Jul 21, 2017

Bagaimana nak Jawab Soalan Kubur?

(Bocorkan pula cara menjawab sealan yang dah sedi bocor-Bacaaan wajib sebelum mati)

Pada suatu hari seorang majikan menyuruh pekerjanya bertolak ke luar negara selama setahun, atas urusan kerja, dan mesti bertolak segera besok pagi, pekerja itu meminta ditangguhkan untuk bertolak selama beberapa hari bagi membolehkan ianya membuat persiapan. Majikan itu membenarkan pekerja itu balik dan membuat persiapan selama beberapa hari al maklumlah nak keluar Negara selama setahun persiapan mental dan fizikal kena ada.

Alkisahnya, Allah suruh manusia ke Negara Akhirat untuk selama-lamanya, maka persiapan diberi mengikut had umur, ada yang diberi tempoh 20 tahun, ada yang 60 tahun, dan ada yang sampai 100 tahun!

Sampai masa Malaikat maut datang, baru korang perasan belum bersedia, dan korang mintak ditangguhkan selama beberapa hari lagi sebab baru terfikir nak buat persiapan tapi malaikat maut tak layan rayuan surat menyurat, kerana itu ada mayat yang ditemui dalam berbagai-bagai keadaan.

Ada mayat yang nasi penuh nasi dalam mulut, ada mayat tengah mandi wajib, ada mayat yang sedang hadas besar, ada mayat yang sedang buat maksiat dan macam-macam lagi, untuk detail sila rujuk bilik mayat.

Apa-apapun aku nak cerita:

Korang akan rasa best menyambut hari raya apabila korang dah buat persiapan sebulan sebelum raya dengan berpuasa, bertarawih, bertahajjud, bersedekah, berzakat termasuk hias rumah, buat kuih, tempah baju dan lain-lain. Best kan?

Korang akan rasa best giler menjadi raja sehari bila korang buat persedian berbulan-bulan dengan tempah baju, hias rumah, sewa dewan, tempah makanan, jemput penyanyi, edar kad, upah video itu ini begitu begini. Best giler kan?

Korang akan menjawab soalan peperiksaan dengan girang dan gembira seperti enjin yang baru di servis apabila korang dah buat persedian sejak hari pertama pembelajaran lagi. Best gila babi kan?
Dan Akhir sekali, Korang akan rasa best giler menjadi mayat bila korang buat persedian seumur hidup untuk menjadi mayat yang layak ditempatkan di kalangan orang yang soleh lalu dijemput masuk syurga. Amin.

Jadi, Adakah korang sudah bersedia menjadi mayat besok pagi?

Dah buat persiapan? Solat tiada yang ditangguh, tak buat salah pada orang hari ini, hutang semua dah bayar, jadual menganji dah tercapai, zikir harian dah habis, (Alhamdulillah…)

Bercerita mengenai persedian, biasa kita tengok orang buat persediaan yang hebat-hebat just nak sambut hari raya, kahwin, bertunang, bla bla bla…tapi ada korang tengok orang buat persedian besar-besaran untuk menyambut hari menjadi mayat? Kenapa takde? Sebab semua orang fikir lambat lagi jadi mayat.

Cubalah kalau dengan izin Allah, korang boleh interview mayat, apa yang mayat akan jawab?

Oh..saya baru habis belajar PHD, tak sempat kerja lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru kahwin, tak sempat buat berjimak lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru beli kereta, tak sempat naik lagi dah jadi mayat…

Oh..loan saya baru lulus, tak sempat guna lagi dah jadi mayat…

Oh..saya baru di lahirkan ke dunia ini, tak sempat baligh lagi dah jadi mayat...

Baru? Baru? Orang tanya lain, lain yang dia jawab, adohai…

Wahai bakal mayat sekalian, Tahukah korang?

Tempat pertama yang korang akan pergi lepas jadi mayat adalah KUBUR., selamat di sini maka selamatlah akhirat kelak insyaAllah!

Untuk itu, aku nak bocorkan tiga perkara untuk memudahkan korang semua dalam kubur.
Aku nak bocorkan Soalan Kubur, bocorkan jawapan, dan bocorkan cara nak menjawab.

kalau tak ‘lulus’ jugak tak tahulah..nauzubillah!

SOALAN SATU: SIAPA TUHAN KAMU?

Semua orang islam boleh jawab: Allah Tuhanku!

Tapi bolehkan menjawab yang benar bila di tanya oleh malaikat Mungkar nanti? Sebab dalam kubur jawapan di jawab bukan ikut hafalan, tapi ikut amal ibadat kita.

Maka untuk itu, Aku nak tanya: Sebelum korang terlena, waktu baring nak tidur, apa yang paling akhir korang fikir?: Allah?kekasih? kereta? Rumah?, Adiwira? Projek?

Sekiranya korang fikir selain Allah, maka itulah hakikat sebenar apa yang utama di hati korang, dan bimbang-bimbang itulah yang terkeluar dibibir sewaktu disergah Malaikat Kubur.

Tanya lagi: apakah perkara pertama yang korang ingat bila bangkit dari tidur? Allah?, kekasih? makanan? Tak payah jawab depan aku, jawab lah pada diri sendiri.

Satu cerita: seorang ustaz ada seekor burung yang pandai menyebut kalimah Allah dari paruhnya.
Ditakdirkan Tuhan, burung ini mati di makan seekor kucing, ustaz ini lantas menangis, si anak murid beramai ramai memujuk supaya tak payah menangis lah ustaz, kita orang boleh belikan burung lain yang lebih hebat berkata-kata.

Tapi jawab si ustaz: “Saya menangis bukan kerana meratapi kematiannya, tadi ketika si kucing menerkam burung, saya dapati dia menjerit, “kuakkkk!, Kuakkk!” bukan lafaz: Allah! Allah,
Saya takut nanti, kalimah Allah yang saya lafazkan hari-hari ini hanya meniti dibibir sahaja, dan bila malaikat maut datang kelak, saya takut lafaz lain yang terpancul di mulutku, ..oh..
uhuk!..uhuk…(hinguspun berleluasa di hidung ustaz itu)

Begitulah cerita tentang apa yang ada dalam dada kita, kebesaran Allahkah? Atau kebesaran makhluk, rujuk hadis siapa yang hujung nyawanya dapat sebut nama Allah, maka wajib syurga baginya. Lalu kita di mana hati saat hujung nyawa?, waktu nak tidur pun kita lalai dari allah sehingga terlajak subuh. Akulah ni, isk isk.

Jadi bagaimana cara nak jawab soalan pertama di kubur ini?

Kena usaha atas kalimah Taiyobbah, kena banyak sebut nama Allah, puji Allah, fikir kehebatan Allah, lihat kebesaran Allah dan Dakwah keagungan Allah agar Kehebatan Allah meresap ke dalam hati dan mengalir dalam setiap gerak darah dan urat saraf termasuk dalam naik turun nafas, kena juga nafikan kebesaran makhluk dan isbab hanya kepada Allah, mudah-mudahan di akhir kalam sewaktu disergah Malaikat Maut, dapatlah kita ucap: LA ILA HAIL L-ALLAH!

Dan sewaktu disergah Malaikat Kubur, kita jawab: ALLAH!

Amin.

SOALAN KEDUA: SIAPA NABI KAMU?

Apa-apa pun korang semua dah tahu jawapanya adalah: NABI MUHAMMAD S.A.W.
Ada riwayat cerita, Nanti dalam kubur, malaikat akan gambarkan Nabi kat depan kita dan tanya:“siapakah lelaki ini yang di utuskan kepadamu?”

Kata Buznama: Kepada orang yang tak suka kepada Sunnah Nabi, jangan bermimpi dapat kenal Nabi dalam kubur dan jawab soalan kubur, sebab orang yang tak amal sunnah Nabi , bukan sajer tak dapat kenal Nabi tapi Nabipun tak kenal ummat dia yang tak nak amal sunnah Nabi.

Satu peristiwa di padang masyar, mengikut satu riwayat, Nabi akan bagi minum air yang mana sesiapa minum ini air tidak akan dahaga buat selama-lamanya, Nabi bagi dengan tapak tangannya yang mulia kepada umatnya air dari telaga kausar, tiba-tiba satu golongan ditahan oleh malaikat walaupun tangan dan mukanya bercahaya kesan dari wudhu yang sempurna, bila nabi tanya malaikat kenapa tahan,? malaikat jawab mereka menolak sunnahmu, maka Nabi pun berpaling dari ummat, waktu inilah wujudnya istilah: “Nabi tak mengaku ummat”

Jadi duhai tuan tuan puan puan hadirin hadirat sekalian, ingat pesanan ini baik baik!

Sunnah Nabi, buat dapat pahala banyak, tak buat bimbang-bimbang Nabi tak mengaku ummat!
Sekarang cuba kita fikir-fikirkan, Berapa ramai yang membisu tentang solat berjemaah di masjid sedangkan itu sunnah Nabi yang sangat besar? Berapa ramai perlekehkan orang berjubah dan berserban? Berapa ramai perlekehkan orang berjanggut dan wanita yang berpurdah macam isteri Nabi? Berapa ramai yang tinggalkan Sunnah kerana malu?

Bolehkah dengan amal agama yang tak beberapa nak Sunnah dalam diri kita akan mampu menjawab soalan malaikat Mungkar berkenaan ‘siapa Nabi kamu’? Oh…

(lagu latar)

“Rasulullah kami umatmu
Walau tak pernah melihat wajahmu
Kami cuba mengingatimu
Dan kami cuba mengamal sunnahmu
Kami sambung perjuanganmu
Walau kita tak pernah bersua
Tapi kami tak pernah kecewa
Allah dan rasul sebagai pembela”
La la la..

Jangan pandai menyanyi sahaja, Tolong belajar fikir risau Nabi Muhammad SAW. Contoh fikir risau Nabi: Baginda rasa sedih tengok masjid kosong sampai rasa nak bakar rumah orang yang sengaja solat di rumah. Kita hari ni pulak, sedih tengok drama TV sampai sanggup mengosongkan saf masjid.
Menjawablah dalam kubur esok esok, huhuhuhuhu

SOALAN KETIGA: DIMANA KIBLAT KAMU?

Selamba korang jawab, kaabah kiblatku!

Baik, Aku nak tanya korang, sewaktu orang sedang melaungkan Azan di masjid, mana dada korang menghadap?

Kaabah? TV? Telefon?Internet? FB? Instagram?

Okey, itu tak apa, dah habis Azan korang tentu akan hadap kaabah pulak, eh? Tak, masa iqamatpun korang masih mengadap TV? Telefon?Internet? FB? Instagram?

Hah! Itulah sebenarnya ‘kiblat’ korang!

Walaupun TV itu menghadap kiblat, tapi korang dah besarkan TV daripada Allah, lalu bila Malaikat Kubur tanya, jangan harap remote TV dapat tolong korang tukar Soalan Malaikat Kubur, adohai..
Ingatlah! salah jawab, kena azab oleh malaikat Nakir, satu jurus serangan akan menenggelamkan korang sedalam tujuh hasta , Lepas tu tumbuh balik anggota korang yang rosak tu, Cuba korang tengok orang main futsal dan patah kaki kanannya..(prak!) sakit bukan?, pergi jumpa tok mudim, dan tok mudim betulkan balik, (prakkkkk!) sakit jugakkan?

Begitulah kat dalam kubur, Kena pukul : sakit, Sembuh balik: pun sakit! Lepas tu ulang ulang sampai hari kiamat! Tak nak!

Sementara korang sakit di azab malaikat kubur, aku hiburkan korang dengan lagu latar ini:

Sepohon kayu daunya rimbun
Lebat buahnya serta bunganya
Walaupun hidup seribu tahun
Kalau tak sembahyang apa gunanya

Tinggal sembahyang limalah waktu
Siang dan malam sudahlah tentu
Hidup dikubur yatim piatu
Tinggalah seorang dipukul dipalu

Dipukul dipalu sehari-hari
Barulah dia sedarkan diri
Hidup didunia tiada berarti
Akhirat disana sangatlah rugi
bestkan lagu ni- Woha!

SOALAN KE EMPAT: APAKAH PETUNJUK KAMU?

Korang semua tahu jawapannya adalah Al quran.

Sebelum tu aku nak tanya korang, Jika ada mualaf baru masuk islam petang semalam dan datang jumpa korang lalu bertanya :

“Apakah itu Al quran?.”

Agak, agak.., Apa korang nak jawab?

Lantaklah korang nak jawab apa-apapun, aku rasa semua jawapan adalah betul berdasarkan ilmu dan pengalaman masing-masing, namun, bagi yang tak tahu, biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;

Al Quran adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk ‘qalam’ sehingga terbentuk kitab yang di panggil Al quran, dari ayat pertama hingga akhir, semuanya adalah keinginan Allah yang telah dizahirkan dalam bentuk perkataan yang mana jika kita beramal dengan setiap kehendak Allah itu, maka tidak sesatlah kita

Dalam Al quran ada bercerita, dan ada perintah yang semuanya adalah kehendak Allah, telah terzahirnya ia dalam bentuk qalam dalam bahasa arab sebagai rujukan kepada semua manusia tentang maksud hidup serta kaitanya dengan alam ghaib.

Sementara itu dalam melengkapkan Al quran, kita perlu merujuk kepada sunnah atau hadis Nabi kerana al quran hanya terzahir hanya dalam bentuk perkataan, sedangkan sunnah Nabi pula merupakan praktikal kepada Al quran, sebab tu nabi bersabda, “tidak sesat mereka yang berpegang kepada Al quran dan sunnah..”

Jadi, jika mualaf yang baru masuk islam petang semalam itu datang balik :

jumpa korang lalu bertanya:

Apakah itu Al sunnah?

Agak-agak, apa korang nak jawab?

Takpe, Biar aku tolong bagi jawapan yang senang paham;

Al sunnah adalah kehendak Allah yang di zahirkan dalam bentuk manusia, yang mana manusia ini merujuk kepada Nabi Muhammad SAW, segala perbuatannya, perjalanannya, dan pemikirannya, semua nya adalah kehendak Allah, yang mana sebagai contoh, perintah solat dalam Alquran dalam bentuk qalam, telah dizahirkan dalam bentuk praktikal oleh Nabi, disinilah Aisyah R.a, meriwayatkan bahawa Nabi Muhamad S.A.W juga ditakrifkan sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Maka disini, dalam kita menterjemahkan Al quran, ianya akan merujuk kepada Nabi Muhammad SAW yang dikenali sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Perlu di fahamkan, maksud “al-Quran yang bergerak” ni dengan jelas, yang mana jika korang terer matematik, jumpa sape sapepun lalu ditanya, “berapa punca kuasa 12? “, Terus korang jawab sambil berkebil kebil bijik mata akan punca kuasa 12 adalah tiga perpuluhan empat enam, maka korang mungkin boleh di pangil “kalkulator bergerak”

Atau jika aku tanya, apa itu ‘Inception’? Lalu korang jawab, oh,, itu maksudnya sebagai, “permulaan” maka korang mungkin boleh di pangil “Dictionary bergerak”..

Tapi jika korang terer ugama, Tanya hukum fekah, usuluddin, tasauf lalu boleh jawab selamba, itu dah ada ciri ciri sebagai “al-Quran yang bergerak”. Mudah cerita, Dalam menterjemahkan “al-Quran yang bergerak”, ianya adalah orang yang merujuk kepada mereka yang berjaya menterjemahkan 100 peratus kehendak Allah dalam bentuk qalam tadi, kepada kehidupan seharian yang mencakupi semua asek, daripada penampilan, perjalanan dan pemikiran serta tindakan.., termasuk akhlak, munakahat, muasyarat dan lain lain.., itulah maksud “al-Quran yang bergerak”.

Dan Nabi, sebagai “al-Quran yang bergerak” telah mengajar para sahabat tentang bagaimana menterjemahkan Al quran dalam amalan seharian sehingga para sahabat Nabi yang mengikuti sunnah Nabi juga dikenali sebagai “al-Quran yang bergerak”.

Mereka dizaman itu, walaupun belum ada kitab agama dicetak, kitab hikam belum ada,kitab tarikatpun belum ada, kitab sifat 20 masih belum dicipta, akhbar harakahpun takde, risalah lepas jummaat takde, blog dakwah takde, halaman web Islamic takde jugak, sekolah pondokpun takde, gema gegar vaganza takde, channel oasis takde, parti islam dan nasyid jugak tiada, tapi hari hari orang kapir masuk islam,

Kenapa?

Kerana orang kapir akan terkesan apabila melihat ‘Al quran bergerak’. Iaitu orang yang beramal 100% seperti kehendak Allah dalam Al quran lalu terpancarlah nur sunnah dalam diri mereka..
Maka kerana itulah, dalam masa 23 tahun sahaja, agama islam telah tersebar dengan pantas, dan seterusnya di zaman saidina Umar, 2/3 dunia telah tunduk di bawah kuasa ummat islam kerana ummat islam di waktu itu faham hakikat “Al quran yang bergerak”..

Korang tahu apa ciri mereka yang ada sifat “Al quran yang bergerak”?..

Ok, ada banyak, tapi aku ringkas pada tiga sahaja supaya mudah faham insyAllah,

Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai 3 ciri seperti berikut:

  1. Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
  2. Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, atau terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
  3. Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..

Itulah kesan dari mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak”, malahan dikatan, syaitan akan menghidarkan diri dari bertembung dengan mereka di jalanan.., subhanllah..

Hari ni mana duduknya kita? walaupun dah ada banyak kitab ugama dicetak, akhbar harakah selalu baca, risalah lepas jummaat tak miss, blog dakwah selalu update, dalam kereta ada keset nasyid.. ada universiti islam, serta setiap minggu tak miss usrah, tapi, hari hari orang kapir tak masuk islam berbondong bonding macam zaman Nabi, yang murtad lagi ramai. Kenapa?

kerana orang kapir tak terkesan langsung tengok orang islam hari ni.., solat jemaah selamba tinggal, dakwah cara Nabi tak buat, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran Allah, langsung takde nur hidayat!

Aku tengok ada anak dara dan mak dara yang berkemban jemur baju, bila nampak ustad akhir zaman, boleh pulak bagi salam dalam keadaan berkemban.., dan ustad jugak jawab salam sambil tersenyum macam takde apa-apa yang berlaku.., amboi,.. manisnya hidup..

jika ustaz tu tergolong dalam “al-Quran yang bergerak” tentu anak dara dan mak dara bertempiran lari sebab melihat sahaja “al-Quran yang bergerak” terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat, terus rasa malu.

Sama jugak mat rempit yang sedang lepak, jika benar korang ada ciri “al-Quran yang bergerak” , tentu mat rempit tu bertempiran lari sebab takut nanti kena dengar cerita tentang kebesaran Allah, atau teringat belum solat asar lagi, nanti kena ceramah pula, tapi mat rempit selamba jer tengok korang macam tikus tengok besi, aura takde

Orang kapir lagilah, tengok orang islam macam sampah, ada peluang, dibunuhnya orang islam, dirogol isterinya dan harta benda di rampas.., dan tanah air di jajah

Kenapa jadi macam tu?

Jawapannnya mudah sahaja, Kerana ummat islam tidak menjadi “al-Quran yang bergerak”…, maka Allah cabut kehebatan orang islam dari hati orang kafir..

Tidak hairan dizaman islam sedang memuncak, di kota Baghdad yang menjadi kemegahan Dinasti Abbasiah ketika Islam menakluki 2/3 dunia. tiba tiba ummat islam lupa menjadi “al-Quran yang bergerak”, sunnah Nabi iaitu dakwah telah di tinggalkan dan hanya ulamak sahaja yang layak berdakwah, dan ulamakpun hanya sibuk dengan majlis ilmu sahaja, kitab agama bersusun susun, macam-macam ilmu ada, hebat sungguh!

Lalu, pada tahun itu, tahun 1258, tentera Mongol pimpinan Jeneral Hulagu Khan (cucu Genghis Khan) telah menyerang kota Baghdad dan membunuh berjuta-juta umat islam sehingga diceritakan darah manusia mencecah ke paras lutut kuda dan buku-buku karangan sarjana islam di perpustakaan terbesar dunia Baitul Hikmah telah dibuang ke dalam Sungai Furat sehingga airnya menjadi hitam kerana larutan dakwat.

Habis begitu sahaja ummat islam diserang oleh tentera Monggol, info agama yang tinggi tidak dapat menolong apa-apa, dan juga tiada bantuan dari langit, (Jangan salah faham, belajar ilmu juga penting, tapi jangan lupa juga belajar ilmu menjadi “al-Quran yang bergerak”)

Sekarang, marilah kita check diri masing masing, sejauh mana sifat “al-Quran yang bergerak” itu, ada dalam diri kita.

Kita semua tahu, sebagai rujukan asas, Mereka yang bersifat “al-Quran yang bergerak” mempunyai ciri seperti:

  1. Apabila bercakap dengan mereka, iman akan meningkat,
  2. Apabila terlihat mereka, maka terus teringat pada Nabi Muhammad SAW, terus teringat pada perintah Allah yang belum dibuat,
  3. Apabila terkenang akan mereka, maka terus tergambar kehidupan akhirat..

tapi sekarang, kita check diri masing masing, ada tak sifat “al-Quran yang bergerak” itu dalam diri kita..?

  1. Apabila orang bercakap dengan kita, ada iman mereka akan meningkat?, lagi syirik dibuatnya sebab pengetahuan tentang perkara yang sia-sia bertambah, kisah sport rim, carta lagu, keputusan bola, ulasan filem, politik sampah dan keburukan orang.., itu yang kita bincangkan..oh..
  2. Apabila orang terlihat kita, maka terus teringat tentang bola, filem, fesyen, resepi, dan juga kisah baru seperti parti seteru kita ada buat silap yang baru… mari kita bincangkan.., sedang dua ekorpun belum solat lagi.., hampeh!
  3. Dan apabila orang terkenang akan kita, ada mereka ingat akhirat?.., mungkin yang sedang ingat akhirat lalu teringat tentang kita terus tukar igiminasi kepada dunia..oh.., teringat hutang kita yang belum dibayar berangkali? Oh..

Jadi, janganlah mendabik dada penuh riak yang korang ni pejuang islam menjerit takbir di pesta demotrasi, sedangkan sifat “al-Quran yang bergerak” sudah lama membeku dalam diri.., solat jemaah selamba tinggal, dakwah cara Nabi tak buat, bercakap tentang keburukkan parti lawan lebih banyak dari bercakap tentang kebesaran Allah.., langsung takde nur iman hidayat.
Jadisebelum rasa diri dah boleh jawab SOALAN KUBUR, semua kena islah diri masing masing.., sejauh mana “al-Quran yang bergerak” ada dalam diri kita..?, kenapa kawan kawan keliling kita lebih suka bercakap tentang dunia daripada akhirat bila berjumpa dengan kita?, kenapa kawan kawan kapir kita takde keinginan masuk islam bila tengok kita?, fikir..fikir..

Ok habis bab SOLAN KE EMPAT DALAM KUBUR.

Sebelum tu nak bagitahu, Allah telah berjanji untuk menjaga Al quran sampai hari kiamat yang mana hari ini setiap perkataan dan susunan huruf masih kekal seperti asal walaupun sudah berusia 1400 tahun lebih.

Namun, Tiada jaminan dari Allah untuk menjaga Al-sunnah seperti mana Allah menjaga Al quran, maka di beritakan bahawa barang siapa yang dapat menghidupkan walaupun hanya satu Sunnah, di akhir zaman ini, mereka akan mendapat ganjaran seratus pahala mati syahid.
Nikmat mana lagi yang kitaorang dustakan?

Hidupkanlah sunnah, dengan menjadi “al-Quran yang bergerak”…, InsyAllah..

SOALAN KE LIMA: SIAPA SAUDARA KAMU?

Untuk jawab soalan ini, kita kena buat usaha ke atas IKRAM MUSLIMIN.

Apa itu Ikram muslimim?
Tunaikan Hak tanpa menuntut hak, contohnya seperti  menolong sesama ummat islam, dengan niat semata mata kerana Allah. Seperti pokok yang rendang serta lebat daunnya lalu memberi rehat kepada orang yang berteduh,  pokok itu juga berbuah dan memberi kenyang kepada orang yang berehat.., langsung tidak menuntut hak..,lalu  BUAH itulah IKRAM, dan MANIS pada buah adalah KEIKHLASAN dalam diri orang islam yang membantu sehingga mana orang yang ditolong rasa ‘manis’, jika tak ikhlas, tentulah buah itu rasanya masam

Jadi, adakah korang selama hidup ada tunaikan hak orang islam?

Apa hak orang islam?

  1. Selalu bagi salam bila jumpa, saling doa kebaikkan. Bukan doa bala sini sana.
  2. Jika orang islam menjemput dalam majlis halal, kena pergi jika taka da keuzuran.
  3. Jika orang islam bersin kena jawab  Yarhamkallah, maknanya kena selalu bantu dari segi kesihatan, selalu doa sihat, dan jika orang islam sakit kena ziarah.
  4. Jika orang islam mati, kena uruskan jenazah dengan baik.
  5. Jika lapar kena bagi makan, jika tak solat, kena ajak kepada solat.
  6. Jika orang islam jahil, kena ajar agama, jika mereka meminta nasihat, jangan kedekut ilmu
  7. Ziarah sesama orang Islam bukan hanya pada hari raya, ziarah kerana agama, dan berdakwah, sungguh pesan memesan memberi manfaat kepada orang islam.
Ada banyak lagi hak orang islam, tujuh di atas tu korang ada buat tak? Jika ada buat IsyaAllah sewaktu Malaikat KUbur tanya seoalan “siapa saudara kamu?”, maka korang boleh jawab dengan tenang.

“Semua orang islam saudaraku” sebab aku sewaktu didunia, selalu mendahului salam, selalu memenuhi undangan, selalu ziarah orang sakit, selalu hantar mayat ke kubur, selalu bersedekah, selalu cerita bab agama, dan selalu berdakwah.

Alhamdulillah, korang dah dapat jawab semua soalan kubur, maka firman Allah:

“Wahai jiwa yang tenang. Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang puas lagi diredhai-Nya. masuklah ke dalam jama’ah hamba-hamba-Ku, masuklah ke dalam syurga-Ku.” (QS. Al-Fajr: 27-30)

Tahniah!

Secara kesimpulannya:

Soalan pertama, Siapa Tuhan Kamu?, maka jawablah dengan hakikat usaha atas kalimah Iman, Allah Tuhanku.

Soalan kedua, Siapa Nabimu?, maka jawablah dengan hakikat usaha atas kalimah Amal, Nabi Muhammad Nabiku.

Soalan ketiga, Mana Kiblatmu?, maka jawablah dengan hakikat Solat Khysuk dan Khuduk, Kaabah Kiblatku.

Soalan keempat, Apa Petunjukmu?, maka jawablah dengan hakikat Ilmu dan Zikir, Al quran petunjukku.

Soalan kelima, Siapa Saudaramu?, maka jawablah dengan hakikat Ikram Muslim, hakikat IKhlas dan Niat, serta hakikat Dakwah dan Tabligh, Semua orang Islam saudaraku!

Selesai menjawab, nanti satu pintu syurga akan di buka untukmu, lepaskanlah pandangan mata sejauh kaki langit menikmati taman syurga yang mana apabila sangkakala bertiup kelak!  Selamatlah engkau menuju shurga yang kekal sejahtara abadi.

Semoga kita semua berjumpa di Syurga.

Amin Ya Rabbil Alamin.  


Ps: Hendaklah kita belajar bab agama banyak banyak supaya banyak modal dalam diri yang mana bila dah jadi MAYAT kelak, malaikat kubur akan ajak kita ‘Berborak Bab Agama’ tapi jika kita diam tak reti nak borak bab agama, maka malaikat Kubur akan hantuk kepala kita ke tanah! Take note!

Jul 5, 2017

Umur dah masuk 40 tahun? Baca ini!

 (40 nasihat untuk orang berumur 40 tahun)

Hai pembaca blog keretamayat yang budiman sekalian, pejam celik-pejam celik, hadas kecil-hadas besar, sedar tak sedar, masing masing dah masuk umur 40 tahun. Ini jika korang mati umur 80 tahun, maka ada separuh hidup lagi baki umur yang ada, atau mati umur 60 tahun, umur pencen, umur Nabi Muhammad SAW wafat, lagi suku baki umur lagi nak habis.

Eh? Jangan sedih pulak masuk umur 40 tahun buat korang  rasa dah terlambat serba serbi, Jackie Chan umur 40 tahun berlakon dalam Drunken Master terjun dalam api guling-guling. Tom Cruise masuk 40 tahun berlakon filem aksi Mission Imposible sampai dah tua pun bergasak lagi. Donnie Yen masuk 40 berlakon filem aksi Iron Monkey, dan sekarang dah tua pun jadi Ip Man pulak.

Macam tak sesuai bagi contoh pencapaian orang bukan islam, jadi kita rujuk terus pada Nabi Muhamad SAW, apa Nabi buat?

Umur 40 tahun Nabi dapat wahyu dan jadi Nabi, Umur ni Nabi start buat kerja dakwah, berperang dan menakluk dunia. Nabi sempat ubah dunia dalam masa 23 tahun sahaja, lalu menjadi manusia pertama paling berpengaruh di seluruh dunia. Jadi belum terlambat jika korang mahu ubah dunia, bak kata mat saleh: life begin at 40.

Apa-apapun, ketika aku menulis ini, bulan depan, 9 hb Ogos,  umur aku akan masuk 40 tahun, jadi aku nak kongsi empat puluh nasihat secara straight to the point kepada aku sendiri yang bakal jadi 40 tahun dan korang yang dah berumur sebaya dengan aku pun boleh baca.

  1. Rajinkan diri ke masjid, jagalah solat Jemaah sedaya upaya, sebab umur 40 tahun ini, jika masih jauh dari masjid takut hati jadi keras dan susah nak lentur bila ajal semakin hampir.
  2. Bab politik sempit, dulu masa muda, aku memang bersemangat nasihat pemuda Umno atau pemuda Pas supaya pilih parti politik berdasarkan ilmu, jangan sebab nama dia Islam kita terima bulat-bulat, jangan sebab nama dia Melayu maka semuanya betul, Sekarang aku dah tua, nasihat aku, mengundi adalah rahsia, tak payah kecoh sangat, lebih baik join Tabligh!
  3. Kejayaan orang tua bila lambat sakit, itu jer. Masa muda korang demam pun dah susah nak nak berkaroeke, masa tua lagilah susah!, jadi jagalah kesihatan. Jangan jadi gemok macam aku di umur 40 tahun, kurangkan manis, garam dan makanan berminyak, berhenti makan sebelum kenyang, rajinkan diri bersenam dan jika korang merokok, berhentilah. Cintailah diri anda, cintailah badan anda, tak ada orang yang nak jaga diri anda melainkan anda sendiri.  Banyakkan berjalan setiap hari, mandi sambil basuh bilik air pun okey. Tolong bini kemas dapur, tolong bini berkebun, bersukan dengan anak, basuh kereta bini, berdakwah rumah ke rumah, pendek kata, elakkan melepak. Do something better than do nothing. Alhamdulillah 6 bulan aku amal apa aku cakap, berat badan dah turun 10kg, perjalanan masih jauh, huhu.
  4. Gigi adalah harta yang boleh bawa masuk dalam kubur, jika tak nak bawak gigi masuk kubur, jangan gosok gigi!
  5. Jangan sayang semua benda hingga rumah kita dipenuhi sampah dengan alasan sentimental value, jika kita simpan barang tak berguna, maka ianya akan memenuhi ruang rumah, dan memenuhi ruang kepala. Kos hidup bertambah dan banyak masa membazir, dan sangat rugi otak fikir kita ada benda tu, jadi.. sila Jual atau hadiah pada orang atau sedekah atau buang barang yang tak perlu, korang tu dah tua. Umur dah berkemas untuk mati, bukan lambak harta dan lupa pada mati. Adohai. (Note: aku nak jual homestay di Kemaman sekali dengan perabot-malas nak fikir fikir, nak beli pm tepi)
  6. Zaman dulu cabut gigi sangat sakit, zaman sekarang ada Ubat bius yang bantu orang sakit gigi cabut gigi tanpa menderita, bermakna teknologi canggih akan bantu hidup kita. Gunalah teknologi, jangan kolot sangat, Beli telefon mahal sikit tak apa, catat nota, ambik gambar cantik, mudahkan edit. susun "appointments" dalam google calendar, synronize pada phone, dokumentasikan aktiviti dan info, rancang ‘things to do’ elok-elok, mesyurat laki bini boleh rekod terus secara online.
  7. Dalam umur 40-an, korang akan dapat banyak ilham untuk buat pelbagai projek, nasihat aku, Jangan tangguh projek, sebab nak mati esok-esok dah, jadi terus buat!  Projek yang korang tak suka tapi penting kena buat cepat cepat, projek yang korang suka pula boleh buat lambat-lambat sambil enjoy. Macam makan ubat yang pahit kita telan, makan makanan yang sedap, kita kunyah perlahan lahan. contoh projek: (menulis buku pelbagai tajuk, berniaga pasaran baru, bantu orang susah, mengembara sambil beramal, berdakwah pintu ke pintu seluruh dunia, cipta produk baru, bantu system bertambah baik, dan sebagainya)
  8. Bagi yang kerja makan gaji, Jangan tunggu pencen untuk buat projek besar, nak menulis, nak mengembara, nak berdakwah, jangan tunggu pencen, korang bukan kerja 24 jam, dan hujung minggu ada cuti lagi, lepas tu banyak cuti umum yang bercantum-cantum, dan andai korang ada projek besar sangat, boleh apply cuti panjang, jangan tunggu pencen, buat sekarang di umur 40 tahun. Hidup terlalu singkat untuk bertangguh.
  9. Jika belum menulis, siapkan juga tahun ini, umur 40 tahun kena ada sekurang kurangnya sebuah buku, untuk itu, Pergi mana mana bawa buku atau phone canggih, dapat idea, terus tulis dalam phone, email pada diri sendiri, atau tulis dalam FB dengan setting only me, atau whatsapp  pada group yang hanya ada diri sendiri atau puan bini. Jangan biar idea lama lama bersarang dalam kepala, tulis terus. Idea terlalu lama dalam otak akan dapat buasir otak. Manfaatkan teknologi dalam bekarya. (Alhamdulillah, aku dah terbit 11 buah buku yang masih laris dipasaran dan masih diulang cetak)
  10. Jika ada masalah yang tak nampak jalan penyelesaian dengan pasangan dan rasa bercerai lebih baik, buatlah sekarang, jangan tunggu umur 50 tahun atau 60 tahun baru nak bercerai-nasihat ni aku dapat dari kawan yang bercerai di usia tua, menyesal sebab tak bercerai awal-awal bila ada masalah dan semakin lama semakin parah-adohai. Tapi aku tak faham bab ni sebab belum alami. Nauzubillah. Katanya lagi masa muda bercerai lagi bagus, jangan tunggu dah tua-tua baru nak bercerai, atau nasihat tersirat yang sebenarnya, DAH MASUK 40 TAHUN JANGAN LAH BERCERAI SEBAB KORANG DAH MATANG!
  11. Umur 40-an patut dah duduk rumah sendiri. Tapi jika masih menyewa, jangan malu belajar untuk dapat miliki rumah. Tak semestinya rumah yang mewah, cukup rumah yang selesa. Sama jugak kenderaan, Kereta tak perlu mewah, cukup kereta selesa. Nobody care.
  12. Mengembara di umur ini sangat bagus, bawa anak anak mengembara sama, dah tua nanti kesihatan akan menghalang korang. Jadi pergilah ke tempat korang rasa nak pergi, bila sakit nanti duduk rumah sahajalah. Melancong dalam kerja dakwah tabligh pun bagus, bawak bini (Jemaah masturat) pergi luar negara, kos murah, pahala dapat, dan jika mati di kira mati di jalan Allah.
  13. Banyakkan bantu orang ikut kemampuan, ianya akan buat hidup lebih bermakna dan bahagia sebab orang tua peneman dia adalah kenangan, Jadikan bantu orang sebagai kenangan terindah di hujung usia dan di dalam syurga. Boleh tiru Saidina Umar yang ronda malam-malam sambil bantu orang. Siapa yang banyak bantu orang, disyurga nanti akan sangat seronok bersembang tentang kenangan hidup di dunia.
  14. Jangan berdebat. Biar orang muda jer berdebat. Korang yang tua ni bawak bertenang, itu lebih baik.
  15. Jika suka pada orang kena luahkan, itu orang tua kena buat, jangan tunggu anak cakap, bini cakap, cucu cakap, sebab orang muda punyai ego masing-masing, orang tua walau ego tinggi tapi kena mengalah. Luahkan  isi hati sekarang dan nikmati setiap masa bersama orang tersayang. Jika buat salah dengan orang muda, atau anak anak, mintaklah maaf, orang muda akan respek dengan orang tua yang mintak maaf. Memaafkan orang muda adalah terapi diri bagi orang tua.
  16. Bab rezeki mengikut falsafah barat: 70 peratus dari kejayaan kita adalah nasib baik dalam takdir, tapi jangan pandang rendah 30 peratus pada USAHA DAN ILMU untuk capai kejayaan itu. Kejayaaan hidup juga ditentukan oleh channel yang betul, net working yang luas, dan RAJIN. Sebelum itu, Jangan tengok kejayaan rakan sebaya, tapi tengoklah nikmat yang sedang dilimpah Allah pada korang, sungguh hidup ini bukan perlumbaan.  Berusahalah dengan ilmu yang betul dan bertawakallah.
  17. Tolong jangan boros, simpanlah duit, belanja di tempat yang betul sahaja, sebab kerjaya dan kawan tak jaga korang bila sakit, keluarga: ya! Jika betul didikan agama. Jadi didiklah keluarga dengan agama, mereka akan jaga korang sampai Syurga!
  18. Nafas yang korang sedut, adalah nafas yang orang mati hari ini tak boleh sedut, bersyukurlah dan berhentilah mengeluh. Hembuskan nafas dengan Alhamdulillah. Bersyukurlah dengan nikmat umur, jangan jadi orang tua yang cemburu tengok orang muda tapi jadilah orang tua yang simpati pada orang muda kerana mungkin mereka orang muda tak akan sampai ke usia anda. Anak korang pulak hanya ada sekali sajer pengalaman kanak kanak, warnailah dengan kasih sayang dan kejutan indah.
  19. Buat persiapan mati, masa tidur tu anggap esok dah takde dah. Semua harta akan jadi tanah, hargailah masa. Pesanan Stave Job ini pun bagus: “Jika anda hidup setiap hari seperti hari terakhir anda, satu hari nanti pasti anda akan betul.” bermakna: Jika hari ini adalah hari terakhir dalam hidup korang, adakah korang akan buat seperti yang korang nak buat sekarang? Jika jawapannya ‘tidak’. Maka teruskan cari jawapan ‘ya’ dan insyaAllah korang akan temukan ketenangan dalam hidup. Lebih kurang hadis Nabi:  ‎”Perbanyakkanlah mengingati sesuatu yang dapat merenggut kelazatan dunia, iaitu mati.” Pasti ada Kejayaan.
  20. Sayangi ibu bapa lebih dari sayang pada anak bini, dan Jika mertua mintak bantuan harta atau masa dari kekasih korang, jangan nak emosi sangat, sebab dia mintak bantuan bukan dari kekasih korang sahaja, tapi dari anak dia!
  21. Tak apa jika anak-anak melihat korang menangis, baru korang akan ada modal nak bercakap dengan lebih deep.
  22. Jangan jadi orang tua yang serius, tolong simpan beberapa  punch line untuk kongsi dengan anak cucu.
  23. Kita tak boleh selamatkan orang yang tak mahu diselamatkan, walaupun mereka adalah anak atau kawan yang kita sayang, isu murtad, gay, pilih pasangan yang salah, dadah, dan sebagainya, memang ada orang yang tak nak diselamatkan, jadi move on, jangan terperangkap dalam pilihan silap orang lain sehingga kita jadi orang yang buang masa buat benda sama tapi harap keputusan berbeza. Nabi hijrah ke Madinah bila orang kampong tak suka- move on.
  24. Jangan harap semua pada pasangan, pandaikan diri memasak, kemas rumah, bersiap, sebab hidup ini tak lama, sampai masa korang akan berpisah kerana ajal atau putus jodoh. Jadi jangan tambah sedih di hari pemergian orang tersayang kerana tiada bakat berdikari.
  25. Jangan buat keputusan ketika marah atau gembira. Sebab bila tiba waktu bertenang, korang akan menyesal dengan keputusan itu, eh? sekarang sudah bertenang dan rasa nak buat benda baru tapi malu? You can do it, buat sekarang, nak main gitar? Nak berceramah? Nak menyanyi? Buatlah, yang penting benda  tu tak berdosa dan tak meyusahkan orang, jika malu, buat jugak tapi bukan depan orang. Woha!
  26. Bergaullah dengan masyarakat, jangan jadi kera tua yang sumbang, merendah diri dalam bergaul, joint geng masjid, budak tabligh, ceramah agama. Atau buat buat tak pandai dan pergi belajar sebab kita bukannya betul sepanjang masa.
  27. Jika ada peluang bersembang dengan orang yang jauh lebih tua, tanya dia, bagimana jaga kesihatan?, bagaimana jaga perkahwinan?, bagaimana didik anak?, Tanya juga apa yang pakcik paling menyesal dalam hidup?, apa keputusan yang paling baik dalam hidup pernah pakcik buat? Dan lain-lain, itulah cara berkawan dengan orang tua. Jangan cerita sangat tentang diri kecuali orang tanya.
  28. Jagalah lutut, guna dengan bijak sana. Main futsal sampai patah kaki bukan tindakan yang bijak.
  29. Jika semak tumbuh belakang rumah, cabutlah sekarang, sebab lama-lama semak itu akan menjadi semak samun, waktu tu dah susah nak buang, dan dari semak samun datang pelbagai ancaman seperti lipan, ular, kala jengkin dan sebagainya. itu yang berlaku di belakang rumah, juga perkara yang sama berlaku dalam hati manusia, jika ada dendam benci, mengeluh, dan pelbagai penyakit hati, kena buang semua tu sebelum ianya membesar dan makin parah. Macam rumah rosak repair terus,kereta rosak repair terus, jangan bertangguh, nanti duit akan banyak habis dan susah nak dibaik pulih. Begitulah Hati bila terasa, pujuk terus, buat salah, minta maaf terus, nanti putus silaturahaim tak cium bau syurgalah kita.
  30. Kadang kadang kita kecewa diumur tua bila kawan kawan sebaya masih berfikiran tidak matang, jangan pulaukan diri, waktu lapang, banyakkan baca buku yang ditulis oleh orang pandai, bila dalam otak kita ada banyak pengalaman hidup orang pandai, ianya akan memudahkan kita dalam menyusaikan pengalaman hidup di dunia ini yang sentiasa berubah rubah ujiannya. Jika tak ada buku orang yang pandai dari pandangan mata korang, pergi tulis buku sendiri!
  31. Hargailah pasangan yang sanggup hidup dalam dunia kita dengan cara bersyukur akan setiap kelebihannya, dan bersabar dengan setiap kekurangannya. Nobody perfect. Kahwin ni bukan kau bagi 50% dan pasangan kau bagi 50%, tapi kahwin ini kau bagi 100% dan pasangan kau pun bagi 100%
  32. Kerja dapat duit:-penting untuk kelangsungan hidup berkeluarga, tapi jangan abai keluarga kerana kerja. Tak salah kerja lebih masa, asalkan ada masa korang spent balik dengan family, yang penting jangan terlalu workaholic tapi jadilah family man. Hidup ini macam akaun bank, ada wang keluar masuk, kita tak nak akaun kita kosong, dan kita tak nak pulak duit tak keluar-keluar, sebab air yang tak diguna dalam perigi akan jadi perigi buta yang busuk dan memudaratkan, maka imbangilah masa untuk anak bini diberi tapi jangan lupa masa untuk diri sendiri, dan masa untuk Tuhan.
  33. Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, orang tua kena tidur awal dan bangun awal. InsyaAllah rezeki akan murah.
  34. Jangan takut buang masa pergi jumpa doctor waktu sihat, sebab bila dah sakit, hari hari jumpa doctor.
  35. Dah tua begini, tak payahlah nak share semua berita sampah dalam FB atau whatsapp. Jika dapat berita jangan terus sebarkan, siasat dan rujuk pakar, jika ada orang datang mengadu masalah, kena dengar berita dua pihak baru buat kesimpulan. Jangan cepat menghukum, sebab menghukum ni kerja Tuhan, jangan ambik kerja Tuhan.
  36. Orang tua yang baik datang dari orang muda yang baik, orang tua yang sihat datang dari orang muda yang sihat. Ahli Syurga yang baik datang dari ahli dunia yang baik, maka jadilah baik SEKARANG.
  37. Bila tua kita lihat dunia lebih luas, dan selalu nampak silap orang, maka simpatilah kepada orang muda yang selalu buat silap, jangan marah mereka, nasihat elok elok, sebab dalam pandangan mata mereka yang sempit, tetap nampak silap kita sebenarnya.
  38. Kebahagian adalah pilihan, kita datang tak bawak dosa pahala, tapi kita pergi akan bawak dosa pahala, maka dalam apa jua keadaan, Jangan gaduh gaduh, jangan kafirkan orang, berlapang dadalah. Pilihlah untuk bahagia dengan banyak bersabar dan selalu bersukur.
  39. Jangan takut menjadi tua, dan jangan lawan umur dengan solek nak bagi hilang kedut, warna rambut, pakai baju orang muda, seluar jeans, pakai pemutih bagai apa semua tu- tak perlu!, kalau boleh korang dah jadi tua sebelum tua, dulu masa aku umur 30 tahun, aku dah berfikir macam orang umur 40 tahun, jadi bila umur 40 tahun, fikiran dah match, atau mungkin, aku sekarang berfikiran 50 tahun? Mana tahu, ha ha.
  40. Jangan dot dot dot

Okey, cukuplah 39 nasihat dari seorang aku yang bakal berumur 40 tahun bulan depan.  Sepatutnya 40 nasihat, tapi lagi satu korang isi sendiri sebab korang orang tua pasti banyak songeh punya, ha ha! Okey, Kena berhenti menulis sekarang sebab rasa kebas punggung duduk atas kerusi lama-lama, dah tua-tua: ‘beginilah’, adohai…


Ps: Jika cukup 99 nasihat, boleh aku terbit buku 99 kata Hamka keretamayat, tiru Fattah Amin-Woha!

Jul 3, 2017

Kenapa Lelaki dan Perempuan tak sama cara beraya?

(Selaku blogger perasan popular, minta Maaf lama tak update, lepas raya baru ada korang email tanya tak tulis blog ke? jadi salah koranglah ni- tak email-woha!)


Kebanyakkan Puan Bini, suka kita orang lelaki, layan mereka macam layan kanak-kanak, sebagai kanak kanak mereka suka kepada benda benda yang meriah, baju nak meriah, hias rumah nak meriah, kuih raya nak meriah, semua nak meriah, jika tak dilayan, mereka akan merajuk, macam kanak-kanak.

Tapi mereka tak tahu, orang lelaki ni pulak, sebenarnya nak bini layan laki bukan macam layan kanak-kanak, tapi macam layan bayi.

Baju seluar nak puan bini sediakan dan siapkan, jika boleh nak puan bini tolong pakaikan, (ikat tali leher tu paling kurang, lagi bagus sarung seluar dalam laki). Makan pulak dah siap hidang sekali dengan air basuh tangan, kalau boleh suap makan tu sekali, ha ha, waktu tidur nak kena dodoikan, dah tidur, tak boleh bising nanti laki terjaga dan marah marah-macam bayi!.

Tapi itulah, kami tolak ansur, Puan bini tak layan kami macam bayi, kami tak merajuk, dan kami tak layan Puan Bini macam kanak-kanak-Puan bini tak merajuk. Kita saling mengalah, sama sama menjadi dewasa.

Jadi berayalah dalam sederhana, berjimat amalan mulia. Tatamu di rai bersama. Ukur bajet akaun sendiri, perintah Allah jangan di alasani, sama sama kita saling mengalah tidak menuntu hak, sama sama kita menjadi matang dan dewasa dalam bercinta di medan rumah tangga. Chewah!

Nanti bila Puan bini dah capai tahap matang, dari kanak kenak kepada keibuan, ketika itulah kami orang laki akan turut matang, dari tahap bayi kepada kanak-kanak!

Woha!


Selamat Hari raya, Maaf zahir dan Batin!

ps: Gambar dua tahun lepas (atas) dan gambar terkini (bawah). Sedih juga waktu tengok gambar ni sebab sikecil dah tiada. Beginilah kehidupan datang dan pergi.  Kepada si kecil. Pulanglah. Kenapa lari dari rumah? Susah nak ambik gambar macam dulu sejak awak tiada. Huhuhu. Pulanglah si kecil kucing hitam ku, oh..

Jun 8, 2017

Idea untuk Berdoa?

(SURAT AYAH KEPADA ANAK DI BULAN PUASA)

Anakku, ,dalam tahajjud atau selepas solat tarawih, isi kandungan doa korang lah yangmenentukan masa depan dunia dan akhirat, jadi sila baca surat ini sampai habis dan bersetuju di noktah terkahir.
Dalam doa korang yang panjang, selain doa sedia ada minta syurga dan jauhkan dari api neraka, tolong jangan lupa minta kepada Allah setiap hari akan empat (4) perkara ini, yang bakal membuatkan korang beroleh bahagia di dunia dan di akhirat.

Apa empat perkara itu?

1)            Doa minta kepada Allah agar dikurniakan perasaan SYUKUR dengan semua nikmat, walaupun sekecil-kecil nikmat.  Kita tak boleh ubah takdir kita, tapi kita boleh pilih sama ada untuk bersyukur atau kufur, Siapa yang bersyukur Allah akan tambahkan nikmat, siapa yang kufur pula, Azab Allah sangatlah pedih! Sesungguhnya orang yang paling bahagia adalah orang yang mempunyai hati yang penuh dengan kesyukuran. Nikmat mana lagi yang kita dustakan?

2)            Doa minta kepada Allah agar dikurniakan perasaan SABAR dengan semua Ujian walaupun sebesar-besar ujian. Ada kanak kanak yang suka merungut, mengkritik, mengeluh, mengumpat, dan asyik salahkan orang lain bila ditimpa masalah, bila dewasa dia menjadi manusia yang paling boring dalam dunia sebab bila dia miskin, dia salahkan kerajaan. bila dia bodoh dia salahkan cikgu. 

Bila dia ketagih pada hiburan dia salahkan yahudi, bila bisnes dia tak maju, dia salahkan cina, bila dia buat jahat, dia salahkan saka, bila dia kena tipu, dia salahkan pukau, bila masuk neraka dia salahkan syaitan, padahal hidup ini untuk diuji. Benda ni ada dalam al quran yang mana apabila kita mengaku beriman maka Allah akan uji dengan pelbagai ujian, Jadi hidup ini adalah ujian, Hak Allah untuk uji kita, maka Hak kita untuk minta hati yang berSABAR dengan semua Ujian Allah.

3)            Doa minta kepada Allah agar dikurniakan perasaan IKHLAS tak kira amalan kecil atau besar. Apabila kita ditakdirkan membuat kebaikkan, maka syaitan akan datang untuk jadikan kita riak(menunjuk-nunjuk), maka untuk lawan riak, kita kena sempurnakan dua perkara, iaitu sempurna zahir dan batin. Maksud sempurna zahir, contoh Bonda suruh korang jemur baju dalam bakul, tapi korang jemur sambil lewa, maka Bonda bila tengok hasil kerja korang, Bonda dah tahu: korang buat kerja tak ihklas! 

Walaupun dalam hati korang cakap korang ikhlas, tapi tak ihlaspun sebab obvious sangat! maka moralnya adalah, bila kita dapat amanah, buat sehabis ikhlas, orang nampak kerja tu sempurna, dan dalam hati pula, kena lawan sikit bisikan syaitan, betulkan niat sebelum, semasa, dan selepas bahawa saya buat semua ini, bukan nak suruh Bonda puji, tapi semata mata kerana Allah. Orang yang ihklas, bila orang puji atau keji, dia tetap lakukan, sebab dia tahu maksud Ikhlas adalah buat sesuatu kerana perintah Allah, tinggal sesuatupun kerana perintah Allah, ayah rasa korang semua dah faham bab ikhlas ni, kita pergi kepada poin nombor empat.

4)            Doa minta kepada Allah agar dikurniakan perasaan KHAUF (takut) dangan menyesali segala dosa tak kira kecil atau besar. Mengaku bersalahlah dalam dosa dan takutilah dosa itu daripada berulang, dan bertaubatlah, Jika boleh korang sudah bertaubat sebelum buat dosa lagi, sesungguhnya pintu taubat terbuka kepada semua manusia dan tiada sesiapapun yang boleh tutup pintu taubat kita, maka gunakanlah hak Bertaubat bukan sahaja sebelum mati, tapi jauh sebelum berdosa lagi.


Okey, tadi ayah cakap (4) empat sahaja, tapi ketika menulis ini tiba tiba datang lagi ilham menulis, maka ayah nak tambah (2) dua lagi.

5)            Doa minta kepada Allah agar dikurniakan perasaan KEMANISAN iman dan amal, minta Allah pujuk hati kita agar mendapat kemanisan dalam solat, dalam membaca Al quran, dalam menuntut ilmu, dalam membuat kerja dakwah, dan pelbagai lagi. Dulu ayah pernah rasa malu nak berdakwah jumpa manusia, lalu ayah minta kepada Allah dikurniakan kemanisan berdakwah cara Nabi, lalu bila kita dah dapat kemanisan dakwah cara Nabi, maka kita akan rasa pahit jika tidak berdakwah, take note!

6)            Doa minta kepada Allah agar di beri KERISAUAN UMAT, doa pada Allah agar dibantu umat islam sekalian alam dan seluruh bangsa manusia dengan cara disebarkan hidayat, doa juga agar Allah damaikanlah ummat yang sedang bergaduh, sembuhkanlah umat yang sedang menderita sakit, ringankanlah beban yang sedang melanda ummat, bantulah Jemaah islam yang sedang bergerak seluruh alam, bantulah keluarga mereka yang ditinggalkan, kami tak pernah tengok wajah Nabi Muhammad SAW, dan kami tak pernah tengok bagaimana nabi amal agama, jika apa yang kami lakukan ini salah maka tarbiahlah(didik)kami dengan kasih sayangMU, 

Ya Allah, apa yang Nabimu minta untuk kebaikkan Ummat, itulah yang kami minta dipercepatkan, dan apa yang Nabimu minta dijauhkan untuk keselamatan ummat, ituklah yang kami minta dijauhkan, tiada daya upaya melainkan dengan IzinMu.

Ringkasan pesanan dari ayah, antara perkara asas yang perlu ada dalam diri seorang islam:

  1. Syukur dengan semua nikmat, walaupun sekecil-kecil nikmat, korang akan jadi manusia yang tenang.
  2. Sabar dengan semua Ujian walaupun sebesar-besar ujian, korang akan jadi manusia yang kuat.
  3. Ikhlas tak kira amalan kecil atau besar, korang akan menjadi bertakwa.
  4. Khauf dengan dosa tak kira kecil atau besar, korang akan jadi Wali
  5. Usahakan mendapat kemanisan Iman dan Amal, korang akan jadi manusia yang bahagia
  6. Timbulkan kerisauan pada ummat seluruh alam, korang akan jadi Daie.


Sekian surat dari ayah.

Jun 7, 2017

Bidaah di Bulan Puasa?

(siri bercakap dengan dinding-kata Khairi Tajuddin)

Zaman kanak kanak. Bila tiba bulan puasa, dimulai dengan solat tarawih, bilal akan berselawat, dan budak budak akan menjawab selawat ke atas Nabi dengan penuh meriah.

Zaman tu zaman 20 rakaat, tapi budak budak belum lapan rakaat dah turun main Meriam buluh, main galah panjang, main lilin, main kejar kejar, dan macam macam lagi sebab masa tu orang tua sibuk bertarawih, jadi sambung main di malam hari bersama kawan kawan sebab siang habis dengan aktiviti baca komik, tidur, dan mandi air telaga, al maklumlah puasa.

Dalam sibuk bermain, memang ada kawan penjaga masa yang mana waktu solat witir bermakna kami kena masuk saf, kami pun masuk dan solat satu rakaat.

Lepas witir imam akan baca doa berjemaah, dan hujung sekali imam akan baca niat puasa dengan kuat agar budak budak dapat ikut.

Waktu sahur ada geng kejut sahur sebab zaman dulu mungkin sunyi sikit, tapi tempat kami, waktu imsak di kejutkan dengan bunyi meriam betul, tak percaya tanya orang kuala Terengganu. Masuk waktu berbukapun guna meriam.

Kata orang tua, zaman dulu mana ada speaker untuk azan, jadi bunyi meriam dua kali di awal subuh adalah untuk imsak dan subuh, manakala magrib meriam berbunyi satu kali.

Lepas tu ada sambutan nuzul al quran, ada malam tujuh likur dan sebagainya, yang bagi bidak budak meriah sangat sebab orang pakat hias lilin di beranda rumah masing masing. Budak budak dan api lilin, macam macam permainan mereka boleh cipta.

Tiba hari raya, kami rasa lagi seronok beronok ronok, dari zaman kanak-kanak hingga dewasa, raya sangat indah, saling pakai baju baru, bermaafan, makan sedap sedap, jumpa kawan lama, pakat pakat balik kampung, ziarah kubur, dan lain lain.

Tapi itulah, bila datang ustak wahabi, semua benda nak di bidaah, katanya, melafazkan niat puasa di malam hari baik dengan berjamaah maupun sendiri-sendiri dengan kuat adalah bidaah, Nabi tak buat, Niat ni dalam hati tak boleh guna pembesar suara, lafaz arab tu pun di reka katanya, bidaah ni haram hukumnya.

Mak aihhh, ustak wahabi ni anggap bidaah semua haram, padahal ada bidaah yang hasanah, bagus apa imam lafaz kuat biar budak budak boleh niat puasa esok, orang tua yang lupa pun boleh niat sama, benda simple pun nak kecoh.

Lepas tu ustak wahabi bagitahu bidaah solat tarawih 20 rakaaat, hadis riwayat Aisyah bagitahu nabi solat 11 rakaat sajer, siapa tambah berdosa!

Pulak dah, Saidina Umar yang buat 20 rakaat sebab ada dalil Nabi pernah buat lebih walau bukan seluruh malam, dan kata Saidina Umar, inipun bidaah hasanah, kat Mekah ramai wahabi pun buat 20 jugak, kenapa wahabi Malaysia nak marah orang buat 20?

Lepas tu ustak wahabi kata selawat salawat ke atas Nabi Muhammad SAW lepas solat sunat tarawih bidaah, Nabi tak buat lepas solat tarawih dengan berselawat macam geng surau buat, amalan bidaah ni berdosa dan boleh masuk neraka.

Adohai, lepas solat, ikut koranglah nak buat apa pun?, nak berdoa, nak berzikir, nak berselawat, apa masalahnya? Nak buka phone main FB, main spinner atau nak buang tahik cicak pun apa salahnya? Dah lepas solat kan?

Eh? Ustak wahabi tak setuju, lebih baik diam katanya, jangan tambah tambah bab agama, bidaah ni haram, selawat lepas solat tarawih tu haram sebab Nabi tak buat! Takde hadis pun Nabi berselawat antara solat tarawih! Bidaah semua tu!

Please jangan sempitkan fatwa dengan satu hadis sahaja, padahal banyak lagi hadis lain yang boleh sandar bab nak bersalawat lepas solat ni, rujuk kisah waktu Nabi naik mimbar, maka malaikat Jibril datang dan berdoa:

“Celakalah seseorang yang jika disebut nama Nabi Muhammad SAW namun dia tidak berselawat kepada Nabi” dan Nabi aminkan,

Hadis ni ada dalam bab bulan puasa, macam tahu-tahu kan memang akan ada orang yang sengaja tak nak selawat pada Nabi bila tiba bulan puasa. Adohai...

Lepas tu bab menetapkan waktu imsak, bidaah jugak katanya, lagi lagi guna meriam macam di Terengganu tu, ganggu orang tidur dengan meriam tu salah! kata ustak wahabi lagi tak perlu berhati hati nak bersahur di waktu imsak, sebab boleh makan lagi jika dah azan subuh, lepas tu bagi dalil ada sahabat makan waktu bilal sedang azan, padahal di Madinah, mereka azan dua kali, azan pertama oleh bilal di waktu lebih kurang imsak, dan azan kedua baru untuk masuk waktu subuh, jadi logic lah orang makan sahur lagi di azan pertama.

Dengar cerita di Pahang tahun ni di galakkan masjid azan dua kali macam Madinah,

Lepas tu akhir bulan puasa dan pagi raya juga dikatakan haram ziarah kubur sebab bidaah pergi tarikh tu, haram jugak berdoa depan kubur, sebab jika baca doa depan kubur, bermaka sembah kubur. Ikut logic ustak wahabi lah ni, bermakna doa depan makanan sembah makanan, doa depan FB, sembah FB?  Doa jimak depan bini sembah bini? gitu ke?

Banyak lagi yang di bidaahkan haram oleh ustak wahabi, seperti sambut nuzul alquran atau sambut tujuh likur tu haram, puji empat khalifah waktu tarawih 20 rakaaat pun haram, takbir raya rumah ke rumah, berzanji rumah ke rumah semua tu haram sebab bidaah.

Pasang lilin dituduh tiru hindu, pasang lampu kelip kelip di tuduh tiru kristian, orang nak deco rumah pun di bidaah haram. adohai..

Padahal Bidaah ada yang Hasanah dan ada Bidaah Dholalah.

Tapi itulah, ustaz wahabi tak paham dengan istilah bahasa arab ini walaupun dah ramai ustaz ulamak di jabatan agama dah terangkan seperti:

Perkara yang mencanggahi al-Quran atau sunnah dikira sebagai bidaah sesat, manakala Perkara baik yang diadakan yang tidak mencanggahi al-Quran dan sunnah adalah perkara baru yang tidak sesat.

Dah berbuih buih mulut ustaz-ustaz tu terangkan tapi tak faham jugak korang ni.

Bidaah hasanah adalah merujuk kepada mereka yang menggunakan alasan agama untuk perkara baik, dan perkara baik itu pula Nabi tak pernah buat. Kalau nabi pernah buat itu bukan Bidaah Hasanah, itu Sunnah.

Contoh macam sambut Nuzul Al quran, memang Nabi tak pernah buat, tapi perkara tu tak harampun, dan bagus untuk orang datang dengar ceramah free, lagi bagus dapat cuti free, Korang nak pertikai tarikh pulak apa ke hal, 

Yang perlu kita faham, perkara tersebut, tinggal tak berdosa, buatpun tak berdosa selagi tak bercanggah dengan Al quran dan hadis, dan boleh dapat pahala pula jika cukup syarat syaratnya.

Tapi, (ada tapi tu..,) apa yang aku rasa, atau apa yang aku faham, akan kenapa ulamak ulamak terdahulu, seperti Imam Syafee dan lain lain, melebelkan perkara ini dengan panggilan BIDAAH HASANAH, atau Bidaah Mahmudah, atau lain lain lebel yang murni tapi masih ada perkataan BIDAAH pada lebel itu, maka, pada pendapat aku yang hina dan banyak dosa ini…

Ulamak melebelkan amalan tersebut dengan istilah: BIDAAH HASANAH adalah supaya ummat sedar bahawa perkara itu bidaah(Nabi tak buat), Cuma ianya bagus. Kat situ Nampak murninya ulamak terdahulu yang tak sewenang wenang kata ini Sunnah!

Tapi korang ulamak dah lebel bidaah Hasanah, korang nak tukar pada Bidaah Haram pulak.
Baca Al quran ada baris ni bidaah hasanah korang tahu tak? Mampu ke baca Al quran takde baris macam zaman Nabi?

Nasihat aku, orang yang nak guna alasan ugama (baca: Bidaah Hasanah) untuk perkara baik yang Nabi tak pernah buat, tak perlu kita serius sangat, nak letak hukum pada mereka sekian sekian, masuk neraka itu bukan kerja kita, dakwahlah mereka dengan lemah lembut itu yang terbaik, fahamkan mereka tentang sunnah dan kepentingan ikut sunnah, lebih penting nun terang terang orang buat dosa, jangan membisu, pergi dakwah mereka macam orang tabligh buat.

Apa? Orang tabligh pun bidaah sebab keluar tiga hari tak ada hadis? Habis tu korang belajar phD empat tahun ambik hadis mana?

Memang sia sia bercakap dengan ustak wahabi jika tak nak guna otak!


I rest my case.

Jun 5, 2017

Ujian Markah Laki Bini di Bulan Puasa?

(Orang buat kuiz uji markah personaliti bagai, keretamayat pun nak buat jugak, adohai)

UJIAN 1

Berapa markah Bini korang di bulan puasa?

Mari kita ambil satu situasi, Laki pulang dari masjid selepas solat tarawih, apa tindakan Bini?

Markah A: Bini tunggu depan pintu sambil senyum, Laki masuk bini peluk lepas rindu, habis peluk tengok air dah ready berasap untuk laki minum, bini dah buat siap siap, terbaik!

Markah B: Sama seperti di atas, Bini tunggu depan pintu dengan senyum, lepas tu peluk peluk, Cuma Laki kena order air, baru Puan Bini Buat.

Markah C: Bini kelihatan sedang sibuk buat kerja rumah, Nampak Suami, Bini senyum dan tangguhkan kerja rumah untuk melayan kerenah Laki.

Markah D: Tak peduli laki balik ke tak, kadang kadang kekal terbaring tengok TV, atau tidur, bila order air, buat, tapi dengan tak iklhas.

Markah E: Sama macam markah D tadi, Tak peduli laki balik ke tak, Bila suruh buat air, Bini buat bodoh.

Markah F: Laki bila order air, bini membebel katanya takde hadis kena buat kerja rumah, dan mereka pun bergaduh sebab order air. Adohai..


Ulasan: Bagi yang dapat markah A, dan B atau C, tahniah, IsyaAllah isteri anda bakal ke Syurga jika kekalkan prestasi dan abaikan kontroversi, bagi yang dapat markah D, hati hati, Syurga terletak dalam keredaan Suami, bagi yang dapat markah E atau F, eloklah baca selok belok di Neraka supaya tidak janggal di sana, adohai..


Pesan pada Suami, jangan cepat marah pada Bini, Jadilah Suami yang pemaaf dan tolak ansur, Bini kadang cepat penat dan mudah beremosi, walau bagaimanapun, Ujian ini hanya untuk Suami yang pergi masjid solat tarawih, jika jarang ke masjid, tak payahlan nak nilai markah Bini, aku bagi F kat korang siap-siap. Woha!

UJIAN 2

Berapa markah untuk suami saya?

Ok, markah untuk laki pulak, ambik situasi habis solat tarawikh tadi lepas dah minum air dengan bini, laki kita pun nak keluar rumah pulak, ada urusan katanya, apa urusanya? Mari kita check.

Markah A: Laki keluar kerana Agama, contoh: pergi solat tahajjud di masjid, ada program iktikaf rmadahan, atau bantu jemaah berdakwah di masjid, atau pergi mengajar mualaf tentang Islam, pergi belajar ilmu agama, tadarus dan lain-lain.

Markah B: Laki keluar kerana keluarga, contoh: tolong beli barang rumah untuk sahur esok, giliran madu, ziarah mak bapak dan lain lain.

Markah C: Laki keluar kerana kawan atau hobi, contoh: lepak minum air kat kedai mamak, main badminton, futsal, memancing, dan lain lain yang tidak haram.

Markah D: Laki keluar kerana bosan duduk rumah sebab bini tak best, tak tahu laki buat apa kat luar tapi bukan benda yang berdosa

Markah E: Laki keluar kerana nak buat dosa, contoh: dating kekasih lama, berzina, cari pelacur, dan lain lain angkara durjana.

Ulasan: Tahniah, bagi yang ada laki selalu dapat markah A dan B, jarang jarang C, tahniah! Bagi yang selalu dapat markah D kena check balik, mungkin sebab bini banyak membebel, atau bini tak layan borak, atau bini tak teman bersembang waktu makan. So Markah D juga untuk Bini. Hu hu..

Bagi yang dapat markah E, ketahuilah, dosa laki korang tak pengaruhi nasib syurga bini, macam Asiyah isteri Firaun, walaupun lakinya buat dosa paling besar mengaku Tuhan, tapi Asiyah tetap masuk syurga kerana perempuan sangat mudah masuk syurga, taat Allah, dan taat suami, terus masuk syurga… Sedangkan lelaki, bila nak masuk syurga, mak dia boleh tarik dia, anak perempuan dia, adik beradik perempuan dan isteri isrerinya boleh tarik suami masuk neraka jika waktu hidup, suami biarkan sahaja bini buat dosa.(tak dakwah bini)

So, pujuk dan bercakaplah lemah lembut dengan laki anda wahai semua bini orang dan bini aku, sesungguhnya kamu semua tidak sebaik Nabi Musa dan lakimu tak sejahat Firaun, tapi bila Allah perintah Nabi Musa berdakwah pada Firaun, Allah suruh Nabi Musa cakap lemah lembut.
Jadi jika dapat laki tak best, cuba tanya balik, Nabi Musa boleh cakap lemah lembut dengan Firaun, tapi korang boleh pulak tinggikan suara dan bebel pada laki yang tidak sejahat Firaun, Nauzubillah!

Pesanan ini tak deep, tapi Neraka itu deep! Hu hu..

May 26, 2017

Kisah Laki Bini di awal Ramadhan?

(Kisah laki Bini menjelang Ramadhan)

Sekambalinya Laki dari solat berjemaah, lantas bertemu bini yang sedia menanti dirumah adalah salah satu nikmat hidup yang besar, atau pergi haji bersama bini dan lain lain ibadat yang dibuat bersama laki bini, bukan sahaja menambah seri nikmat hidup, pahala juga bertambah-tambah. Malahan ada Hadis menceritakan kisah seorang hamba Allah yang mahu beribadat seumur hidup tanpa berbini, tapi di larang oleh baginda besar Nabi Muhammad SAW dengan bersabda;

“Barangsiapa yang mampu untuk berbini tetapi tidak berbini maka dia bukan dari umatku” (riwayat Tabrani & Baihaqi).

Jadi, Ada apa dengan Kisah Laki bini?

kisah 1:

"Kenapa macam banyak sangat awak tinggal puasa ni?, dah macam sebulan awak tak puasa saya rasa? Nampak macam hari hari awak ganti puasa, dulu lupa niat ke apa?"

Soal Encik laki pada Puan bini pada awal bulan Syaaban.

"Abang dah lupa ke?, siapa yang buat saya mengandung dan beranak di hujung Syaaban tahun lepas?, lalu berpantang dari bulan puasa hingga Syawal? menyusu lagi sampai masuk Syaaban tahun ini, abang dah lupa?”

Dalam hati laki: menyesal tanya, salah aku rupanya, adohai..


Kisah 2:

Lagi 5 minit nak azan, kelihatan Laki Bini sedang baring depan TV.

Tiba tiba ada alarm dalam Smart Phone bagitahu lagi 5 minit nak azan Zohor.

“Siapa yang masih belum berdiri untuk buat persiapan solat, dia bukan ibu bapa yang baik untuk anak contohi!”

Kata Puan bini sambil cuba bangun dari pembaringan, aku pulak terus melompat bangun sambil berkata:

“Siapa yang belum basahkan badan dengan wudhu, dia bukan ibu bapa yang baik untuk anak contohi!”

Alamak, bilik air kat dapur terkunci, si bini sambil gelak lari masuk dalam bilik air di bilik utama.
Ok, bini siap ambil wudhu, baru aku dapat masuk bilik air belakang sebab ada anak guna tadi.

“Siapa yang masih belum pakai pakaian solat, dia bukan ibu bapa yang baik untuk anak contohi!”

Kata Puan Bini lagi yang sedang bersiap sarungkan kain sembahyang, aku pulak kelam kabut tukar kain pelikat dan sarungkan baju melayu, eh? Mana kopiah?

Puan Bini kelihatan sudah lengkap dengan kain solat siap terseyum sambil ditangan nya ada kopiah.

“abang kalah”

Aku balas senyuman, ambil kopiah di tangannya lalu hidupkan motor sambil di lambai oleh Puan Bini dari celah jendela yang lengkap dengan kain solat warna putih.

Azan pun berkumandang lalu kami berpisah untuk bertemu Tuhan dari lokasi yang berbeza.

Moral of the Story; Laki solat awal waktu di masjid, Bini solat awal waktu di rumah, bersatulah mereka di Syurga, amin…

Kisah 3:

Bini Whatsapp,

“Abang nak makan apa sahur nanti?”

Aku reply:

“Nasi lauk ikan, demi...”

Bini aku tanya balik.

“demi apa?”

Aku terus balas:

“demi cintaku padamu”

Woha!

Kisah 4:

“Eh? Abang dari mana tadi?”

“klinik gigi”

“sebab?”

“Abang nak pastikan jasad (gigi) bersih dulu sebelum masuk bulan Ramadhan, dan focus untuk bersihkan rohani (hati) di bulan puasa”

Chewah!

****
Kisah 5:

"Mari sini abang nak bagi tazkirah sikit"

Kata laki yang baru balik dari tarawih malam pertama.

Bini sambil hidang nasi dan lauk atas meja, tersenyum sambil kagum dari dekat.
Kemudian berkata-katalah lakinya..

"Awak tahu tak, apabila tiba malam pertama dari bulan Ramadhan, sejenis angin akan bertiup dari bawah Arasy yang dinamakan ‘Muthirah’. Lalu bergeseranlah daun-daun pokok syurga dan juga gagang pintu-pintu syurga, maka kedengaranlah satu bunyian yang begitu merdu yang tidak pernah didengari bunyian yang lebih merdu dari itu sebelumnya. Kemudian muncullah bidadari-bidadari bermata jeli sehingga mereka semua berhenti di anjung syurga dan bertanya:

" Wahai Ridhwan penjaga syurga! Malam apakah ini?"

Maka malaikat Ridhwan penjaga syurga akan menjawab kepada para bidadari-bidadari itu dengan berkata,

"Malam ini adalah malam pertama dari bulan Ramadhan. Hari ini pintu-pintu syurga dibuka bagi orang yang berpuasa dikalangan umat Muhammad s.a.w."

Demikianlah angin Muthirah bertiup lembut dari bawah arasy yang melantunkan bunyian yang sungguh merdu..

Namun di bumi, sebelum bulan Ramadhan lagi, telah terdengar bisikan suara lembut dan merdu yang membisik siang dan malam yang menandakan sudah hampir masuknya bulan Ramadhan...

Bisikan itu berbunyi:

"Yusuf... Taiyoob.."

Woha!

Kisah 6:

Puasa hari pertama ada saudara datang ziarah, kelam kabut urus itu ini, sekali kami semua tertinggal solat zohor berjemaah, dah 20 minit berlalu dari azan zohor, oleh sebab kami pun ramai, jadi kami buat keputusan untuk solat zohor berjemaah di rumah kereta mayat, lalu timbul masalah dalam bab melantik iman.

Nota: Sebaik solat bagi lelaki ada tiga. Iaitu berjemaah, tempat azan di azankan, dan awal waktu. Seandainya ada halangan, pilihlah salah satu.

Kembali ke babak rumah keretamayat, bab masalah melantik imam solat berjemaah.

"Tuan rumahlah jadi Iman, bacaan kamu lebih bagus dari kami"

"kaupun sama bagus, lagipun ini solat zohor, bukannya baca kuat, kaulah"

"awaklah imam, sebab awak lebih berumur"

"eh, apsal pulak?, bagi dia ni jadi imam, anak dia lebih ramai"

"eh? Saya dah iqamat tadi, bagi dia, pakai full sunnah"

Dalam tolak menolak, Puan Bini menyampuk:

"tak payah gaduh, biar Hamka jadi imam, sebab gigi dia lebih putih dari korang semua, baru cuci gigi sehari sebelum Ramadhan!"

Woha!

(Teknik pilih imam, pastikan bacaan Al quran paling bagus, atau lebih berumur, atau sudah berkahwin, gigi bersih tu bonus. He he.)

Akhir kata: Kami Laki Bini minta maaf zahir dan batin pada semua pembaca andai ada salah dan silap, Selamat menyambut Ramadhan, Selamat bertamu lailatul Qadar, dan Lailatul Jaezah!.Semoga Woha sampai Syurga

Ps: Ditulis dalam keadaan gigi bersih berseri-seri, tapi hati masih kotor, semoga di beri peluang oleh-Nya untuk sucikan hati di Ramadhan ini- Amin.

Ps2: Pada tubuh kita ni, ada satu daging, yang mana jika baik daging tu, maka baiklah semua anggota yang lain. Daging itu adalah hati. Semoga puasa kita dapat membersihkan hati masing masing. Amin
.
(DIPETIK DARI E BOOK KISAH LAKI BINI DI BULAN PUASA bab Pengenalan, Harga: RM20-280 Muka surat)

Cara nak beli, Bank in kepada: WOHA ENTERPRISE: (Maybank 556226405584) Hantarkan bukti pembayaran ke mesej FB atau ke email: keretamayat@gmail.com, saya akan hantar E Book Kisah Laki Bini di Bulan Puasa (PDF File) kepada mesej FB atau Email anda dengan segera!
Selamat berpuasa!



May 4, 2017

40 Nasihat kepada Remaja?

(aku dah tua sebab ada anak remaja, jadi aku tulis nasihat pada anak aku siap-siap, remaja atau dewasa lain boleh baca juga-no problem)

Selamat menjadi remaja anakku. Selamat melihat kepelikan remaja lain di luar sana, zaman ayah, memang ada remaja remaja yang suka buat benda yang pelik pelik, antaranya tattoo muka dengan nama awek, apa ke jadah? Ada juga yang sanggup buat rambut Punk pacak ke atas macam Trojan siap dengan warna berunsur gay, subangkan hidung, dan tanam guli dalam lidah, apa ke jadah?

Ayah pernah jumpa remaja Islam yang buat rambut ala Punk, dan tanya dia, korang rasa normal ke buat benda yang orang lain tak buat, dan hari hari kena kutuk dengan pakcik bilal?

Kata mamat Punk ni:

“Maaf bang, saya sangka saya dah habis pelik pakai baju gaya Gotham, rambut gaya Trojan, tapi saya pernah jumpa orang lagi pelik dari saya, iaitu budak Tabligh, dah lah pakai baju kurta dan kain pelikat, lepas tu tutup muka dengan periuk nasi dan junjung tong gas atas bahu naik bas mini, apa ke jadah?”

Ayah gelak, sebab ayah kenal budak tabligh yang di maksudkan, beliau adalah Pakcik Badar Iskandar berniaga kedai runcit seberang jalan sana, dulu zaman 90-an berdakwah, orang tabligh masih ramai di kalangan orang miskin, macam zaman nabi mula mula berdakahwah dulu, ramai di kalangan miskin, jadi bila nak keluar berdakwah, ada yang kena naik bas, itu yang bawa periuk dan tong gas naik bas, kira tong gas tu dah maju sebab zaman 80 an ayah dengar cerita, orang tabligh bawa kayu api untuk memasak, jadi balik kepada Pakcik Badar Iskandar yang tutup muka dengan periuk nasi, katanya, dalam bas ternampak awek sekolah yang buat dia malu lalu serkup kepala dengan periuk hingga budak Punk rasa orang Tabligh jauh lebih pelik dari mereka-Woha!

Jadi wahai anakku, jika korang rasa diri pelik, lain dari yang lain, itu adalah normal. Cuma jangan zahirkan kepelikan korang kepada dunia, Memang ramai remaja tak suka dengan muka dan badan sendiri, itu adalah normal.

Remaja sangka dunia ni hanya untuk lelaki kacak dan wanita jelita. Jika tak ada rupa, maka masa depan gelap, banyak jerawat, habislah masa depan, rambut botak, habislah masa depan, malahan korang juga sangka perempuan cantik suka dengan lelaki hensem sahaja, padahal dalam dunia orang dewasa. Tak ada orang nak pandang rupa,  tapi orang pandang akhlak, jawatan dan bisnes kita, makin teguh akhlak dan makin tinggi jawatan atau makin besar bisnes kita, maka rupa paras dah tak penting. Tengok artis, cantik rupa paras, bercerai jugak, sebab kecantikan dalaman yang manusia cari sebenarnya, chewah!

Dunia remaja, ada duit lupa diri, dunia dewasa, tak ada duit, semua orang lupa dia!

Jadi jika muka tak hensem atau cantik, jangan nak beremosi sangat, zaman ayah sekolah dulu, lelaki hensem dan wanita cantik bila dah dewasa tak semua berjaya. Ada yang kais pagi makan pagi dengan muka hensem, dan ada yang di ceraikan berkali kali dengan muka cantik, jadi jangan rasa diri tak normal, bab kekurangan rupa, nobody care bila kita dah dewasa, tapi bab perbuatan pada diri yang kita tak suka, maka ada peluang untuk mengubahnya.

“Tuhan tak akan ubah nasib kita, jika kita sendiri tak nak ubah diri sendiri”

Kata pujangga: orang yang paling gila adalah orang yang buat benda yang sama tapi harap keputusan berbeza. Maka jika mahu hidup korang berbeza ke  arah lebih baik, maka bertindaklah, bukan cipta alasan.

Ketahilah anakku, di masa remaja ada perkara yang kita sedih dan menyesal, tapi bila dewasa kita bersyukur pulak dengan perkara itu. Sama jugak di masa remaja ada perkara yang korang rasa seronok dan bertuah, tapi bila dewasa korang menyesal pulak dengan semua itu.

Jadi secara ringkasnya pesan ayah kepada semua remaja:

  1. Carilah kawan yang baik, Nabi pesan, jika berkawan dengan penjual minyak wangi, kita akan dapat baunya, jadi, cari kawan yang berpotensi untuk ubah dunia ke arah yang lebih baik di masa depan, memang masa remaja, kita ada ramai kawan, bila dewasa, kita tahu hanya berapa kerat sahaja yang benar benar seorang kawan, maka jangan kawan dengan samseng, pendosa, penzina, mat rempit, dan lain lain kawan yang tak senonoh, hati hati dengan orang yang buat baik sebab manusia ni selalu baik ada makna, jangan percaya pada kawan seratus peratus dan bila berdepan dengan keluarga dan kawan, utamakanlah keluarga.
  2. Jangan bergantung pada orang, belajar berdikari dengan cepat, biasakan dengan kerja rumah (tolong Bonda), kerja kenduri (tolong jiran) kerja dakwah (tolong ustaz), tak pandai- belajar, dah pandai-ajar, masa sangat cepat berlalu. Buang masa hari ini, esok akan tinggalkan korang, hargai hari ini, esok akan tunggu korang dengan cemerlang.
  3. Cinta itu indah di permukaan, tapi dalamnya penuh gelora, jangan ambik risiko bercinta di dunia remaja, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari pengalaman hidup yang baru setiap hari, sudah ada pendapatan, baru cari pasangan hidup, InsyaAllah akan selalu ada yang terbaik bila kita dah bersedia. Paling penting: Jangan hampiri zina.
  4. Belajar sampai masuk Universiti itu bagus, peluang untuk dapat kawan kawan yang mentadbir dunia lebih cerah, akan memudahkan dunia bisnes di masa hadapan, tapi korang akan terperanjat tengok ramai orang dewasa yang tak sekolah tapi berjaya, dan ramai jugak yang tak sekolah menderita dalam penjara, maka sungguh ilmu dan pengalaman manusia berbeza beza, ujian juga berbeza beza, sekali lagi, kebahagian bukan milik orang yang tidak sabar, utamakan mencari ilmu dengan sabar, belajar sampai cina, atau sampai oversea lagi bagus, InsyaAllah akan selalu ada peluang terbaik bila kita dah bersedia.
  5. Beri salam kepada orang, jika mereka tak jawab, sangka baik mereka sedang sakit telinga, senyuman tak berbalas pun tak apa, teruskan buat baik pada orang, tapi jangan mengharap orang buat baik kepada kita, sekali orang buat baik, sepuluh kali kita buat baik, sekali orang buat jahat, sepuluh kali juga kita buat baik, jangan sesekali buang sifat baik kita kerana buruknya sifat orang, faham ini dan hidup korang akan lebih bermakna.
  6. Kejayaan datang pada orang yang berusaha, bukan orang yang sibuk memberi alasan dan menyalakahkan orang. Tiada jalan ringkas menjadi kaya atau pandai agama, orang yang badan sado adalah yang jaga makan dan luangkan masa berjam jam bersenam, maulana belajar agama bertahun tahun untuk jadi pakar Hasid, maka jangan tertipu dengan skim cepat kaya, jangan tertipu dengan wahabi dan anti hadis, korang kena kerja kuat untuk jadi master, dan belajar kuat untuk jadi master, itu tertib dunia.
  7. Membaca buku tanpa gambar lebih baik untuk otak, kerana otak di asah melalui pemikiran kreatif yang menggambarkan peristiwa tanpa bantuan luar, sebab itulah menonton dan membaca, lebih bagus membaca. Cerita tentang membaca, tahukah korang bahawa Orang kaya di zaman dulu kaya sebab mereka lebih banyak membaca daripada orang miskin, mereka lebih banyak membeli buku, dan mereka faham dengan sistem dunia pada waktu semasa. Ketika orang miskin baru kenal dunia melalui mata dan telinga mereka, orang kaya sudah membaca buku buku yang ditulis dari seluruh dunia. Lagipun, zaman dulu orang kaya sahaja belajar membaca, sekarang semua orang di ajar membaca dan insyaAllah, siapa siapa yang rajin membaca buku yang betul, dan faham system semasa, akan jadi orang yang Berjaya.
  8. Sentiasa menerima cabaran hidup dengan ikhlas, jika hidup tiada cabaran, cipta cabaran. Jangan takut gagal, tapi takutlah tidak mencuba, nanti bila tua, kita menyesal dengan apa yang kita tak buat padahal masa muda banyak peluang tapi disia-siakan. Jadi jangan tunggu tuah, tapi ciptalah tuah!  Bak kata Bruce Lee: “Do not pray for an easy life, pray for the strength to endure a difficult one”
  9. Bayangkan jika korang kahwin dan ada anak, bila anak nak kahwin dah tentu korang ada menantu idaman? Menantu yang Hormat orang tua, pandai ilmu agama, kaya, sihat dan hebat? Maka jadilah ‘menantu’ itu, hintanya: jaga tiag perkara: Jaga Solat, Akhlak, dan Aurat.
  10. Setiap hari buku dan filem terbit, jangan terus pergi baca dan tonton, kaji dulu kenapa buku itu ditulis dan kenapa filem itu dibuat, baca ulasan, culture impack dan sebagainya, Rujuk rotten dan imdb sebelum tonton,jadilah remaja yang membaca atau menonton dengan sebab yang munasabah, untuk belajar sejarah, atau kaji falsafah, bukan sekadar nak isi masa lapang.
  11. Jangan buang masa menyokong mana mana parti politik, jadi orang atas pagar tak salah sebab undi adalah rahsia, dan sentiasa cari jalan untuk damaikan penyokong parti yang bergaduh. Jika mereka nak bergaduh juga, jangan masuk campur. Join Tabligh lagi baik.
  12. Jangan cerita masalah korang pada orang yang tak boleh selesaikan masalah korang, dan jangan cerita nikmat hidup korang kepada orang yang tak boleh dikongsi nikmat itu. Ada masa lain kali ayah cerita detail bab ini.
  13. Selalulah merendah diri, jangan sombong. Orang sombong masuk neraka
  14. Jika gugup bercakap atas pentas, maka berlatihlah dengan ambil peluang naik atas pentas, sebab jika tak mencuba, maka gugup lah korang sampai ke tua, ayah dulu belajar berdakwah pintu ke pintu dengan budak budak tabligh, lepas tu jika ada event naik pentas dah tak gugup, boleh sembang kencang lagi-woha!
  15. Ambik masa untuk enjoy dengan kawan kawan, selagi tak langgar batas agama, nikmatilah remaja sebaiknya. Cipta kenangan terindah. Nakal dalam halal.
  16. Jangan lepas peluang untuk setiap pengalaman baru, elakkan ulang pengalaman sama kecuali pengalaman tu best dan boleh jana income. Walaupun ada pengalaman yang tak suka, terimalah untuk event, orang yang kaya event, akan kaya dengan pengalaman, dan orang yang kaya pengalaman, boleh menulis buku. Jadi Rekod pengalaman baru dalam blog atau facebook, buat video selepas balik melancong, jangan tangguh,Hidup ini terlalu singkat untuk menangguh.
  17. Ayah pernah tengok orang susah yang mempunyai anak semuanya cacat, tiga orang, lumpuh dan rosak otak, tak boleh bercakap, maka hari hari si ibu mandikan dan suap makanan, sampai anak ni besar tapi masih lumpuh dan makan bersuap, bila ditanya tentang apa harapan makcik, katanya, harapan makcik, (sambil berlinang air mata) agar satu hari nanti, anak-anak ni boleh panggil dia “mak”, satu kali pun cukuplah. Maka fahamlah kita, orang lain jauh lebih susah dari kita, bersyukurlah nikmat yang sangat banyak.
  18. Dunia ini tidak adil, ada yang lahir cacat, hodoh, bodoh, miskin, tapi untuk ke syurga semuanya adil, iatu hanya perlu modal masa, dan semua orang diberi modal masa, maka jangan buang masa dengan perkara yang sia sia.
  19. Pertukangan biasa dan siap lebih baik dari Pertukangan halus tapi tak siap, bermakna Buat tugasan tak perlu perfect sehingga susah nak disiapkan, tapi buat sampai siap, dan baiki prestasi dari masa ke semasa. James Camaron sebelum jadi pengarah filem yang hebat, buat filem biasa biasa dulu. Ayahpun tak akan siap satu buku jika nak perfect sangat, siapkan dengan sehabis baik, dan baiki dalam buku akan datang. Yang penting kerja jalan, jangan sibuk merancang tak buat kerja, tapi sambil kerja sambil merancang. Jangan buat cincai pulak, guna common sense. Sungguh korang akan rasa seronok pergi sekolah jika dah siap kerja sekolah, korang akan rasa seronok bercuti bila kerja sekolah dah siap awal. Korang seronok tengok TV bila dah siap solat dan mengaji, korang akan seronok hadapai exam jika dah siap study, maka siapkan semua kerja, and be happy.
  20. Jika orang memuji, jangan diam takut riak, ucapkan lah terima kasih kerana pujian adalah nikmat hidup yang perlu kita terima kasihkan dengan ikhlas. Jika buat salah, juga jangan diam, mengakulah bersalah dan minta maaf cepat cepat.  Orang muda buat silap tu biasa, silly masitake ke apa yang penting, jangan putus asa, belajar dari kesilapan sendiri dan kesilapan orang lain, go on, kegagalan boleh buat kita bersedih tapi patut akan buat kita lebih gigih, Elvis Presly mula mula kena kritik sebab nanyi tak sedap, tapi beliau tak give up, Penulis buku Herry Porter berapa kali kena reject sebelum Berjaya,yang penting:  JANGAN PUTUS ASA pada yang ESA.
  21. Ayah waktu belajar di Universiti, selalu dapat anugerah dekan, rahsianya? Ayah suka ajar orang lain apa yang ayah faham, sungguh menyampaikan balik ilmu dengan Bahasa kita akan menjadikan kita lebih faham tentang ilmu itu. Buku yang ayah tulis pun adalah teknik bercerita balik apa yang dah ayah baca dengan gaya Bahasa kita, ‘key’ nya adalah: Suka kongsi ilmu bermanfaat yang rare.
  22. Dalam dunia ni tak perlu cuba semua benda, ada benda kita perlu belajar dari kesilapan orang lain, contohnya hisap rokok, ganja, zina dadah dan segala yang haram, bila ketagih susah nak berhenti, dan penyakit ketagih boleh rosakkan otak.
  23. Hidup ini berdasarkan sangkaan. Jika kita percaya, kita ni bernasib malang, maka hidup akan malang. Jika kita percaya hidup ini dalam rahmat tuhan, pasti ada jalan keluar dari setiap kesulitan, yang paling penting, sangka baik kepada Allah. Semua ada hikmah. Kita tak pernah tahu malang yang menimpa itu telah menyelamatkan kita dari azab api neraka sebenarnya.
  24. Kawan akan respek bila kita istiqamah berkata tidak kepada dadah, rokok, zina dan lain lain yang haram, syaitan pun akan ‘respek’ dengan orang yang istiqamah, maka jangan  takut kawan ejek bila korang tak nak minum arak, tak nak merokok, tak nak hisap dadah, tak nak dekati zina, sebab jauh di sudut hati mereka, sangat respek dengan korang sebab mereka tak mampu nak jadi tegas macam korang waktu di pelawa buat dosa.
  25. Fahami takdir, jika kita dah berusaha sedaya upaya tapi masih gagal, itu adalah takdir, banyak pahala jika bersabar dengan ujian selepas berusaha sehabis baik, tapi jika kita malas berusaha dan gagal maka itu adalah pilihan. Tak ada pahala pun untuk orang malas. Dosa lagi ada!
  26. Orang takut hantu sebab bayangkan hantu yang menakutkan. Orang suka bertemu kekasih sebab bayangkan saat indah. So wujudkan gambaran indah dalam kepala, wujudkan suasana indah hari esok, insyaallah hidup korang akan menjadi indah.
  27. Apa apapun, jangan gelabah, jadilah orang yang tenang, hanya dengan ingat Allah, hati akan menjadi tenang, Kita pun suka dengar Orang tenang bercakap dari orang gelabah bercakap. Orang tenang lebih cekap buat kerja dari orang gelabah. Jadi bertenanglah. Tengok dunia dengan mata burung, bukan dengan mata katak bawah tempurung, maka tenang akan datang.
  28. Di dunia ini ada banyak team. Ada Suicide Squad,Justice League, Avanger, Power Ranger, Kamen rider dan lain lain.  Namun di akhirat hanya ada tiga team. Team kanan, kiri dan team hadapan.  Team kanan masuk syurga. Team kiri masuk neraka dan team hadapan dapat syurga special.  Team hadapan ni ramai ahlinya dari orang terdahulu dan sedikit orang terkemudian.  Nak tahu detail. Rujuk tafsir surah al Waqiah.  Maka pesan ayah, jangan taksub sangat dengan DC dan Marvel punya group, tapi taksublah dengan group Asabiqun.
  29. Jangan suka menipu, sebab nanti kena ada dua tipu untuk tutup satu tipu, dan kena ada empat tipu untuk tutup dua tipu, dan kena ada 16 tipu untuk tutup empat tipu, yang mana lambat laun orang akan tahu dan jadi hinalah kita. Jujur pada diri, jangan mengaku bekarya jika ciplak sini sana, jangan tiru tugasan sekolah bulat-bulat, lambat laun orang akan tahu. Allah lagi lah tahu. Jika buat silap, buat salah, terus mengaku secepat mungkin, dan selesaikan masalah dan silap itu segera, tapi jika lambat mengaku salah dan silap lepas tu tipu lagi, maka keadaan akan jadi buruk dan memburuk.
  30. Korang jatuh masa kecik dan ayah menyorok, korang tengok tak ada orang nampak lalu korang bangun dan sapu luka sambil cari ayah, dah jumpa ayah baru menangis, begitulah otak kita bertindak, sama ada nak terima masalah dengan air mata, (tak selesaipun) atau bertenang, terima kenyataan, dan move on. Ada orang pergi kedai dan sedih bila kedai tutup, Ada orang yang pergi kedai, bila kedai tutup, dia buat lawak, kedai tutup!-woha!
  31. Dalam buat azam dan cita cita, start dulu sikit, maka senang untuk sambung, begitulah buku yang ayah tulis, ayah start dulu, 10 helai, lepas tu berhenti dah buat kerja lain, tapi lepas tu ayah senang nak sambung sebab dah start, so mana mana azam dan cita cita yang belum start pastikan sudah bermula. Nak khatam Al quran, habiskan Al baqarah dulu, baru senang nak sambung, begitu lebih kurang.
  32. Jangan nak moody sangat, Semalam telah berlalu, esok belum tentu, nikmati hari ini kerana mati itu tiba tiba, jangan rosakkan hari ini yang dikongsi dengan orang lain dengan perangai moody korang. Orang kuat dia boleh kawal perasaannya, orang lemah, dia tak boleh kawal perasaannya dan biarkan orang lain yang menentukan sama ada dia nak marah, merajuk, atau jadi bodoh! Jadilah remaja yang kuat. Merajuk ni biar budak budak jer.
  33. Jika orang penting tanya “buat apa sekarang” maka jangan jawab “tak tahu” atau “tak ada apa-apa”, tapi jawablah “sedang baca buku XX dan sudah sampai bab YY”, atau “sedang baca tafsir Al quran dan sudah sampai surah XX”, atau “sedang siapkan cerpen” atau “sedang kaji tentang sejarah melayu dan islam” atau “sedang fahamkan konsep pinjaman perumahan” atau “sedang belajar baiki computer” atau “sedang belajar bahasa english tahap MUET” atau apa sahaja projek, janji korang selalu ada projek yang sedang di buat, barulah masa remaja korang tak sia sia.
  34. Kita seronok main bola jika ikut peraturan, sungguh hidup Kita akan lebih gembira bila ikut peraturan, maka ikutlah peraturan sekolah, paraturan jalan raya, peraturan agama, sungguh hidup akan lebih bahagia bagi orang yang ikut peraturan. Tak perlu pergi sekolah naikkan kolar, baju tak masuk dalam seluar, kasut warna warni, seluar ketat, kain singkat, tak perlu, follow the rule and be happy.
  35. Jangan menangis susu yang tumpah tapi pastikan susu itu tumpah atas bijiran sarapan pagi.
  36. Burung yang keluar awal pagi, akan dapat lebih banyak ulat, burung yang dah tahu lokasi ulat dan keluar awal pagi, lagilah banyak dapat ulat, maka pilihkan menjadi remaja yang bangun awal pagi, insyaAllah rezeki akan murah.
  37. Hintung nikmat Allah setiap hari, nikmat melihat, nikmat bernafas, langit yang biru, pohon yang hijau, dan cerita nikmat itu pada adik beradik dan ahli keluarga di waktu makan berjemamah, kerana nikmat biasanya dirindui selepas nikmat itu hilang, jadi sebelum hilangnya nikmat itu, kita hintung siap siap. Alhamdulillah.
  38. Nak jadi unik tak salah, yang salah jadi perasan unik, nanti ayah cerita detail.
  39. Jangan jadi orang yang mudah perasan disalahkan, nanti ayah cerita detail.
  40. Jangan jadi,,arghh, banyak pulak pesanan jika perkataan JANGAN di hadapan. Woha!


Apa-apapaun, banyak lagi ayah nak tulis, cukup 40 dulu. Selamat akhil baligh!

Ps: Jika cukup 99 nasihat ni, boleh buat buku macam Fatah Amin ni-woha!

#99katahamkakeretamayat