Oct 12, 2009

Bagaimana mintak Hutang?

(Never trust a Happy Ending story, terutama dari orang yang tak jaga sembahyang....)

Aku pernah pakai seluar askar, pakai baju T shirt jenama pagoda, dan kenakan tali leher macam Avril Lavigne kat tengkuk, lepas tu ambik gitar, dan menyanyi lagu ‘My Happy Ending’ dari awal sampai akhir..,

“So much for my happy ending. Oh oh, oh oh, oh oh...”

Kasihan Arvil Lavigne, orang kafir mana ada happy ending? sebab mereka semua mati masuk neraka… Parti DAP yang berkawan dengan Parti islam PAS juga akan masuk neraka jika mereka mati dalam keadaan kafir..,

“So much for my happy ending. Oh oh, oh oh, oh oh...”

Apa apalah..,

Ok, lupakan keretamayat, arvil lavige, DAP dan happy ending, sekarang masa untuk kita jawab soalan email (hari ini aku rajin-harap maklum)

****
Assalamuialaikum.

Bro, saya seorang yang baru menamatkan pelajaran di sebuah IPTA, dan ada satu masalah yang cukup meresahkan saya, mungkin kerana sifat saya yang mudah percaya dan mudah kasihan pada orang, yang mana kawan2 saya sering berhutang dengan saya, Dari RM10 sehingga ke RM 1000, kalau di kira kira dah dekat RM 5000 jugak kawan2 hutang saya, dulu janji nak bayar sebelum Sem. akhir, sekarang mereka semua dah grad, bila mintak macam macam alasan mereka.., pening kepala saya ni bro.., kalau saya ni jahat macam along, dah lama saya potong jari mereka.., tolong bro, pening nih..!

Bukan Along.

***********

Wailaikumusallam..

Seronok jugak baca email korang di waktu lapang.., ada macam macam hal peristiwa yang berlaku di Malaysia negara yang mana pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan ini.., kalau aku jadi wartawan Akhbar Metro, aku letak masalah kau ni kat muka depan, dengan tajuk : “HUTANG SISWAZAH” dan letak satu gambar pelajar sedih dalam bilik yang kelam, dan kat dalam akhbar, aku interviu penulis blog keretamayat untuk bagi ulasan.. he he.. selesai tugas wartawan akhbar yang paling laris di Malaysia negara yang mana pencapaian diutamakan dan rakyat didahulukan ini.. apa-apalah..

Adik, tak baik potong jari orang.., sebab mengikut hukum hudud, bukan potong jari, tapi potong tangan, sebab mereka ni jugak di kira ‘mencuri’…, (patutlah 'along' potong tangan orang.., dan itu cerita lain..)

Senang cerita beginilah.., untuk memudahkan kehidupan korang di dunia yang fana ini, korang kena faham satu perkara.., atau dalam bahasa sasteranya korang kena ada ‘falsafah’, atau prinsip, atau cogankata, atau falsampah, lantaklah.., iaitu :

"Never trust a Happy Ending story, terutama dari orang yang tak jaga sembahyang...."

Faham tak?

"Jangan percaya cerita yang berakhir dengan Husnul Khatimah, especially from men who always neglected about solat."

Orang tak sembahyang, atau suka solat lengah lengah bagi perempuan, atau suka tinggal solat jemaah bagi lelaki, bila mereka bercerita tentang something about Happy Ending.., please.., JANGAN PERCAYA!

Sebab?
Mereka dengan Tuhan pun sanggup menipu.., apatah lagi korang..

Contoh ringkas cerita happy ending dari mereka..

“Minggu depan, pinjaman aku RM10 ribu akan lulus, bila dah masuk nanti aku belanja kau makan besar.., tapi, boleh tak aku pinjam dulu duit kau RM500?, minggu depan bila pinjaman aku dah masuk, kaulah orang pertama yang aku cari”

Bunyi cerita macam happy ending bukan? Bagilah RM500.., minggu depan kau dah tak ‘jumpa ‘dia lagi..

Contoh lain.
“Ini produk baru, baik kau masuk jadi ahli, bayar RM500 sahaja sebagai modal, lepas tu setiap minggu kau akan dapat RM 1500, cuba kira, sebulan kau boleh dapat RM6000 lebih, kalau setahun kau dah boleh pakai toyota Estima, kau boleh pergi umrah setiap tahun.., malah.. kau boleh tambah isteri..”

Bunyi cerita macam happy ending bukan? Dapat pergi umrah setiap tahun, dapat poligami.., daftarlah RM500..,tengok.., siapa yang pergi umrah tahun ini?, dah tentu bukan kau…

Contoh lain..
“takpe kita berzina sebelum kahwin, I pun nak jadikan u sebagai isteri.., I tak kan cari yang lain.., tahun depan kita kahwin, jomlah kita beramaradana..”

Hampeh!, Ni ramai perempuan yang jadi mangsa sebab asyik tengok cerita hindustan yang happy ending.., lalu serah diri dan serah dada dan akhirnya serah dara pada lelaki yang menjanjikan bahagia konon, lepas dah kena tebuk, baru nak menangis email cik keretamayat mengadu nasib… tak ke hampeh?!

Kesimpulannya.., dari tiga masalah di atas, iaitu masalah hutang tak bayar, berniaga kena tipu dan dipecahkan dara, serta lain lain masalah adalah berpunca kerana korang tak ikut syariat ugama…(maaf, agak boring sikit bagi sesetengan orang)

Jika korang ikut apa yang dah ada dalam Al quran, takdelah korang nak pening pening kepala, bab dara, Allah suruh kahwin dulu, bab berniaga Allah suruh ‘jual- beli barang yang wujud’ dan bab hutang.., Allah suruh tulis hitam putih.. lagipun, percaya kepada makhluk yang boleh bagi korang ‘happy ending’ adalah cabang syirik.., boleh masuk neraka, dan bila korang percaya makhluk boleh bagi korang happy ending, maka tak peliklah korang yang ‘perasan baik’ pun kena tipu..

Aku malas bagi dalil panjang panjang, tapi cukuplah aku lampirkan satu ayat dari Al quran yang mana ayat ini adalah ayat yang terpanjang dalam Al quran dari surah yang terpanjang iaitu Al baqarah, ayat 282 yang berbunyi:-

“Wahai orang-orang yang beriman! Apabila kamu menjalankan sesuatu urusan dengan hutang piutang yang diberi tempoh hingga ke suatu masa yang tertentu, maka hendaklah kamu menulis (hutang dan masa bayarannya) itu. Dan hendaklah seorang penulis di antara kamu menulisnya dengan adil (benar). Dan janganlah seseorang penulis enggan menulis sebagaimana Allah telah mengajarkannya. Oleh itu, hendaklah ia menulis dan hendaklah orang yang berhutang itu merencanakan (isi surat hutang itu dengan jelas). Dan hendaklah ia bertaqwa kepada Allah Tuhannya, dan janganlah ia mengurangkan sesuatu pun dari hutang itu. Kemudian jika orang yang berhutang itu bodoh atau lemah atau ia sendiri tidak dapat hendak merencanakan (isi surat itu), maka hendaklah di rencanakan oleh walinya dengan adil (benar) dan hendaklah kamu mengadakan dua orang saksi lelaki dari kalangan kamu. Kemudian kalau tidak ada saksi dua orang lelaki, maka bolehlah, seorang lelaki dan dua orang perempuan dari orang-orang yang kamu setujui menjadi saksi, supaya jika yang seorang lupa dari saksi-saksi perempuan yang berdua itu maka dapat diingatkan oleh yang seorang lagi. Dan janganlah saksi-saksi itu enggan apabila mereka dipanggil menjadi saksi. Dan janganlah kamu jemu menulis perkara hutang yang bertempoh masanya itu, sama ada kecil atau besar jumlahnya. Yang demikian itu, lebih adil disisi Allah dan lebih membetulkan (menguatkan) keterangan saksi, dan juga lebih hampir kepada tidak menimbulkan keraguan kamu. Kecuali perkara itu mengenai perniagaan tunai yang kamu edarkan sesama sendiri, maka tiadalah salah jika kamu tidak menulisnya. Dan adakanlah saksi apabila kamu berjualbeli. Dan janganlah mana-mana jurutulis dan saksi itu disusahkan. Dan kalau kamu melakukan (apa yang dilarang itu), maka sesungguhnya yang demikian adalah perbuatan fasik (derhaka) yang ada pada kamu. Oleh itu hendaklah kamu bertaqwa kepada Allah dan (ingatlah), Allah (dengan keterangan ini) mengajar kamu dan Allah sentiasa Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.(Al baqarah, 282)

*******

Jadi, kepada korang yang nak bagi hutang kepada kawan kawan yang susah, jangan lagi bagi pinjam ikut cara orang yang takde ugama, takde tamadun.., iaitu bila kawan datang cerita happy ending dia nak bayar hutang kelak lalu terus korang cucuk duit kat bank dan kasi, tapi last last, korang jugak yang berdosa sebab maki dia hari hari..

Maka, ikutlah Al quran dalam semua urusan korang, bak kata orang PAS, jangan ambik ugama separuh separuh.., berhukumlah ikut islam, (dan aku tambah) memberi hutang juga ikut cara islam..

Jadi senang cerita, korang copy/paste surat yang aku tulis dalam tulisan condong kat bawah, patsekan pada microsoft world, print, photostat dan simpan sebagai panduan..

SURAT MEMBERI HUTANG MENGIKUT ISLAM

Kita orang islam hendaklah beramal dengan apa yang terkandung dalam Al quran, (menolak ayat al quran akan menjadikan kita kafir..,) maka sesuai dengan firman Allah, dari surah Al baqarah ayat 282 yang memerintahkan supaya semua hutang ditulis tidak kira kecil atau besar jumlahnya, dan hendaklah ada dua orang saksi bagi pihak peminjam dan dua orang saksi dari pihak yang meminjam. Maka kerana Allah surat ini ditulis, dan kerana Allah saya memberi hutang dan kerana Allah juga kamu akan membayar hutang.

Maka dengan ini saya (Nama Pemberi Hutang:________) telah memberi kepada (Nama Penghutang:___________) dan telah di saksikan oleh:

Nama saksi sebelah pihak Pemberi hutang 1:

Nama saksi sebelah pihak Pemberi hutang 2:

Nama saksi sebelah pihak Penghutang 1:

Nama saksi sebelah pihak Penghutang 2:

dengan Jumlah pinjaman:RM_______, pada; (Tarikh Meminjam:______) dan akan di bayar selewat lewatnya pada: (Tarikh Bayar:___________)

Tandatangan semua saksi.
_________
_________
_________
_________

Sesungguhnya, orang islam yang terbaik adalah yang membaca Al quran, mengamalkan dan menyebarkanya.

Nota: Saksi sebaik baiknya adik beradik atau ibu bapa, lebih bagus orang yang berpengaruh seperti imam masjid, atau driver keretamayat, jika tiada saksi, dua orang sudah memadai..,

*******

Ok, dah habis baca?, silalah copy dan patsekan pada microsoft world, print, photostat dan bagi kepada semua saksi...

Lepas ni InsyAllah, orang yang berhutang akan bayar.., insyAllah..,

Dan jika ada yang banyak songeh (jenis munafik) cakap: alahai RM10 jer hutang, tak kan nak kena tulis..? kau jawab,: ini perintah Allah, kita tak boleh ambik ugama separuh separuh, lalu berhujah macam orang Pas berhujah tentang hukum hudud.., kalau dia nak blah.., biarkan, kita dah buat ikut cara islam, kita bukan takde ugama…, hutang kena tulis!!

Tak bayar masuk neraka!

Penutup:
Adalah menjadi nikmat Allah apabila dalam dunia yang telah ditakdirkan ada orang susah mintak tolong dan ada orang yang senang sedikit yang boleh menolong, maka tiba tiba kita ditakdirkan sebagai penolong kepada yang susah.., alhamdulillah..

Lagipun, orang yang menangguhkan hutang kepada sipenghutang, maka setiap hari dia akan dikira bersedekah sebanyak jumlah hutangnya.., (RM5000 sehari bersedekah sudah si pengirim email kat atas-banyak tu..)

Dan jika mereka mati, akhirat kelak, sebahagian pahala orang yang berhutang akan diberi pada sipemberi hutang, dan juga sebahagian dosa orang yang memberi hutang akan dapat kat sipenghutang.., Alhamdulillah..

Sebenarnya aku berdoa kepada ALLAH agar aku menjadi orang yang sentiasa dapat peluang tolong orang lain, dan aku berdoa agar aku tidak menjadi orang yang selalu meminta pertolongan,

Maka aku jeles bila lihat ada orang yang mampu tolong orang lain dan aku sedih jugak bila tak dapat tolong orang yang mintak tolong.. isk..

Memberi pertolongan kepada orang bukanlah satu beban, sebaliknya adalah antara nikmat yang besar dalam islam.., patutkah kita rasa sedih kerana terpaksa tolong orang lain?, padahal sepatutnya kita kena rasa syukur kerana mintak tolong pada orang lain adalah jauh lebih menyedihkan.. isk..

"Tangan yang memberi lebih baik dari yang menerima.."

Namun.., nak tolong, tetap kena ikut cara islam, maka.., mintak maaflah kepada korang orang Pas yang nak pinjam duit aku RM XXX, tapi aku tak bagi sebab korang cakap lecehlah nak cari 4 orang saksi, alahai.., ugama mana boleh ambik separuh separuh bang.., ni baru bab hutang, belum bab hudud lagi?!

Woha!

Ps: Mungkin hari ni aku tak dapat tolong korang, tapi aku harap satu hari nanti dapat jugak aku tolong korang.., yang mana mungkin satu hari nanti, tayar kereta korang tiba tiba pancit di jalanan dan insyAllah aku akan datang tolong tukar tayar kereta korang yang pecah itu dengan senang hati.. Walaupun mungkin ketika itu kereta yang korang naik adalah kereta mayat…

Selamat happy ending!

79 comments:

Lelaki dari arah timur said...

AMIN YA RABBAL 'ALAMIN.

Huhle001 said...

x sempat tp anyway entri yg membina

Anonymous said...

pening kepala saya ni bro.., kalau "sayang" ni jahat macam along, dah lama saya potong jari mereka.., tolong bro, pening nih..!


Salah tulis ker bro..hehe

binturung said...

Bagus, bagus.
Bila janji dengan air liur biasanya dorang akan bayar dengan air liur gak.

Mujahidah_Haq said...

alhamdulillah...begitulah..nak amal agama,mana blh sekerat2...
Islam 2 mudah..tp jganla dpermudahkan...

Aishah Nur Hakim said...

pinjam la kat bank

Jannah said...

Salam Akhi Hamka dan Pembaca Blog keretamayat,

Saya nak share video yang sangggat best

http://www.youtube.com/watch?v=BaS5NsvZ4yM

Jazakullah Khair

-Jannah-

Anonymous said...

semoga diberi taufik utk di amalkan selepas ini..amin..

-razman razali-

Anonymous said...

semoga diberi taufik utk di amalkan selepas ini..amin..

-razman razali-

Abqori said...

Salam Hamka. Kalau nak lagi best, cuba hitamkan perkataan menipu Tuhan tu. Terasa saya membacanya. Lagi satu, ayat "siberhutang dan sipenghutang" di bahagian penutup amat memeningkan. Minta tolong betulkan. Terima kasih.

AhMiEzZ said...

salam.. haha..suka ayat2 kat perenggan last2 tu..

Unknown said...

salam
best bro entry ni.
pringatan utk ku juga.
tq.

Cermin said...

Nota untuk mua'alaf: sebelum makan sunnah Nabi adalah basuh kedua2 tangan dan berkumur, insyaAllah jika korang amal nie, sebelum korang mati Allah akan mempermudahkan segala urusan hutang piutang korang. -Hutang kereta/rumah/kahwin/ study/along bla bla bla!!!

Emmm.... AMALKANLAH...

amin007 said...

ikutkan saya dah lama buat surat hutang ini tapi yang lebih RM 100 laa. bawah 100 masih boleh anggap halal laa, kira sedekah laa. atas 100 payah sikit nak halal.

alasan yang saya bagi dekat kawan-kawan saya kenapa perlu buat surat hutang kerana itu perintah Allah, tak percaya buka al-quran. bukannya sebab takut tak bayar hutang. dengan rakan-rakan seusaha dahulu pun pakai sebab yang sama.

lupa nak syorkan letak no akaun bank dekat dalam surat tadi.

bagi mereka yang dah beri hutang tapi tak buat surat, saya syorkan anda buat surat hutang sekarang juga dan hantar kepada penghutang anda berserta saksi-saksinya.

tulis terjemahan ayat quran macam hamka tulis itu. tambah sikit ayat ugutan kalau tak dapat bayar dekat dunia, anda akan tuntut dekat akhirat.

jadi anda boleh bajet laa berapa pahala percuma yang anda boleh dapat semasa di sana kelak. anggaplah RM 1 = 1 pahala. kalau RM 5000 = 5000 pahala. banyak tu

namun jika ada peluang ...

azharjaafar said...

Tulis satu surat pada orang yang berhutang dengan kita;

"Orang yang mati tak sempat bayar hutang...

Hak bagi jenazah yang kita kena sempurnakan hanyalah kain kafan yang pertama. Jika nak pakaikan jenazah dengan kain kafan kedua dan ketiga kena tanya dulu, kalau-kalau si mati ada hutang dengan sapa-sapa. Kalau ada, maka lebih afdal bayar hutang dulu. Melainkankan diizin oleh pemiutang baru boleh balut dengan kain kafan kedua dan seterusnya."


atau...

"minta tuan bayar hutang sekarang atau bayar sahaja di akhirat.."

Anonymous said...

Bagus juga ayat dr Azharjaafar.... Ringkas , padat dan mengancam... Pinjam ayat ye...

bakalmayat said...

Ada kes orang yang berhutang tak ingat yang dia berhutang. Lupa. Bahaya jugak. Lupa bab hutang ni mampu membahayakan "hari esok" kita. Tak gitu?

alfindani said...

"Lalu berhujah macam orang PAS berhujah..." hehe. Something beneath tu! ;)

hamka said...

Lelaki dari arah timur
:)

-------------
Huhle001

Tak sempat first comment ke?

-----------
Anonymous "sayang"

Dah edit.., korang punya email teruk sangat short word, pening aku..

-------------
binturung

dah janji dengan air luih, kena ludah ler..

--------------
Mujahidah_Haq

Tahu takpe..

-----------------
aishah_conteng_je

jangan ada riba sudah..

---------------
Jannah

Jazakullah Khair

----------------
-razman razali-

Amin..

----------------
Abqori

Dah edit ayat "siberhutang dan sipenghutang" tu.., harap tidak pening selepas ini..

---------------
AhMiEzZ

Ha ha

-------------
Hayatito

Dah bayar PTPTN belum?

-------------
Cermin

Bagus, entry lama menguatkan entry yang baru
: )

------------
amin007

aku lupa nak tulis tentang mereka yang dah terbuat janji air lur, tapi kau dah tulis dah.., i follow..

(((bagi mereka yang dah beri hutang tapi tak buat surat, saya syorkan anda buat surat hutang sekarang juga dan hantar kepada penghutang anda berserta saksi-saksinya. tulis terjemahan ayat quran macam hamka tulis itu. tambah sikit ayat ugutan kalau tak dapat bayar dekat dunia, anda akan tuntut dekat akhirat.)))

Bagus!

-------------
azharjaafar

lagi satu nota bagus untuk edit surat hutang.., terima kasih bang.

------------
bakalmayat

Allah dah tahu manusia mudah lupa.., sebab tu kena tulis..
Lagipun orang nak xcari duit sikit punya susah, tapi orang nak berhutang senang camtu jer, keja sikit, cari saksi, print, fotostat dan kalau perlu, boleh cop ‘mati stem hasil’ RM 10..

-------------
alfindani

no komen.. : )

ikhwanmuda said...

Woha! Aku de berhutang ngan sorang mamat cina 14 tahun lepas. Masa tu nak amik ujian tae kwon do. Member2 yg lain sume aku dah settle. tapi dgn dia je yg tak sempat sbb dia dah tukar skolah masa tu. sampai skrg aku try jejak kasih tp tak jumpa2... camne ek? bayo kat akhirat ke?

Nasir_penang said...

buat apa yang Allah suruh buat.....ada hikmah disebaliknya...nice entry

ryina ikhwan said...

aku harap2 orang2 yang berhutang dengan aku dan suami aku baca blog Bro hamka... tapi kalau dia org masih tak nak bayar or tak mampu bayar, aku harap aku rela dan redha sepenuh hati aku supaya aku dapat pahala dia orang dan dia org pula dapat dosa2 aku...

~fam~ said...

salam
entry yg menarik...
aku pon sentiasa bersenang hati kalo kwan2 aku nk pinjam duet...
aku xsmpai hati nk hampakan hrapan dorang yang nk meminjam...
kadang2 aku snggup ketepikan kepentingan aku sndiri...
tapi, 2 lah,,,mslhnye aku x tulis hutang2 aku...aku hnye berserah pada pemiutang untuk membayar hutang2 mereka...
kadang2 aku mmg lupe...
alhamdulllah, dikalangan mereka yg jujur, mereka akn mengembalikn duet yg mereka pinjm...
biiasanya dikala aku tgh dilanda sengkek, mereka menghulur duet bayar hutang...
aku xsuke untuk meminta hutang...
aku terasa aib pada diri aku dan pemiutang...
tntu mereka rase malu bile aku meinta hutang...

mslhnye, kadang2 mereka yg selalu terlupa untuk membyar hutang mereka...
mereka itulah yg xsabo2 nk minta hutang yang aku hutang pada mereka...
kadang dlm hati rase bengang gak...
die hutang ngn aku, aku x mnta pon...
kadang2 x byar pon...
tapi, kalo aku yg hutang ngn mereka, cepat jer nk nagih...

ok2, aku bersangka baik...
mungkin kat situ ALLAH nkpelihara maruah aku....
supaya tiodak berhutang dengan siapa2...sebab tue sentiasa ada peringatn utk mebyar hutng...

huhu...keismpulannye, bayarlah hutang bg sape2 yang ade hutang...
kerana hutang membuat hati kita tak tenang...

Ibn HAJARS said...

Kesimpulannya tulis hutang dengan saksi seperti kehendak al-quran...bayar tak bayar tu crita kedua...

Mat Rapi said...

salam...

jadilah orang yang SUKA memberi daripada orang yang SUKA menerima..

Unknown said...

Nabi menyuruh kita mengelakkan dari berhutang kerana berhutang itu sendiri tidak elok.

Jadi kalau boleh jangan berhutang.

Termasuk dengan kawan ke, keluarga, along, bank, kad kredit, koperasi, company (advanced) dsb.

Sebab tu lebih elok pada pikiranku duduk menyewa dari beli rumah berhutang riba dengan bank. Kumpul beli cash je. Tak sempat pun takpe, insyaAllah rumah kat akhirat menunggu kita. Forever n ever lagi.

Anonymous said...

Dan jika mereka mati, akhirat kelak, [sebahagian dosa orang yang berhutang akan diberi pada sipemberi hutang,] dan juga sebahagian pahala orang yang berhutang akan dapat kat sipemberi hutang.., Alhamdulillah..


erk..mcm slh je...sbhgn dosa si pemberi hutang akn diberi pd org yg berhutang kot... =D

Anonymous said...

artikel yang sangat-sangat diperlukan buat masa ini.. kira top pick of the month.. akan cuba apply di masa akan dtg..

amin007 said...

ok, aku sah buat surat hutang ikut islam

surat-memberi-hutang-mengikut-islam

Samwan said...

Salam,

Artikel yang menarik.

Kepada pengguna kad hutang. Berhati-hati jangan sampai tersangkut dgn sekadar minimum payment ataupun hutang bertambah dengan interest dan finance charge.

Amalkan hidup sederhana kalau tak mampu. Yang penat menanggung hutang kita juga. Sehingga setiap masa kepala otak dibebankan dengan masalah hutang keliling pinggang. Orang kata, gali lubang tutup lubang, pinjang wang bayar hutang.

Permulaan hutang dari kita juga yang kurang bersyukur dengan apa yang termampu oleh kita.

Semoga kita beroleh manafaat.

Wassalam.

vanjenazah said...

teringat kisah nabi berhutang
ada orang datang meminta sedekah. disebabkan kat rumah nabi tiada apa apa untuk diberi kepada peminta sedekah...nabi arahkan bilal pergi berhutang dengan sapa-sapa agar peminta sedekah dapat makanan/pakaian

kisah dalam buku taklim
pastu ada orang musrik offer kat bilal suruh berhutang dengan dia
hujung bulan datang maki hamun minta hutang

Anonymous said...

Mmg ada org tak bayo utang aku rm4K wpun dah ada surat. dia kata tak laku sbb tak mati stem.

Lelaki dari arah timur said...

salam,

Dlm fadhail amal, diberitahu perihal orang yang malang iaitu orang yang beribadat, bersembahyang dan sebagainya tetapi dlm masa yg sama mempunyai akhlak yg buruk terhadap saudaranya. Sehinggalah di mahkamah Allah diperhitungkan keadilan di antara sesama manusia.

Setiap orang yg dianiaya olehnya akan mengambil ganjaran pahala yg ada padanya sedikit demi sedikit sehinggalah habis kesemua pahalanya, yg tinggal hanyalah dosanya sahaja. Jika ada lagi orang teraniaya, dosa2 orang teraniaya ini akan ditanggung pula olehnya. Inilah yg dikatakan sbg orang yg malang.

Perbuatan buruk tak terampun oleh saudaranya, ini merupakan hutang yg ditagih di padang masyar nanti.

Ya Allah, selamatkanlah seluruh umat termasuklah aku yg lemah ini. Maafkan aku kawan..

Unknown said...

Salam,
sentiasa amalkan bacaan Al-Quran surah Al-Waqiah selepas subuh....
semoga kita terhindar dari mati dlm kepapaan..

tqvm bro..

Anonymous said...

Apa-apa pun sebelum bagi hutang selidik dulu mana tau kawan yg nak
pinjam tu ada rekod x baik. Jaga iman kita dulu

EPAL...NORFAEZAH MOHD NUR said...

salam...betapa teruknya aku

dan baru aku tau sekarang yang ada surat hutang berlandaskan alquran...

ya allah...

mmh post kamu kali ni sgt2 berilmu...tersgt berilmu untuk saya...

syukran

salam

amin007 said...

ikhwanmuda said...

Woha! Aku de berhutang ngan sorang mamat cina 14 tahun lepas. Masa tu nak amik ujian tae kwon do. Member2 yg lain sume aku dah settle. tapi dgn dia je yg tak sempat sbb dia dah tukar skolah masa tu. sampai skrg aku try jejak kasih tp tak jumpa2... camne ek? bayo kat akhirat ke?

=========================================

ala, anda iklan aje kat tv ker radio. kata nak bayar hutang kepada polan bin polan

Khai said...

Salam saudara hamka,

Terima kasih atas banyak sangat pengetahuan mengenai agama yang dikongsikan di sini. Alhamdulillah, Allah membantu saya untuk bertemu dgn blog ini disaat saya benar-benar inginkan "peta" untuk mencari jalan yang benar. Alhamdulillah.

Teruskan usaha anda yang berterusan. Harap segala ilmu yang dikongsikan, halal dunia akhirat. Terima kasih banyak2..

Wassalam.

- Khai (justkhai.com)

Ibn HAJARS said...

Trust me, you don't wanna pay debts in hereafter(akhirat)

LokmanHakim said...

Sekiranya kita berhutang sesama manusia, kita minta doa supaya Allah permudahkan kita membayar hutang.. dan urusan2 yang berkait dengan hutang...

Itu belum lagi berhutang dengan Allah...

Sebelum matilah kita perlu lunaskan semua hutang-hutang kita.. WAJIB dibayar!!!

Peluncur Islam said...

hihihi (eh knp aku ketawa ni)

tak sampai hati said...

...doa supaya aku mudah langsaikan hutang taule...and it works for me...dimudahkan Allah utk langsaikan scholarship sebelum kena masuk mahkamah...

ade tak sape2 tau doa supaya org yg hutang duit akutu dengan senang hati menyerahkan duit pada aku...

dengan karkun pun korang kena berhati2...

walaupun dah tau orgtu ada black record, tapi aku tak sampai hati sebab antara aku dgn Allah, Allah tau aku berduit dan aku patut tolong orang...

so, sape2 ade doa special...boleh share...

Samwan said...

Salam,
Susah betul nak berhutangkan? Lagi susah dan liat nak membayar. Tak gitu?

Paling simple dalam berhutang ini adalah, mencukupi satu pihak atau orang yang berhutang menulis tentang hutangnya supaya dia tidak lupa.

Tapi, itu kalau iman dan takwa masing2 diperingkat yg tinggi. Iman lemah seperti kita memerlukan saksi dan surat hutang sebagai bukti.

Kalau diukur dari segi hutang ini. Ternyata iman kita lemah sekali. Ayuh bersama-sama belajar mendalami ilmu Islam ini supaya kita sama-sama beroleh rahmat. Dan semoga kita dikurniakan pemimpin yang memimpin kita ke jalan yang berlandaskan al-Quran dan Sunnah Rasulullah saw.

Kelmarin, kita masih anak/belia
Hari ini, (bakal) bergelar bapa
Esok, tanggungjawab semakin besar.

p/s: Syabbas kereta mayat, semoga ramai yg sedar tentang tanggungjawab hutang ni dan mula sedar akan tanggungjawab yang lain pula.
Wassalam

heal man said...

mengharapkan dosa untuk ditukar dengan pahala org yg berhutang xmau bayar..?? bagaimana kalau ayat dalam al-quran x diikut oleh si pemberi hutang? kalau nak pahala tu ditukar.. ikut dulu prosedur yg ditetapkan oleh Allah S.W.T.. baru la bOleh claim balik ape yg kite dah bagi... hehehe...

amani perasan comel~ said...

salam hamka~

kalau ada niat nak halalkan tapi was-was.. camner tu?? kejap macam nak sedekah, kejap macam nak balik. bukan ape kadang bile senang tak kesah pon tapi time sesak, Allah jelah yang tahu.

Rozita said...

ramai lagi yang belum bayar hutang MARA & PTPTN

Penjelasan UMUM dan KHUSUS said...

Salam

Penjelasan bagi persoalan umum mendapat jawapan khusus; Penjelasan bagi persoalan khusus mendapat jawapan umum.

Bagaimana nanti.. tiba masa kamu akan menelan kembali kata-kata kamu.. Lalu, kamu harapkan tiada lagi orang akan bertanya tentang hal yang telah kamu katakan bahawa ia adalah ketepatan. Namun....

Harap maklum.... wassalam

hamka said...

ikhwanmuda

baik kau cari dia, kalau tak nanti, dia tae kwon do kau kat akhirat, susah tu..

--------------
Nasir_penang

: )
----------
ryina ikhwan

aku pula berharap orang-orang yang berhutang dengan kau dan suami bayar hutang kau walau tak baca blog keretamayat, dan berharap mereka belum naik keretamayat...

------------
...antikapel...

Kalu kau tak tulis, itu bukan berserah namanya, itu ‘gamble’.. dan itu tak bagus..

------------
Ibn HAJARS

Dan masuk neraka itu cerita ketiga

------------
Mat Rapi

Orang yang memberi hutang kadang kadang sedih bila bagi hutang, tapi gembira bila di bayar hutang, manakala orang yang berhutang gembira berhutang tapi sedih waktu nak bayar.., maka gembirakanlah pemberi hutang seadanya..

------------
Hasbullah Salih

Susah cari orang macam hang kat dunia ni.., bagus.

-------------
TweetyPeak

Kalau dah apply, cakaplah, boleh aku buat pinjaman, he he

-----------
amin007

bagus! Aku print kau punya, dan simpan..

-------------
Samwan

Bank islam sekarangpun dah ada kad kreadit..

------------
vanjenazah

lalu Bilal bertawakal, dan esok Allah hantar bantuan, bilal pun gembira, dan mati masuk shurga, happy ending!

-----------
INTAN RH

Tapi di Mahkamah Allah, laku tu..

----------------
Lelaki dari arah timur

Aku ada cerita bab 3 mahkamah yang berkaitan dengan hutang ni, tapi lupa entry mana..

----------
abu

: )

-----------
EPAL

Sama sama..

-----------
Khai

Lagi seorang blogger terkenal, sudi datang ‘jengah’ blog aku,

terima kasih..:)

-------------
Ibn HAJARS

Allah sahaja yang boleh bagi ‘ganjarab berlipat ganda’ sebab Allah adalah Maha kaya.

--------------
Luqiem

Puasa dah ganti belum? (bagi semua perempuan yang tak mengandung di bulan Ramadhan)

-------------
Peluncur Islam

Sebab computer kau kelakar
tak sampai hati
ada ke doa khas untuk itu? Aku tak tahu..

------------
heal man

mungkin kerana orang tak bayar hutang, maka asbab ‘amal’ itu, kita di masukkan ke dalam shurga, siapa tahu?

Ps: siapa yang ada orang tak bayat hutang, satu asset besar hari akhirat tu, bersyukurlah..

------------
aku mmg naif

cuba belajar ‘Halal sementara’, biasa orang buat waktu nak tidur, boleh jugak ‘halal’ macam tu..

------------
Rozita

Tahu takpe.., (aku dulu biasiswa)

--------------
Penjelasan UMUM dan KHUSUS

Pejelasan khusus kamu terlalu umum, tolong khususkan supaya tidak umum kepasa khusus, dan supaya berlaku ketetapan pada perkara yang dah tetap.

amani perasan comel~ said...

haha.. tak lama lepas bace entry nih terus member datang bayar hutang. hasrat hatiku sampai kat dia kut ekeke ('',)

wakil said...

salam

masa kecik2 dulu selalu kena jadi tukang kutip hutang utk mak aku...

orang upah mak aku jahit baju, bila aku hantar (jalan kaki) baju yg dah siap berjahit, dia orang tak bagi upahnya dgn alasan belum ade duit...maka selalulah aku kena berulang pergi lagi dan lagi menagih duit upah jahit baju utk mak...walaupun berumur 10 tahun, aku sendiri terasa malu nak mintak hutang.

camni nak kena buat surat perjanjian jugakke?

nbn said...

Avril Lavigne pun dah nak bercerai... tak de happy ending daa..

Samwan said...

Salam Hamka,

Ya betul cakap kau Bank Islam pun dah bagi kad kredit. Sudah tentu ada klausa perjanjian penggunaan kad hutang tersebut.

Bank pun berniaga juga. Disitulah perihal timbulnya riba darihal pengambilan untung. Tapi, kita pun paham dengan konsep hutang kad kredit ni. Disinilah bermula gamenya.

Takut itu hanya sandiwara yang berselindung disebalik nama Bank Islam. Semoga dijauhi oleh Allah akan hal itu.

Beza ahlong dengan bank. Satu tak berlesen, satu berlesen. Satu interest nala punya besar, lagi satu boleh tahan tapi kekadang tak tertahan. Satu jiwa boleh melayang, lagi satu boleh jatuh muflis.

Jadi kalau nak guna kad kredit pun, biarlah anda mampu bayar.

Apa pun kalau terjerut dengan hutang yang bertimbun janganlah ambil jalan mudah dengan membunuh diri. Bak kata Hamka check balik diri sendiri, tengok kalau-kalau ada buat silap. Beristigfar dan bertaubat. Pintu taubat sentiasa terbuka dan Allah itu Maha Pengampun lagi Maha Penyayang.

Kalau tak nampak juga silapnya, anggap itu sebagai dugaan. Bersabar dan tabahkan diri. Belajar dari kesilapan dan bangun kembali. Jadikan itu sebagai "checking point".

Hidup didunia memang penuh cabaran kerana memang itu sifat dunia yang menjadi pentas ujian dan lakonan anak Adam.

Siapa yang mencari, mendalami dan mengamalkan ilmu sudah tentu lulus ujian dan pandai menjiwai watak lakonannya dengan kusyuk kearah ke arah kesempurnaan yg dituntut. Bonusnya sudah pasti ganjaran yang tak terhingga di akhirat kelak dan mungkin dirasai sejak di dunia lagi. Itu bukan mustahil bagi orang yang mengetahui.

Wassalam.

p/s: Ilmu apa ya? Apa yg tersirat disinilah iaitu Islam yang lurus dan mudah.

Unknown said...

Kad kredit bagaimanapun tetap hutang. Walau dari Bank Islam. Kalau kita iman takwa dan bukan iman fatwa, maka kita akan mengelakkannya.

Tentang penjelasan umum dan penjelasan khusus, mungkin memerlukan khususi dari Hamka, tak gitu?

Anonymous said...

sy ader dgr citer ttg asal melayu kat www.terjah.com Penerangan yg menarik

Mat Rapi said...

yang aku tau takde le pulak orang yang memberi hutang jadi miskin kerana hutang dia orang tak bayar...ni le yang dikatakan GANJARAN ALLAH...

yang penting...hutang jangan diungkit kerana memberi hutang kepada orang lebih hebat dari bersedekah...

Allahualam

a.k.a putat

PraKhasSKAM said...

aku tgk org gak kalu nk bg pjm duit kat org..klau org tu byar balik, aku tanpa ragu2 akan bg pnjam, tp klau jnis yg mmg culas nk byar,klau dia nk pnjm kali ke2 aku kata je x duit..kecuali adik-beradik daa..
p/s: hutang ptptn bile la nk abis..huhu..

hamka said...

aku mmg naif

bolehlah belanja.
: )

-------------
wakil

biasa hutang camni oarng tulis dalam buku 555, tapi pastikan sipeminjam jugak ada, dan potong bersama(serentak) bila dah bayar ansuran..

------------
nbn

laaa.., dah kahwin ke minah tu?, lama tak update..

----------
Samwan

Kamu benar..

-----------
Hasbullah Salih

Atau dalam alam maya, email sahaja..

-------------
Mat Rapi

Aku check aku dan kawan kawan yang bagi pinjam kat orang, memang betul lerr, takde yang jadi miskin, bertambah kaya lagi ada, oh.., Alangkah hebatnya Allah..

------------
tal8497

hutang PTPTN, pun kena tuntut kat akhirat,

Anonymous said...

http://www.metrotvnews.com/index.php/metromain/newsprograms/2009/10/14/3565/Hidup.Dengan.Gempa

Dokumentari bagus ini

limaumaniss said...

makin dibayar hutang PTPTN, makin banyak pulak rasanya hutang ni,..nak baya langsam tak mampu....bilala aku nak dapat keja tetap ni..hutang dah makin betambah...adoi...

Anonymous said...

pisang emas dibawa belayar
masak sebijik di atas peti
hutang emas boleh dibayar
hutang budi dibawa mati..

Ibn HAJARS said...

Perlu ke nak tau sebab kawan kita nak berhutang dengan kita???

Kalo kita dapat tau dia berhutang untuk benda tak baik camne?

Camne kalo kita dapat tau dia guna duit haram untuk bayar hutang?

tak sampai hati said...

uhh...lain kali kalau org yg ada black record nak pinjam duit jugak, selain buat surat perjanjian, aku nak dia bagi aku pegang barang berharga dia spt cincin, or rantai or subang or passport antarabangsa(dia tak boleh lari keluar negara)...akan dipulangkan bila dia bayor hutang aku...

zalimke camni?

Ziarah76 said...

total pengomen ko dah lebih dari chedet

Anem Arnamee said...

Salam.

hutang pandai lah.
seye pun pernah tulis entri neh.
tapi awak tetap lagi bgus.

p/s: walau dah berkurun baca bru terfikir nk jadi follower harini;p

Anonymous said...

ade skit kemusykilan..

sll ade masalah bile kwn2 nk pnjam duit...cos sy mmg x pndai nk mntak utang, even rm1 pn...so last2 bile org nk pnjam duit, sy niat bersedekah..(even berat ati esp kalu beratus2) n ade gak antra diorg ni byar utang evn sy x mntak pn..
so camner tu, leh x sy amik duit tu even sy dh niat sedekah?

(sblm ni kalu org byar gk sy amik je)

yanz

wakil said...

kenape yek...org nak berhutang tak rase malu, tapi org yg nak mintak hutang pulak terase malu...padahal hak dia(pemberi hutang)...

hamka said...

limaumaniss

keja tetap? Hantar mayat ke kuburpun kerja sementara.., kita kerja sampai jadi mayat sahaja..

: )

-----------
Ibn HAJARS

Perlu jugak tahu, sebab tak nak bersubahat.., so kena siasat.., jangan sampai orang berjudi dengan duit yang dipinjam dari kita, dan jangan sampai orang mencuri sebab kita yang terlalu paksa bayar hutang..

--------------
tak sampai hati

orang yang ada black record, baik tak payah.., bertambah penyakit lagi ada, tapi kalau dia dah insaf, bolehlah pegang passport antarabangsa he he

----------
ziarah76

tapi umur chedet lebih banyak dari aku (apa jawapan aku daa..)

-----------
arnamee

selamat jadi ‘folower’ keretamayat, dan aku tak follow sapa-sape, sebab tentu korang tak best jika keretamayat asyik follow korang jer.., he he

-----------
yanz

ni bab niat, dah halal, tak bolehlah nak tuntut, kecuali kau cakap kau dah halal kat dia elok elok, tapi sekarang nak pakai duit, boleh tak bagi ‘hadiah’ kat aku, (selamba tak malu)

---------------
wakil

orang beriman patut malu nak berhutang dan lagi malu jika tak bayar..

ps: orang yang malu dengan duit,
nanti duit pun akan malu kat dia

Anonymous said...

Salam..

Hamka..

Akak rasa ko ada hutang dengan akak, YA! jgan nak tipu ye!

Ko berhutang dengan akak antara lain ialah..

1. Ko ada pernah ziarah/jumpa laki akak tak? tak pernah kan.. hah tulah sampai sekarang masih jadi perokok tegar dan tak tahu nilai solat jemaah.. huhu sedih sgt

2. Ko ada pernah tak ziarah bawa isteri sama-sama ziarah akak?.. tak pernah kan.. buleh lah akak belajar kat isteri ko gaya isteri terakhir solehah.. WOHA!
nak wat macamana ek?.. help

-linda

Samwan said...

Salam,
Tima kasih Sdr Hamka. Bukan nak cari siapa benar dan siapa salah. Cuma sdr telah memulakan langkah yg baik dlm dakwah islamiah. Saya cuma beri komen dan pandangan. Kalu tak betul, jangan segan silu betulakn.

Dalam bersembang bab hutang ini. Ada juga kengkawan yang sangkut dgn ah long. Kesian. Tapi berapa sangat yang bole kita tolong kalau sebulan dah kena bayar RM1.7k.

Harap, kengkawan yg lain dpt ambil iktibar dari kes ah long ni. Kalau tak cukup duit, tanguh dulu perancangan anda. Jangan ambil jalan mudah dgn pinjam dgn ah long.

Bukan apa, esok2 kita juga yg sendiri malu bila ah long ni dtg memungut hutang. Yang kesiannya, pinjam duit ngan ah long sebab nak kawin. Esok2 bini dpt tahu, kita juga yg malu. Begitulah kalau Allah mahu merendahkan martabat kita. Tapi tak semua masalah itu balasan atas kesilapan kita. Anggaplah itu dugaan dan bersabarlah, kerana Allah sayang dgn orang yang bersabar.

Wassalam

p/s: beringat dan fikir dahulu sebelum kena

amin007 said...

apa pun duit tak boleh nak bagi senang atau susah.
yang bagi senang atau susah hanyalah ALLAH.

rasanya bukan ker nak hutang kena mesyuarat dulu hamka???

hamka said...

-linda

Aku ingat Linda Onn tadi.., kak.., bila bersama jemaah, maka berlakulah pembahagian kerja, dan buat kerja ikut mesyuarat, insyAllah akan terlepas tuntutan ummat.

(tapi aku rasa fail sebab takazar tempat sendiripun tak tercapai..,
oh.., doakan aku)

Tapi yang pasti, insyAllah, keretamayat akan datang jumpa akak dan suami akak..,

----------------
Samwan

Terima kasih, aku alukan sebarang teguran jika ada salah dan silap..

---------------
amin007

betul.., kena mesyuarat jika melibatkan urusan ijtimae, tapi bab infradi, mesyurat afdal, tak mesyuaratpun boleh.. Wallahu’lam..
(tapi bila kau dah isi borang, dan ada saksi, kira macam mesyuarat ler tu..)

aLiaFar said...

kalau pinjam singgit kne hitam putih gak ke?

hamka said...

terpulang kepada pemiutang dan penghutang..

aku biasa jugak pinjam seringgit dua, bila duit besar aku kedai tak mampu bagi baki..

tengok kes..

semua dah pandai...

hAja said...

Salam,
Encik keretamayat kate:
"Dan jika mereka mati, akhirat kelak, sebahagian dosa orang yang berhutang akan diberi pada sipemberi hutang, dan juga sebahagian pahala orang yang berhutang akan dapat kat sipemberi hutang.., Alhamdulillah.."

pertanyaan: kenapa eh sebahagian dosa org yg berhutang akan diberi pada sipemberi hutang? bukan dosa pemberi hutang di beri pada penghutang ke? eh ape ni??.. pening dah

hamka said...

alamak, ok edit!

hAja said...

hohoho..stelah stahun..thanx anyway :)

Anonymous said...

Assalamualaikum. saya merasa lega lepas membaca ruangan ini. Sangat bagus dan usaha yang sungguh murni. Masalah saya ialah januari lepas saya telah memberi pinjam kepada kawan lama masa bersekolah menengah. yang saya kenal dulu memang berperibadi baik malah saya merasa die lebih baik berbanding saya. Maka kerana sangka baik itu saya telah memberi pinjam rm5k kerana dia kata dia terdesak nak guna duit tu dan akan pulangkan secepatnya. akibat terus didesak saya pinjamkan jua setelah berulangkali memberitahu dia bahawa saya sendiri sgt memerlukan duit itu kelak untuk kegunaan sendiri seperti membayar hutang bank. sampai masa die bg alasan tak boleh bayar. Bila pergi ke rumah orang tuanya saya dapat tahu rupanye die sakit mental dan masih dalam rawatan hospital. Orang tuanya taknak bertanggungjawab dan menyalahkan saya kerana memberi pinjam. jadi apa yang patut saya lakukan?

hamka said...

dalam dunia ni penuh dengan ujian, lupakan hutang tu dan fikir benda yang lebih positif, anggap hutang tu sebagai sedekah,

: )

Anonymous said...

Amalkan doa ni
" Ya Allah, cukupkanlah aku dgn segala perkara yg telah Engkau halalkan dari segala perkara yg telah Engkau haramkan. Kayakanlah aku dgn kelebihan Engkau dari meminta kepada orang lain."
Hidup aku rasa tenang bila selalu amalkan doa ni...kalau tak ari2 aku rasa nak p shopping...baju la, tudung la..mcm2 lagi.

"minah purdah"