Dec 23, 2015

Dari mana manusia datang?

(Contoh Surat Rasmi anak masuk tingkatan satu menyusul di bawah, sebelum tu layan soalan anak anak sekejap)

“Ayah, kenapa kemaluan lelaki dan wanita tak sama? Dulu saya pun ada zakar lepas tu kena potong ke?”

Tanya satu satunya anak perempuan aku, adik beradiknya yang lain semua lelaki. Jawab aku:

“Memang Allah buat berbeza, sebab orang perempuan bila besar, akan mengandungkan baby, lepas tu dada orang perempuan berbeza dengan lelaki kerana baby akan minum susu dari situ, dan tentang kemaluan perempuan berbeza pulak, sebab dari situlah baby akan keluar”

“Wahhh, macam mana tu? Tentu sakit?”

Tanya lagi anak perempuan dengan aksi muka menahan sakit. Terang aku panjang lebar:

“Hah! Itulah kuasa Allah, dari tempat yang sempit, boleh keluar manusia, sekali tengok macam tak logic manusia akan keluar dari kemaluan wanita, tapi bila sampai masanya, Allah akan buka laluan, dan baby akan keluar laju macam air. subhanAllah, pesan ayah, Adik N, jagalah kemaluan orang perempuan, jangan masukkan apa apa dalam tu, dan jangan biarkan siapa siapa masukkan apa apa dalam tu, jika luka nanti, bersalin akan lebih sakit. Jika kemaluan di jaga elok, lepas baby keluar nanti, kemaluan wanita akan kembali rapat macam biasa, dan orang perempuan akan dilupakan sakit bersalin, tak macam lelaki, sakit bersunat macam kena gigit semut jer, tapi bila di tanya nak sunat lagi tak? semua tak nak, tapi orang perempuan, sakit bersalin macam mati hidup semula, tapi lepas dapat anak, nak beranak lagi, macam Bonda kamu, dah 5 orang anak dan nak lagi tu!”

Anak perempuan aku senyum, dan berkata:

“Bagus jugak, Adik N nak sangat adik perempuan”

Lepas si anak diam sekejap, akhirnya dia membuat kesimpulan dari perbincangan kami tadi:

“hmmm, patutlah berbeza kemaluan lelaki dan perempuan, jika baby keluar ikut zakar, tentu pecah semua, kan Ayah?”


Woha!

Dec 17, 2015

Dinasour ciptaan yang sia-sia?

(Even some of the dinosaurs may have gotten involved in some of this, I think it would be quite rare and a very small and insignificant contribution. But another theory holds that more oil was in Earth from the beginning than what's been produced by dead animals, but that we've yet to tap it. -William Thomas, a geologists at the University of Kentucky)


Anak anda mungkin akan bertanya: “apa akan jadi jika patung mainan mereka hidup waktu orang tak ada, dan pura pura tak bergerak bila ada manusia?”

Lalu geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Toy Story yang mengisahkan dilemma permainan lama (watak coyboy) diabaikan oleh tuannya selepas mendapat mainan baru pahlawan angkasa.

Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.

Kemudian anak anda mungkin akan bertanya soalan lain:

“apa akan terjadi sekiranya bayangan hantu yang muncul bawah katil dan belakang almari itu benar-benar wujud?”

Sekali lagi, geng animasi Pixar menjawab soalan ini dengan filem Monster inc yang mengisahkan sebenarnya makhluk jin ini bertugas untuk mendapatkan jeritan kanak-kanak yang takut sebagai sumber tenaga elektrik mereka, dah tentu Jawapan pihak animasi adalah dalam bentuk filem fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik.

Di lain waktu, si anak akan bertanya lagi:

“hari hari tengok ayah dan Bonda buang sampah, apa akan jadi di masa hadapan apabila dunia ini penuh dengan sampah?”

Maka geng Pixar yang dimiliki oleh Stave Jobs ini menjawab soalan ini dengan filem sains fiksyen Wall E yang mengisahkan manusia telah berpindah ke kapal angkasa dan bumi di tinggalkan robot pengurus sampah. Manusia di zaman itu semuanya gemok dan tidak mampu berjalan kerana 24 jam hidup depan computer on line. Dramatik sunnguh!

Terkini, pernah anak aku tanya:

“apa akan jadi jika tahi bintang yang besar tidak pernah jatuh menimpa bumi?”

Aku jawablah, mungkin dinasour tidak akan pupus dan ada Jurassic park macam zoo Negara.

Rupanya, soalan ini dah lama di tanya oleh anak anak dari Barat, sehingga geng animasi Pixar keluarkan filem fiksyen terbaru mereka, The Good Dinasour.

Jawapan pihak animasi sudah tentu dalam bentuk fiksyen semata-mata, dan tujuannya untuk hiburan dan sedikit elemen kekeluargaan dan beberapa nilai murni yang baik dan mungkin mereka yakin dengan teori evolusi berkenaan manusia berasal dari berok, maka watak manusia di gambarkan sedikit macam berok tapi menyalak macam serigala, tidak boleh bercakap dan baru nak ada akal, manakala sesuai dengan teori evolusi, dinasour pulak yang hidup berjuta tahun di gambarkan mempunyai akal seperti manusia dan bercakap sesama mereka.

Dalam filem itu, Dinasour berleher panjang yang memakan sayur di gambarkan pandai bercucuk tanam, manakala T rex yang suka makan daging di gambarkan menternak kerbau sebagai sumber makanan. Manakala manusia pula mencuri hasil tanaman dari dinasour, adohai..

Tapi itulah, jika benar manusia berevolusi dari binatang, kenapa ikan paus yang dah lama hidup tidak ada akal seperti manusia, kenapa belangkas yang dah wujud berjuta tahun tidak cerdik macam manusia, dan kenapa manusia tiba tiba tidak berbulu macam berok, dan kenapa hanya manusia yang ada akal dalam seluruh kehidupan di dunia ini?

Ops, tak payah serius sangat, itu hanyalah filem animasi fiksyen, hanya hiburan ringan sekeluarga, anak aku menangis sewaktu dinasour hijau cerita pada manusia ayahnya mati, tapi manusia cerita ibu bapanya semua mati, dan di akhir cerita, teresak esak anak perempuan aku menangis waktu mereka terpaksa berpisah.

“tapi ayah, ada kawan kat sekolah cakap, dinasour tak wujud, semua itu adalah konspirasi yahudi untuk lupakan ummat islam kepada Nabi adam! Jika benar dinasour wujud, kenapa Nabi adam tak jumpa dinasour?”

Tanya anak yang darjah 4, aku jawab elok elok:

“dinasour ni wujud sebelum Nabi adam datang, bukti dinasour wujud adalah pada tulang yang ahli kaji jumpa”

“tapi kan ayah, jika dinasour pupus sebelum Nabi adam, apa guna Allah cipta dinasour, sebab tak ada tujuan? Bukankan ciptaan Allah tak sia sia?”

Tanya anak darjah enam pulak, jawab aku:

“Ada banyak teori tentang kejadian alam, ada teori yang mengatakan minyak yang ayah isi dalam kereta hari ini adalah terhasil daripada ribuan makhluk zaman dahulu termasuk dinasour, so tak sia siapun ciptaan Allah ini”

Anak angguk angguk setuju. Aku sambung lagi hujah:

“Sebab tu dalam filem animasi Pixar, jika mereka pergi stesen minyak, logo stesen minyak adalah dinasour dan nama stesen minyak adalah Dinaco!”

Anggukkan anak semakin laju. Now you know.

Ps: Agak mencabar menjadi ayah di akhir zaman ini, hu hu hu..


Dec 3, 2015

Cemburu sampai syurga?

(Tanya sama Abang kereta mayat)
Hantaran Perkahwinan-Selamat pengantin baru

Soalan pembaca:

As salam. Tuan hamka. Saya tak pasti camne nak mulakan bicara. Tapi saya tak tau nak tanya sape. Saya suka mengaji. Dah banyak kali khatam. Tapi saya jarang membaca tafsir. Saya cuma faham makna beberapa surah je. Baru2 ni saya terpanggil untuk baca tafsir secara mendalam. Saya buka surah ar rahman. Dan, ternyata surah tu asyik cerita pasal bidadari. Saya musykil, adakah nikmat2 syurga hanya untuk lelaki? Harap tuan dapat bantu saya.

Jawab Hamka Kereta Mayat:

Salam, Al quran ada banyak ayat, antaranya:

Mereka memperoleh apa yang mereka kehendaki pada sisi Tuhan mereka. Demikianlah Balasan orang-orang yang berbuat baik” (Az-Zumar : 34)

Mereka di dalamnya memperoleh apa yang mereka kehendaki; dan pada sisi Kami ada tambahannya” (Qaaf : 35)

Ayat ni guna perkataan mereka : merujuk lelaki dan wanita, akan dapat apa saja yang nak dalam syurga, so takde masalah Allah nak bagi lelaki perfect 10 kat ahli syurga, nak bagi suami klon yang sempurna dan lain lain yang di luar jangkauan otak, usaha kita masukkan diri dalam syurga, bukan fikir dalam syurga nak buat apa, Allah Maha Adil, 100 orang bunuh orang di dunia, hanya kena hukuman satu kali mati di dunia, tapi di akhirat, 100 orang akan tuntut kejahatan yang mereka lakukan, begitulah sebaliknya dalam berbuat kebaikkan..

Bab suami di syurga, ada kisah bila suami masuk dalam syuga dia pun tengok biadadari cun dan nak  terkam macam puan risau, tapi bidadari cakap cuba tengok ketua bidadari iaitu isterinya. Sekali bila suami tengok Puan isteri, maka kecantikkan Puan isterinya adalah berates kali ganda lebih cantic buatkan si suami hilang nafsu melihat bidadari lain, wallahu’alam.

Jawab pembaca:

Thanks banyak-banyak tuan. Hari ni hati saya sangat lapang. Sebelum ni tiap-tiap malam saya sedih bila pandang suami. Sebab saya takut suami saya nanti asyik layan bidadari aje.


Woha!

Nov 27, 2015

Islam Bukan Pengganas Dan Amarika bukan Dajjal?

(I'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST, are you ANTICHRIST?)

Sempena lawatan Obama ke Malaysia, di wall FB berdengung dengung dengan kebencian sebahagian pengguna FB yang beragama Islam pada Amarika, lalu tersebarlah berita bahawa Obama ketua freemason dan ilmuniti yang menyembah syaitan dan bakal melepaskan Dajjal.

Beberapa minggu yang lepas juga, selepas serangan pengganas di Paris, di wall FB juga berdengung dengung dengan kebencian sebahagian pengguna FB yang kafir pada orang Islam, lalu tersebarlah berita bahawa orang Islam adalah pengganas kerana ajaran jihad adalah melakukan keganasan.

So siapa betul dan siapa salah atas tuduhan di atas?, bagi orang yang waras, kedua dua tuduhan di atas adalah salah, bagi yang kurang waras, salah satu betul dan salah satu salah, bagi yang tidak waras, maka kedua duanya betul-adohai..

Ok, siapa aku nak tegur dulu?, hmmm, aku tegur orang kafir dulu lah kot.

Salam sejahtera kepada semua bukan islam yang sudi baca blog ini.

Sebagai orang Islam yang lahir dalam keluarga Islam, mendengar korang orang kafir menuduh kami adalah pengganas adalah sangat tidak masuk akal. Apatah lagi yang menuduh tu adalah orang kafir yang bergelar wartawan, ada common sense, ada etika penulisan, ada ijazah diploma, tapi bila melapor bab terrorist, terus di lebel Islam adalah terrorist, alangkah jahilnya anda wahai wartawan kafir yang jahil tentang Islam.

Cuba korang bawa fakta tentang jihad, dan jumpa orang islam sendiri dan sahkan dakwaan anda. 
Ternyata ayat Al quran yang korang petik hanya di rujuk dari segi teks, dan bukan konteks,

Korang tahu tak? al quran itu turun berperingkat-peringkat, turun dengan ada sebab musabab, ada peristiwa, maka nak tafsir ayat kena tengok kepada sebab musabab dan peristiwa, maka itulah yang jadi kepada salah tafsir wartawan barat berkenaan ayat Motivasi jihad dari Allah seperti berikut...

“Apabila kamu bertemu dengan orang-orang kafir, Maka pancunglah batang leher mereka. Sehingga apabila kamu telah mengalahkan mereka, Maka tawanlah mereka dan sesudah itu kamu boleh membebaskan mereka atau menerima tebusan sampai perang berakhir...”

[QS Muhammad 47:4]

Jadi bila nak tafsir, kena faham ayat ini turun kepada siapa dan pada waktu bila, iaitu jika bukak kitab tafsir, ayat ini turun pada waktu Perang Uhud, Ayat ini adalah motivasi kepada orang Islam yang sedang sengit berperang..., jadi ayat tu tak salah.. Nak galakkan orang berperang tak kan nak cakap macam nak ajak makan, nak ajak kahwin, kena faham KONTEKS di sebalik TEKS!!

Dua tiga bulan yang lepas, ada serangan Bom di Thailand, bila siasat ternyata warga USA beragama Kristian. Tapi media tidak menyebutkan sebagai Teroris kan? Tapi bagaimana jika pelaku beragama islam? Habislah berita double standard akan keluar, adohai..

Padahal, ikut etika korang, aku boleh tuduh orang Kristian yang bom di Thailand sebagai pengganas dengan merujuk atay dari kitab BIBLE,

"(Jesus Said:) Do not think that I have come to bring peace to the earth; I have not come to bring peace, but a sword. For I have come to set a man against his father, and a daughter against her mother, and a daughter-in-law against her mother-in-law; …

[Matthew 10:34-39]

Boleh sajer dari ayat ini, aku tafsir Jesus ajar orang Kristian sebagai pengganas sebab nak rosakkan muka bumi ini dengan cara anak sembelih bapak, mak sembelih anak, bunuh menaatu dan sebagainya, tapi aku bukan hentam kromo macam korang yang konon ada etika, aku fikir secara positif iaitu pembunuhan anak beranak ini mungkin di sebabkan perbezaan ugama, macam kes para Sahabat Nabi yang berperang dengan orang kapir yang juga terdiri daripada kaum keluarga sendiri.., itu takde masalah,

Maka,  sebagaimana korang tak boleh TAFSIR suka hati Al Quran orang Islam, begitu jugaklah aku tak boleh TAFSIR suka hati kitab korang, ini etika, jika tak faham sila bawa hujah bersama bukti dan jumpa orang islam yang layak, jangan sebarkan api kebencian.

Padahal jika rujuk sejarah, orang bukan Islam jauh lebih ganas dan kejam,

Hitler di Jerman adalah seorang penganut Kristian, bunuh berjuta yahudi, tapi tak ada pun media yang lebel beliau sebagai "Christians terrorist", sebab ajaran kritian bukan begitu.

Rujuk Joseph Stalin atau Uncle Joe, beliau telah membunuh lebih 20 juta manusia dan termasuklah 14.5 juta mati disiksa dengan kejam.

Mao Tse Tsung dari China, 18  juta orang telah dibunuh di atas arahannya.

Benito Mussolini dari Italy, membunuh hampir 400 ribu manusia.

Asoka dalam peperangan Kalinga di India membunuh 100 ribu manusia termasuk adik beradiknya

George Bush Embargo di Iraq, hampir setengah juta kanak-kanak mati terbunuh.

Belum cukup lagi info? Rujuk Perang dunia pertama - 17 juta kematian!, Perang dunia kedua – 50 juta kematian!, Bom Nuklear di Hiroshima dan Nagasaki - 200 ribu kematian! Perang di Vietnam - 5 juta kematian!, Perang di Bosnia Serbia - 5 juta kematian!, Perang di Iraq - 12 juta kematian!, Perang di Kemboja - 3 juta kematian! Etnik Rohingya Di Myanmar dan banyak lagi..., siapa yang mulakan perang yang penuh kejam itu? Semua bukan orang Islam!

Tapi kenapa mereka semua tidak di lebel sebagai pengganas?, kerana kita sebagai orang yang waras cukup faham, orang yang sesat dan bertindak dengan cara yang salah tak ada kena mengena dengan agamanya,

Sekarang, IS telah di fatwa sesat oleh ramai ulamak dan Negara Islam, malahan IS sebelum serang Paris, sudah beribu ribu orang Islam di bunuhnya, ketahuilah, di Malaysia yang ramai orang islam, berapa peratus yang mati kerana perbezaan agama, malahan mati sebab nyamuk dan kemalangan kereta jauh lebih ramai sebab bukan ajaran Islam membunuh sesama Islam.

Datanglah dan fahamilah Islam wahai orang kafir sekalian, sesungguhnya, Islam adalah agama kedamaian, tapi bila ada yang taksub dan tersesat lalu memilih jalan yang salah, mereka mengkafirkan orang islam yang tidak sependapat atau menyokong mereka, lalu terbunuhlah orang islam dan bukan islam.

Kita semua adalah mangsa pengganas, datok moyang kita mangsa perang dunia pertama dan kedua, dan kini perang melanda lagi, marilah kita mencari jalan kedamaian, kerana perperangan akan merugikan semua pihak, kalah jadi abu, memang jadi arang..

Ok, sebelum undur diri, suka aku petik dialog dari filem My Name is Khan, I 'm MUSLIM and I'm not a TERRORIST. Babak Shah Rukh Khan bertemu Obama:

President Barack Obama: Mr Khan, it's good to see you hale and hearty. You on TV more than me now, huh?

Shah Rukh Khan: You already know my name?

President Barack Obama: Yes I do. Your name is Khan,And you are not a terrorist.

Shah Rukh Khan: Oh no, no, I'm not a terrorist. And this is my son. He was not a terrorist either.

Woha!

Ok, habis sudah pencerahan “orang islam bukan pengganas” kepada bukan Islam, sekarang aku nak tegur berkenan “Amarica bukan Dajjal” kepada orang Islam. Sila berlapang dada, jika ada salah apa yang aku tulis, tegurlah di ruang komen, aku akan baca semua koman, InsyaAllah.

Asalamuialakum semua orang Islam yang sudi baca blog ini.

Baik, jika sebelum ini, orang kafir yang bergelar wartawan, ada common sense, ada etika penulisan, tapi bila melapor bab terrorist, terus di lebel Islam adalah terrorist, maka alangkah jahilnya mereka tentang Islam.

Maka dalam dunia Islam pula, ada orang bertaraf, Ustaz, Pensyarah, pelajar university, blogger islamik, tapi bila bercerita bab Amarika, terus keluar tuduhan yang bertentangan dengan Hadis, iaitu, Obama ketua freemason dan ilmuniti yang menyembah syaitan dan bakal melepaskan Dajjal.

Ini bukan cerita lama, minggu lepas aku post kisah Jake Hays anak seorang freemason yang beragama Islam yang menafikan Freemason menyembah dajjal, menafikan Amarica adalah dajjal berdasarkan bukti yang jelas. 

Tapi di ruang komen, ada yang paste kata-kata ustaz dalam ceramah, Amarica adalah dajjal sebab duit Amarika ada logo poramid dan mata satu! Ada yang komen anggota freemason meyembah syaitan dan mendapat arahan daripada Dajjal untuk menguasai dunia, lalu kaitkan MH370, MH17, dan semua peristiwa dunia dengan perangcangan Dajjal, adohai..

Sama seperti nasihat aku pada wartwan Islam yang jahil tentang Islam agar datang jumpa orang Islam dan belajar tentang Islam dari orang Islam sendiri, supaya jangan ambik berita dari sumber yang tak soheh seperti FB sharing dan Blog sampah.

Maka nasihat yang sama aku tujukan pada ‘ustaz’ atau pensyarah, atau blogger islamik pada yang jahil tentang isu dunia agar datang jumpa orang bukan Islam, jumpa anggota freemason dan belajar tentang freemason dari orang freemason sendiri, sesuai dengan perintah Allah dalam surah Al hujarat, yang suruh siasat. Baru betul.

Dan jika korang ada bukti yang freemason nak lepaskan Dajjal, freemason sembah syaitan, maka boleh buat report polis, boleh buat aduan pada Jakim, boleh buat solat hajat, boleh tunjuk perasaan depan Markas mereka, ada banyak markas mereka di Malaysia, dekat Kelantan pun ada. Jika anda dipihak yang benar, pasti hak akan menang, bawa bukti dan suruh parti politik masukkan dalam manifesto untuk haramkan freemason  dalam pilihan raya akan datang.

Aku bukan nak sokong freemason dan Amarica, Nauzubillah sokong orang kafir buat apa?

Tapi bila korang berhujah yang bertentangan dengan hadis, aku terpaksa tegur, macam dulu, ada orang islam yang email aku katanya Sai baba adalah Dajjal, Satelit Rusia yang ada huruf KFR di badannya adalah Dajjal, FB adalah Dajjal, video Arrivals cakap Amaeica adalah Dajjal, malahan ada juga dakwaan Yakjud dan Makjud adalah Amarika, dan terkini, aku baru update minggu lepas, dakwan bahawa kamara adalah Dajjal sebab mata satu, tapi semua tuduhan ini bertentangan dengan hadis.

Sekarang Sai Baba dah mati, satelit KFR buatan Russia dah jatuh, Kamera untuk filem 3D sudah ada dua mata, dan terkini, Amarika datang ke Malaysia Negara Islam dan mendengar Datok Najib bertungkus lumus menerangkan betapa IS itu bukan mewakili islam dan Amarika bersetuju jadikan Malaysia Negara Islam contoh yang bukan pengganas.

Suka aku petik Nasihat bekas Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir hadis sesuka hati:

“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu. Semua ini menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi tak pergi tengok Ibnu Shayyad untuk pastikan dia Dajjal atau tidak. Ini semuanya menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia.Makhluk. Hadis Tamim adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk. Kadang-kadang orang ini seronok simbolik. Amerika itu nampak sebelah mata, itulah Dajjal. Dia rasa dia pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis, salah sebutan hang tu."

Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:

“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman kita betul”

Sebanarnya, aku tak pelik bila ada orang islam menfitnah Amarica adalah dajjal, freemason sembah syaitan, Russia cipta Dajjal dalam bentuk Satelit dan sebagainya sebab dalam Jemaah sesama Islam, aku pernah dengar ceramah ada ustaz cakap, Jemaah tabligh adalah ejen yahudi dan agenda British nak lemahkan ummat Islam, Jemaah Tabligh di taja oleh freemason untuk buat orang Islam tinggalkan mengundi dan bagi parti kafir memerintah.

Jadi cuba bayangkan? Jika Jemaah dalam agama islam seperti Jemaah Tabligh pun boleh di fitnah oleh tokoh bertaraf ustaz, pensyarah Universiti, Blogger islamik, maka apa sangatlah orang awam macam kita ni selamba nak fitnah freemason, fitnah Vaksin, fitnah teknologi, fitnah orang kapir, fitnah parti politik, fitnah produk makanan, fitnah kerajaan, fitnah pembakang dan macam macam dosa sedangkan dalam islam menfitnah adalah haram tak kira orang yang kita fitnah tu islam atau kafir!

Aku tak bela orang kafir di sini, aku sayang orang islam kat sini, sebab tu aku suruh siasat sebelum menfitnah! Jika terbukti bersalah kena hokum, tak kira dia kafir atau islam, Nabi sendiri cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri potong tangannya,dan ada kisah saidina Ali lepaskan orang yahudi yang mencuri baju besinya kerana tak ada saksi, so jelas Islam tak amalkan dikriminasi.

Jadi, Sebagaimana kita yakin orang Islam bukan pengganas, sebegitulah orang bukan Islam di Amarika yakin mereka bukan penyembah syaitan atau Dajjal.

Bila kita share berita yang kononnya dajjal sedang mengawal dunia, dan Dajjal itu adalah Amarica, tentu menguntungkan mereka sebab Nampak macam dajjal ni hebat sangat, padahal dalam Al quran Allah berfirman, mereka merancang, Allah juga merancang, dan Allahlah sebaik-baik perancang.

Orang kafir kuat, bukan sebab mereka kuat, tapi orang kafir kuat sebab orang islam berpecah belah dan saling bergaduh, sila rujuk hadis sewaktu Nabi doa tiga perkara yang ada cerita bab ini.

Akhir kata, bersatulah orang Islam, mulakan dengan solat Jemaah, jangan solat asing asing, itu bukan Sunnah dan punca Islam menjadi lemah, kemudian bersatulah dalam dakwah, dakwah cara Nabi, itulah kekuatan Islam yang sebanar.

Sekian.


Ps: Nota untuk orang Slow, Entry ini tidak suruh anda masuk freemason, tidak suruh anda sokong yahudi atau Amarika, (Nauzubillah) tapi suruh anda siasat semua berita yang sampai kepada kita kerana di akhir zaman banyak fitnah, maka elakkan diri dari fitnah agar tidak menyesal di akhirat kelak. Entry ini juga menggalakkan umat islam bersatu dengan cara Solat berjemaah dan Dakwah cara Nabi-Wallahu’lam.

Ps2: Jika orang bukan Islam yang baca entry ini, memang entry ini suruh anda masuk Islam. Dan bersatulah dengan orang Islam yang solat berjemaah dan berdakwah cara Nabi. InsyaAllah.

Nov 21, 2015

Justin Bieber tentera Dajjal?

(Masih korang ingat cerpen yang bertajuk "Freemason dan Illmunity telah buat sebahagian manusia lambatsolat Jemaah hari ni"?)

Kisah itu bersambung lagi, lokasi masih sama di beranda surau, kali ini poster yang menfitnah Upin dan Ipin telah di ganti dengan poster baru, Freemason adalah Dajjal, di tanpal oleh Asraf budak tingkatan satu.

Lantas..

Okey sebelum itu, mana-mana kampung pun ada orang gila, tak ketinggalan di kampung Semusim Di Syurga ini. Lantas terlihat di mata aku Pakcik Wok Yoh sedang membebel isu dajjal, aku yang baru ambil wudhu, malas nak berdebat dengan orang gila, aku terus dudukkan diri  dekat mesin air tapis sambil lunjurkan kaki ke arah Asraf dan kawannya yang sedang mengadap Pakcik Wok Yoh, dengan tangan bersilang, aku tutup mata dan pasang telinga layankan bebelan Pakcik Wok Yoh.

“Apa ni tuduh Freemason Dajjal semua ni!

Freemason yang korang kaitkan dengan The Secret Society kononnya, nak jadi Organisasi Rahsia apa kejadah, sebab rahsia dia semua pakar teori konspirasi dan sebarkan.  Korang tak tengok ke dokumentari "Hunting The Lost Symbol" yang  membantah dakwaan salah oleh Dan Brown dalam novel beliau, "The Lost Symbol" mengenai Freemason, Mark Koltko-Rivera seorang Master Mason menyebut:

"Di era abad ke-21 ini, menepati ikrar secara rahsia adalah suatu yang penting.  Kejayaan tidak dapat dicapai dengan cara engkar ikrar dan menikam di belakang kawan, itu langsung tak membantu memajukan masyarakat, tidak membina tamadun. Jadi, salah satu tujuan Kerahsiaan Mason adalah melatih seseorang menepati ikrarnya walau sekecil-kecil perkara hingga akan membentuk sikap menepati ikrar pada perkara yang besar."

Jadi korang semua, cerita bab rahsia ni, ianya bukan lagi perkara asing bagi mana-mana gerakan di dunia. Dalam banyak gerakan Islam juga antara disiplin yang sering ditekankan adalah menjaga Kerahsiaan Jemaah. Zaman Nabi ada sahabat yang bertugas menulis rahsia. So apa masalah?

Bila rahsia ni cuba ditafsir oleh pengtaksub teori kospirasi, itu yang keluar semua dajjal sebab nak sedapkan jalan cerita, cuba rujuk bab konspirasi di Malaysia kita, parti-parti politik seperti UMNO atau PKR, atau PAS juga sering dihambat dengan pelbagai teori-teori konspirasi politik. Manusia lemah suka mencipta teori untuk menutup plot hole setelah dipercayai gagal menyawab banyak persoalan atau sekadar nak jatuhkan musuh seteru politik! Jadi tafsir freemason adalah dajjal sangat mengarut, gila!

Korang tak tahu agaknya, di Kelantan pun ada freemason punya markas, dan ada orang islam yang masuk freemason macam anak korang masuk pengakap, eh? Pengakap pun ada rahsia jika korang nak tahu!”

“eh? Kenapa pakcik beria ria membela orang kapir?!”

Tanya asraf sambil di angguk oleh kawan-kawannya, Pakcik Wok Yoh pun berhujah:

“Bukan masalah bela orang kafir, tapi dalam Islam ajar, kita tak boleh menfitnah, walaupun orang kapir..

Pakcik bukan nak cerita apalah, cucu pakcik di Amarika telah menyertai Freemason, dah  6 tahun lepas. Amalan agama dia pakcik tengok tidak terjejas, begitu juga tidak pernah pakcik Nampak dia mengamalkan apa-apa khurafat. Apa yang pakcik Nampak, dia diajar untukmenguatkan lagi akhlak dan moral yang sudah diajar dalam Islam.”

“habis tu macam mana ramai ustaz ceramah kara freemason dan Amarica adalah dajjal?”

Tanya kawan asraf, jawab Pakcik Wok Yoh.

“Korang tahu dari mana asalnya sejarah freemason di kaitan dengan dajjal?. Sebenarnya sama macam anti vaksin yang di mulaik oleh orang Kristian yang kemudiannya di islamkan oleh pengtaksub konspirasi, maka anti freemason juga di mulai oleh orang Kristian yang kemudianya di islamkan oleh orang islam, bacalah Wikipedia, ada cerita detail bab ni, lain kali rujuk sumber yang soheh dan pelbagai, bukan setakat dengar ceramah sahaja! Lagipun, korang tak pernah dengar ustaz ceramah kata Jemaah tabligh sesat, ejen yahudi dan agenda british? Tak kan semudah tu korang nak telan semua berita!”

Wah marah benar pakcik Wok yoh dengan orang yang fitnah tanpa fakta walaupun fitnah pada orang kafir.

Orang gila kadang bila berhujah, terbuka juga mata dan minda kita, mungkin pakcik Wok Yoh sebelum gila dulu suka mengkaji tulisan  ustaz ustaz yang cuba menafsir siapakah Dajjal menerusi maksud-maksud tersirat dalam hadis yang menafsir kepada Amarika adalah dajjal, tapi bila di kaji Amerika itu ditubuh oleh beberapa tokoh Mason yang asalnya dari Eropah sebagai The Founding Fathers, pulak?

Aku pernah dengar ceramah dari ustaz lain, Freemason tak mungkin adalah Dajjal seperti dakwaan siri The Arrivals. Sebab Dajjal ni Nabi pun tak tahu bila muncul, tapi kita buatkan seolah freemason ni boleh tahu dajjal bila nak muncul, seolah nak bagitahu, hebat orang kafir, boleh tahu dajjal kat mana, dan sembah dajjal dengan buat kumpulan freemason, cuba rujuk youtube, sesuai dengan apa yang dipegang oleh Dr Asri, Dr Bilal Philips, Ustaz Azhar bahawa segala dalil dari hadis menunjukkan Dajjal adalah seorang manusia.

Tapi di internet, ramai blogger dakwah yang menulis Freemason sebagai pasukan Dajjal. 'Mata Satu' dalam simbol Freemason sebagai "The all seeing eye" yang didakwa sebagai mata Tuhan oleh mereka, didakwa oleh blogger tersebut sebagai Mata Dajjal. Ertinya kita faham rami blogger konspirasi menganggap Freemason menyembah Dajjal, Namun blogger tersebut kuja ada menulis bahawa Freemason berasal dari The Knights Templar, dan The Knights Templar pula menyembah Baphomet,tuhan berkepala kambing yang menghasilkan simbol pentagram syaitan yang selalu dikaitkan dengan gerakan pemujaan syaitan.

Dalam tulisan lain, freemason juga di katakana pemuja-pemuja kepada dewa-dewi lama. Di sini kelihatan jelas, golongan pengkaji 'dajjal' atau 'freemason' tidak begitu tegas dengan pendirian mereka. Siapa Dajjal pada pendirian mereka, Dajjal adalah golongan Mason, atau Dajjal adalah tuhan yang disembah Mason, atau Dajjal itu adalah Baphomet berkepala kambing, atau Dajjal itu dewa-dewi lama yang dipuja Illuminati.

Mungkin sebab itu kot, pakcik Wok yoh telah mereng bab ini, bila kaji lama lama, adohai..
So pesna aku, kita boleh berbeza pendapat, tapi jangan kita bergaduh dan kafirkan orang yang tak sependapat dengan kita, kita jangan paksa orang percaya apa yang kita percaya, kita boleh bagitahu, tapi jangan taksub, contoh: siapa tak percaya freemason adalah Dajjal, maka dia adalah kafir!

Aku ulang pesan ustaz lain dalam bab ni:

Nasihat Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir hadis sesuka hati:

“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu.Semua ini menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi tak pergi tengok Ibnu Shayyad (untuk pastikan dia Dajjal atau tidak).Ini semuanya menunjukkan Dajjal adalah orang (seorang manusia).Makhluk. Hadis Tamim adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk.Kadang-kadang orang ini seronok simbolik.Amerika itu nampak sebelah (mata), itulah Dajjal.Dia rasa dia pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis,salah sebutan hang tu."

Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:

“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman kita betul”

So nasihat aku, bila dapat satu berita, jangan share terus, siasat dulu, Allah dah suruh lama dalam surat Al hujarat ayat 6. Siasat bila dapat berita, ini tidak terus share merata rata tanpa rasa apa-apa, adohai..

Memang ada di sudut dunia ini orang yahudi yang jahat, (rujuk ayat Al quran) dan di dunia ini juga ada orang islam yang jahat, (rujuk hadis) sebab ada orang islam yang jahatlah maka hulum hudud di turunkan untuk hokum orang islam yang jahat, maka berhati hatilah kita, jangan kafirkan dan fitnah orang, hanya sebab mereka tidak sependapat dengan kita.

Akhir zaman ini, dalam bab freemason ni aku tengok, orang kita sibuk kaji filem Hollywood, sibuk kaji lagu Hollywood lalu tafsir makna tersirat di sebalik filem dan kagu dari barat dan kaitkan dengan freemason dan Dajjal. Sepatutnya kita mengkaji Al quran dan Hadis, kaji kisah sahabat, tapi terbalik pulak, kaji filem barat yang melalaikan untuk bongkar dajjal dengan tujuan dakwah? Adohai..

“habis tu pakcik, memang ada kajian yang menunjukan artis barat tu anggota mason dan membawa mesej dajjal!”

Terdengar hujah dari asraf, pakcik Wok Yoh diam, dan kawan asraf mula berhujah:

“pakcik kenal Jay Z?  Dalam albumnya, Empire State of Mind , terdapat salah satu lagu populer Jay Z, dalam baris ketiga Ia jelas mengatakan Jesus tidak menyelamatkan Anda, Hidup dimulai ketika gereja berakhir.., lepas tu waktu berduet dengan Rihanna, Jay Z menyebutkan Rocafeller pada lagu ''Umberella'', Rocafeller tu ketua freemason seorang yahudi, dalam lirik umberella tercantum ''when the sun shines well shine together'' ini bermaksud penggabungan antara dewa Horus dan Ra yang berbunyi ''Ra-Horakhty:. penggabungan mereka disertai dengan matahari, sebab salah satu mata dewa Horus adalah matahari. Inilah bukti Dajjal sedang berdayah dengan lagu di akhir zaman. Jay Z diberitakan telah masuk freemason sejak tahun 2001 karena ia sering berpose di kamera dengan membentuk segitiga piramid di tangan nya”

Mata Wok Yoh terbeliak dengan fakta dari kawan asraf, dan Asraf pulak berhujah:

Satu lagi pakcik, Lady Gaga juga anggota freemason. Makna ''gaga'' dalam Oxford Dictionary:
# berkepala kosong, bodoh, tidak sungguh-sungguh, pusing, gegabah, ringan, lengah,, pusing.
# Menderita atau menunjukkan ketidakstabilan mental: sakit otak, gila, bodoh, tidak tertata, bingung, tidak waras, maniak, menyentuh, seimbang, tidak sehat, salah.

Jadi disimpulkan bahwa Lady Gaga ini seorang yang mempunyai gangguan kejiwaan dan sering gunakan simbol ''eye of providence'' yang bermaksud mata Dajjal. Bukti lain Lady gaga adalah ajen Dajjal kerana menyanyi dengan kostum seperti dewa kematian Mesir, Anubis, pernah juga beliau memegang lembing Iblis yang bernama Baphomet sewaktu menyanyi.”

Jika tadi Pakcik Wok Yoh terbeliak mata, kali ini pakcik Wok Yoh menangis mendegra hujah anak muda yang mentafsir lagu barat untuk menjejak dajjal, tapi abaikan tafisr Al quran. Melihat Pakcik Wok Yoh menangis, Asraf teruskan hujah terbaru:

“Pakcik kenal Justin Bieber? Inilah seseorang yang sangat saya minta dan idolakan tapi sayang telah masuk kumpulan Freemason dan kini digunakan dajjal sebagai senjata untuk lemahkan ummat islam. Buktinya, salah satu video clip nya yang berjudul ''somebody to love'' terdapat petikan liriknya:
I'd rather give you the world or we can share mine : memberikan dunia dan menyatukan dunia dan milik sesama umat manusia- inilah maksud dajjal, lepas tu, Everyday I bring the sun around, I sleep away the clouds : dibuktikan bahwa kesetiaan pada dewa Matahari yang disebut Dewa Ra. Selena Gomez bekas kekesih Justin juga di gunakan dajjal sebagai senjata syaitan, dalam liriknya pada video di youtube, apabila di slow motion terdengar kata ''rape'' dan ''pregnant'' dan ini adalah budaya mengorbankan keperawanan nya ke pihak level freemason yang lebih tinggi.Rihanna dan Katy Perry juga adalah ejen dajjal dalam freemason.

Satu lagi pakcik, cuba dengar lagu mereka secara terbalik, aka nada mesej syaitan yang cuba di sampaikan oleh Dajjal kepada orang islam supaya murtad secara senyap- senyap!”

Pakcik wok Yoh ketawa kuat, orang gila bila ketawa, puntianak pun lari! Aku juga sedang menahan ketawa dengan hujah hilang akal dari gen Y kepada orang gila gen X. adohai. Masa untuk Pakcik Wok yoh sekolahkan budak budak ni!

“ Mengada-ngada betullah lah Freemason nak main terbalik-terbalik lagu untuk sampikan mesej syaitan secara tersirat ni. Bagi tahu staright to the point tak boleh kah?. Lagu siapa tadi anak cakap? Justin Bieber? Dah cuba terbalikkan lagu tu dan dengar sendiri? Dan buat kajian? Woi, anak semua, pakcik dah  download video tu dan telah convertkan video tersebut ke audio MP3. selepas dah format, pakcik kaji graf lagu tersebut dengan tengok audio spectrum wave. Bila pakcik banding yang belah wave original song dan wave reversed song, Tapi bila pakcik buat semua tu, ternyata pembuat video konspirasi tu tipu, itu yang buat pakcik jadi gila sampai sekarang sebab kaji video konspirasi yang tak pernah habis sirinya, ha ha ha ha, Tak pasal-pasal, lagu Justin Bieber pakcik download ha ha ha! Pakcik tak minat dia, tapi terpaksa dengar lagu dia, sungguh negeri, lepas tu dengar lagu dia secara terbalik, lagi ngeri, I don't like her song. she is not my type.Woha!”

Aku pulak yang gelak berdekah dengar hujah dari Pakcik Wok Yoh yang sungguh kelakar, munasabah juga pakcik ni boleh gila jika kaji benda ni semua sebab Nabi kan dah cakap bahawa Dajjal tu akan keluar juga nanti, Nabi tak suruh halang Dajjal keluar, Nabi suruh bersedia,.sebab Allah yang lepaskan Dajjal sebagai tanda akhir zaman, Bukannya geng Freemason. Tak de siapa pun boleh halang kemunculan dajjal, Al quran tak nak kaji, sibuk kaji mesej dari filem dan lagu dari barat, lagu Justin Bieber lah, apa ke jadah.

Lagipun, tak kan syaitan dajjal tergamak nak malukan diri guna Justin Bieber sebagai tentere mereka, kah kah kah!

Korang tahu tak, apabila pemuda pemudi Islam yang teruja dengan kisah-kisah misteri Freemason dan kaitkan dengan syaitan, jin atau Dajjal maka ini adalah sangat membantu cita-cita pihak Yahudi dan Nasara untuk menimbulkan kegerunan kepada mereka, padahal yahudi tak hebat mana pun, sampai sekarang mereka tak boleh nak takluk Mekah dan Madinah, lepa tu kena sembelih oleh hitler tak sampai seratus tahun yang lepas pun, Cuma hari ni, orang islam yang bergaduh sesama sendiri yang buat orang kafir senang ambik kesempatan, itu yang penting, kita kena balik kaji Al quran dan hadis untuk cari jalan supaya orang islam bersatu. Nabi dah pesan lama, orang islam ni kuat jika bersatu, orang yahudi tak boleh buat apa apa jika orang islam bersatu.

Hari ni solat berjemaah di masjid pun orang islam tak nak bersatu, apatah lagi bersatu dalam dakwah atau berniaga?

“hah! Hamka, kau gelak kuat sangat, tahu tak Dajjal tu siapa?”

Tanya pakcik Wok Yoh pada aku, terkebil kebil aku nak jawab, tapi memandangkan hujah panjang lebar dari Pakcik Wok Yoh tadi, aku geleng sahaja.

Dalam hati aku, tentu Pakcik Wok Yoh akan berhujah macam dr Asri, atau ustaz Azhar Idrus, yang yakin dajjal adalah manusia, muncul di akhir zaman, bukan muncul dalam bentuk Kerajaan Amarica atau kumpulan freemason.

Tapi korang tahu apa tafsir Dajjal oleh pakcik wok yoh selepas menafikan Freemason.

“Hamka! Dajjal yang sebenar adalah TV!”

Dajjal kan mata satu? TV dalam rumah orang islam itu lah Dajjal!

Cuba pi mengaji hadis, Apabila Dajal datang, matanya satu dan akan bersinar seperti bintang, bersinar tu  macam TV lah, tak boleh piker ke? Lepas tu lagi, Di dahi Dajal ada tertulis kalimat kafir, Ia akan dapat dibaca oleh setiap Muslim sama ada yang buta huruf ataupun tidak, TOSHIBA, PHILP,S AMSUNG. LG tu semua  nama kafir!

Kelajuan perjalanan Dajal kita semua tahu, seperti  awan yang dipukul angin dan Dajal akan melompat antara langit dan bumi, tu tafsirya adalah siaran langsung! TV tu Dajjal!

Lepas tu lagi, Dajjal akan membawa sesuatu seumpama syurga dan neraka. Syurga Dajjal adalah neraka, cuba korang tengok cerita dalam TV, banyak filem yang mana hero, mesti minum arak dan berzina, kalau islam hero selamba tak solat berjemaah, lepas tu pulak TV cerita orang jahat tu adalah  pengganas yang Bergama islam! Jahat dajjal ni!

Korang semua tahu tak?, Golongan terakhir yang akan mengikut Dajal adalah kaum wanita, dan sangat ramai, hari ni menurut kajian CNN, perempuan memang ramai tengok TV termasuk arwah bini pakcik!”

Pulak dah, pakcik ni tafsir Dajjal TV lah pulak,

“Hamka, rumah kau ada TV kan? Itu semua Dajjal, musnahkan!”

Sergah Pakcik wok Yoh pada aku, laju aku jawab:

“err, pakcik, rumah saya ada dua TV, satu kat ruang tamu, satu lagi computer kat dapur, jadi ada dua ‘mata’, so rumah saya tak ada Dajjal mata satu”

Pakcik Wok Yoh termenung sekejap, dan angguk sambil berkata:

“ye tak yer jugak”

Lalu Pakcik Wok Yoh beredar sambil ketawa dan menangis.

Di beranda surau, Asraf dan kawan-kawanya menyambung kajian tentang dajjal.

Aku dah malas nak layan, terus masuk masjid dengan niat beriktikaf.


Sekian kisah asraf dan orang gila di kampung semusim di Syurga. Cerpen ini adalah rekaan semata-mata ‘kecuali’ bab Justin Bieber-woha!


 

Nov 5, 2015

Dajjal sudah Keluar?

(Cik Hamka keretamayat, tolong ulas cerita ini, betulkan Dajjal sudah keluar?)
James Camaron bersama 'Dajjal" mata dua.
Copy paste cerita dari soalan pembaca:

Malam tu, macam biasa, aku akan habiskan beberapa helaian bacaan aku sebelum lelapkan mata.
Sambil anak aku kat tengah diantara aku dan isteri aku sibuk beraksi menyusu. Kejap meniarap, kejap menonggeng, kejap punggung dia tindih muka aku. Tu rutin dia sebelum tidur.

" Dajjal tu dah ada ker awak? Dia dah keluar ker?", tiba2 isteri aku bertanya.

" Dah ada dah. Cuma mungkin ada yang tak perasan," jawabku ringkas sambil menutup buku dan mengalihkan kaki anak aku yg dari tadi terletak atas leher aku. Tidur jugak akhirnya.

" Dah ada? Kat mana?," tanya isteriku sambil berpaling mengadapku.

" Media. Segala jenis media. Itulah dajjal. Media cetak, media massa, media hiburan, media internet, dan segala mak nenek media adalah dajjal, " jawabku sambil melipatkan kedua tangan kebelakang kepala aku dan memandang tepat pada siling rumah.

" Aikk? Media?? Nape pulak?," tanya isteriku lagi.

Kali ini dia kelihatan begitu serius sekali. Sambil sebelah tangannya dijadikan penyendal kepalanya dan merenung tepat pada aku.

" Ini menurut pembacaan dan pandangan peribadi sayalah. Sebab jika dajjal muncul dalam bentuk raksaksa yang menakutkan, mesti tiada orang nak ikut dia. Jadi dajjal akan muncul ikut kesesuaian fitrah manusia. Barulah manusia percaya dan ikut dia ," jelasku sambil merenung siling dan fikiranku mengimbas kembali kepada beberapa bacaan aku berkenaan Dajjal.

" Oooo.... Betul jugak naaa.. Lagi2.. Ceritalah dajjal ni," ujar isteriku dalam loghat Penang yg takkan hilang dari lidahnya.

" Antara sifat dajjal, bermata satu. Pada pemahaman saya ianya adalah kamera. Segala kamera itu mewakili penglihatan dajjal. Samada kamera telefon, kamera perakam, cctv dan semua jenis kamera. Dari mata dajjal itu tersebar pelbagai fitnah dan kebencian. Kemudian manusia menjadi huru hara , bergaduh, berbunuh dan berperang. Sebab satu maklumat dari kamera, manusia percaya.

Walhal maklumat itu tipu. Kemudian sifat dajjal itu mampu menyeberangi dari satu negara ke satu negara dengan sekejap sahaja. Merentas benua dgn benua juga mudah. Lautan berada dibawahnya, sebenarnya itu adalah gelombang internet. Dengan internet, fitnah dan kebencian mudah dihantar. Maka manusia mudah dihasut dan percaya.

Perkara yang benar, nampak salah, perkara yg salah, nampak betul.Lihat sahaja media television, jual produk contohnya syampu rambut. Boleh lurus, tapi hakikatnya itu tipu. Lihat sahaja iklan susu formula dari 123456 tahun, semua orang percaya. Kemudian ikut. Walhal Al quran perintah susu ibu cuma 2 tahun diorg tak nak ikut. Itulah antara fitnah dajjal," jelasku panjang lebar sambil mengadap pada isteriku.

" Ya Allah... Takutnya..," tiba2 isteri aku berbisik.

" Kena ingat, tujuan dajjal menyesatkan umat Islam. Tujuan dajjal mengawal otak dan pemikiran manusia. Segala benda baik, jika dajjal kata buruk, maka manusia percaya. Segala benda buruk, jika dajjal kata baik, semua manusia percaya. ", jelasku lagi.

" So kenapa ada berpendapat baca surah Al kahfi dapat lepas fitnah dajjal?", tanya isteriku lagi.

" Sayang, Al quran itu bukan sekadar dibaca. Bukan sekadar dihafal. Paling penting difahami kemudian diamal. Kalau tak faham macam mana nak amal? Kalau baca sekadar baca, nasrani dan yahudi juga membaca kitab suci agama mereka. Apa antar kisah dalam surah Al kahfi yg saya selalu cerita pada awak?," ujarku.

" Kisah pemuda Ashabul kahfi dan seekor anjing lari tidur dalam gua selama ratusan tahun sebab lari dari pemerintah zalim ," jawab isteriku sambil tersenyum kerana berjaya menjawab soalanku.
" Betul. Konteks cerita itu sama seperti dajjal. Pemuda dan anjing itu pada masa itu tiada pilihan. Selain mengasingkan diri dari masyarakat yang kian rosak. Dan penguasa yg zalim. Jadi, kalau nak selamat dari fitnah dajjal, kita jangan suka buat sesuatu perkara sebab ramai orang buat.

Walhal kita tak memahami kenapa perkara itu dibuat. Buat sebab kita faham. Bukan ikut ikutan. Dan orang yg selamat dari fitnah dajjal adalah golongan yg ' ganjil '. Mereka hidup tidak mengharapkan sistem ciptaan manusia sangat. Mereka hidup berpandukan pemahaman Al quran dan sirah nabi s.a.w.

Merekalah golongan yg beli kereta cash, tidak terlibat riba'. Tidak terpengaruh dengan media dan leka dengan dunia.

Senang kata mereka ni kalau orang sekarang nampak mereka gelar kelompok ni kolot, selekeh. Walhal merekalah yg jauh dari fitnah dajjal. Mereka bukan golongan terasing, tapi golongan yg memilih untuk mengasingkan diri dari dunia yg rosak, " jawabku lagi sambil mencium anakku berkali kali yg sedang lena diulit mimpi.

" Patutlah awak tak nak astro kat rumah ni ea? Oklah syg, skrg sy faham. Kita tak payah astro k? ," ujar isteriku sambil bingkas duduk dan tersenyum.

" Kiamat tu berlaku sehingga ibu pun akan membuang dan tidak pedulikkan anaknya, dan saya dah nampak zaman skrg banyak ibu yg sibuk bekerja dan sibuk main handphone (whatsapp/fb) sampai anak terbiar, kiamat sudah dekat”

ULASAN HAMKA KERETAMAYAT.

Maksud penulis di atas nak menegur ibu bapa atau suami isteri supaya jangan lalai dengan telefon, jangan lalai dengan astro, jangan lalai dengan TV, dan lain-lain sudah bagus, Cuma bila nak tafsir hadis guna “pendapat saya” bukanlah budaya yang baik, sebab nak tafisr Al quran dan Hadis kena ada asbabun Nuzul dan lain lain syarat.

So jika nak tafsir kamera mata satu, adalah mewakili Dajjal mata satu, zaman sekarang, James Camaron dah guna kamare mata dua untuk dapatkan paparan emej 3D dalam filem Avatar. KRU pun guna kamara mata dua untuk filem 29 Feb. dan kamera mata dua ni dah guna sejak 1922, oleh William Van Doren Kelley untuk gambar yang lebih real. So kat situ dah fail nak tafsir dajjal mata satu, adohai…

Nasihat Mufti perlis dengan orang perasan pandai tafsir hadis sesuka hati:

“Semua hadis-hadis Dajjal menunjukkan bahawasanya dakwaan orang kata Dajjal itu sebenarnya itu Amerika sekaranglah- mata satu.Semua ini menunjukkan mereka ini tak membaca hadis.Kalau Dajjal itu suatu simbolik, Nabi tak pergi tengok Ibnu Shayyad (untuk pastikan dia Dajjal atau tidak).Ini semuanya menunjukkan Dajjal adalah orang (seorang manusia).Makhluk. Hadis Tamim adDari itu menunjukkan hadis Dajjal adalah makhluk.Kadang-kadang orang ini seronok simbolik.Amerika itu nampak sebelah (mata), itulah Dajjal.Dia rasa dia pandai. Hang tak pandai secara banding dengan apa yang ada dalam hadis,salah sebutan hang tu."

Kata ustaz dari Barat pula,Dr Bilal Philips menyebut:

"Menurut Nabi s.a.w, Dajjal itu mirip Abdul Uzza Ibn Qathan dari Bani Mustolaq di Khuza'ah, yang meninggal pada era awal Islam.Jadi Dajjal digambarkan berupa manusia yang khusus, serupa manusia yang pernah dikenali. Maka kita menolak tafsiran lain seperti kononnya Dajjal itu adalah televisyen. Menurut beberapa orang, sebab Dajjal hanya ada satu mata maka samalah televisyen itu serupa mata besar yang melihat kita. Jadi dikatakan Dajjal itu televisyen. Atau ada yang berpendapat, Dajjal adalah Tamadun Barat. Atas sebab, apabila dikatakan Dajjal itu buta sebelah mata, yang buta itu mata rohaninya, maka samalah seperti unsur materialistik. Jadi ia adalah tamadun materialistik barat. Banyak lagi pendapat tentang apa itu Dajjal, tetapi jelas gambaran yang diberi oleh Nabi s.a.w kepada kita, bahawa Dajjal adalah seorang manusia."

So nasihat aku, bila dapat satu berita, jangan share terus, siasat dulu, Allah dah suruh lama dalam surat Al hujarat ayat 6. Siasat bila dapat berita, ini tidak terus share merata rata tanpa rasa apa-apa, adohai..

Pesan Ustaz Azhar Idrus dalam satu ceramah dia:

“jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman kita betul”

Kesimpulan:

Masa aku kecik, ada kawan aku yang mencuri di kedai orang kafir, makan buah mempelam milik orang kafir tanpa izin, dan lain lain dosa, aku tanya dia: kenapa kau buat ni? Kata kawan aku (sekarang sudah arwah mati eksiden), ustaz cakap, boleh curi dari orang kapir. Punah! Ajaran sesat atau dia salah tafsir ceramah ustaz, nauzubillah.

Dalam islam mencuri adalah haram tak kira harta tu milik orang islam atau kafir!
jadi bila besar panjang, aku dengar ceramah ada ustaz cakap, Jemaah tabligh ni adalah ejen yahudi dan agenda British nak lemahkan ummat Islam, aku tak terus percaya, aku siasat dan kaji, alhamdulillah, Jemaah tabligh tak sesat dan sangat membantu orang islam. 

Jadi cuba bayangkan? Jika Jemaah dalam agama islam seperti Jemaah Tabligh pun boleh di fitnah oleh tokoh bertaraf ustaz, apa sangatlah orang awam macam kita ni selamba fitnah freemason, fitnah Vaksin, fitnah teknologi, fitnah orang kapir, fitnah parti politik, fitnah produk makanan, dan macam macam dosa sedangkan dalam islam menfitnah adalah haram tak kira orang yang kita fitnah tu islam atau kafir!

Aku tak bela orang kafir di sini, aku sayang orang islam kat sini, sebab tu aku suruh siasat sebelum menfitnah! Jika terbukti bersalah kena hokum, tak kira dia kafir atau islam, Nabi sendiri cakap, jika Fatimah mencuri aku sendiri potong tangannya,dan ada kisah saidina Ali lepaskan orang yahudi yang mencuri baju besinya kerana tak ada saksi, so jelas Islam tak amalkan dikriminasi.

Di zaman FB, dan Whatsapp ini, sudahlah Al quran sudah jarang di baca, di internet kita menambah dosa dengan share berita fitnah pula.

“apa nak jadi korang semua ni?!”

“jadi mayat jugak!”

Dah jadi mayat, naik kereta mayat, tapi ingat, kereta mayat itu sehala jalannya, buat sehabis baik sebelum tumpang!


Pesan pada diri sendiri. Sekian.

Oct 21, 2015

Apa itu Freemason dan Illuminati ?

(Freemason dan Illmunity telah buat sebahagian manusia lambat solat Jemaah hari ni- Cerpen oleh Hamka Keretamayat)

Troll bermaksud Berita ini sengaja di adakan untuk tujuan Provokasi, atau fitnah semata-,mata

Di beranda Surau Semusim Di Syurga, aku melihat seorang jejaka hensem sedang geleng kepala membaca keratan atrikel yang di tampal pada papan kenyantaan. Aku pun menghampirinya untuk tengok apa artikel yang buatkan pemuda hemsem geleng kepala macam tak puas hati.

Bila aku baca artikel yang sama, di beranda surau sudah ada dua orang yang sedang geleng kepala.

Tak lama kemudian, dalam tempoh satu sedutan hidap rokok. Aku terus koyakkan artikel tu dan buang dalam tong sampah berdekatan.

“kenapa pakcik?”

Tanya pemuda hensem yang berkulit cerah pada aku dan aksi aku.

“Ini mesti kerja Asraf budak tingkakatan satu tu, apa kejadah berita macam begini nak share pada dinding masjid surau!”

Pemuda tu senyum panjang menambahkan lagi kehenseman sedia ada, lalu bertanya:

“apa yang buat pakcik yakin sangat artikel tu tipu?”

Aku duduk dekat kerusi amil zakat yang kosong, serentak pemuda itu turut duduk pada kerusi kosong sebelah meja zakat. Jawab aku:

“Pakcik tahu siapa yang reka berita palsu ni, namanya hafizbar, dulu waktu dia masih belajar di USA, dia nak buktikan pada pembaca blognya akan betapa bodohnya mereka yang taksub dengan teori kospirasi, dan betapa senang mereka diperbodohkan, lalu hafizbar terus reka berita ini melalui email forward, konon Upin dan IPin adalah agenda yahudi, buktinya, U pada baju Upin adalah USA, dan I pada baju Ipin adalah Israel, untuk lebih troll, I pada Ipin juga mewakili Ilmuniti, dan kaitkan lagi beberapa watak dalam kartun Upin dan Ipin dengan freemason serta dajjal, bila dia sebarkan, terbukti ada ramai orang forward berita ni, terutama mereka yang anti dengan karya kartun tempatan dan bodoh dalam menilai fakta, adohai..”

Pemuda kacak tu gelak, kuat gelaknya, menampakkan giginya yang putih bersih, menambahkan lagi kehenseman sedia ada.

“Pakcik, sungguh terdapat banyak konspirasi dan fitnah di luar sana yang mana mengelirukan serta menyesatkan. Terlebih dahulu biar saya perkenalkan diri saya. Nama saya Jake Hays, berketurunan American dan Sabahan, beragama Islam, dan keluarga saya mempunyai latar belakang freemasonry sejak dari abad ke 19 lagi. Saya boleh cerita detail tentang Freemason tanpa perlu mewakili mana-mana lodge, mahupun mother lodge saya sendiri. Sudikah pakcik mendengarnya?”

Memandangkan waktu azan lagi 19 minit, aku menunjukkan minat dengan bertanya soalan yang memeberangsangkan Jake Hays, hasil borak santai di beranda surau, ini adalah point dari beliau.

1. Freemason mempunyai tiga tahap, iaitu Entered Apprentice, Fellow Craft dan juga Master Mason, Kemudian ada badan-badan persatuan yang lain (appendant bodies) yang mana berkaitan dengan freemason melalui perkara yang tertentu. Ini termasuklah York Rite, Scottish Rite, Shriners, The Eastern Star, untuk yang bawah umur pula adalah Order of Demolay, Rainbow Girls, Job's Daughter dan lain-lain.

2. Di dalam Freemason, pangkat tertinggi yang mana seorang mason boleh perolehi adalah 3rd Degree Master Mason. Tidak ada yang lebih tinggi daripada itu, namun di sebabkan persatuan-persatuan lain mulakan degree mereka dari number 4 dan seterusnya, maka hal seperti ini yang mengelirukan semua orang bahawa kononnya freemason mempunyai 33 degree.

3. Seorang master mason yang mana mempunyai 33 degree dalam appandent bodies tersebut, pangkatnya tetap sama dengan seorang master mason 3rd degree. Orang umum melihat keseluruhan satu degree yang sama kerana FREEMASON mempunyai degree 1 hingga 3, manakala persatuan yang lain mempunyai degree 4 - 33. "4 - 33" ini bagi saya di considered sebagai optional. Tidak kira samada di perolehi atau sebaliknya, tidak ada pangkat yang lebih tinggi dari 3rd Degree Master Mason. So, Jawapannya No.Freemason tidak mempunyai degree lebih daripada 3.

4. Kami sebagai mason sendiri tidak tahu bila sebenarnya freemason di tubuhkan. Namun kami mempunyai rekod bahawa freemasonry boleh di kenalpasti sehingga kurun ke 13. Kami juga mempunyai banyak rekod dalam kurun ke 16. Kemudian, pada tahun 1717, beberapa lodge masonic bergabung bahu kemudian menubuhkan sebuah Grand Lodge, iaitu Grand Lodge of England, grand lodge yang pertama.Kemudian pada tahun 1730, mula didengarkan bahawa terdapat degree tambahan di buat oleh sesetengah master mason seperti Scotch Master, selepas itu terdapat lagi 4 degree lagi di tambah. Kemudian pada tahun 1801, Scottish Rite di tubuhkan. Jadi di sini, anda boleh lihat bahawa appandent bodies tadi tertubuh hasil daripada sesetengah mason mencipta degree tambahan. Pada tahun 1800 juga tertubuh northern jurisdiction dan kemudian southern jurisdiction. 

******
Oh!, panjang lebar penerangan dari jejaka sabahan ini dan aku pun pening dengan penerangan degree 1 hingga 3, lepas tu ada pulak degree 4 – 33, tak nak pening kepala, mari kita Tanya soalan lain:

 “Jadi, Adakah Freemason ini sebuah pertubuhan agama?”

Jawab Jake Hays:

“No. Freemasonry adalah sebuah fraternity atau persatuan, ia bukan lah sebuah agama. Ia adalah sebuah organisasi yang berdedikasi untuk menjadikan seorang lelaki yang baik, menjadi lebih baik. Freemasonry hormat kepada agama yang di anuti oleh ahlinya, tidak kira samada Islam, Kristian, Hindu dan etc. Freemasonry tidak mempunyai apa-apa ajaran yang bercanggah dengan agama, mahupun perlakuan yang melampaui batas agama.”

“Ok, jadi Apakah Ajaran Freemason?”

Jawab Jake Hays:

Freemason mengajar seseorang individu untuk melakukan improvement moral, prinsipal dan lain-lain melalui pembelajaran. Freemason menggalakkan ahli nya untuk belajar, termasuklah dengan membaca falsafah yang di tulis oleh penulis-penulis pada zaman dahulu. Freemason tidak mengamalkan pendapat penulisan purba namun ia di jadikan sebagai bahan renungan dan menjadi penilaian setiap indivitu”

“So, adakah Adakah Freemason ini sebuah organisasi rahsia?”

Jawab Jake Hays:

Tidak lagi. Andaikata freemason adalah organisasi rahsia, sudah tentu pakcik tidak akan mengetahuinya. Freemason adalah fraternity yang mana terbuka kepada semua berdasarkan syarat-syarat kelayakan masonic. Meeting masonic selalunya di hebahkan secara public, bangunan-bangunan masonic di tanda dengan sejelas-jelasnya, dan seorang mason juga berbangga untuk memakai symbol masonic (rantai, pin, cincin & etc). Freemason mewarisi tradisi iaitu tradisi pertukaran rahsia daripada cathedral building guilds sewaktu zaman gelap Eropah. "Rahsia" freemasonry sebenarnya ada kata laluan traditional, tanda-tanda pengiktirafan dan presentation secara dramatik tentang pembelajaran moral. Freemasonry adalah terbuka untuk semua lelaki yang mempunyai karakter yang baik serta percaya kepada kewujudan tuhan. Freemasonry tidak melakukan diskriminasi samada pada bangsa, agama atau pun taraf dan pangkat.

“Bagaimana dengan dakwaan yang mengatakan Freemason mempengaruhi agama?”

Jawab Jake Hays:

No. Freemasonry tidak mempengaruhi mana-mana agama, namun prinsip prinsip serta moraliti Freemasonry sedikit sebanyak di pengaruhi oleh agama pilihan ahli nya.

“Adakah Freemason ini sebuah organisasi global?”

Jawab Jake Hays:

Tidak ada mana-mana badan yang mentadbir Freemasonry. Setiap lodge adalah sama, tidak ada lodge yang boleh mentadbir satu lodge ke satu lodge. Sebuah lodge hanya boleh mentadbir lodge mereka sendiri sahaja. Kuasa penuh di dalam Masonry adalah Grand Master of Masons , bukannya seorang Grand Commander ataupun mana mana ahli yang lain. Grand Master of Masons boleh menggantungkan keahlian mana-mana ahli di dalam lodge nya sendiri sahaja. Tidak ada konsep Organisasi Global dalam Masonry, namun masonry wujud di setiap benua.

“Kenapa Freemason memilih symbol All-Seeing Eye?”

Jawab Jake Hays:

All-seeing-eye melambangkan bahawa Tuhan itu maha melihat dan maha mengetahui setiap perbuatan kita, dan ia juga menjadi peringatan kepada mason bahawa pemikiran dan amalan di dunia akan di catat dan akan di nilai oleh Tuhan.

“Mengapakah wujudnya golongan Anti-Freemason? “

Jawab Jake Hays:Selalunya, anti-masonry memegang kepada dua subject iaitu: Agama "Seorang muslim tidak boleh jadi seorang Mason" dan Konspirasi Politik untuk "mengawal dunia". Hal ini bagi saya adalah menarik kerana, sewaktu berada di dalam lodge, ahli-ahli mason tidak di benarkan pun untuk berbincang tentang Agama mahupun Politik, namun dua isu ini juga yang digunakan untuk menyerang fraternity ini. Adohai…

“Jika Freemason itu organisasi biasa, mengapakah ada "rahsia"?”

Jawab Jake Hays:

Sebenarnya tidak ada banyak rahsia yang ada dalam freemasonry, malah sebenarnya setiap ahli mason sebenarnya keliru, mana satu yang menjadi rahsia nya. Prinsipal moral Masonry adalah sama seperti yang di ajar sewaktu kita berada di bangku sekolah, cuma hanya prosedur dan cara penyampaian  prinsipal itu tadi yang di ajar dalam masonry adalah rahsia, kerana pengetahuan ini membenarkan seseorang mason untuk membezakan seorang mason dan bukan mason. Untuk memasuki sebuah lodge, seorang mason mesti memperkenalkan dirinya, dan rahsia-rahsia itu tadi di praktik kan untuk membuktikan bahawa seorang itu adalah mason. Term yang sesuai daripada rahsia adalah privacy. Masonry bukan organisasi public seperti PIBG sekolah dan lain-lain, ianya seperti Country Club dan etc. Tidak ada seorang pun yang bukan ahli, berhak untuk mengetahui apa yang berlaku di sebalik tabir, ia adalah group peribadi, lebih layak di panggil  perihal peribadi daripada rahsia.

“Mengapakah seorang ahli hendak mengangkat Sumpah sebelum masuk Freemason?”

Jawab Jake Hays:

“Ahli baru hendaklah membuat sumpah yang suci dan benar mengenai perbuatan mereka sewaktu berada di dalam Lodge mahupun Society. Setiap member juga berjanji untuk merahsia kan method traditional yang membuktikan bahawa beliau adalah seorang mason yang mana digunakan untuk menziarah lodge yang dirinya tidak di kenali. Freemason berjanji untuk membantu yang lain jika di perlukan, hanya jika bantuan tersebut tidak melanggar ajaran agama & undang-undang.”

“Mengapakah Freemason menggelarkan Tuhan sebagai Great Architect? “

Jawab Jake Hays:

“Freemasonry respect dan embrace semua ahli yang percaya kepada Tuhan. Keahliah freemason termasuklah Islam, Kristian, Yahudi, Hindu, Sikh, Parsees dan lain-lain. Penggunaan Great Architect adalah untuk menggelakkan percanggahan, kerana melalui term ini, tidak akan berlakunya diskriminasi bagi mana-mana pihak”

“Bagaimanakah seseorang itu boleh menjadi Freemason?”

Jawab Jake Hays:

Untuk menjadi seorang mason, anda hendak bertanya kepada seorang mason, untuk melakukan petition. Freemasonry tidak menggalakkan ahlinya untuk merecruit ahli member baru, ia seharusnya hendaklah atas pilihan seseorang itu sendiri. 

“So apa kata kata terakhir sebelum kita beri laluan kepada Azan berkumandang?”

Jawab Jake Hays:

“Saya harap, kita terutamanya orang Islam jangan cepat mempercayai teori konspirasi terutamanya konspirasi yang menjadikan 'Islam' sebagai aset mereka, kemudian, tanpa soal selidik dan siasat kita terus percaya maka ianya bertentangan dengan firman Allah dalam surah Al hujarat yang menuruh kita menjadi ummat yang menyiasat sebelum percaya,  yang menyiasat pula,  jangan ada dalam kepala sudah di kukuhkan penekanan bahawa satu benda ini memang sesat,-- jika sudah terjadi macam tu, apa guna lagi anda menyiasat ? kerana apapun maklumat yang anda dapat selepas itu, anda akan cuba manipulasi maklumat tersebut agar ia nya sejajar dengan pendapat anda yang telah anda kukuhkan tadi. Malahan bila anda sampaikan kepada seseorang berkenaan hal tanpa bukti kukuh, itu bermakna anda sudah menyampaikan fitnah.

Untuk pengetahuan pakcik, saya telah tulis panjang lebar bab ini di blog saya, boleh tanya soalan pada saya jika nak tahu lebih lanjut, dan di sana, walaupun saya lebih suka menulis dalam bahasa English, tapi untuk menjelaskan bab ini, saya decide untuk tulis dalam bahasa melayu sebab target audience saya untuk main artikel ni adalah orang Melayu sendiri. Sebenarnya saya rasa amat-amat terkilan melihat beratus-ribu orang Malaysia masih terpedaya dan keliru dengan Konsep Freemasonry. 

Seolahnya, sudah jadi satu ajaran, Sebut sahaja Freemason, secara automatic di kepala akan terpampang Illuminati, bila sebut Illuminati pula, maka manusia KHUSUSNYA Islam paranoid akan terus terfikir akan Dajjal. Orang-orang kita telah terpedaya dengan mempercayai benda-benda karut seperti ini sebab mereka tidak punya knowledge asas tentang hal-hal dunia. Seperti lembu yang di tindik hidungnya, apabila video arrivals berkata tentang Freemason & Illuminati adalah satu society dan mereka adalah agen dajjal, orang kita terus mempercayainya.

***
Ternyata perbualan aku dan Jake Hays mendapat perhatian ahli Jemaah masjid yang lain, lalu orang ramai datang keruni kami dan masing masing datang ulang berbagai pertanyaan kepada Jake Hays, aku pulak beransur ambil wudhu, namun masih dengar dengan jelas penjelasan dariJake dan orang ramai:

"anak ni siapa? rancak benar cerita Freemason bukan dajjal ni?"

Tanya sepupu Ustaz Sufi supian, jawab Jake Hays:

"Saya orang islam, Orang sabah, Ayah saya berasal daripada America. Dahulu Ayah saya adalah seorang Minister bagi Methodist Church di Texas. Join Freemasonry pada umur 21, kerana beliau tertarik dengan perwatakan datuk saya yang juga seorang Mason pada ketika itu; yang sememangnya bersederhana dan suka buat charity. Ayah saya tiba di Malaysia atas urusan kerja mengikuti organisasi non-profit ICA (Institute of Cultural Affair) di mana misi mereka adalah untuk membangunkan taraf kehidupan masyarakat terutamanya di kawasan pedalaman.

“Jadi saudara, Apa itu Freemason?” Tanya Kiai Zakaria:

Dengan tabah, Jake Hays menjawab:

“Mason secara asasnya bermaksud 'Pembina'. Freemason menekankan tentang moral diri, "those who are a freemason shall be a good leader, a good citizen, and a good man". Syarat utama untuk menjadi seorang member adalah "Believe in one SUPREME ARCHITECT" yang bermaksud Tuhan, tidak kira Islam, Kristian, Jewish, Buddhist dan lain-lain, manakala seoarang Atheist, or a Pagan TIDAK diterima sebagai seorang Mason”

“Habis tu, Kenapa orang menganggap Freemason sebagai organisasi Jahat?”

Tanya pulak Imam Habib Abib, jawab Jake:

“Kerana terlebih dahulu orang samakan Freemason dengan Illuminati. Illuminati ofcourse mempunyai agenda seperti NEW WORLD ORDER dan kononnya ingin menyesatkan agama Khususnya Islam. Freemason dan Illuminati KONONNYA adalah organisasi yang sama kerana mereka menggunakan symbol yang sama -Eye of Providence- sepertimana yang di claim oleh Series "The Ketibaan Dajjal".

“Kenapa Orang Islam Cepat Mempercayai nya?”

Tanya Aidil Adha pula, Jake jawab:

“Faktor utama adalah dengan cara sesuatu maklumat tersebut di sampaikan. Sepertimana contoh series "arrivelas". Dengan menggunakan ayat-ayat al-Quran, namun menggunakan Fakta realiti yang salah. Sejujurnya, pada awal dahulu, saya hampir percaya dengan "The Arrivals", namun ada satu episode bila dia mengatakan FREEMASON & ILLUMINATI adalah berkaitan, dan mereka claim bahawa dua society ini berkaitan kerana menggunakan symbol yang sama. Kemudian terpampang di kepala saya, Manusia ni guna akalnya atau tidak. Bila saya teruskan menonton series tu, di tunjukkan symbol 'All-Seeing-Eye'. Yes, freemason juga guna symbol tersebut, tapi itu tidak bermakna Illuminati dan Freemason adalah satu society yang sama. Manusia yang intelektual sebenarnya mampu melakukan perbezaan ini, tetapi akibat dengan pendapat yang tersangat extremist dan konservatif, mereka serta merta Tutup Minda dan MALAS nak buat research lebih, mereka lebih suka mempercayai satu benda ni, especially bila banyak melibatkan Agama, conform-conform lah orang mudah terpengaruh,. Mereka tidak sedar bahawa mereka sebenarnya telah di tipu, oleh Series-series yang tidak mempunyai sumber yang boleh dipercayai ini

“Tapi Logo Freemason tu memang mata satu macam Dajjal!”

Tegas anak arwah Bilal Idris Idrus Pilus, jawab Jake:

“ Ok, bang, Sebagai contoh, symbol SWASTIKA, bila anda nampak symbol ni, automatic akan akan berkata, 'Nazi'! Betul kan? Tapi, TAHUKAH ANDA, bahawa Symbol ini adalah juga symbol digunakan sejak Tamadun Indus lagi, keliru? Tak tahu tamadun apa tu? Ketara lah tak fokus waktu subject Sejarah di sekolah menengah dulu, kan? hehe Anyway Indus adalah tamadun India Purba, Salah satu tamadun yang tertua di muka bumi ini.. yet. Symbol swastika ni muncul dalam Agama Buddhism, Hinduism, dan Jainism, adakah ini bermakna agama ini adalah Nazi? Ofcourse Tidak. Begitu juga dengan Freemason & Illuminati, tetapi malangnya  ramai manusia khususnya orang kita sendiri keliru dengan benda ni.

Sebenarnya semua ini adalah berpunca dari kekeliruan orang kita tentang KEPERCAYAAN & PENGETAHUAN.

Adakah kita ingin mengaku bahawa Umat Islam adalah umat paling senang di tipu? TIDAK!
So, kenapa umat Islam serta merta mempercayai dengan benda-benda seperti ini? Hanya kerana mereka selitkan elemen agama untuk mempengaruhi kita? Hanya kerana mereka menggunakan nama Islam untuk memperolehi kepercayaan kita?

And let see, merekah sudah pun BERJAYA. Kita sebagai umat Islam, tengah keliru, tentang dua Society ini, kita sebagai umat islam sudah pun menanamkan sifat benci kepada dua society ini, kita umat islam sudah pun membuat penghakiman secara tidak adil, kita umat islam sudah pun melakukan fitnah bahawa dua society ini adalah agen dajal. Maka, Mereka sudah pun berjaya. Mereka dah berjaya menanamkan Sifat Negatif pada umat Islam. Siapakah mereka ni? Krew di sebalik tabir "The Arrivals" , or mana-mana pihak yang bertanggungjawab lahirkan series ini.

For one thing, kewujudan bagi Illuminati pula masih di ragui, even oleh Worshipful Master of Freemasonry sendiri masih meragui kewujudan mereka.

Apa pun, jika mereka wujud, dan Illuminati bertindak nak teruskan agenda NEW WORLD ORDER mereka, Who cares? Allah merancang, mereka merancang, dan Allah sebaik perancang, Dajjal akan di bunuh Nabi Isa, dan orang beriman tidak akan terkesan dengan firnah dajjal!”

***
Wah rancak sungguh perbincangan di beranda Surau Semusim di Neraka itu, lalu aku pun jerit:

“korang semua, Freemason dan Illmunity telah buat kita semua lambat solat Jemaah hari ni, Adohai”

Lantas semua mereka masuk saf dan solat berjemaah, mengakhiri cerita, suka aku petik pesana Ustaz Azhar idrus berkenaan Dajjal:


“Jadi sekarang ni pertahankan akidah kita, jangan sibuk bergaduh bincang dajjal keluar negara mana, yang ni kata keluar di khurasan, ada yang kata di rusia, ada yang kata di Turkistan, ada yang kata wakaf tapai, tinggalkan semua itu, yang penting, mantapkan akidah, InsyaAllah” 

Tamat.





Ps1: Pesan Ustaz azhar berkenaan dajjal dalam video di atas, jika nak tafsir makna hadis tentang dajjal, biar ada bukti kukuh, dalam blog dan buku hanya andaian yang tidak memberi banyak faedah pada umat islam, Kata ustaz Azhar lagi, Nabi pesan jangan susah pasal dajjal, tapi jaga iman, sampai masa dajjal keluar, kita pasti bersama iman mahdi jika iman kita betul.

Ps2: Bacalah cerpen aku dengan berlapang dada, Aku tidak suruhpun masuk freemason, atau sokong freemason, aku suruh tinggalkan firnah melampau dan teori konspirasi yang mengarut, baca ini bagus juga

Ps: Sebagaimana kita yakin upin dan uipn bukan agenda yahudi, sebgitulah Jake Hays yakin freemason bukan penyembah dajjal, Oh ye, Jake Hays ini wujud orangnya, jika ada nak tanya soalan berkenaan freemason, boleh PM beliau di sini. 

Oct 7, 2015

Kisah Tuhan Ubah Takdir?

(Dua Pilihan Pengakhiran Cerita, Alternate ending dari Tuhan,)

‘Alternate ending’ atau ‘alternative ending’ adalah satu terma yang digunakan dalam dunia penceritaan yang mempunyai dua pilihan pengakhiran. Seperti hero mati ke hidup? Orang jahat terlepas ke atau kena tangkap?  Awek hero kena kahwin paksa kea tau lari sama hero? Dan lain-lain ending.

Tak dinafikan dalam mana mana sudut kehidupan kita pun, akan selalu ada dua pilihan yang menjadi konflik dalam hidup manusia seperti nak kerja sendiri atau makan gaji? Nak buat pahala ke atau dosa? Nak kekal Monogami atau Poligami?, dan lebih haru, bila ada yang pilih nak jadi Atheist dan hina Theist? Adohai…

Jadi, al kisah menjadi tukang cerita juga ada masalah yang sama, walaupun karya mereka sudah mencapai  tahap masterpieces, tapi ada setengah pengarah filem misalnya, sanggup rakam dua babak akhir yang berbeza dan akan membuat pilihan selepas di tayangkan kepada pengkritik filem atau penonton terpilih.

Antara filem terkenal yang ada dua pilihan babak pengakhiran, yang mana ending di panggung wayang adalah babak pilihan terakhir selepas diputuskan oleh penerbit atau pengarah, atau penonton terpilih. Manakala babak alternate ending ada dalam special disk of DVD. Ironinya, bila dah disiarkan babak alternate ending, ada ramai pula penonton lebih suka babak alternative, hmm, manusia tak pernah puas nafsunya, pilihan di hati masing masing. Layankan sahaja:

Antaranya:

  • 28 Days Later: Cerita Zombie yang boleh lari laju, dan lepas kena gigit, 20 saat dah ubah orang jadi Zombie, dalam wayang, kisahnya berakhir dengan hero selamat. Tapi dalam alternative endings, hero mati kat hospital selepas cedera selamatkan budak perempuan.
  • Army of Darkness: Kisah hantu paling Rare di tahun 80-an, dalam wayang, lepas hero kembali dari zaman dulu lawan hantu, tiba-tiba ada hantu serang pasaraya dan hero kalahkannya dengan penuh bergaya, tapi dalam alternative ending, selepas hero minum ubat tidur di zaman dahulu untuk terjaga di zaman sekarang, (ala-ala kisah pemuda kahfi) sekali hero terlebih minum dan terjaga di hari kiamat. Lalu menjerit: "I slept too long!"-Woha!
  • The Bourne Identity: dalam alternative ending, Bourne jatuh pengsan sewaktu mencari Marie, bila terjaga, terlihat Abbot disisi yang menawarkan Bourne kembali ke CIA.
  • Final Destination: hamper semua filem siries ada alternate ending. Yang patut hidup di matikan, yang mati dihidupkan, Rujuk sendiri.
  • First Blood: dalam wayang, Rambo berjaya di pujuk selepas mengamuk dalam balai polis akibat di hina kerana kalah dalam perang di Vietnam,  tapi dalam alternative ending, Rambo tak nak menyerah, dan akhirnya mati kena tembak.
  • I Am Legend: dalam wayang, hero mati letupkan diri bila dikepung oleh Zombie, dalam Alternate ending, hero berjaya berdamai dengan zombie, dan selamat pulang ke Kem tentera.
  • I Know What You Did Last Summer: Dalam alternative ending, Julie baca email yang tertulis "I still know".
  • Infernal Affairs: Dalam wayang, hero mati kena tembak, dalam Alternate ending, hero berjaya larikan diri.
  • Men in Black II: Cerita ini sepatutnya berakhir dengan menara World Trade Center bertukar menjadi piring terbang, tapi selepas terrorist attacks pada tahun 2001, yang kita tengok wayang adalah alternate ending rupanya.
  • Seven: Alternate ending,  John Doe dibunuh oleh Somerset bukan Mills.
  • Terminator 2: Judgment Day: alternative ending menunjukkan Sarah Connor masih hidup walaupun sudah tua pada umur 2029. Anaknya John Connor pula menjadi Senator dan  Skynet tidak pernah wujud.
  • Titanic: Rose yang sudah tua waktu buang rantai leher ke dalam lautan, cucunya Nampak kejadian tu.
Okey, dah banyak sangat aku bagi contoh alternate ending dalam filem, ke mana arah entry aku ini sebenarnya?, ini kan blog kereta mayat? Apa ke jadah aku sibuk nak cerita alternate ending dari filem barat yang lagho dan banyak adegan bukak aurat. Astarfirullah…

“kembali ke landasan yang benar”

Lantas kelihatanlah korang yang sejurus membaca tentang alternate ending, maka fikir korang, jika pengarah filem di Hollywood berusaha keras untuk hiburkan penontong dengan alternate ending, maka Tuhan yang merupakan Raja segala Pengarah sudah tentu mampu membuat Alternate ending yang jauh lebih baik dalam menggembirakan hamba ciptaanNya.

Lalu korang pun teringat satu ceramah dari Buznama, kisah alternate ending dari Allah yang Maha Pengampun, Ada satu riwayat lebih kurang cerita, satu orang yang jahat berazam nak jadi baik, maka dia berazam nak taat segala perintah Allah, belum sempat taat mana-mana perintah Allah, dah jadi mayat. Malaikat sangka dia masuk neraka!

Pendek cerita, di padang masyar kelak, berlakulah alternate ending, yang mana apabila Allah perintahkan para pendosa masuk neraka, maka, setiap manusia merasa enggang dan engkar yang membuatkan malaikat terpaksa seret dengan muka ke tanah lalu di campakkan kedalam neraka. Akan tetapi, si dia ni terus berlari untuk terjun ke dalam neraka, lalu Allah perintahkan malaikat halang dia dari terjun ke neraka dan tanya: kenapa berlari nak terjun ke neraka?, sedangkan orang lain tak nak siap kena seret muka ke tanah?

Maka kata hamba Allah ni:

Di dunia dulu, satu perintah Allah pun takde yang saya ikut, saya takde peluang, satu hari datang peluang, tapi maut menjemputku, hari ini adalah hari pertama saya berpeluang ikut perintahMu, maka saya akan buat sungguh-sungguh, walau diperintah untuk terjun ke Neraka, itu yang saya berlari tu!
Maka korang tahu apa keputusan alternate ending dari Allah Yang Maha Pengasih?

Allah masukkan dia ke dalam shurga, walaupun asalnya dia di takdirkan masuk neraka, subhanallah.

Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, kelak bila Allah suruh aku masuk neraka, aku berlari pecut 100 meter, dah tentu malaikat tak tahan, dan biarkan korang cepat terjun sebab kisah di atas, orang tu sempat rasa nak bertaubat sebelum mati, cuma tak sempat nak zahirkan sahaja, so jangan jadi bodong bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate ending untuk pelakon yang layak.

Contoh lain, ada hamba Allah yang buku catatan amal kebaikkannya tebal gila sehingga malaikat sangka dia ni confirm masuk Syurga, tapi ada alternate ending rupanya, Allah suruh dia yang ada buku tebal amal kebaikkan ini di campakkan ke dalam nereka sebab tak ikhlas! Riak! Dan syirik!

(Nota untuk mualaf: siapa yang meninggalkan amal kerana takut di puji itulah riak, dan siapa yang buat amal supaya di puji, itulah syirik)

Ambik kau! Oh!

Dalil lain berkenaan Altenate Ending

Rasulullah s.a.w bersabda, "Akan keluar dari Neraka sesiapa yang berkata La Ilaha illallah sedangkan dalam hatinya ada kebaikan sebesar biji kacang." (HR Bukhari)

Tengok! Awal awal Allah dah nak bagi happy ending walapun untuk mereka yang masuk Nereka.
Dari Abu Said Al-Khudri r.a. bahawa Rasulullah s.a.w bersabda, "Setelah penduduk syurga masuk ke syurga dan penduduk neraka masuk ke neraka, maka Allah Ta'ala pun berfirman, 'Keluarkanlah dari neraka orang-orang yang dalam hatinya terdapat iman walaupun sebesar biji sawi.' Mereka pun dikeluarkan dari neraka. Hanya saja tubuh mereka telah hitam legam bagaikan arang. Oleh kerana itu, mereka dilemparkan ke sungai hayat. Kemudian tubuh mereka tumbuh bagaikan benih yang tumbuh setelah banjir. (Sahih Bukhari)

Wow, hanya kerana dalam dada iman sebesar bijik sawi, walau sudah masuk neraka, akhirnya, ada alternate ending, masuk syurga jua, subhanAllah.

Ehem-ehem! tapi janganlah pulak korang fikir kalau camtu, takpelah, aku buat dosa banyak-banyak, bila aku masuk neraka, sebab aku ada iman sebesar biji sawi, nanti keluar balik masuk syurga!, apa? Korang ingat iman dalam dada tu betul ke sebesar biji sawi?

Dalam hadis bagitahu iman ummat akhir zaman ni keluar masuk, ada yang pagi beriman, petang kafir, iman ni boleh keluar ketika berzina, ketika mencuri, ketika syirik, sekali mati waktu iman keluar, bau syurga pun tak dapat dah, ADOHAI.., so jangan selesa dengan tahap iman kerana itu adalah tipu daya syatan. jangan jadi bodong bangang dan jangan nak berangan-angan! Jangan anggap keputusan Allah main main, ini cerita alternate ending untuk pelakon yang layak.

Woi? Nak ke mana tu? Tegur sikit dah merajuk! adohai..

Ok abaikan mereka yang merajuk, sambung balik kepada korang yang masih sanggup baca entry kereta mayat.

Baik, Jika tadi ada kebaikkan sebesar biji kacang, kemudian biji sawi, lalu Allah ubah alternate ending mereka, sekarang, mari kita dengar hadis ini pulak, sabda Nabi:

“Ketika orang-orang mukmin selamat dari neraka, Demi jiwaku yang ada di Tangan-Nya, ada seorang di antara kalian yang paling semangat menuntut kepada Allah mendatangkan kebenaran dari kalangan orang mukmin yang masih di neraka.

Mereka mengatakan, ‘Wahai Tuhan kami, mereka dahulu berpuasa, solat dan haji bersama kami. Dikatakan kepada mereka, ‘Keluarkan orang yang anda kenal. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan dari neraka.

Kemudian mereka mengatakan: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan kepada kami. Lalu Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat setengah dinar dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang telah Anda perintahkan. Allah berfirman: “Siapa saja yang kamu dapatkan di hatinya seberat zarah dari kebaikan, maka keluarkan dia. Maka banyak sekali makhluk yang dikeluarkan.

Kemudian mereka berkata: “Wahai Tuhan kami, sudah tidak ada lagi orang yang berbuat kebaikan.” 

Dan Abu Said Al-Khudri mengatakan, ‘Kalau sekiranya kamu semua tidak mempercayaiku dengan hadis ini, maka kalau mau bacalah ayat ‘Sesungguhnya Allah tidak menganiaya seseorang walaupun sebesar zarrah, dan jika ada kebajikan sebesar zarrah, niscaya Allah akan melipat gandakannya dan memberikan dari sisi-Nya pahala yang besar. (QS. An-Nisaa: 40)

Maka Allah Azza Wajallah berfirman, ‘Para malaikat telah memberikan syafaat, para Nabi telah memberikan syafaat, orang-orang mukmin telah memberikan syafaat. Tidak tersisa kecuali Yang Maha memberikan kasih sayang kepada orang-orang yang dikasihani. Maka Allah ‘menggenggam’ satu genggaman dari neraka dan mengeluarkan suatu kaum yang belum pernah sama sekali melakukan kebaikan.

Maka dilemparkan ke sungai syurga yang disebut ‘Sungai kehidupan (Nahrul Hayah). Maka mereka keluar bagaikan biji-bijian yang cepat tumbuh di tanah. Mereka keluar bagaikan mutiara di leher mereka dan tanda yang penduduk ahli surga mengetahuinya. Mereka adalah yang dimerdekakan oleh Allah. Allah masukkan mereka ke dalam syurga tanpa amalan yang mereka lakukan dan kebaikan yang mereka persembahkan.”

Wow, baik punya alternative ending dari Allah yang MAha Pengampun., hadis lain pulak:
Dalam kitab Mutakhab Hadis karangan Maulana Yusof, aku pernah jumpa hadis yang mana Allah akan keluarkan dari Neraka walaupun seorang yang tak ada pahalapun, yang ada hanya dosa dengan hujah: cukuplah sekali di dunia ia berkata: Tiada Tuhan melainkan Allah.

SubhanAllah…

Alternate ending yang manakah lagi kamu dustakan?

Ok, jika korang belum jemu, mari kita dengar Cerita lain berkenaan alternate ending:
Sebuah riwayat menceritakan, bahawa di padang mahsar kelak, semua orang akan di timbang amalannya, yang baik dan yang buruk, jika buruk-lebih: masuk neraka, dan jika baik-lebih: masuk syurga, begitulah sebaliknya.

Bagaimana pula jika sama berat?

Bak sini aku cerita:

Maka seorang hamba Allah ini apabila ditimbang dosa pahala, syukur dan kufur, sabar dan sombong, maka sama berat, 50% amalan kebaikan, dan 50% amalan kejahatan.

Maka dia perlu cari satu lagi pahala untuk melebihkan amalan kebaikan dia bagi melayakkan dia masuk syurga

Maka berjalanlah dia di padang mashyar mencari kenalan dan sanak saudara di dalam lautan manusia, dengan harapan adalah nanti kawan, teman, taulan, atau kaum keluarga yang sudi memberi akan satu pahala sahaja!, agar dia layak masuk syurga dan selamat dari azab api neraka.

Punyalah ramai manusia (pergi himpunan kuning dan merah pun dah rasa ramai sangat orang, apatah lagi padang mahsyar..oh!)

Akan tetapi walaupun dah jumpa isteri, anak, keluarga dan kawan-kawan, tapi semua tak sanggup bagi walaupun satu pahala, kerana satu pahala kat akhirat begitu berharga!

Nota kaki: hari ni bagi setiap pahala langkahan ke masjid, tak ade orang pedulipun, isk..isk.., aku ler nie..oh

Nota kuku: hari ni, satu orang kaya, bila di acu pistol, akan sanggup bagi semua kekayaan, kerana nak masa, nak hidup lebih lama, bermakna di dunia ini yang paling penting adalah masa, tapi kat padang mahsyar, masa dah tak berharga lagi, manusia sanggup gadaikan apa sahaja untuk dapat satu pahala!

Nota kiki: Bersabar dengan ‘lawak’ aku yang tak lawak dari karangan aku yang mengarut ni pun, aku rasa dapat jugak pahala.., aku rasalah, jika korang sabar..isk,,isk,,

Sambung cerita, setelah bertahun tahun mencari pahala, maka satu orang hamba Allah telah menegur lebih kurang maksud:

“aku tengok engkau ke sana sini, bertahun tahun lamanya, apa yang kau cari?

Maka si pencari pahala itu pun ceritalah panjang lebar.

Aku pendekkan cerita: berkata lah si bertanya tadi:

“beginilah, engkau ambik aku punya satu pahala, aku ada satu sajer pahala dan ada 99 baki dosa, aku ni confirm masuk neraka, jadi ambijklah satu pahala aku ni, semoga engkau dapat masuk syurga”

Maka gembira dan berjalanlah lelaki pencari pahala itu kepada Mizan Allah (tempat timbangan) dengan mengambil masa bertahun tahun jugak.

Ringkas cerita:

Allah tanya,: dari mana kamu dapat satu pahala ini?

(nota untuk mualaf: Allah tidak perlu bertanya kerana Dia Maha Mengetahui, tapi menurut buznama, dalam Al quran dan hadis, bila ada kisah Allah bertanya, maka tujuannya hanyalah untuk di dokumentasikan agar manusia dan jin  boleh belajar dari perbualan Tuhan)

Lalu lelaki itu cerita panjang lebar.

Lantas Allah berfirman:

“panggil ke mari lelaki yang sanggup bagi engkau satu pahala itu”

Di pendekkan cerita lagi, berjumpalah lelaki tadi dengan pemberi pahala dengan kadar masa untuk bertemu makan tahun jugak.

“eh, kau tak masuk shurga lagi?”

(Woha!)

Tanya si pemberi pahala, lalu di jawab lelaki si pencari..

“belum, Allah nak jumpa engkau dahulu..”

“Apa? Allah panggil aku,  Aku ingat lambat lagi aku masuk neraka…, adohai”

Di ringkaskan cerita, berjalanlah kedua-duanya mengadap Allah.

Nota: Berapa lama masa ulang alik mereka berdua, dan berapa ribu langkah mereka gunakan untuk selesaikan masalah satu pahala?, baik korang solat jemaah, satu langkah satu pahala, okey.

Korang jawab balik,: “Tapi kalau pergi solat jema’ah dengan kereta macam mana dengan pahala langkah?

Aku kata: Hek eleh, takkan lah kau parking kereta betul betul tepi saf!!

Arghh, Sambung balik:

Aku ringkas cerita seringkas ringkasnya, akhirnya lelaki yang dah ada 51% pahala masuk syurga, dan lelaki yang ada 99 dosa, tapi sanggup sedekah satu pahala pun di masukkan ke dalam syurga! Kenapa kedua dua lelaki itu masuk syurga?

Kerana Allah sahaja yang Mampu buat Alternate ending di akhirat kerana DIA MAHA PENGAMPUN LAGI MAHA PENYAYANG!

Tapi jika korang terfikir, kalau camtu, biarlah aku buat jahat, kat akhirat nanti, aku sedekah pahala kat orang, BERMAKNA: jika korang ada fikir macam nie, korang termasuk dalam golongan yang main-main! dan main-main adalah Larangan Allah!

Kisah lelaki yang ada satu pahala dan 99 dosa tapi boleh masuk syurga adalah HAK Allah, kita tak tahu apa amalan satu pahala yang buat ALLAH sangup ubah alternate ending lelaki ini. Macam kisah pelacur bagi air pada anjing, kita tak tahu apa yang ada dalam dada pelacur tu, dan apa punca dia di lacurkan, mungkin kena paksa atau mangsa keadaan? Tapi waktu bagi air pada anjing, ikhlasanya sempurna, bukan main-main…

So MORAL of the STORY:

Jangan mengharap alternate ending, jika main main dengan perintah Allah.

Akhir kata: BerSangka baiklah pada Allah, dan jangan putus asa dengan Rahmatnya!

Ok, dah panjang membebel, aku nak bagi alternate ending sikit pada entry ini.

Terbitan terfaktab Media
Sebelum ini, buku aku semuanya keluaran Terfaktab media, (PYHKDJ, KS, SDS, SDN) terkini, buku Kisah Laki Bini, (KLB) adalah keluaran Pojok anak syarikat Karang Kraf, aku tak ada gaduh dengan Terfaktab, malahan, tahun depan, aku masih ada projek buku baru dengan Terfaktab media, aku sajer alternate penerbit untuk tambah kenalan dan pengalaman, aku juga ada dapat lamaran dari Dubook Press, Tarbiah sentap press dan penerbit penerbit lain, pelan-pelan kayuh.

So pesan aku, sesiapun penerbit buku aku, bila berada di pasaran, silalah beli.

Woha!

Terbitan Pojok Anak syarikat KarangKraf
“kembali ke landasan yang benar”

Ok, sambung sikit lagi kisah Alternate ending dari Tuhan.

Pernah Nabi Muhammad s.a.w. telah menangis semalam-malaman sambil mambaca berkali-kali dalam sembahyang Tahajjudnya ayat dari Surah AlMaa’idah. Ayat 118, ayat yang berkaitan alternate ending, bunyinya begini :

Ya Allah, Jika Engkau menyeksa mereka, sesungguhnya mereka hanyalah hamba-hambaMu dan jika Engkau mengampunkan mereka, maka sesungguhnya Engkaulah sahaja Yang Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana” 

Nabi telah ulang banyak kali sambil menangis-nangis, semoga kita semua termasuk dalam Alternate ending di ampunkan dan diselamatkan dari Azab api nereka. Amin.