana saya mempersoalkan kataNya, murtadkah saya kerana merasa kehidupan saya ini diwujudkan kerana semata2 untuk menghadapai penderitaan.. lately ini saya stop dari mengamalkan segala ajarannya, pada pandangan saya, kenapa perlu saya semayang dan menjadi hipocrit? saya kecewa dengn Allah SWT dan itu adalah yang sebenarnya..

dan betul kata saudara juga, saya perlu bercakap dan bertemu dgn seorg islam yang mampu memberikan saya hujah yg sempurna mengenai kenapa hal ini menimpa saya, kenapa apa yg diperkatakan ALlah itu tidak betul terjadi kepada saya, tapi di malaysia, mana ada ahli agama yg membantu memperbetulkan keadaan? mereka hanya akan menuding jari dan mangatakan saya yg tiada iman, saya pernah ada iman dan kini saya mencari2 semula kekuatan iman yg pernah saya pegang dulu..

saya buntu dan setiap malam saya akan mennagis dan merasakan perlu untuk saya mengakhiri hidup ini, tiada guna dipanjangkan kehidupan yg tiada erti dan penuh penipuan dan kepalsuan.

Saya menulis ini kepada saudara semata2 untuk menampakkan pada saudara, apa jenis murtad saya ini? saya bukan mempersoalkan Tuhan semata2 mahu keluar agama,say tidak pernah terpikir ada agama sesempurna islam, cumanya saya mempersoalkan kerana mahu memahami apakah sebenarnya kejadian saya dan apakah yg tuhan mahu dari kehidupan sya ini.. murtadkah saya saudara?

Bukan setakat kes lina joy sahaja yg perlu mendapat perhatian, lina joy salah kerana tidak mendapat channel yg sebenarnya, tapi bagaimana dengan mereka2 yang seperti saya, yang hidup dalam kekusutan setiap masa..

saya hanya da blog2 saja yg saya ziarahi untuk mencari erti kehidupan, saya tidak memperkatakan AL-quran itu salah, saya cuma mempersoalkan sesetengah darinya..kenapa sesetangah kata Alquran itu kurang kebenarannay pada saya...

Semoga keberkatan itu dapat tuhan berikan, AMIN

hamka said...

sangat sedih bunyinya ...

dalam ibadat kena ikhlas,
ko mengharapkan doa ko makbul..
dan ko berkira dalam beribadat..

siapa yang bagi cadangan kat ko tuhan tidak adil?

ketahuilah tiada orang yang bahagaia dalam hidup ini, mereka semua pura pura bahagia, jangan sangka orang kapir dan orang yang jauh dari Allah itu bahagia, mereka hipokrit, menyemnunyikan kesedihan di sebalik senyjman dan harta..

malahan, dunia ini ada yang lebih menderita darimu..

member aku cerita anak dia terlanjur dengan lelaki bangladesh, kena paksa kahwin , sekali bila anak dia ikut suami dia balik bangla, kena jadi hamba, kena lacur jadi hamba, menjadi pelacur di pondok buruk yang di buat dari tahi lembu.., makan rumput hari hari nangis, surat dan berita takde, sehinngala bila jemaah tabligh dtang dari malaysia barulah dapat selamatkan mereka, panjang cerita..

moral: ada orang yang lebih menderita daro ko, tapi masih kekalkan iman dia, dan ada orang yang lebih bahagia dari ko, tapi sedang menggadaikan iman dia..

aku kena pergi
lain kali aku tulis.. lagi

cuba baca ni:

http://keretamayat.blogspot.com/2006/08/apakah-fungsi-manusia.html

http://keretamayat.blogspot.com/2006/08/kenapa-nak-bunuh-diri_09.html

http://keretamayat.blogspot.com/2006/08/apa-itu-takdir.html

http://keretamayat.blogspot.com/2006/07/kenapa-doa-tak-makbul.html

Anonymous said...

lebih cepet murtad lebih baek,
http://www.indonesia.faithfreedom.org/forum/viewforum.php?f=61

Anonymous said...

berilah saya sedikit masa anda....Untuk pengetahuan bersama......


BEKAS Paderi Besar Sabah, TAJUDDIN OTHMAN ABDULLAH, mengupas perbandingan yang cukup ilmiah di antara agama Islam dan Kristian berdasarkan
pengkajiannya yang cukup mendalam lagi terperinci selama menjadi Paderi Besar Kristian selama 12 tahun. Iktibar Buat Mereka Yang Murtad AGAMA Kristian menurut kitab Injil yang asal jika dikaji sedalam-dalamnya maka jawapan akhir yang akan ditemui adalah ISLAM. Hakikat ini telah dibuktikan oleh ramai orang Kristian yang akhirnya mendapat hidayah Allah dan kemudiannya memeluk agama Islam.

Tetapi apa yag paling menakjubkan kali ini, kita berpeluang berkongsi pengalaman hidup yang tiada tolok bandingannya bersama USTAZ TAJUDDIN OTHMAN
ABDULLAH, seorang bekas paderi besar di seluruh Sabah , yang belajar sebahagian besar dalam hidupnya untuk menjadi paderi. Beliau yang selama ini
berada di tahap paling tinggi dan mulia sekali di Sabah Kerana berkedudukan untuk mengampunkan segala dosa yang dilakukan oleh orang-orang Kristian
Sabah contohnya orang yang paling berpengaruh ketika itu Pairin Kitingan.Pengalamannya sebagai Bekas Paderi di sekitar 80-an membuatkan beliau banyak
mengetahui selok belok agama termasuk agama Islam. Setelah puas mengkaji, akhirnya Allah memberikan hidayah kepadanya dengan memilih Islam sebagai
jalan hidup. Beliau kini bertugas di Majlis Agama Islam Melaka di bahagian Unit Kristianologi. Bersama seterusnya dengan JAMILAH AINI MOHD. RAFIEI,
turut hadir SUZILAWATI ROZAINOR ABBAS dengan jurufoto WAN ZAHARI WAN MOHD. SALLEH yang berdialog dengan beliau di Masjid Al-Azim (Negeri), Air Keroh,
Melaka, baru-baru ini.

SEMASA Kristian saya dikenali sebagai Paderi Thomas Laiden. Saya berasal dari Sabah dan berketurunan Solok. Agama asal saya ialah Roman Katholik.
Saya mendapat pendidikan di Seminary Kepaderian Vantiken Itali iaitu institusi kepaderian terulung di Itali dan dibiayai oleh Persatuan Kristian
Sabah . Saya tamatpengajian pada tahun 1985 seterusnya bert ugas sebagai paderi di Vantiken. Seterusnya saya memohon untuk kembali ke negara asal
saya iaitu Sabah .

Pada tahun 1988 saya ditukarkan ke Sabah dan berkhidmat sebagai paderi. Saya bertugas di Gereja St. Mary, Persatuan Gereja Roman Katholik Sabah seluruh
Sabah yang berpusat di Kota Kinabalu. Keluarga saya terlalu kuat berpegang pada agama. Itulah sebabnya bapa menghantar saya ke Vantiken, dengan harapan
agar saya menjadi seorang paderi yang dikira jawatan yang terlalu mulia. Saya mempunyai ramai adik beradik tetapi kesemuanya perempuan, saya adalah
anak lelaki tunggal dalam keluarga.

Semasa menjadi paderi, saya banyak membuat kajian mengenai agama Kristian, Buddha, Hindu dan Islam. Ketika itu saya tidak tahu langsung tentang
keindahan dan kecantikan Islam dan tidak pernah terlintas di fikiran untuk ke situ. Tambahan pula saya dibesarkan di dalam keluarga yang kuat
mengamalkan agama Kristian. Saya aktif bergiat dalam dakyah Kristianisasi yang ce nderung kepada banyak buku-buku Islam. Setelah banyak membuat kajian,
saya terfikir apabila saya dilantik menjadi paderi, saya mendapat kesimpulan yang saya sudah mula meragui agama yang saya anuti. Konflik Diri Yang Tidak
Terbendung

Ianya ketara di sekitar 1988, apabila sebagai seorang paderi diberi tanggungjawab yang besar iaitu untuk mengampunkan dosa manusia. Timbul di
fikiran saya bagaimana saya sebagai manusia biasa bisa mengampunkan dosa manusia lain sedangkan para Nabi dan Rasul yang diutuskan Allah, mereka ini
tidak sanggup mengampun dosa manusia dan tidak mampu mengampunkan dosa manusia. Saya mula serius membuat kajian mengenai Islam.

Apabila saya diberi tanggungjawab mengampun dosa orang-orang Kristian seluruh Sabah , jadi masa itu saya rasakan seolah-olah agama ini sengaja
direka-reka oleh manusia. Seterusnya pada tahun 1989 saya kembali ke Vantiken untuk membuat Kursus Kepaderian di sana selama tiga tahun. Di sana
saya telah berjumpa dengan ketua paderi tertinggi seluruh dunia iaitu Pope John Paul. Saya telah berdialog dengannya dan bertanya akan perkara yang
memusykilkan saya sepanjang saya menjadi paderi. Saya berkata kepadanya, "Paul, saya sekarang rasa ragu dengan agama yang kita ini". Dia terkejut dan
bertanya, "Apa yang kamu ragukan?"

Saya berkata, "Cuba John Paul fikirkan sendiri, kita ini seorang manusia biasa. Di negeri saya Sabah , di negeri saya sendiri setiap malam Ahad saya
mengampunkan dosa orang Kristian yang beratus-ratus orang yang datang mengaku dosa.

Mereka harap saya yang mengampunkan dosa mereka sedangkan para Nabi pun tidak pernah melakukannya."

Beliau berkata, "Wahai Paderi Thomas, kamu ini dilantik menjadi seorang paderi, maka kamu ini seorang yang suci dan tidak mempunyai sebarang dosa,"
Saya katakan yang saya merasakan diri saya mempunyai dosa. Beliau seterusnya menyambung, "Memang kita manusia ini mempunyai dosa. Nabi Adam sendiri
mempunyai dos a. Apabila seseorang yang telah dilantik menjadi paderi bermakna kamu ini telah dilantik oleh Jesus Christ. Jesus Christ tidak ada
dosa maka kita sebagai paderi ini tidak mempunyai dosa."

Di situlah saya mula tidak percaya pada agama kristian yang mengatakan ulamak-ulamak Kristian tidak mempunyai dosa.

Saya katakan pada Paul yang ulamak Kristian itu pembohong. Dia terkejut lalu berkata,"Thomas, kamu telah dihantar hingga ke peringkat tertinggi untuk
menjadi paderi, kenapa kamu berkata demikian. Cuba kamu jelaskan kenapa kamu kata agama Kristian pembohong".

Saya menyoalnya, "Jesus Christ itu Tuhan atau Nabi?" Beliau menjawab, "Dia Tuhan." Saya bertanya kembali, "Pernahkah orang nampak Tuhan? Bagaimana
wujudnya Tuhan? Siapa Tuhan kita sebenarnya, Jesus Christ (Nabi Isa) atau Allah bapa? (Allah)."

Beliau mengatakan Jesus itu Tuhan.

Saya menyoal kembali, "Apa matlamat utama Jesus Christ diutus ke dunia?"

Beliau menjawab, "Untuk m enebus dosa bangsa manusia, semua bangsa dan agama."

Jadi saya katakan padanya kenapa perlu ada paderi tukang ampun dosa jika Jesus Christ sudah menebus dosa semua manusia. Di situ dia mula pening dan
terpinga sambil berkata, "Paderi Thomas awak ini telah dimasuki iblis sehingga berani mempertikaikan Kristian."

Saya katakan padanya, "Kita seorang paderi yang suci, bagaimana iblis boleh masuk?"

Saya juga katakan padanya saya mempunyai ibu bapa dan adik-beradik apabila ibu bapa saya membuat dosa mereka mengaku di hadapan anak, kerana kedudukan
saya ketika itu sebagai seorang paderi. Jadi saya terfikir bagaimana saya seorang anak boleh mengampunkan dosa ibu bapa. Sepatutnya seorang anak yang
meminta ampun dari ibunya.

Selepas perdebatan itu Pope John Paul meninggalkan saya, sebagai seorang paderi beliau tidak boleh marah kerana marah merupakan satu dosa. Di dalam
Kristian mempunyai tujuh rukun iaitu:-

i. Ekaristi Pembaptisan - seseo rang yang ingin memeluk Kristian mereka mesti dibaptiskan air suci.

ii. Ekaristi Pengakuan - mengaku dosa di hadapan paderi

iii. Ekaristi Maha Kudus - memakan tubuh Tuhan (Khusti kudus)

iv. Ekaristi Minyak Suci - air suci

v. Ekaristi Krisma - penerima ekaristi Maha Kudus layak menerima krisma

vi. Ekaristi Imaman - menjadi paderi

vii. Ekaristi Perkahwinan - hanya untuk penganut awam (Paderi tidak menerima ekaristi ini)

Dalam Kristian air suci atau lebih dikenali sebagai Holy Water, adalah paling bernilai sekali. Untuk menjadi seorang Kristian, seseorang perlu
menjalani Ekaristi Pembaptisan iaitu meminum air ini. Ia diperolehi dari proses uzlah yang dijalani sebelum menjadi paderi. Jika tidak mempunyai
akidah yang benar-benar kuat, akidah boleh rosak disebabkan air ini. Contohnya ialah seperti apa yang berlaku ke atas seorang doktor perempuan
Melayu di Selangor. Setelah minum, beliau langsung tidak boleh mengucap, hatin ya telah tertutup. Menurutnya beliau sudah tidak yakin lagi dengan
agama lain kecuali Kristian sahaja Kerana melalui Kristian beliau boleh melihat Tuhan Jesus yang turun setiap malam.

Itulah permainan iblis. Sesiapa yang meminum air tersebut dapat melihat apa sahaja. Sebaik sahaja doktor tersebut meminumnya, akhirnya beliau memeluk
Kristian. Saya pergi menemuinya, dia katakan kepada saya Islam tidak benar, hanya Kristian agama yang benar kerana umatnya boleh melihat Tuhan.

Apabila saya tunjukkan air itu kepadanya sambil bertanya pernahkah beliau meminumnya. Beliau menjawab memang pernah meminumnya semasa beliau belajar
di Indonesia ; Apabila pergi ke gereja beliau akan diberi minum air tersebut. Beliau menyatakan kepada saya beliau akan hidup dan mati dalam Kristian. Saya
membacakan kepadanya surah Al-Kahfi di samping memintanya mengamalkan surah tersebut setiap masa. Alhamdulillah lama-kelamaan keadaannya semakin pulih.
Inilah permainan sihir sebena rnya. Tidak siapa dapat melawan ilmu Allah, hanya ilmu Allah sahaja yang berkesan menghapuskan permainan sihir.

Tidak lama kemudian beliau kembali mengucap dan terus menangis. Saya katakan kepadanya saya sudah terlalu berpengalaman dengan taktik Kristian. Itulah,
cara memikat orang untuk ke agama Kristian cukup mudah, tidak mengapa jika tidak percaya kepada agama Kristian, tetapi apabila minum air itu
segala-galanya akan berubah. Setelah saya mempelajari Islam barulah saya tahu rupanya iblis ini boleh menyerupai bermacam rupa. Kekuatannya hanya
pegangan akidah.. Tetapi Holy Water ini sekarang tidak boleh lagi diedarkan di Malaysia kerana orang yang membuatnya di biara Vantiken telah memeluk
Islam dan membongkar rahsia ini. Ramai orang sudah tahu mengenai air ini dan mula berhati-hati dengan setiap apa yang meragukan.

Rukun yang kedua pula iaitu Ekaristi Maha Kudus bermaksud memakan tubuh Tuhan. Saya pernah berhujah dengan John Paul mengenainya. Saya kat akan
padanya sedangkan Firaun yang zalim itupun tidak pernah memakan tubuh tuhan kenapa pula kita sebagai ulamak Kristian boleh makan tubuh tuhan?.

Saya jelaskan kepadanya, apabila semua paderi memakan Khusti Kudus (sejenis makanan yang diimport khas dari Itali) bermakna itu satu penghinaan kerana
tubuh tuhan boleh dimakan.

Kata beliau, itu memang sudah menjadi rukun Kristian dan tidak boleh dipertikaikan lagi. Apa yang paling merbahaya ialah Holy Water. Khusti Kudus
tidak mempunyai rahsia apa-apa, ia seolah-olah seperti roti yang dicampur dengan bahan lain. Berlainan dengan Holy Water yang kesannya cukup kuat.
Bayi-bayi yang baru dilahirkan pun dibaptiskan.

Terdapat sesetengah klinik yang membaptiskan bayi walaupun bayi tersebut Islam.

Bagi kepercayaan Kristian setiap bayi yang baru lahir wajib dibaptiskan kerana ia mempunyai dosa, ia menyimpan dosa pusaka yang ditinggalkan datuk
moyang mereka. Ia berlainan dengan Islam, Islam melet akkan bayi yang baru lahir itu adalah dalam keadaan fitrah (bersih).

Di dalam semua kitab tidak ada mengenai agama Kristian. Kristian ini baru sahaja berkembang oleh seorang Paul yang pertama di zaman Julius kemudian
beliau mengembangkannya. Asal agama Kristian ialah dari agama Yahudi dan Nasara. Tetapi di Romawi ia dinamakan Kristianisasi. Jika kita meneliti di
dalam kitab Nabi Isa (Injil) tidak ada disebut Kristian. Sebenarnya semua mubaligh Kristian tahu mengenai kedudukan agama Islam.

Pernah terjadi dalam tahun '78, semasa itu saya terjumpa kitab yang menyatakan kebenaran Nabi Muhammad. Tetapi semasa itu saya tidak begitu
memperdulikannya. Di dalam kitab tersebut ada menyebut mengenai Ahmad iaitu Nabi Muhammad s.a.w.

Ketika itu saya masih belajar di Vantiken, oleh kerana saya kurang sihat saya tidak dapat mengikut kelas pengajian. Saya diberi tugas oleh seorang
paderi untuk menjaga sakristi (perpustakaan yang terdapat di gereja) untuk menjag a kitab-kitab di situ. Paderi tersebut mengatakan kepada saya, Thomas,
kamu perlu menjaga kesemua kita-kitab di sakristi ini tetapi kamu tidak boleh membuka almari."

Beliau menunjukkan kepada saya almari yang dimaksudkan. Saya hairan kerana beliau melarang saya membuka almari tersebut sedangkan kuncinya diserahkan
kepada saya. Sifat manusia, apabila dilarang maka itulah yang ingin dibuatnya.

Ketika itu semangat saya terlalu berkobar-kobar untuk mengetahui isi kandungan turunkan kepada Nabi Isa a.s.Saya mengambil kitab itu dan
menyembunyikannya. Kitab tersebut ditulis di dalam bahasa Hebron . Ia masih saya simpan hingga ke hari ini dan saya dalam proses untuk menterjemahkannya
ke dalam bahasa Melayu. Ia menjadi rujukan kepada saya, dan sebagai bukti untuk berdebat dengan orang-orang Kristian. Saya telah utarakan kepada
Majlis Agama Islam Melaka, jika boleh saya ingin menterjemahkannya dan sebarkan kepada orang ramai. Pihak Majlis tidak berani melakuka nnya, menurut
mereka ia akan mengancam nyawa saya kerana dengan pendedahan kitab tersebut rahsia Kristian akan tersebar. Isi kitab tersebut sama dengan al-Quran.
Rupa-rupanya barulah saya mengetahui semasa upacara mengangkat sumpah dalam proses beruzlah pada hari yang ke 39, setiap paderi akan meletakkan tangan
mereka ke atas kitab yang dibalut dengan kain putih yang diletakkan di atas bantal. Tidak siapa dibenarkan membukanya dan isi kandungannya.

Berbalik kepada kisah saya mencuri kitab tersebut, selepas kehilangannya paderi yang menyerahkan kunci kepada saya dahulu memanggil saya dan bertanya
apakah saya ada mengambilnya. Saya menafikan dengan mengatakan tidak pernah mengambil kitab tersebut. Hati saya nekad untuk tidak mengaku dan
menyerahkannya kerana saya ingin mengkaji kitabtersebut. Disebabkan seseorang bakal paderi tidak boleh berbohong, beliau mempercayai pengakuan
saya. Akhirnya pada keesokannya iaitu pada hari mengangkat sumpah, disebabkan I njil tersebut telah hilang, mereka meletakkan kitab suci
al-Quran (yang dibalut dan sentiasa tersimpan di almari) sebagai ganti kitab yang hilang. Al-Quran digunakan di dalam upacara mengangkat sumpah? Semua
paderi tidak tahu hal ini kecuali saya. Pada masa itu saya terfikir, apa gunanya jika kita bersumpah di atas kitab al-Quran tetapi masih tidak
beriman dengannya? Bermakna semua paderi telah bersumpah di atas al-Quran tetapi kufur selepas itu.

Menyingkap saat saya didatangkan hidayah ialah ketika saya sudah tamat belajar dan bertugas di Gereja St. Mary, Sabah . Pada suatu malam Ahad pada
tahun 1991, saya bersembahyang dengan cara Kristian) di hadapan tuhan-tuhan saya iaitu. Tuhan Bapa, Ibu Tuhan (Mary) dan Anak Tuhan (Jesus Christ).
Ketika itu saya terfikir di dalam hati, patung-patung ini diukir oleh manusia, saya menyembahnya setiap hari di dalam bilik.' Apabila saya selesai
sembahyang saya meletakkannya di bawah tempat tidur. Hati saya berkata, ala ngkah hinanya Tuhanku. Kenapa aku boleh meletakkannya di bawah tempat
tidur yang boleh aku baringkan dan letak sesuka hatiku?

*Turunnya hidayah*

Malam itu, selesai sembahyang saya mengambil sehelai kertas dan saya tulis diatasnya, "Tuhan, diantara agama Islam, Kristian, Hindu dan Buddha aku
telah mengetahui semua agama ini. Malam ini tolonglah tunjukkan kepadaku manakah di antara tiga agama ini yang benar bagiku". Setelah itu, tak
tahulah saya katakan bagaimana mengantuknya mata saya yang tak pernah-pernah saya alami rasa mengantuk yang lain macam, mata saya langsung tidak boleh
terangkat. Akhirnya saya tertidur. Pada malam itu, pada saya mungkin bagi para Nabi boleh dianggap mimpi tetapi menurut saya mungkin Tuhan ingin
memberikan hidayah kepada saya. Di dalam tidur, saya merasakan seolah-olah saya menaiki lif dari satu tingkat ke tingkat lain sehingga tingkat tujuh,
ketika itu mata saya tidak boleh dibuka kerana di hadapan saya ada satu cahaya yang terang benderang menyuluh. Saya bertanya kepada seorang yang
berdiri di hadapan saya, orangnya MasyaAllah terlalu tinggi. Jarak di antara kaki dan kepala umpama langit dan bumi. Saya bertanya kepadanya, "Negeri
apakah ini?"

Beliau berkata kepada saya, "Awak tidak layak masuk ke negeri ini, ini negeri umat Nabi Muhammad s.a.w."

Saya meminta keizinannya sekali lagi untuk masuk tetapi beliau tetap tidak membenarkan. Dari luar saya dapat lihat di dalamnya ada satu jalan umpamanya
titi yang halusnya seperti sehelai rambut. Saya tak berani katakan ia Titian Sirat atau apa-apa kerana tidak mengetahui apa-apa ketika itu. Saya hairan
kenapa orang yang berjubah dan bertudung mereka melintas jalan itu dengan mudah sedangkan saya langsung tidak boleh mengangkat kaki. Penjaga itu
berkata lagi, "Awak tidak boleh masuk, tetapi awak lihatlah bagaimana keadaan mereka yang beragama Yahudi dan Nasara (Kristian)."

Alangkah terkejutnya saya apabila melihat orang-orang Kristian yang kepalanya dimasukkan ke dalam api umpama dijadikan kayu api. Saya terkejut
dan sedar hanya Islam agama yang benar. Akhirnya saya tersedar seelok sahaja azan subuh dilaungkan dari masjid berhampiran. Saya bangun dan membersihkan
badan saya. Saya menuju ke kereta. Pemandu telah bersedia membawa saya tetapi saya menolak pelawaannya dan katakan kepadanya saya ingin pergi ke
satu tempat yang orang lain tidak boleh ikut serta. Saya memandu kereta menuju ke sebuah masjid di atas bukit. Ketika saya tiba, mereka sedang
berjamaah menunaikan fardu Subuh, saya menanti seketika sebagai menghormati agama mereka. Setelah selesai, saya pergi menemui imam yang bertugas ketika
itu. Saya katakan kepadanya yang saya ingin memeluk Islam hari itu juga. Beliau terkejut dan berkata kepada saya, "Awak ini di bawah Pairin Kitingan,
Ketua Menteri Sabah, susah kami hendak Islamkan awak, tambahan pula awak paderi besar seluruh Sabah ."

Saya katakan padanya ," Awak jangan bimbang sebab dosanya saya yang ampun, hal dia tidak perlu dibincangkan. Apa yang saya mahu, hari ini saya mahu
peluk Islam."

Seterusnya imam tersebut berkata lagi, "Awak tak boleh masuk Islam sekarang sebab awak perlu mengisi borang, tandatangan surat akuan sumpah dahulu, baru
awak boleh masuk Islam."

Dengan agak kasar saya katakan kepadanya, "Kalau beginilah caranya untuk memeluk Islam, lebih baik orang masuk Kristian. Kalau masuk Kristian, hari
ini terus dibaptiskan dan menjadi Kristian.

Untuk masuk Islam pun perlu isi borang ke? Baiklah, jika hari ini saya turun ke bawah dan ditakdirkan tiba-tiba saya dilanggar kereta dan mati, maka apa
akan jadi kepada saya dan siapa yang akan bertanggungjawab?" Akhirnya imam tersebut menyuruh saya mengucap dua kalimah syahadah. Maka pada pagi Ahad
itu saya telah sah sebagai seorang Islam.

*Kekuatan diri*

Setelah selesai mengucap, saya kembali ke rumah saya. Ketika saya me lalui kawasan gereja, orang ramai sudah penuh menunggu saya untuk upacara
pengampunan. Mereka melambai tangan ke arah saya. Saya membalas kembali lambaian mereka. Ketika itu seakan ada satu kekuatan dalam diri saya. Saya
keluar dari kereta dan membuat pengumuman di hadapan mereka.

Saya katakan kepada mereka, "Kamu ini jika sembahyang pun berdosa kalau tak sembahyang lagi bagus."

Kemudian saya meninggalkan mereka yang kelihatan seperti kehairanan. Saya meneruskan perjalanan menuju ke rumah. Di dalam rumah semua ahli keluarga
sudah bersedia menanti saya untuk ke gereja. Jubah saya sudah siap diseterika. Saya panggil semua ahli keluarga sambil bertanya apakah mereka
sudah makan atau belum. Mereka katakan yang mereka sudah makan kecuali Khusti Kudus sahaja yang belum dimakan. Saya katakan itu tidak payah dimakan
pun tidak mengapa kerana di kedai banyak roti untuk di makan. Saya membuat pengumuman kepada mereka, saya berkata sambil memandang ke arah bapa saya,
"Saya hendak memberitahu kamu sesuatu perkara. Saya belajar di Vantiken selama 12 tahun dan sudah terlalu banyak menghabiskan wang bapa. Selama 12
tahun saya belajar, saya tahu bahawa agama yang saya anut ini adalah agama yang salah, agama yang betul adalah Islam."

Ketika itu saya lihat tidak ada apa-apa riak di wajah bapa dan ahli keluarga saya, tetapi mereka semua terdiam. Saya menyambung kembali, "Tadi saya telah
memeluk Islam di masjid bandar sana dan menyuruh saya mengucap. Bermakna hari ini saya sudah menjadi orang Islam."

Bapa saya berkata kepada saya, "Oh! kamu sudah Islam! Tidak mengapa!"

Seterusnya beliau menuju turun ke dapur. Saya ingatkan tidak ada apa-apa ketika itu. Saya tidak sedar rupa-rupanya beliau pergi mengambil parang
panjang dan cuba menyerang saya. Saya yang kebetulan duduk di tepi tingkap di tingkat satu terus terjun ke bawah. Saya melompat dari tingkat atas
dengan berkaki ayam. Tuhan masih mahu memanjangkan u mur saya. Saya turun dan terus meninggalkan rumah sehelai sepinggang hingga ke hari ini. Dari segi
pengamalan kedua ibu bapa saya yang memang cukup kuat berpegang pada agama, apabila seorang anak murtad (keluar Kristian) mereka tidak lagi mengaku
anak.

*Hijrah untuk Keselamatan dan Belajar *

Selepas itu saya pergi ke Jabatan Agama Islam Sabah. Demi keselamatan diri saya, salah seorang pegawai di sana menasihatkan saya agar pergi belajar dan
keluar dari Sabah . Akhirnya saya merantau ke Semenanjung dan menyambung pengajian saya di Institut Dakwah Kelantan pada tahun 1992 dan seterusnya
saya menyambung pula ke Nilam Puri sehingga tahun 1995.

Ketika itu saya adalah pelajar yang paling tua sekali. Setelah tamat pengajian, saya menganggur sekejap. Tidak lama kemudian saya diterima
bertugas di Majlis Agama Islam Melaka hingga ke hari ini. Kemungkinan juga selepas ini saya akan dipindahkan ke majlis Agama Islam Kelantan.

Di sini (Melaka) say a ingin menerbitkan buku mengenai kajian Kristian. Tetapi terlalu banyak prosedur yang perlu dijalani.

Kini setelah hampir sembilan tahun saya memeluk Islam dan meninggalkan Sabah , saya masih diugut dan dikecam. Namun saya tidak khuatir kerana yakin
Allah tetap melindungi hamba-Nya dan yakin ajal maut itu tetap dating walaupun bersembunyi di ceruk mana sekalipun. Kini saya bahagia setelah
mendirikan rumah tangga bersama isteri yang cukup memahami jiwa saya. Dalam usia 49 tahun, saya baru mempunyai seorang cahaya mata berusia satu tahun
setengah.

Islam tidak menyusahkan penganutnya. Jika menjadi paderi perkahwinan tidak dibenarkan tetapi setelah Islam, baru saya tahu betapa indahnya perkahwinan
dan zuriat yang merupakan rezeki dari Allah (SWT).

Di Vantiken, orang Kristian yang keluar agama kemudian masuk ke negara tersebut, mereka akan bunuh. Bagi mereka seseorang yang murtad dianggap
kotor dan mencemarkan maruah agama. Tetapi adakalanya saya terfikir, jika di sana orang Kristian murtad kenapa ianya tidak terjadi di negara yang
pemerintah dan majoriti penduduknya beragama Islam. Itulah yang susahya. Saya membuat kajian hampir empat tahun baru mendapat nikmat Islam. Terlalu
sukar saya mengecapi nikmat Islam tetapi orang di sini yang memang lahirnya dalam Islam dengan mudah mahu membuang Islam. Di sini saya bertanggungjawab
terhadap mereka yang murtad, jika yang tidak berpengetahuan tidak mengapa tetapi yang sedihnya yang murtad ini ialah mereka yang mempunyai pendidikan
hingga ke peringkat tertinggi dan mempunyai pendapatan yang melebihi dari keperluan bulanan.

Pernah saya katakan kepda seorang doktor, "Doktor, suatu ketika dahulu saya menerima gaji bulanan sebanyak RM5,000 sebulan, dilengkapi dengan pembantu
rumah, pemandu dan rumah serba lengkap. Kehidupan saya terlalu mewah diSabah. Tetapi doktor, kenapa saya sanggup melepaskan itu semua semata-mata
kerana Islam! Gaji doktor sekarang terl alu encukupi tetapi mengapa perlu tinggalkan Islam?"

Saya memang cukup marah dan terkilan apabila mendengar orang yang ingin murtad. Minta maaf jika saya katakan, mengapa terlalu bodoh sangat sehingga
sanggup menanggung dosa besar? Umat Islam dari segi ekonomi sebenarnya terlalu mencukupi cuma cara pelaksanaannya yang agak longgar. Kita lihat
Kristian, dari segi kerjasama dan ukhuwah mereka begitu kuat.

Semasa saya menjadi paderi dahulu, apabila saya masuk ke sesebuah kampung untuk berdakwah saya dibekalkan Beberapa ribu wang. Ini kerana gereja di
seluruh dunia bersatu padu. Meskipun dari segi politik berbeza dan bermusuh tetapi untuk menghancurkan Islam mereka mesti bersatu. Mereka berkata jika
di negara Barat, penduduk penganut Kristian tidak bersembahyang pun tetapi mereka tetap Kristian. Gereja di sana setiap hari Ahad kosong kerana setiap
hari Ahad diadakan acara perlawanan bola sepak di kalangan paderi. Orang ramai pergi menyaksikan acara ters ebut. Itu yang mereka minat. Oleh sebab
itu peruntukan untuk di sana sudah tidak ada lagi.

Sebagai alternatifnya mereka akan mengalihkan peruntukan itu untuk disalurkan ke negara Asia terutamanya ke Indonesia dan Malaysia . Begitulah
kuatnya kerjasama di antara mereka. Bagi mereka tidak perlu berdakwah untuk orang Barat yang sudah sedia Kristian sebab untuk mereka memeluk Islam
sukar. Yang lebih penting ialah misi mengkristiankan orang Islam.

Bagi pandangan saya, saya lihat orang Islam agak susah untuk bersatu. Masing-masing mempunyai fikrah yang berbeza dan hidup dalam kelompok
sendiri. Kadangkala di kalangan orang Islam sendiri bergaduh. Ini berlainan dengan orang Kristian yang amat menitikberatkan soal kebajikan. Namun bukan
semua orang Islam begitu, masih ramai di kalangan mereka yang bijak. Semasa saya menjadi paderi, saya memberikan tumpuan kepada orang miskin.
Pernah terjadi di Perak, saya telah menghabiskan beratus ribu untuk mereka, mere ka mengambil wang tersebut tetapi tidak memeluk Kristian. Selepas saya
Islam, saya pergi menemui mereka, senarai nama mereka masih ada dalam simpanan saya.

Setelah saya periksa rupa-rupanya mereka ini masih Islam. Walaupun pada awalnya mereka berjanji untuk memeluk Kristian. Alhamdulillah mereka tidak
berdendam pada saya sebaliknya mereka membelanja saya makan setelah mengetahui saya telah memeluk Islam.

*Masalah Kelemahan Pendakwah Islam *

Adakalanya saya terfikir kenapa ketika Barat menjajah kita, orang Melayu tidak murtad sedangkan pada hari ini negara yang pemerintahnya Islam tetapi
orang Melayu boleh murtad dengan begitu mudah sekali. Kelemahan kita ialah pendakwah Islam kadang-kadang boleh kalah dengan pendakwah Kristian.

Saya beri contoh seorang kawan saya yang pernah sama-sama belajar dengan saya semasa di Vantiken dahulu. Beliau pernah menyatakan kepada saya, orang
Yahudi sekarang sedang memberi tumpuan kepada kajian al-Quran da n Hadis.

Dia mengatakan pada saya; "Wahai Thomas, (dia tetap memanggil saya dengan nama Kristian walaupun saya telah Islam), Allah ada mengatakan di dalam
salah sebuah ayatnya yang bermaksud;

Tidak akan masuk syurga melainkan orang-orang yang beragama Yahudi dan Nasara. Sekarang kami pendakwah Kristian mahu pandai membaca al-Quran,
terjemahan dan hadis. Kami mempunyai kursus khusus mengkaji al-Quran dan Hadis. Awak lihatlah apa yang telah dikatakan oleh Tuhan mu itu."

Saya katakan kepadanya, "Betul apa yang awak baca ini. Kami membaca al-Quran bukan seperti apa yang awak faham. Memang benar awak membaca ayat itu tetapi
al-Quran ini jika awak tafsir separuh-separuh itu tidak betul. Al-Quran bukan seperti Injil yang boleh ditafsir separuh-separuh. Saya dahulu apabila
belajar al-Quran mengambil masa sehingga tiga tahun baru khatam. Saya ucapkan terima kasih pada awak kerana hanya enam bulan awak sudah boleh
membaca al-Quran." Saya katakan lagi padanya, "Sebenarnya awak tidak tahu tafsir al-Quran. Maksud sebenar ayat tersebut ialah "Telah berkata mereka
(orang-orang Yahudi dan Nasara), tidak akan masuk syurga melainkan orang Yahudi dan Nasara, sedangkan semua itu hanyalah merupakan angan-angan kamu
yang kosong." Itu bukan firman Allah, kata-kata itu adalah keluar dari mulut orang-orang Yahudi sendiri.

Paderi tersebut masih belum faham lalu bertanya, "Apakah angan-angan kosong itu?"

Saya katakan, "Setiap hari Ahad kamu makan tuhan kamu. Apabila kau menghadap Khudsi Kudus sambil berdoa bermakna kamu telah memakan tuhan kamu. Untuk apa kamu berbuat demikian?" Beliau tidak boleh berkata apa-apa walaupun mukanya
telah merah padam.

Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak boleh marah. Kalau kamu marah, siapakah yang akan mengampunkan dosa kamu?" Hal itu tidak mengapa jika diutarakan di
hadapan mereka yang faham, tetapi apa yang saya bimbangkan bagaimana jika ayat itu dibacakan di hadapan mereka y ang tidak faham dan rendah pengetahuan
agamanya?

*Siapa sasaran Kristian*

Program mereka kini ialah berdakwah kepada orang Islam yang menghabiskan masa di kaki-kaki lima terutamanya golongan remaja yang bermain gitar.
Mereka akan katakan, jika bermain di kaki lima tidak mendapat apa-apa bayaran, lebih baik bermain lagu di gereja setiap hari Ahad dengan
pendapatan lumayan. Dari situ ramai yang tertarik. Dari segi wanita Islam pula, yang saya perhatikan senarai namanya terlalu ramai orang Melayu yang
memohon menukar nama di Jabatan Pendaftaran Negara (JPN). Itu yang menyedihkan saya. Di JPN, beratus nama sedang menunggu, apabila pihak JPN
meluluskan nama- nama tersebut, maka akan murtadlah nama-nama itu. Itu kelemahan undang-udang negara, kami tidak boleh berbuat apa-apa kerana
mereka ini berpegang pada peruntukan yang mengatakan apabila seseorang yang berumur 18 tahun ke atas bebas beragama.

*Apa ikhtiar kita? *

Ada seorang wanita berjumpa saya tetapi keadaannya meragukan. Beliau memakai tudung. Saya menggunakan isteri saya untuk memerhatikan wanita ini. Bila
mereka tinggal berdua, barulah saya tahu di dalam tudungnya itu ada salib.

Isteri saya memberitahu saya. Saya memanggilnya. Saya katakan kepadanya, "Kamu tidak sayangkan Islam ke? Tolong buang benda yang ada di dalam tudung
kamu itu".

Dia tidak mengaku, tetapi saya yakin beliau memakainya. Sejurus kemudian beliau mengeluarkan rantai salib di lehernya dan mengatakan beliau sengaja
memakainya tanpa mempunyai niat apa-apa. Saya katakan padanya yang saya dahulu memakai rantai yang lebih besar daripadanya. Akhirnya saya megambil
rantai tersebut dan menyimpannya di pejabat saya untuk dibawa ke pihak atasan dan menerangkan bagaimana seriusnya penyakit ini di kalangan anak
remaja kita. Wanita jika tidak kuat pegangan memang mudah dipengaruhi. Ada juga taktik orang-orang Yahudi yang menjadikan perkahwinan sebagai langkah
pal ing mudah untuk memurtadkan gadis Islam. Untuk berkahwin, mereka (lelaki Kristian) akan memeluk Islam, kemudian akan membawa isterinya ke negara
asalnya dan memurtadkan isterinya itu.

*Kemenangan Islam, Keadilan Sejagat*

'Sesungguhnya orang-orang yang berkata: Tuhan kami ialah Allah, kemudian mereka beristiqamah, turun kepada mereka malaikat Allah berkata: jangan kamu
takut dan jangan berdukacita, dan bergembiralah dengan syurga yang dijanjikan kepada kamu.'

izzah said...

aku mmg minat bace blog hamka...
aku klo bace karangan dye,msty smp abs coz byk ilmu yg aku leyh dpt...
dye neyh mmg bgos la...
thanks bro...
isu KENAPA MEREKA MURTAD neyh mmg best...aku tak reti nk ulas tp ok lah...:)

~~~~~~~~~c~l~o~u~d~s~~~~~~~~~~~~~ said...

assalamualaikum~~~tahniah kwn~aku suka blog mcm nih..~terus kan perjuangan anda~
tp aku nak tanye satu soalan~knp harus salah kan diri??sebab yg ko bg tak kukuh~sedang kan pada zaman nabi dulu lagi dah ade org murtad,,adakah nabi salah kan diri??bg aku dan pendapat aku~bukan sape2..sebab yg pertama bg aku~berpunca dari kurang nye ilmu pengahtahwan agam..sepatut nye ko kena tanye di mn tempat ilmu agama di nagera malaysia????patut kah dng mebaca alquran sindiri tampa ilmu didada??klau ni zaman kite bagai mn zaman anak cucu kite nanti??kesempulan nye aku salah kan pemerintahan nagara,,kerana pemerintah lah tunggak satu2 bangsa dan agama~~~maaf kan aku klau aku tersalah fakta...aku hanya memberi pendapat apa yg aku fikir kan ..terima kasih

hamka said...

asas takwa. kau kena salah kan diri, Nabipun salahkah diri bila melihat mayat orang kapir, siap nabi nangis lagi...

Azah said...

Assalamualaikum and hi Mr hamka.

i find your blog to be very very useful. well done. You seem to discussed mainly controvercial issues and also issues that most people would not dare or never even thought of asking about.

Berdakwah melalui blog. All of us are not that innocent. therefore, its good that we are doing something to help and reminding each other to be good and do good deeds.

may Allah s.w.t bless you always.

Samwan said...

Salam,
Salah siapa mereka murtad? Salah aku, engkau dan mereka dimana aku, engkau dan mereka boleh jadi yg kita masih Islam atau mereka yang sudah murtad. Termasuklah anak yang masih kecil sehingga yang lanjut usianya.

Apa pun, murtad atau terpesong dari Islam itu sudah menjadi janji iblis/syaitan untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat.

Isunya nampak ketara dewasa ini dengan berita yang ribuan sudah murtad. Ini sudah pun ditanam oleh pengikut syaitan melalui rekasarya peradaban manusia. Kemewahan dan kekeyaan menjadi ukuran hidup. Sedangkan setiap manusia dijanjikan rezeki oleh Allah.

Malaysia mempunyai lebih kurang 27 juta penduduk. Mampukah kita mengunjungi semua mereka yg seramai itu. Jadi tidak patut Hamka menyalahkan diri sendiri dalam hal ini.

Ini berkaitan dengan rakyat dimana pemimpin yang beragama Islam patut memainkan peranan. Kita tidak dapat lari dari sistem bernegara. apabila negara kita cuba meniru negara maju yang lain tanpa disertakan roh Islam. Kemajuan itu sendiri akan membutakan mata rakyat.

Adakah kita diberi pilihan untuk menetapkan dasar negara kita. Jawapannya tidak, selagi anda bukan ahli parlimen, siapalah anda?

Jadi, kita tiada kuasa selain berpesan-pesan kepada kebenaran dan berpesan-pesan kepada kesabaran.

Sedih dengan isu murtad ini. Akan tetapi dasar negara yang menghalang untuk mengadakan perbincangan terbuka antara agama menyukarkan proses ini.

Kita bukan hendak memaksa mereka memeluk Islam, akan tetapi memberi kesedaran kepada mereka betapa mudahnya Islam itu.

Yang peliknya, rata-rata kita akan mengatakan rukun Islam itu datang dahulu sebelum rukun Iman. Akan tetapi, konsep Iman perlu hadir sebelum hadirnya konsep Islam. Sudah percaya baru amal. Baru paham ajaran sebenar dan tidak amal separuh dan tinggal separuh.

Itu yg ramai tertanya-tanya bagaimana hendak kusyuk. Konsep pemehaman kita sudah silap. Kalau diteliti, dakwah Rasulullah SAW di Mekah lebih kepada konsep Iman atau ilmu tauhid. Apabila di Madinah barulah konsep rukun Islam itu ditekankan.

Begitu juga dengan firman Allah atau ayat-ayat al-Quran. Ayat Makkiah lebih kepada konsep Iman, ayat-ayat Madaniah lebih kepada ajaran Islam.

Muallaf vs mukallaf apa perbezaannya? Kalau yang muallaf dikatakan orang yg baru kenal Islam. Akan tetapi berapa ramai yang sudah mukallaf walaupun dilahirkan sebagai Islam. Masih ramai yang dilahirkan sebagai Islam berstatus muallaf (masih belum memahami sepenuhnya, termasuklah saya sendiri).

Rukun Iman itu asas kepercayaan. Kalau asas ini tidak kukuh maka senanglah iblis/syaitan serta tenteranya memalingkan anak Adam dari Islam. Tak kenal maka tak cinta. Jadi, apabila tidak cinta maka bercerailah mereka.

Cuba perhatikan seruan didalam al-Quran. Kenapa firman Allah disebut berbeza, contohnya:
1) Wahai orang-orang yang beriman (mukmin)
2) Wahai orang-orang Islam (muslim)

Ada perbezaan antara mukminin dan muslimin. Ada sebabnya seruan itu berbeza bukan?

Wassalam.

p/s: setiap orang mempunyai tangungjawab yang specifik. Jadi jangan asyik salahkan diri sendiri. kita bukannya superman. Ada orang lain yg akan dipersoalkan dahulu iaitu pemerintah (mereka ini mungkin boleh jadi superman), kemudian akan tiba giliran kita juga.

hamka said...

ada hadith menceritakan, apabila nabi melihat orang kapir mati, nabi salahkan diri sendiri dihadapan para sahabat kerana 'gagal' jumpa mereka..

'salahkan diri' adalah asas kepada mengenal diri dan syarat taubat di terima..

Allah lantik pemerintah berdasarkan purata iman rakyatnya..

dalam Al quran ada tulis bab ni..

jadi bila pemerintah tak betul, dah tentu aku adalah puncanya, dan kau..

Apabila di zaman saidina Ali, orang islam huru hara, mereka salahkan pemimpin, mereka salahkan saidina Ali, mereka bandingkan saidina Ali dengan sahabat yang aman memerintah, iaitu Abu bakar dan Umar

maka kata saidina Ali,

ketika Abu bakar memerintah, rakyatya seperti aku, tapi apabila aku memerintah, rakyatnya seperti kamu..

bro, salahkan orang lain atau salahkan pemimpin sebelum salahkan diri adalah satu kejahilan..

aku disini masih bersalah seperti dahulu, dan sedang 'menghukum' diri dengan cuba menggenggam sunah nabi yang sepanas bara api, tapi iman aku lemah, sesekali, batu terlepas dari tangan, salah pemimpinkah batu yang panas itu terlepas dari tangan aku?

..

wallau'lam.

Samwan said...

Salam Hamka,
Bukan saya salahkan pemimpin 100%. Akan tetapi mereka jua individu yg punyai jiwa dan jasad spt kita jua. Mereka jua adalah aku apabila aku menjadi pemimpin spt mereka. Begitu jua konsep aku dan kamu. Kamu adalah aku apabila aku menjadi kamu.

Kalau hendak disebutkan perubahan mestilah menyeluruh. Sememangnya dan seharusnya bermula dari diri aku dan kamu sendiri. Setiap yg manusia bernyawa mempunyai tanggungjawab bermula dari diri sendiri kemudian terhadap org lain. Ini konsep yg diajar oleh Islam bukan?

Usaha murni kita utk berdakwah dgn terang dan nyata akan mengundang huru-hara di dlm negeri walaupun tujuan kita baik. Jangan lupa peranan iblis/syaitan utk menyesatkan keturunan Nabi Adam as dan menyukarkan proses dakwah.

Peranan kerajaan yg majoriti pemimpin tertinggi adalah Melayu Islam. Seharusnya pandai mencatur langkah utk menyelamatkan akidah umat Islam. Bukan berselindung disebalik masyarakat berbilang kaum dan bangsa. Itu yg terjadi pada Malaysia hari ini. Itu yg menyedihkan apabila kedengaran isu murtad.

Apa yg gagal difahami dari intipati ajaran Islam ialah keyakinan dan kepercayaan sepenuhnya kpd kuasa Allah. Manusia mula lupa dan lalai dgn dunia. Sehingga lupa tujuan hidup didunia adalah beramal dan memuliakan Allah. Manusia sudah lari dari matlamat asal hidup didunia sehingga kita lupa kita sebenarnya hidup bermasyarakat.

Sdr Hamka banyak membaca dan mentelaah. Tak mungkin tak menjumpai riwayat Rasulullah SAW berkenaan umatnya di akhir zaman. Umatnya akan mengikut musuh Islam selangkah demi selangkah. Apa bukti dan kenyataan yg perlu saya datangkan supaya sdr dpt menerima bahawa demokrasi itu adalah perilaku kaum kafir dan kita mengikutinya mungkin tergelincir mengikuti mereka jua dan membelakangkan hukum Allah spt hari ini.

Kalau kita patut bermula dgn diri sendiri utk keluar dari identiti kafir (demokrasi) ini. Apa yg perlu kita buat? Memberontak? Tak mungkin, Islam tak menyuruh kita memberontak. Jadi, siapa yg perlu mengubah semua ini. Ianya adalah aku yg menjadi pemerintah dan ahli parlimen. Kita memerlukan aku dan kamu (mereka) itu utk membuat perubahan.

Mereka jua Islam spt kita. Manusia spt kita. Apa yg membezakan mereka dgn kita? Pangkat? Disisi Allah hanyalah iman dan takwa. Jadi salahkah saya menyandarkan perubahan yg kita tuntut kpd aku yg menjadi pemerintah. Takkah aku yg menjadi pemerintah sedar dgn tuntutan dan tanggungjawab dia sebagai aku yg berstatus pemerintah?

Jadi kalau hendak salahkan diri atas kes Lina Joy. Kita perlu salahkan diri kerana gagal mengIslamkan pemimpin kita. Itu lagi dituntut bukan?

Saya bukan hendak menyalahkan sesiapa. Akan tetapi utk menyedarkan seseorg memang amat sukar. Apatah lagi apabila kebiasaan melakukan maksiat menjadi satu tabiat. Lagi sukar apabila keyakinan terhadap Islam sudah tiada. Perlu diingat, manusia itu memang terkenal dgn sifat lupa. Hari ingat, esok lupa. Itu satu penyakit.

Lagi satu penyakit yg bahaya ialah bodoh atau jahil. Ubatnya senang saja iaitu bertanya. Selagi mereka ini tak bertanya, selagi itulah mereka rasa diri mereka betul. Dan inilah yg ada dlm sifat pemimpin kita.

Tak ingatkah sdr Hamka bagaimana PM kita cuba menyelesaikan masalah penjagaan anak apabila salah seorg parent memeluk Islam? Anak tersebut diputuskan supaya diserah kpd parent yg bukan Islam. Itu yg perlu kita betulkan. Akan tetapi siapa kita yg hendak berdakwah kpd mereka?

Maaf jika ini menyinggung. Akan tetapi saya ttp bersama sdr Hamka dlm usaha dakwah kerana jalan yg kita perlu ikuti cuma satu iaitu jalan yg lurus. Saya tak mengatakn pendapat saya betul. Tapi itulah hakikat kalau kita ini mencari kebenaran. Setiap yg bernyawa pasti akan disoal berkaitan tangungjawab mereka. Itu yg semua org perlu akur dan paham. Barulah masing2 dpt menjalankan tangungjawab masing2.

Wassalam

hamka said...

kerajaan tak betul sebab pembakang tak buat kerja betul betul..

jadi kerajaan salah kerana pembakang salah..

aku salahkan pembakang, sebab pembakang tak bangkang dengan cara yang betul..

renung renungkan...

Samwan said...

Salam Hamka,

Sudah menjadi amalan demokrasi ada pemerintah dan ada pembangkang. Akan tetapi, demokrasi itu sendiri mengembirikan Islam yg sepatutnya menjadi cara hidup yg terbaik.

Liciknya amalan demokrasi apabila kita menuntut suara majoriti memerintah. Kalau begitu, sepatutnya seorang Perdana Menteri seharusnya dipilih oleh semua rakyat. Bukan melalui majoriti parti yg menang.

Berbahas dari segi Islam, cuma dua parti sahaja yg mengaku memperjuangkan Islam. UMNO dibarisan memerintah dan PAS dibarisan pembangkang.

Tanggungjawab seharusnya jatuh kepada barisan memerintah kerana mereka yg memegang kuasa. Apabila saranan PAS utk menguatkuasakan hukum Hudud dipandang sepi oleh barisan menteri dan orang besar di sebelah UMNO. Itu sesuatu yg pelik.

Kita majoriti Melayu, masih mengamalkan perundangan bekas penjajah. Dimanakah kemerdekaan kita? Merdeka sebagai seorang hamba Allah. Ataupun, perjuangan kita belum selesai?

Apabila kita lihat mereka (PAS) sebagai pembangkang. Minda kita akan tertutup utk melihat hikmah disebalik teguran. Begitu juga sebaliknya.

Susah apabila kita berpegang kepada idealogi politik. Kita seharusnya berlandaskan al-Quran dan sunnah Rasulullah saw. Bukankah itu warisan yg ditinggalkan oleh junjungan besar kita Nabi Muhammad saw. Ada hadis/riwayat yg mengatakan tentnag ini bukan?

Teliti kembali hadis yg menyatakan perihal fitnah akhir zaman. Dimana fitnah itu seumpama seekor semut hitam, diatas batu yg hitam, dimalam yg gelap gelita. Kita umat akhir zaman, kalau begitu lah sifat fitnah akhir zaman dan fitnah itu sedang berlaku dikalangan kita yg kita sendiri tidak memahami dan mengetahui. Kita masih lagi berdebat siapa yang benar dan siapa yang salah.

Perhatikan amalan demokrasi dimana seorang yg berakal, baligh tetapi bukan Islam boleh menjadi pemimpin dikalangan kita. Dari segi syariat Islam, kita sedikit menyimpang dari syariat yg menuntut pemimpin mestilah seorang Islam.

Apabila kita sendiri tidak mempercayai syariat, sebab itulah nasib bangsa kita Melayu kelihatan mundur. Pegangan dan keyakinan yg rapuh, mana mungkin mendatangkan keyakinan yg kuat utk berjaya. Tidak mengamalkan tuntutan syariat kerana alasan hidup berbilang bangsa. Menunjukkan kedangkalan ilmu utk menegakkan syariat Islam. Contoh melalui teladan. Bukankah kita berpegang kepada phrasa motivasi itu utk menjadi pemimpin yg berjaya?

Memang betullah kita amal separuh dan tinggal separuh. Perlukah disandarkan itu kepada pembangkang walhal barisan pemerintah pun Islam seperti kita jua? Adakah itu mengiktiraf barisan pembangkang yg lemah atau barisan pemerintah sendiri yg kurang ilmu utk memacu kemajuan umat Islam di Malaysia?

Jawapan kamu kita patut bermula dgn diri kita sendiri saya sambut dgn hati yg terbuka dan memang betul. Bila pula mereka akan bermula dgn diri mereka sendiri? Bagaimana harus kita pastikan mereka sudah bermula dgn diri mereka sendiri? Itu soalan pertama apabila kita sudah mulakan dgn diri kita. Adakah kita akan biarkan generasi kita akan dtg terus menerus berpegang kepada keyakinan amalan hidup yang berteraskan demokrasi ataupun berlandaskan syariat Islam yang sebenarnya?

Merdeka 52 tahun bukan satu jangkamasa yg panjang bukan? Dan tahukah umat Islam semuanya bahawa zaman khalifah Islam hanya secara rasminya berakhir 85 tahun yg lalu. Pada 1924, Turki secara rasminya mengistiharkan berakhirnya zaman khalifah Turki-Uthmaniah. Khalifah Islam yg terakhir. Dari situlah bermulanya fitnah akhir zaman secara besar-besaran. Satu demi satu Negara dituntut mengamalkan demokrasi. Tidakkah anda terfikir akan hal ini?

Lihat bagaimana mudahnya umat Islam diperdayakan dgn fitnah akhir zaman ini. Dunia hanya pentas cubaan yg penuh dgn halangan. Jangan mudah terpedaya dgn dunia, kerana di dunia inilah iblis/syaitan berlumba-lumba menyesatkan anak Adam.

Wassalam.

hamka said...

cuba tulis apa salah pembakang..

jika dah nampak, maka senang sikit nak salahkan kerajaan..

renung renungkan...

Samwan said...

Salam sdr Hamka,
Dalam isu politik saya tidak menyebelahi mana-mana pihak seperti saudara. Apa yang benar tetap benar dan salah tetap salah. Saya bukan ahli pembangkang. Malah saya merupakan ahli UMNO. Sayang isteri tinggal-tingalkan, sayang anak tangan-tangankan.

Tegur kerana sayang. Saya tidak menyalahkan mana-mana pihak. Tetapi teguran kepada kerajaan itu satu dakwah yang dituntut. Apabila berdiam diri keatas kesalahan yang dibenarkan oleh kerajaan, seumpama kita ini adalah Syaitan bisu. Iaitu, kita tahu ianya salah akan tetapi kita berdiam diri.

Nampaknya, pihak kerajaan tak dapat nak amalkan amalan seperti saudara. Iaitu bermula dengan diri sendiri. Tidak keterlaluan jika sekiranya saya katakan, mereka (kerajaan)lebih suka melihat kepada kesalahan orang lain baru nak dibetulkan diri sendiri.

Barah kalau dibiarkan akan merebak dan merosakkan organ yang lain. Saya lihat banyak tulisan saudara yang baik dan bagus.

Mungkin saudara belum nampak kesalahan pembangkang. Oleh sebab itu, saudara belum lagi tergerak hati untuk pergi bertemu dengan mereka untuk memperbetulkan mereka sepertimana saudara menyalahkan diri sendiri kerana tak dapat berjumpa dengan Lina Joy dalam isu murtad.

Adakah pendirian saudara berbeza-beza dalam menyelesaikan masalah?

Bukan saya marah dengan saudara. Akan tetapi apabila semuanya dipulangkan atau perlu dimulakan dengan pembangkang. Dimana nilai Islam yang saudara pelajari dan tahu selama ini.

Sedangkan saudara banyak pengetahuan dan ilmu berkenaan dengan firman Allah dan tak sedikit juga hadis yang saudara tahu. Kenapa perlu ada pemisah dalam menjalankan urusan seharian.

Memang sukar untuk menerima pendapat orang kerana keyakinan kita berbeza. Akan tetapi saya seorang Islam dan yakin semua manusia hanya dibezakan Allah dengan iman dan takwa bukan bangsa, darjat atau pangkat.

Politik kita lebih memperjuangkan kemajuan bangsa lebih dari kemajuan Islam itu sendiri. Tak kan saudara terlepas teliti akan hal ini? Tidak tahukah saudara tentang gejala sosial yang melanda masyarakat kita Melayu Islam.

Adakah itu silap pembangkang? Atau pun pihak kerajaan yang melupakan nilai Islam semasa mencatur pembangunan.

Silap pembangkangkah apabila anak isteri pemimpin kerajaan tidak menutup aurat?

Silap pembangkang kah apabila pusat hiburan/pub/arak tumbuh bak cendawan?

Silap pembangkangkah, Islam cuma agama rasmi bukan struktur pemerintahan?

Jikalau semua itu silap pembangkang. Siapa yang memerintah?

Dalam hal ini saya tak bersetuju dengan suudara. Politik tetap politik, tetapi apabila agenda politik diutamakan melebihi tuntutan Islam. Maka, keadaan isu sosial dan murtad seperti sekarang takkan berpenghujung.

Kita beragama Islam, bukan agama UMNO atau agama PAS. Minta maaf kalau itu tidak sehaluan dengan saudara. Perbezaan pendapat itu bagus untuk mendapatkan jawapan yang bernas.

Belum nampak lagi bagaimana demokrasi memisahkan kita yang beragama Islam? Licik bukan fitnah akhir zaman yang kita alami sekarang.

Kesilapan pembangkang (PAS) yang paling menonjol ialah turut serta berjuang atas platform demokrasi yg menjadi amalan orang barat. Kalau mereka berjuang diluar platform/tuntutan demokrasi. Nanti mereka akan digelar pembelot dan menetang kerajaan atau Yang Dipertuan Agong pula.

Telitikan bagaimana liciknya musuh Islam melalui amalan demokrasi, supaya kita tak mengamalkan Islam yang sebenarnya berpandukan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Soalan saya, hidup kita perlu mengikut al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw ataupun tunduk kepada amalan demokrasi yang memisahkan agama dari aspek kehidupan?

Wassalam

hamka said...

sory, lambat reply..

ada satu kisah,

ayah dan anak..

waktu anak kecik, bila anak buat salah, orang akan salahkan ayah..

tapi bila anak dah besar, dah pandai, bila anak buat salah, akan wujud dua golongan, satu salahkan anak sebab anak dah besar, satu lagi salahkan ayah kerana tak pandai didik anak atau sebab warisan gen..

Aku disini, tahu si ayah banyak salah, kerana ayah yang mencorakkan kehidupan anak, tapi sekarang anak kelihatan mahu salahkan ayah..

akupun sampuk.

anak,kamu jugak salah...

anak tak nak mengaku bersalah..
ayah jugak tak nak mengaku bersalah..

lalu aku dekati mereka berdua, dan cuba ajak mereka pada ugama...

cuba pujuk rayu mereka..

tapi akupun manusia juga, sibuk dengan anak aku, kerja aku, hingga aku terabaikan mereka..

jadi aku juga bersalah..

dan aku kena minta ampun pada Allah dan terus berjumpa mereka sehingga aku mati atau hidayat tersebar..

amin...

Samwan said...

Salam Hamka,
Kisah yang menarik dan pendirian tetap tetap sama. Benar jawapan itu ada dalam diri kita. Kalau kita cukup ilmu untuk mentafsirnya.

Begitu juga dalam hal Islam. Menunggu hidayah? Mana nak datang kalau tak dicari. Tetapi yang memberi tetap Allah jua. Jadi tiada yang mustahil. Tunggu selagi mana maut belum menjemput. Kalau ia (hidayah) itu datang, alhamdulillah. Kalau tak datang, adakah kita istiqamah dgn sekelumit ilmu yg kita tahu?

Dalam menyebarkan syiar Islam perlu menyeluruh. Contohnya, Ilmu fekah terbahagi kepada 4 iaitu Ibadat, Muamalat, Munakahat dan Jenayat.

Kita cuma baru amalkan Ibadat. Ibadat memang menjadi kemestian keatas setiap muslim dgn cara yg betul. Kalau kita hidup seorang diri dan tiada manusia yang lain. Mencukupilah bagi kita hanya mengamalkan 25% dari hukum Fekad itu.

Tetapi sekarang kita hidup bermasyarakat. Jadi kita semua hanya membawa 25% dari hukum Fekah.

Lagi 75% kita perlu tunaikan. Munakahat kita amalkan apabila ada nikah kawin. Tetapi Muamalat yg kita amalkan sekarang tidaklah bersandar sepenuhnya kepada apa yg ditetapkan. Kemudian Jenayat pula berlandaskan perundangan barat.

Jadi cuma berapa % Islam yang kita amalkan? Perbicaraan ini bukan untuk mengajak sahabat yang lain menumbangkan kerajaan. Akan tetapi sebagai satu wadah untuk mencerahkan yang gelap. Iaitu momokan bahawa kita hidup berlandaskan Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah.

Bukan semua orang beruntung seperti kita mendapat bahan bacaan dan guru yang bagus untuk membimbing. Oleh itu, peranan masyarakat yang membawa 75% dari tuntutan ilmu Fekah itu memang tidak dapat dinafikan lagi memainkan satu peranan yang besar dalam membentuk jiwa kearah Islam.

Wassalam.

p/s: Saya sambung penilitian saya dalam kes anak dan ayah yang saudara Hamka sertakan dalam penerangan saudara dalm komen selepas ini.

Samwan said...

Salam,
Kisah Ayah dan Anak bukan asing lagi dalam hidup kita. Ramai yang terlepas pandang dalam hal ini.

Anak merupakan rahmat dan cahayamata kepada pasangan suami isteri. Ibubapa adalah rahmat kepada si anak yang baru dilahirkan kedunia.

Yang dikatakan ibubapa yang mencorakkan anak itu adalah. Ilmu ibu bapa anak itu sendiri. Tanpa ilmu mana mungkin pengajaran yang sempurna dapat diberikan.

Si anak juga seorang individu seperti kita. Cukup segala sifat tubuh badan. Dan dia juga seharusnya menyiapkan diri dengan ilmu.

Manusia biasa seperti aku dan kamu tidak mungkin dapat memberi tumpuan 100% kepada mereka. Jadi ilmu tadilah yang akan menjaga mereka. Tapi, ramai yg silap tentang apa yang dimaksudkan dengan ilmu itu.

Ilmu itu adalah Islam yang saudara sebut ugama. Setiap kali sembahyang kiat baca surah al-Fatihah ayat 6 yang bermaksud "Tunjukkanlah kami jalan yang lurus". Jalan yang lurus itu adalah Islam yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Kalau agama yang benar disisi Allah adalah Islam. dan Islam itu satu cara hidup. Cara hidup yag nbenar disisi Allah adalah berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Jadi benarlah, kita tidak mengamalkan cara hidup yg berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw apabila kita bertuhankan demokrasi dimana pemimpinnya diragui tahap keimanan mereka untuk memimpin kita seperti mana artikel saudara Hamka dalam bab hutang. Disini nampak prinsip yang bercanggah. Saya ada terbaca komen dari salah seorang pengunjung dalam bahagian komen bab hutang iaitu dari Penjelasan UMUM dan KHUSUS.

Ada bagus kalau kita bersikap konsisten dalam mengeluarkan pendapat. Sebab itu memerlukan asas yang kukuh. Tidak dinafikan ada artikel saudara yang bernas.

Tetapi, jangan asyik menyalahkan diri sendiri kerana setiap orang memikul tanggungjawab masing2. Termasuk pemimpin. Tanggungjawab mereka untuk memimpin bukan senang tetapi jangan itu dijadikan alasan kerana setiap tangungjawab akan dipersoalkan.

Segala bab munakahat, muamalat dan jenayat itu sudah menjadi tangungjawab masyarakat seperti mana bab hutang itu. Akan tetapi pemimpin perlulah berilmu untuk tahu berkenaan bab-bab ini dan bukan hanya membiarkan tugas itu atau bebanan itu kepada pihak yang lain. Bagaimana jika berlaku perdebatan berkenaan hukum itu. Imbas kembali contoh saya tentang jalan mudah PM kita memutuskan hak penjagaan anak yg parent masuk Islam.

Sikap sebegitu bahaya kalau saudara cuba relatekan dengan kisah ayah dan anak. Bagaimana upada daya saudara dalam membetulkan golongan seperti pemimpin kita ini?

Sudah tentu saudara tidak mampu bukan. Anak dan isteri juga memerlukan perhatian. Perpaduan ummah juga penting.

Jadi dalam hal (contoh saya diatas) ini adakah jawapan saudara tetap sama iaitu menyalahkan diri sendiri kerana membiarkan nasib seorang anak muallaf ditangan seorang kafir?

Wallahu'alam.

p/s: bukan niat saya memperkecilkan saudara, tetapi saya belum nampak asas yg kukuh dlm perjuangan saudara.

hamka said...

kau tak solat asar berjemaah ke? , ok aku sangka baik, kau sedang musafir, atau kau sedang layan blog di negara yang belum masuk waktu solat..

kau cakap kau ahli UMNO, tapi blog kau, tak macam ahli UMNOpun... sama cam blog pembakang yang lain..

ok, itu semua agak peribadi...

sajer nak tanya sebab jelas sangat.

kesimpulan:-

selamat mengundi pada semua pengundi, tiba masa mengundi, kita mengundi, tiba masa solat, kita solat.. tiba masa kita jadi mayat, kita jadi mayat..

Ps: aku tidak akan masuk mana mana persatuan yang memerlukan pesertanya isi borang..

Samwan said...

Salam Hamka,
Teliti betul saudara dgn timing waktu Asar tu ya. Terima kasih kerana tak buruk sangka dgn saya pasal solat jemaah. Jarak dari surau dgn tempat duduk saya, tak sampai pun 1 minit berjalan kaki.

Lagi satu, blog yang mana satu saudara lawati. Perlu lebih teliti, sebab salah satu blog itu bukan kepunyaan saya. Saya cuma penulis tamu saja. Yang kurang posting itulah blog saya. Sahabat saya tu ada pendirian beliau yang tersendiri dan begitu juga saudara.

Dulu saya memang ahli UMNO, tapi tak semestinya saya mengikuti apa dasar-dasar yg mereka tetapkan. Apa yang bercangah tetap bercanggah dan apa yang benar tetap benar. Saya bukan pak turut malah lebih suka kalau Malaysia diperintah dengan sistem Islam yang telah digariskan dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.
Itu pun sebelum mengenal sepak terajang dan baik kotornya politik.

Ada lagi ke keahlian tu ya? Tak penting, sebab itu urusan dunia saja. Banyak bersifat utk kepentingan peribadi. Tangungjawab tu dah kurang difikirkan.

Jangan sebut pasal isi borang. Kerana sistem mengundi kita begitu pelik kerana kenapa kita perlu isi borang mendaftar jadi pengundi sedangkan kita ada Kad Pengenalan yang boleh crosscheck. Daftar Pemilih lebih tinggi kuasa dari pengkalan data kad pengenalan oleh Jabatan Pendaftaran Negara. Semakin mundur pulak negara kita dalam hal ini. Biarkan sajalah, itu urusan negara.

Hati-hati bab mengundi itu ya. Kerana sistem demokrasi kita sekarang seolah-olah mengembirikan Islam secara diam dan senyap. Manusia lebih cenderung kepada "human right". Right atau hak kita telah pun dijelaskan dalam al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Kita tentu takkan percaya dengan calon yang tak sembahyang (kafir)bukan? Bukan begitu ke saudara Hamka?

Saja nak bertanya sebab jelas sangat dalam hal mengundi kita tak dapat lari dari calon yg bukan Islam mewakili parti komponen. Sama seperti bab hutang jugak kan? Tak boleh percaya dgn orang yg tak jaga sembahyang bukan?

Hish jangan kita berburuk sangka sebab mana mungkin kita yg berbeza latar belakang boleh mempunyai persepsi yang sama dlm semua hal.

hamka said...

aku akan tulis benda ni lain kali..

InsyAllah

: )

dermawanpemurah said...

aku kurang faham dengan orang yang susah faham. ye. faham itu dari allah.

hamka said...

syukur nikmat. Allah tambah.

: )

Anonymous said...

Artikel tentang Paderi Lauden tu tersangat lah palsu... x tau lah kenapa ada org sanggup tulis artikel menipu mcm tu, saya yg baru berusia 23 tahun ni pun boleh kesan mana info palsu2 itu, tiada istilah paderi besar ka paderi kecil ka dalam gereja, Holy Water pula bukan lah untuk diberi minum setiap minggu.. 7 rukun tu pun salah, sistem kepadrian d sabah bukan lah semudah itu, senarai paderi di sabah documented dengan sangat baik kerana adanya organisasi sendiri, Thomas Laiden? haha sapa tu? not in list, saya harap pembaca2 x berbangga dengan artikel itu sebab memang artikel tu BUATAN SEMATA-MATA.. satu lagi, dari awal hingga habis artikel, penulis tu asyik sebut VENTIKAN, ventikan tu wujud d italy? hahaha cuba pegi cari sendiri.. x ada tempat tu, VATICAN lah sayang... satu pembohongan mudah dan usaha yang memalukan dan sia-sia

hamka said...

aku pun benci bila ada orang islam takut dengan holy water, macam air tu power sangat...

nak kena tulis lain kali bab ni, InsyAllah..

: )

Anonymous said...

Cash Advance to Get Wynne Sewell Law Firm. An Illinois cash advance loan is exactly what you need when you are in a. Loans are NOT available to residents of WV KS CO GA MA OK MT and ID. [url=http://viiumft.rahuketu.net/map.html]lake placid cash advance[/url] File Sharing Help is a p2p file sharing community. Unsecured Cash Advance Loans - Fast No Faxing Payday Advances Cash Advance. 2400 Florin Rd Sacramento CA 95822.

Anonymous said...

Yes indeed, in some moments I can bruit about that I approve of with you, but you may be inasmuch as other options.
to the article there is stationary a question as you did in the downgrade delivery of this beg www.google.com/ie?as_q=creature praise sheet music ?
I noticed the phrase you suffer with not used. Or you use the dark methods of promotion of the resource. I possess a week and do necheg

rika said...

artikelnya bagus
banyak ilmu yg di dapat

rika said...

artikelnya bagus
banyak ilmu yag di dapat

hamka said...

soalan di akhirat:

adakah kamu amal apa yang kamu tahu?

sari said...

artikel'a mnrik, byk manfaat'a,,,

Wan said...

yes last
hehe

Anonymous said...

saudara Hamka,rasa sungguh sedih apabila ada sahabat saya menjadi athiest padahal dia dilahirkan dlm keluarga melayu islam dan dididik mengikut agama Islam.sangat sedih bila lihat cara hidupnya.tidak solat,tidak puasa,tidak percaya takdir,anti agama..
saya org yg hampir dgn dia,tapi gagal nak pujuk dia kembali pada islam.
benarlah,hidayah tu milik Allah..setiap kali sy ingt sahabat sy ni,mmg sy menangis,sb sy sedih lihat hidup dia tnpa iman,dan juga sebab sy malu dgn tuhan.
saudara benar,dalam hal ni sy turut bersalah sb byk sgt perangai buruk,jd mungkin sb tu sahabat sy x berminat nk kembali pada islam.
tapi apapun,insyaallah,sy tidak akan berputus asa,paling tidak pun sentiasa doakan agar dia menemui jalan yang benar..

Anonymous said...

hebat tulisan dan idea/pendapat ni..slumber..humble..bernas..teruskan!sy sgt mdukung..

hamka said...

bila orang tu tak nak Allah, maka Allah pun tak nak dia,

jika mereka datang pada Allah berjalan, Allah berlari pada mereka..

ikram, insyAllAh

eden said...

Murtad tu keluar dari agama..
Macamana boleh keluar dari agama sedangkan tak pernah masuk agama..
tul tak Hamka..

Anonymous said...

salam,

Mengenai Lina Joy ni, saya dapat cerita dari sumber tertentu, bahawa beliau adalah gadis yg baik n innocent sebelum murtad dan dari keturunan keluarga yg baik-baik dari segi agamanya. Alkisah bermula bila kereta Lina Joy rosak ditepi jalan, maka ada seorang pemuda kristian yg baik hati menghulurkan bantuan, menghantar keretanya ke bengkel dan memastikan Lina selamat pulang kerumah. Pemuda itu terlalu sopan dan berbudi bahasa. Lina terharu dgn keiklasan pemuda itu yg menolongnya, dan dari situla mungkin cinta berputik dan hati tertarik dgn pemuda kristian tersebut hinggalah beliau lupa dan meninggalkan segalanya, agama, keluarga dan iman. Keluarga beliau juga berusaha dan berdoa utk membuka pintu hatinya pulang ke agama islam. Hanya Allah yg boleh membolak balikkan hati manusia.
Begitula cerita yg saya dengar..

Wasalam..

hamka said...

inilah yang dikatakan, kerana cinta, lautan api sanggup direnang.., (perumpamaan untuk neraka)

Anonymous said...

hanya orang bodoh yang mendahului hikmat Allah... seperti si "bodoh" hamka ni. Allah punya maksud untuk setiap peristiwa.

Anonymous said...

I read this post fully about the comparison of newest and previous technologies, it's remarkable article.
Feel free to surf my web blog Ayafandy.com