Feb 9, 2011

Syirik, dosa tak terampun?

(Adakah ini siaran langsung seorang aku berleter di depan Laptop yang berperisa kari)

Aku meramas Mee Segera yang masih berbungkus, lepas tu koyakkan tepi plastiknya, dan tuang serpihan serpihan mee itu ke dalam mangkuk.., dari bucu plastik berwarna alamunium yang bergerigi, aku koyakkan penutup serbuk perasa, lalu taburkan ia ke dalam mangkuk..

Air panas yang baru mengalami kejatuhan suhu sekitar 95 darjah Celsius, telah aku tuangkan perlahan lahan ke dalam mangkuk lalu berkepul kepullah asap berkojolah di ruang atmophera bumi pada tekanan 14.3 psi, lantas air panas yang bewarna jernih itu mula berubah warnanya menjadi kemerah-merahan akibat tindak balas kemia yang bertindak untuk bersebati dengan perencah kari yang berselerakkkan dalam ruang mangkuk yang kepanasan.

Timbul bau yang membuat aku bertambah selera untuk mengketedarah, apatah lagi melihat cebisan cebisan Mee segara yang terputus putus menari nari dipermukaan mangkuk berasap itu, menambahkan nafsu serakah menketedarahku yang sedia ada.

Namun, oleh kerena Mee segera masih panas, apa kata aku jawab beberapa soalan dari email..

*******

Email 1:

Salam Abang Keretamayat,

Saya telah melakukan dosa yang paling besar, iaitu syirik, yang mana saya pernah percaya bahawa ugama kristian itu benar, juga pernah percaya Allah tidak wujud, dan pernah murtad (tanpa pengetahuan keluarga), namun sekarang saya sudah sedar bahawa saya menjadi camtu kerana terikut dengan kawan kawan bukan islam, dan kini ingin bertaubat. Tapi saya menjadi sangat takut kerana ada seorang kawan memberitahu, Allah boleh ampunkan semua dosa kecuali syirik, apa yang saya perlu buat sekarang? Dan benarkah ada ayat Al quran yang bertulis demikian?

Lina.

Email 2:

Assalamualaikum

Terima kasih tulis blog keretamayat yang sungguh banyak menyedarkan saya, saudara, saya ingin bertanya satu soalan yang sungguh menggelisahkan saya, saya pernah terjebak dalam unsur-unsur syirik seperti berjumpa bomoh yang menggunakan ilmu hitam lalu tanam kain kuning depan rumah orang atas niat jahat. Sebelum ini, saya sangka syirik tu adalah menyembah tuhan selain Allah seperti menyembah patung. Sekarang baru saya tahu, apa yang saya buat tu adalah termasuk dosa syirik, Adakah saya masih berpeluang diampun dosa syirik oleh Allah kerana terdapat ayat yang mengatakan Allah boleh ampunkan semua dosa kecuali syirik? Tolong sangat saudara jelaskan perkara yang sungguh buat saya susah hati.

Salam, Megat.

Email tiga.

Apa pendapat saudara jika saya katakan tuhan tidak adil, kerana tuhan boleh ampunkan semua dosa kecuali dosa syirik, saya mengaku selalu syirik dengan tuhan, maka apa gunanya saya buat baik lagi jika taubat saya sudah tidak diterima, apa pendapat saudara.

Miyabi

********

Jawapan.

Banyak soalan orang aku tangguh sampai bertahun tahun, tapi soalan kamu ini, aku kena jawab terus (dalam email masing masing) walaupun lapar gila babi beb sebab aku perasan rajin.

Buat Lina(bukan nama sebenar), Aku rasa kawan kau tu mungkin jahil ugama jika bermaksud, ‘orang yang pernah sembah tuhan lain tak diampun oleh Allah kerana Allah ampun semua dosa kecuali syirik’.., atau mungkin kawan kau tak berniat macam tu, beliau cakap macam tu, sebab kau tak cerita kisah sebenar, dia tak tahu kau dah murtad secara senyap senyap dan masuk islam balik.., jika tak tentu lain penerangan dia..

Buat megat(bukan nama sebenar), jika boleh, pergilah gali balik benda yang kau tanam tu..

Dan buat Miyabi (bukan nama sebenar), harap kau masih hidup ketika baca blog aku ini.

Ok, jawapan secara umum,

Benda ni memang ada dalam Al quran,

"Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik) itu, bagi siapa yang dikehendaki-Nya. Barangsiapa yang mempersekutukan Allah, maka sungguh ia telah berbuat dosa yang besar". (Surah An-Nisaa : ayat 48)."

Tapi..,

Ayat di atas dituju kepada orang yang dah jadi MAYAT sahaja! yang dah mati, yang dah mampus! yang dah masuk dalam kubur, yang dah masuk dalam neraka..

Mereka yang jadi mayat dalam keadaan syirik, confirm masuk neraka, dalam neraka, bertaubat dengan menangis air mata darahpun, Allah dah tak ampun...

Maka, jika korang banyak dosa, tapi tak syirik, bila mati masuk neraka, Allah masih boleh ampunkan korang setelah di azab (bagi siapa yang dikehendaki-Nya)

Tapi, jika korang syirik, bila mati masuk neraka, Allah tak akan ampunkan korang walaupun setelah di azab...

Allah bagi tahu, mereka yang syirik, kekal dalam neraka buat selama lamanya di guling guling di atas bara api siang dan malam..

Mereka yang tak syirik, lepas kena azab, masuk shurga, yang syirik(kapir) maka abadan abadalah mereka di neraka..

Kesimpulannya, siapapun korang kat dunia ni, murtad ke, hina ugama ke, hina Sunnah ke, bila bertaubat, maka Allah akan ampunkan dosa dengan syarat taubat sungguh-sungguh.., dan taubat itu di buat sebelum naik keretamayat.., walaupun dosa syirik..

Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.., faham?

Cuba fikir sikit, Nabi berdakwah pada orang kapir masuk islam, maknanya Allah terima taubat mereka, dan Allah yang Maha Kaya bukan setakat terima taubat mereka, malahan Allah ampunkan segala dosa mereka, lebih lagi, Allah ganti dosa mereka menjadi pahala.., tapi orang kapir sombong tetap nak sembah tuhan selain Allah, maka bila mati, masuk neraka, baru nak bertaubat, waktu itulah ayat di atas sesuai dibaca untuk mereka.., faham?!

Bab orang murtad, zaman pemerintah islam dulu, mereka di beri peluang bertaubat, tengok.., orang murtad buat dosa syirik besar, pun masih boleh U turn, tapi bila orang murtad tak nak taubat dan mati dalam syirik, kekallah mereka dalam neraka..

Dan NERAKA punya azab bukan boleh banding dengan azab di dunia, bukan setakat sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut, tapi lebih dari itu!! LEBIH DARI SAKIT GIGI, SAKIT TELINGA DAN SAKIT PERUT!(bagi mereka yang pernah rasa tiga sakit ini)

Di sana, sakit manusia tiada limit, yang mana kat dunia, apabila jasad dah tak dapat tahan menerima beban sakit, maka manusia akan bertindak balas menjadi pengsan, dan jika sakit yang lebih dahyat lagi, maka manusia akan bertindak balas menjadi mayat.. habis cerita.

Tapi kat NERAKA, sakit macam manapun, sama ada gigi tercabut atau telinga pecah atau perut meletup, manusia tidak akan pengsan dan tidak akan jadi mayat.. malahan yang paling ringan adalah memakai terompah neraka sedang otak mendidih..

Otak mendidih?demam 40 darjah celcius dah kecoh, belum lagi kena demam suhu mendidih 100 darjah Celsius, oh! nak balas smspun tak boleh dah ,,isk..

Dalam neraka ni, kalau baca terjemahan Al quran ada cerita bahawa mereka ni dalam keadaan nazak gitu, nyawa nyawa ikan, tidak hidup dan tidak mati…

Aku petik ayat Al quran:

Sesungguhnya barang siapa datang kepada Tuhannya dalam keadaan berdosa, maka baginya neraka Jahanam. Dia tidak mati didalamnya dan tidak pula hidup (Tahaa: 74)

Muka mereka dibakar api neraka dan mereka dalam neraka itu dalam keadaan cacat (Al-mukminun:104)

Ketika mereka melihat azab (pada hari kiamat) sudah dekat, maka orang-orang kafir itu menjadi muram. Dan katakanlah kepada mereka, inilah azab yang dahulunya kamu selalu meminta-mintanya (al-Mulk: 27)

Sebagai penutup, korang pernah dengar tak teka teka ni,

(tak –sebab teka teki ni aku yang reka)

Dalam banyak banyak pintu, pintu apakah yang apabila ia terbukak, tak boleh tutup. Tapi apabila ia tertutup tak boleh bukak?

Jawapan:-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(kena rajin sikit scroll down)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Lupa pulak soalan tadi, apa ye?)
-

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
(Oh, dah ingat, soalan tentang pintu)
-
-
-

-
-
-
-
-
-
-
-
(tak kanlah pintu kecamasan)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
--
-
(pintu albab kot..)
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-

-(ha ah, dekat dekat dengan pintu albab)
-
-
-
-
-
-
-
-
- -
-
-
-
-
-
-
-
-


Ok, dah bosan? maka jawapannya adalah:-

Pintu Taubat!.

(terus insaf-woha!)

Okeylah, oleh sebab Mee Segera aku dah lama kembang, maka habis sampai sini bebelan aku. Selamat bertaubat kepada semua orang kapir, orang murtad, dan orang islam, sementara pintu taubat masih terbuka.., (akupun!!)

Sekian., tutup majlis dengan doa makan.

Ps1:Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat..,

Ps2: Tak best langsung makan Mee segera yang dah kembang, arghh, anggaplah ini satu pengorbanan.., woha!

104 comments:

Unknown said...

Setuju.

abufirdaus said...

Assalam,
2setuju

Unknown said...

3rd?

nad said...

setuju..
thank you for sharing & explanation mengenai ayat dari Al-quran.. ramai (termasuk saya) yang salah faham .

Anonymous said...

woha!





tiap2 kali aku nak ucap syahadah.



sebab tiap2 kali aku rasa sesat.



kejap. aku nak baca lagi banyak kali.

|| A r a W a n i || said...

salam KM..
Thnks share ilmu lagi..
=)

eda said...

oh dh faham:-)
tqvm..

Cik Ciku said...

enchik wife mane mkn mee segera je,hehee
entry ni lagi best dr mee segera tu

Kancilbiru said...

Saya insaf dengan setiap baris ayat..

Anonymous said...

woha!!!...
terbaik..
I lap you hamka..

murnie sangat said...

insaf, insaf, insaf dan insaf

~fam~ said...

makan mee segera perisa kari letak telur, pastu kuah letak sikit je...
perghh! sedap giler...makanan feveret tu...ari2 makan pon tak pe...

bro, rupanya selama ni aku salah faham pasal dosa syirik yang ALLAH tak kan ampunkan tu...

suka la quot ni...

"Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.. "

harap masih punya ruang dan peluang untuk meminta keampunan walau hati kadang leka dan lupa tentang dasyatnya api neraka....

Unknown said...

alhamdulillah,..ALLAH masih lagi nak ampun dosa2 hambaNYA yg bertaubat

Khairi Mohd said...

ada ke plak makan megi hahaha.

thanks buat artikel yg menarik ini.

fira said...

maggi jek pagi-pagi nih?? huu

huu, insaf n akan berhati-hati dlm setiap perbuatan lepas nih.. tq sbb menerangkan pjg lebar.. hahaha

~~kimz~~ said...

meggi memang best!!

~~kimz~~ said...

meggi memang best!!

ierayahaya said...

insaf baca. sebagai peringatan untuk diri sendiri juga. thanks!

cik fiza said...

terima kasih atas peringatan..
semoga Allah merahmati saudara dan keluarga..

mhafiz_ydin said...

Jangan yakin perencah meggi bagi sedap..

LS said...

thx 4 sharing.

hainur hapis said...

Buat Dakwah, ALLAH bagi rezeki jadi sedap ALHAMDULILLAH

Hadis dalam kitab Mutakhab Al Hadith :


"Barangsiapa yang keluar ke JALAN ALLAH, maka ALLAH akan bagi dia rezeki yang berkat"


Amin...

huda said...

sharing is caring..

caring is en.hamka..

:)

tombol pintu said...

kawan aku cakap takut menjalankan perintah Allah sebab takutkan manusia gak dikira syirik. contoh takut nak gtau pakcik bas ekspress hentikan bas nak jamak solat maghrib isya or takut nak cakap kat bos yg bermesyuarat 8jam utk kuar solat. contoh.. betol ke or kawan aku temberang aku

tombol pintu said...

kawan aku cakap takut menjalankan perintah Allah sebab takutkan manusia gak dikira syirik. contoh takut nak gtau pakcik bas ekspress hentikan bas nak jamak solat maghrib isya or takut nak cakap kat bos yg bermesyuarat 8jam utk kuar solat. contoh.. betol ke or kawan aku temberang aku

tombol pintu said...

kawan aku cakap takut menjalankan perintah Allah sebab takutkan manusia gak dikira syirik. contoh takut nak gtau pakcik bas ekspress hentikan bas nak jamak solat maghrib isya or takut nak cakap kat bos yg bermesyuarat 8jam utk kuar solat. contoh.. betol ke or kawan aku temberang aku

Wafi said...

aku setuju!! Allah Maha Pengampun.. Selagi xjadi mayat selagi tu masih ada masa.. Moga semua orang termasuk aku di beri petunjuk dan hidayah..amin

Wafi said...
This comment has been removed by the author.
Gadis Hijab Merah said...

Assalamualaikum.

Encik Hamka, baru semalam lecturer saya sebut pasal ni.

Sesungguhnya Allah tidak akan mengampuni dosa syirik, dan Dia mengampuni segala dosa yang selain dari (syirik)

Sebelum ni saya selalu terfikir tentang ayat ni. Rupanya dosa syirik tak diampunkan adalah setelah orang yang buat syirik jadi mayat! Dah terjawab pasal dosa tak terampun tu. Terima kasih!

Marhaen Kacak said...

ramai orang kata 'bersahabat' dengan jin adalah tidak syirik pasal kita dapat mengawal mereka...

tapi ini adalah pandangan yang salah kerana lama-kelamaan kita sendiri akan dipengaruhi jin itu...

ini kerana sejahat2 manusia adalah sebaik2 jin walaupun jin itu adalah jin islam..

Artikel Panas : Generasi Melayu Baru Yang Buta Sejarah, Di Mana Silap Kita?

nuarasheeq said...

cop...pintu rosak! :)

hariz chacho said...

Sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut DALAM MASA YANG SAMA memang seksa!

Tapi bila banding dengan AZAB NERAKA, aku lebih rela sakit gigi, sakit telinga dan sakit perut!

Woha! Terima kasih kerana mengingatkan aku tuan hamka.

faraherda.razalan said...

artikel yg sgt merendah diri tapi berisi! tiba-tiba tersedar dari lamunan! nak menangis!!!!

p/s: syok membaca tapi bile smpi bab perkataan terkehel tu bt bacaan sy sedikit terpesong...

Anonymous said...

Assalam
2 thumbs up!
100%

Mummy said...

kalo nak mengubat orang yg berpenyakit misteri tuh slalunya org jumpa bomoh...tu kira syirik gak ker hamka...

Chapit Zulkefli said...

"Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat.., faham? "

Pedih bro. pedihhh~

rx.. samani... said...

ibnuhalim?

Bob Janggut said...

terima kasih.

naisse said...

alhamdulillah,
harap hamka ikhlas kongsi ilmu kerana Allah,
semoga Allah merhmati org yg rajin kongsi ilmu macam hamka.
dan semoga leboh ramai orang yang Allah kurniakan idea untuk kongsi ilmu macam Allah lakukan pada hamka.

hamka, fighting!

Eiza GreenAppleKu said...

Maggi tak bagus utk kesihatan, pengorbananmu amat kami hargai..

cikpia said...

thanks for sharing.....

Anonymous said...

salam..

Nak skit mee segera, kembang pun kembang lah.. yang penting makan berjemaah .. Woha!

deknor!

abdul 'izz said...

makan mi segera je ke.. mane bini x masak pape ke bro?

sama2 lah bertaubat, IAllah2

bakalmayat said...

Alhamdulillah..

Na'uzubillah..

Amin..

Anis izyan Abd Rahman said...

terime kasih untk ini~~~
izin kan sy post dalam fb nak shre leyh tak?

Anis izyan Abd Rahman said...

terime kasih untk ini~~~
izin kan sy post dalam fb nak shre leyh tak?

pendosa said...

cantikkkkkkkkkkkknyaaaaaaaa :)

Menusuk Hati said...

Assalamualaikum pakcik hamka n da geng:
dosa org yg sngja tgl solat fardu dgn engkar tanpa bertaubat itu lagi hadko dpd dosa org yg pernah syirik tetapi bertaubatan nasuha...

Igt x kisah umar ra yg buat boneka guna buah kurma?Dan sapa2lah lg shbt yg agung yg pernah belum mndpt hdyt dpd Allah...Kalaulah ada yg cakap sesiapa yg pernah syirik wlpn sudah bertaubat tetapi masih d aggap bdosa maka anda menganggap umar ra n shbt yg lain jg berdosa dan xdiampuni..sekian..

Tok Esah said...

bgus2.. sy setuju!!!

Anonymous said...

nk kongsi website sikit eh, sila bagi komen kalau rajin. terima kasih

Random Quote From Quran

Hamba Allah said...

Allhamdulillah...sama-samalah kita saling ingat-mengingati sesama umat...PEACE :-)

oren said...

aku suka ps1 tu.
aku selalu rasa malu dengan Allah sebab bertaubat atas dosa yang sama. nak berubah! nak berubah! sementara pintu taubat tak tutup tutup lagi. T.T doakan!

CaramelTheater said...

nice one..thanks for sharing bro :)

Anonymous said...

Salam

Cikgu lelaki sekolah saya dulu kata masa dia muda2 selalu makan mee segera... tapi kepala jadi botak...rambut gugur..

ohh..benarlah sekarangni ramai saudara2 kita dah makin jauh dari Allah sampai tahap boleh jadi murtad..

Kalau camtu maknanya zaman kita berada ni dah mirip zaman jahiliah di Mekah yg menyebabkan Nabi sgt2 risau lalu beruzlah di gua Hiroq (eh..nak sambut maulidurrasul ..ingat balik pengorbanan Nabi saw).

Dalam kerisauan yg teramat sgt (serta diZAHIRkan dgn mengasingkan diri dari masyarakat yg jahil ..dan mulianya isterinya yg tidak merepek tentang perbuatan Baginda ini malah bersusah payah membantu memanjat Gua utk menghantar makanan ..kalau sekarangni kita yg isteri ni boleh pulak marah2 suami balik lambat dari masjid?), Allah swt tunjukkan jalan..dgn mengurniakan Nubuwwah.

Selepas ayat Iqroq, turunlah pula Surah Al Muddathir...Wahai orang yg berselimut, bangunlah dan berilah peringatan...terus2 Nabi kena bangun buat dakwah ...sedangkan agama belum complete dan baru turun wahyu kedua

Dakwah apa? Kenalkan Allah kpd ummat.

Benarlah, sekarangpun kita JAHIL. Kita tak kenal Allah yg Pengurnia Rezeki..yg BERKUASA atas segala2nya, yang berkuasa mengatur segala2nya, yang memegang hati semua insan termasuk hati2 pemimpin.
(ohh.. teringat kata2 ustaz itu ..kalau iman kita SEMPURNA, tentu kita tidak akan marah pada sesiapa pun spt "sebab dialah aku diturunkan pangkat, sebab dialah kereta aku kena langgar, sebab dialah..bla2.. kerana semua yg berlaku mengikut KEHENDAKNYA)

Jadi, mengikut sunnahnya, memandangkan diri kita dan umat sudah jahil, memang wajiblah keatas kita untuk BANGUN buat dakwah atas perkara iman supaya diri kita dan saudara2 kita seIslam (sepatutnya kita sayangi spt diri kita)terselamat dari kejahilan yg amat dasyat ini...(syirik)

Terus-terang dari pengalaman sendiri, bila sudah ikut usaha atas iman (cara dakwah org tabligh), saya nampak sedikit demi sedikit pencerahan cahaya tentang HAQIQAT siapa itu Allah, Rasul, Sahabat dan Agama Islam ..dan sangat2 syukur atas hidayatNya ini.. (testimoni)

Pada yang IKHLAS nak kenal Allah swt, buatlah pengorbanan utk agama dgn org tabligh ..insyaAllah anda akan rasa nikmat iman dan Islam. SEMUA orang boleh buat usaha ini tak kira anda buta huruf atau buta mata, kecik atau besar, tua atau muda, miskin atau kaya, terpelajar atau tak pernah sekolah, malah orang bisu pun boleh. Mereka tak mintak upah pun kerana nikmat dari pengorbanan yg sedikit di jalan Allah itu sudah sangat2 AJAIB. ...apa lagi nak dikata..

Pinjam kata2 Tompel
"pokok serai pokok tebu,
belum try belum tau.."

*Ceknor

aiMa said...

Salam

ceknor, saya setuju!!!

100%

aiMa said...

Salam

ceknor, Setuju!!!

100%

aima said...

Salam..

setuju!!

100%

GadisKampung said...

thanks KM
siyes isi yang sangat padat!!
takot je bile baca seksaan di neraka.. oh!

Aina Mardiah said...

top 60 :)

Hamka sejuk hati, bila baca blog ni TERUPDATE selalu.

I like!

tok dam said...

moral dari cerita ni.. janganlah kita terlalu suka menghukum atas sesuatu pabila ada dikalangan kita yg tersalah mahupun tersesat.. marilah kita sama2 bermuhasabah diri melihat kenapakah ada dikalangan umat Islam yg tergamak mensyirikkan Allah walau pun diuar2kan bahawa ini adalah dosa yg tidak terampun.. tidakkah kita telah memandai2 mendahului sifat Tuhan yg Maha Pemurah, Pengampun lagi Pengasihani telah memyimpul mati ruang untuk seseorang yg bersalah untuk kembali bertaubat?

hehe.. aku sebenarnya terbawa2 dengan topik dari entry sebelumnya... sori!

Nerzhul said...

semoga kita semua sempat bertaubat.

Anonymous said...

salam..

suke ceknornye statement:

Dalam kerisauan yg teramat sgt (serta diZAHIRkan dgn mengasingkan diri dari masyarakat yg jahil ..dan mulianya isterinya yg tidak merepek tentang perbuatan Baginda ini malah bersusah payah membantu memanjat Gua utk menghantar makanan ..kalau sekarangni kita yg isteri ni boleh pulak marah2 suami balik lambat dari masjid?)..

Wahai Lina, Megat dan Miyabi,
somaga tuan dan puan dan saya dan semua orang Islam diberikan Hidayah oleh Allah swt jua..

-deknor

hamka said...

Korang suka entry aku, aku pulak lebih suka mee perisa ayam..

(lalu mencapai gitar dan menyanyi lagu mentera)

Mana datang cahaya..
Bukalah tajuk cerita..
Siapa pun kau ku sudi terima..
Biarpun dosa semalam..
Sebesar gunung menembus awan..

Yang penting hatiku dapat kau tawan

...

hamka said...

errr. malam ini malam jumaat.

Anonymous said...

err..W'salam

wanita pada malam jumaat berpeluang mendapat pahala sedekah..

maka sedekah lah dengan tangan kanan..
dengan senyum menguntum..

jika terpaksa sedekah dengan kaki sekalipun..
dengan doa yang menggunung..

agar suami bakal menyambung, amanah sebagai umat terakhir yang paling beruntung..

dengan modal umur yang singkat..
maka apalah sukarnya memberi cinta yang padanya perlukan pengorbanan..

kerana cinta inilah lahirlah
sifat taat
sifat amanah
sifat kasih
sifat sayang..
(tanda bersifat ialah diZAHIRkan dengan ucapan dan amalan)
walhal inilah yang selalu kitga lepas pandang..

biarpun dahi luas, gigi jarang dan janggut kurang..
rupa fizikal adalah bentuk ciptaan Allah semata-mata..

dan semua manusia tanpa sifat di atas, maka undi dan pilihlah jadilah haiwan atau mee segera sajork! hehehe

-MJ

zuraida said...

salam hamka yg hensem,
kau ingat aku suka2 ke nak langgar kata taubat..buat balik dosa..taubat..dosa..taubat..makin aku jauh..dia dekat..aku lari..dia kejar..aku berguling..dia berguling2..aku cuba dan tekad..dia semakin tak putus asa..aku ingat setan tu spesies jin mata 88lah..susah nak lawan..cam ne hamka..ujian Allah ni x tertanggunglah..

Anonymous said...

Antiklimaks betullah bila tgh bace ade perkataan salah eja lah, tertinggal huruf lah... arrgghh..!!

Thoriq bin Ziyad said...

taubat lagi dan lagi sampai tiada lagi...!

:)

(*menyelit)

Anonymous said...

Salam

sedang senyum sambil membaca

berulang-ulang kali

best!

"Janganlah malu untuk bertaubat kerana selalu buat dosa, tapi malulah untuk buat dosa kerana banyak kali sudah bertaubat"

kedaijamu said...

Malam ini malam jumaat.... Woha ...
Tapi dah sedia ke untuk malam pertama?

Di ALAM KUBUR ....

hamka said...

woha!

mimimemo said...

kenapa setiap entry yang bro hamka tulis, sekali jek bace... tapi da boleh paham konsep die.
aku baru paham yang syirik 2 xterampuan dose die kalau xbertaubat sebelom mati.
bro hamka, kau ade anugerah penyampai maklumat dengan baik. agak2 ko nie mesti keje ceo kan?hehehe

cik anony said...

Hamka betul ke solat isyak boleh dilewatkan dan ia sunat so bagus kalau amal cam ni, yang kau faham sebelum2 ni n selepas baca blog ko semua solat mesti diawal waktu, konpius skt, argue dgn budak sekolah ugama ni takut ckt,takut makin terselah kejahilan aku tentang ugama,huhu. so boleh explain x??
TQ

DeeYa said...

Dosa syirik dan murtad adalah kembali mengucap Syahadah.. dan qadha semula amalan solat dari mula akil baligh okay...

hamka said...

(((Hamka betul ke solat isyak boleh dilewatkan dan ia sunat so bagus kalau amal cam ni?)))

Salah! aku dah tulis dulu tapi lupa entry mana...

siapa yang sengaja solat isyak lewat dah salah tafsir hadith Nabi.., aku tulis dan kutuk dan golongan ni dulu, nanti aku cari balik.

hamka said...

err, jap, ceo? aku driver keretemayat jer kak.., pernah hantar beberapa ceo ke kubur..

Puyi said...

suke sgt dgn penulisan kereta mayat. byk menyedarkan. pasal syirik tu, bru sy tawu, terima kasih sgt2; kalau tak sampai mati pun saya jahil berpikir macam tu. :D

free compass said...

syirik bukan sahaja bermaksud menduakan Allah, tetapi juga mentiga mengempat, menlima dan meribu-ribukan Allah. sebagai contoh orang hindu yang sembah lebih daripada 40 tuhan. maka mereka bolehlah dianggap men-40-kan Allah.

ain said...

bro hamka mmg sweet.. thanks

Anonymous said...

salam en hamka.
terima kasih atas entry kali ni..
anda ust rock dlm erti kata approachable... bru remaja suka sekali gus dpt menarik golongan spt km ke arah kebenaran dan kebaikan i.Allah..

cik anony said...

okey, so ape yg aku ckp kt die betul la,hehe
tq hamka, nt kalau dh jmp entry tu, share la ye:-)

Unknown said...

baru phm. sebelom ni slh phm.
arigatoo..

Anonymous said...

Salam Cik Anony

Kalau kita yg perempuanni solat Isya' lambat2, tiba2 'berkibar bendera Jepun', atau tiba2 nak terberanak ...macamana? Kan dah tinggal solat namanya tuu.

Jangan main2, solattu membezakan yg berIMAN dan yg KUFUR ...(banyak hadith yg maknanya sewaktu dengannya).

Baik2(pesanan utk sendiri juga), jgn ingat org yg mengaku murtad saja dah syirik, kita pun kena periksa diri kita, ..dah DIRIkan solat?

Dan bila kita solat utk menunjuk2 pada org pun dah kira kita mensyirikkan Allah ..ohh!

Dan kesempurnaan agama adalah dalam mengikut sunnah Nabi saw. "Solatlah sebagaimana kamu lihat aku bersolat." (mafhum hadis)

Sunnahnya, Nabi saw dan sahabat(lelaki) solat fardhu 5 waktu di masjid.

Wallahualam.

*ceknor

Anonymous said...

Assalam

Syirik yang kita ketahui dan yang kita tak ketahui....

Entri ni membincangkan tentang syirik yang nyata.
Orang-orang yang hantar e-mail pada KM memang dah sedar mereka dah syirik. Ada masa taubat.

Walaubagaimanapun, setiap insan akan berdepan dengan sakaratul maut......atau kita sebut ketika nazak..hampir mati.(Tak sempat taubat dan tak diketahui oleh ibu sendiri)

O.K....saat ini dan ketika ini jika kita gagal dalam ujian terakhir sebelum mati. Maka saya/kita juga boleh menjadi syirik/munafik. Syirik yang tidak diketahui oleh ibu kita sendiri! Hidup sebagai Islam namun gagal ujian sakaratul maut dan berakhir sebagai munafik (syirik dalam hati)
sewaktu sakaratul maut.

Atas perkara ini Nabi saw bersabda lebih kurang siapa yang akhir kalam, laillahaillah..wajib syurga baginya (Wallahu'alam)-correct me if I'm wrong.

Macamana saya nak pass ujian sakaratul maut..?

Besarkan Allah dalam hati, dalam setiap apa yang kita lihat, dengar, fikir,rasa,dan apa saja...dakwah diri sendiri sampai mati tentang kebesaran Allah.

Sewaktu sakaratul maut...hanya dakwah adalah senjata yang dapat mengalahkan syaitan yang mahu kita sama-sama teman dia selama-lamanya dalam jahannam. Piiirah.... mabuk setan! lu masuk sendiri dahlah...! Apahal dengki busuk perut nak suruh orang teman. Chittt! Nanti aku rejam Kau!

Khalid
Till the last drop of my bloody blood...I'll give it to deen so all mankind will be in Jannah! Amin

cik anony said...

tq cik nor, eden memg solat isyak awl waktu, yg eden tny tu sbb kwn eden ckp boleh lwtkn isyak sbb sunat katenya, huhuhu

Anonymous said...

salam ..nak kongsikan yg baru saya tahu..

Ada org 'alim kata, syaitan tu beriman pada Allah.

Masa Allah swt suruh syaitan sujud pada Nabi Adam a.s., syaitan kata +-

'Wahai Allah, Engkau ciptakan kami dari api, sedangkan Adam dicipta dari tanah..".

Bilamana syaitan mengaku Allah swt yg CIPTA dia, bermakna dia mengakui dan beriman pada Allah swt. (Bukan macam org yg tak mengaku ujudnya tuhan).

Yg menjadi masalahnya, ialah syaitan tak mahu TAAT Allah swt supaya sujud pada Hadrat Adam as. Ulama' kata, perasaan berat/susah utk taat tu sebab syaitan memandang kepada ISI perintah ..bukan pada SIAPA yg perintah..

Macamtu juga, kita rasa berat utk taat Allah atau ikut sunnah Nabi saw kerana kita tengok pada amalan/perintah itu sendiri. Tapi kalau kita sedar yg perintah itu adalah perintah/suruhan dari YG Mempunyai Segala2nya, Raja segala raja2, dan sunnah itu dari amalan KekasihNYA insyaAllah, perkara yg berat itu akan jadi ringan (provided adanya keAgungan/keHebatan Allah swt dan kecintaan terhadap Nabi saw dalam hati kita).

Oleh kerana "tak kenal maka tak cinta" .. maka, setelah di post moterm, ternyata penyakit kita ialah kita Jahil/Tak kenal Allah dan Nabi saw, lalu tidak cinta pada Allah n Rasul.

InsyaAllah mulai hari ini, kita azam dan zahirkan niat kita utk belajar kenal Pencipta dan Rasul saw kita supaya CINTA pada Allah n Rasul lebih dari segala2nya hatta diri sendiri...

..semangat Maulidur rasul nihh

*ceknor

Anonymous said...

Salam, ceknor

best!! esok hari lahir rasulullah S.A.W.. :|
sy nk mntak pndpt drpd akhi kalau boleh dan drpd ceknor dan drpd semua pembaca kereta mayat yang sudi nak bg pendapat :|,

tak bkaitan dgn nota akhi ni,

sy ni slalu sgt trleps cakap, kadg2 trlalu direct.. smpikan tersalah ckp dekat org yg btul2 sy syg.. mase tu, niat saje nak bgurau, bukn nak perli, tp bile fikr2 sy rase dah keclkan ati dia, leps tu, rase mcm kejam sgt sbb smpai ati buat dia gitu, dia pun nak gurau je mase tu, tp sy gementar mase tu, jd, ter ter dan ter.. alamak!! tersalah ckp!!!

ap sy nk buat? selain pegi jmpe dia dn mintak maap.. sy tetekan ni.. adakh sebab saya ni jaht sgt? atau hitam sgt ati nih? sedih bile mengenangkan banyak sgt DOSA, mgkin sbb tu sy mcm tu...

tolong saya.. mcm mane ni?

Afa

Anonymous said...

salam maulidur rasul buat semua =)

diLa said...

aiseh, semangat aku bace smpai megi die kembang.
kagum aa leh wat entry penuh ilmu tp menyeronokkan utk dibace.
2thumbs up!;')

woha jugak ah!;D

bakalmayat said...

Afa, ni ada sedikit Kisah Para Sahabat untukmu..

Perkataan Rasulullah SAW kepada Hadhrat Huzaifah r.anhu apabila beliau komplen berkenaan ketajaman lidah beliau.

Hadhrat Huzaifah r.anhu meriwayatkan bahawa apabila sekali beliau mengkomplen kepada Rasulullah SAW berkenaan ketajaman lidah beliau, Rasulullah SAW bersabda, "Berapa jauhkah kamu daripada Istighfar? Daku memohon pengampunan daripada Allah 100 kali setiap hari."
(Abu Nu'aym dalam Hilya nya (Jilid 1 ms 276). Ibn Shaybah turut melaporkan riwayat yang sama, sebagaimana dipetik dalam Kanzul Ummaal (Jilid 1 ms 212)).

Riwayat yang lain menyatakan bahawa Hadhrat Huzaifah r.anhu telah pergi kepada Rasulullah SAW dan berkata, “Wahai Rasulullah SAW! Lidahku sangat-sangat tajam terhadap keluargaku dan daku takut ianya menyebabkan daku masuk ke dalam Jahannam.” Hadith seterusnya adalah seperti di atas.
(Abu Nu’aym dalam Hilya nya (Jilid 1 ms 276))

Gummy Bear said...

adakah kita pasti kita akan masuk syurga ( kalau dapat masuk) tanpa sekalipun di'celup' dalam neraka? isk...isk...

Anonymous said...

Salam,

Terima Kasih bakal mayat :|

Afa

IbnMustakim said...

Tq Allah dan TQ pada bakal mayat sekalian...
bukan hanya entry, tetapi para pengomen juga memberikan ilmu yang boleh terus kita sama@ amalkan.

Taubat, taubat & taubat...

hamka said...

bagus!

PahPihPuh said...

Dan siapa yang mencari agama selain Islam,dia tidak akan diterima,dan di akhirat dia termasuk orang yang rugi.(85)

Bagaimana ALLAH akan memberi petunjuk kepada suatu kaum yang kafir setelah mereka beriman,serta mengakui bahawa Rasul (Muhammad) itu benar-benar(rasul),dan bukti-bukti yang jelas telah sampai kepada mereka?ALLAH tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim (86)

Balasan mereka itu ialah ditimpa laknat ALLAH,para malaikat,dan manusia seluruhnya, (87)

mereka kekal didalamnya,tidak akan diringankan azabnya,dan mereka tidak diberi penangguhan,(88)

kecuali orang-orang yang bertaubat setelah itu,dan melakukan perbaikan,maka sungguh,ALLAH Maha Pengampun Maha Penyayang (89)

(surah `Ali `Imran 3:85-89)

Asbabun Nuzul ayat 85-89
Ibnu `Abbas berkata,"Suatu ketika Harits bin Suwaid yang masuk Islam kembali murtad.Setelah itu ia menyesal dan mengutus seseorang,
"Tanyakan kepada Rasulullah,apakah aku masih mempunyai kesempatan untuk bertaubat?"Atas hal itu ALLAH lalu menurukan kelima-lima ayat ini.
(HR Nasa'i,Ibnu Hibban,dan Hakim)

Anonymous said...

ak pnh g crmh yg ckp psl ayt Allah xkn ampunkan dosa org syirik nih..dlm erti kata laen jgk org yg tgh syirik 2 kalo dia trsepak batu ke tergolek jatuh ke dosa dia still xdiampun melainkan dia bertaubat compare ngn org yg xsyirik nih insyaAllah diampun dosa2 kcilnya di ats ksusahan yg dia alami 2!wallahualam...:)

ima said...

ak terharu dengan pengorbanan kamu. hihi. tq!

Sapelah aku said...

Assalam..aku baru tahu kewujudan blog ni dari kawan yg katanya kenal sdr hamka ni. Jadi setelah membaca sedikit dari sebilangan banyak perkara yang telah ditulis tertarik aku nak memberi komen berdasarkan secebis ilmu yang aku belajar dari mula kenal huruf jawi sampai dada masih bernafas ni. Memang benar Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik. Syirik boleh terjadi dalam banyak bentuk:
1) mengakui ada kuasa lain yg lebih hebat drpd Allah
2) mengakui ada agama lain yang lebih baik dari Islam
3) mengakui ada sistem kehidupan lain yg lebih baik dari sistem kehidupan yg ditunjukkan oleh Allah dalam Al Quran dan Sunnah Rasulullah...
Ini hanya berdasarkan ilmu aku yang secebis...

mujaheedin said...

ummmm
pegi la buat keluarkan semua makhluk dalam hati...
kalau hari2 citer pasal awek...
dari A-Z kita tau pasal awek...
jadi korang nak tau tentang apa paling utama dalam hati...
slalu2 lah citer pasal tu ok...
i talk for myself also...
asyik ckp pasal pompuan je "saya"
doa untuk saya please
supaya dapat jauh dari fitnah wanita..
lemah la kene peluru wanita ni...
adooooooiiiiii...

mujaheedin said...

nisa'
nisa'
nisa'

hamka said...

(korek hidung sikit..)

mujaheedin said...

a long time ago in a land so far away...

ada sorang ustaz dgn student madrasah dia...

dorang pergi supermarket nak shopping barang dapur...

suddenly ada dialog mcm ni

ustaz : "assalamualaikum cik..braper harge sume barang...ni kad tesco saya...dah banyak point dah dalam tu.."

cashier :"waalaikummussalam..sumer skali 50 ringgit"

ustaz : "nah duitnya"

(ustaz membuka uncang dan kuarkan sekeping 50 ringgit note)

(cashier amik duit tu dan scan dkat bawah lampu neon biru) alaaa mesin kesan duit palsu tu.

cashier : "alamak ustaz ni duit palsu ni..kami tak terima duit palsu"

(ustaz terus pengsan dan tak sedarkan diri)

(plajar2 madrasah telah papah ustaz tu dan bawak dia balik dan bayar pakai duit dorang dlu)

(bila ustaz tersedar)

ustaz : "where am i" (with eyes blinking)

plajar : "ustaz kenapa ustaz pengsan tadi" "kalau ustaz takde duit kitorang leh bayarkan dulu,kenapa mst pengsan"

ustaz : "saya pengsan kerana saya risau"

ustaz : "kalaulah di akhirat kelak saya ingin tunjukkan iaman saya pada Rabb"

ustaz : "saya takut iaman saya akan dikatakan palsu dan tidak diterima Rabb saya"

ustaz : "saya tak tau nak duk mana kalau iman saya palsu and been rejected"

(sumer orang tertunduk dan ustaz menangis tahap gaban)

"DAH TAMMAT"
dah tammat versi p ramlee

mujaheedin said...

korang penah dengar tak ceramah kat masjid bgtau

kalau kita percaya ubat panadol yg menyembuhkan kita

kita telah mensyirikkan Allah

pidicoco said...

oooo..